Saturday, September 30, 2006

Hazy or foggy?

Pagi-pagi bangun tidur jer ... tengok luar tingkap, tapi tak nampak apa, not even the building next door. Laaa.... rupa-rupanya fog tebal sangat. Dah la plan nak kuar jalan-jalan hari ni, jadi terpaksala tunda after zohor and let the sun clear the fog....

Friday, September 29, 2006

As simple as it can be

Dah hari-hari makan nasi, bohsan gak, so today we decided to change the menu. We decided to have speghetti chicken meatballs.
I'm in charge of making the meatballs and garlic bread and the rest ... depa la yang buat ...
so clockwise - the speghetti, the improvised garlic breads (as long as it has garlic and bread and butter), the gravy and the meatballs (buat enam besar2, sorang 2 ketul) then as dessert - the famous cikodok pisang.

Thursday, September 28, 2006

I Walk

I walked with confidence. My stride were long and fast. The day was chilly but I didn't feel it. My heart was thumping in synchronised with my stride. Thump, thump, thump.

What's in the mug?

Did you find what you're looking for, dear?
Afifah Aribah, a year old, this month.

Tuesday, September 26, 2006



Akhirnya Aku Jadi Budak Sekolah Balik!

Sunday, September 24, 2006

New Look New Style

I always have an issue with bathroom or toilet. I may not be too fussy about clothes I wear, food I eat or almost everything else I do in life, but I am quite (to say that I'm very is not truthful) fussy about my bathroom.
So when I moved into this flat, I love everything about it except of course the bathroom. Like any other bathroom in any other houses in the world, it has all the basic functional equipment. No complaint about that. Unfortunately for us who live in this blocks of council homes, the bathroom was designed not to have a proper ventilation.
Definitely when it summer, the temperature may soar like we're back in Malaysia and when it's winter, the themometer mercury would plunge to a minuscule height and the bathroom would be the last place where you want to be found when you're dropped and dead. It would be like a freezer, but then your body would last a bit longer though before the maggots came .....
Anyway! Not just the carpet was dirty aaaannnnd wet, the colour chosen for that tiny closet called bathroom is GREEN! Yikes! I mean, were our predecessor colour blind? Moss green carpet in a bathroom? They're seriously need to be educated on colour scheme. That's enough to make me green (not with envy though but just green er.. like HULK?) and is soaked due to all the splashing/bathing activities in the bathtub.
And when it's dirty, no one had the 'heart' to take off the old carpet, dry it or even replaced it. Who knows what type of creepy crawlies lurking under that hedious green wet carpet? But I CAN'T STAND the carpet! I hate it! I want it removed and I want it removed now!
So I decided, drastic situation needs a drastic measure. Of we go to the £1 shops that are scattered everywhere in the city centre and bought a self-adhesive laminated flooring and started on our project to spruce up the toilet. It took only a day to take out the old soaked carpet and sticking the laminated floor. Not bad for an amateur like me to do the labour work.
First we took out the carpet, hoover it and clean it manually, sticking the laminated floor like playing jigsaw puzzle and viola! The new vinyle floor is completed. Took out the old dirty shower curtain and replaced it with a blue more softer plastic curtain (also cost £1). Another week went by as we want to wait for the carboot sale day for the last touch-up - the rug. All in all, we're happy with the result. Not bad for amateurs.
Just look at the difference!

Cost breakdown.
1. Laminated Floor (come in four per pack) = £8.00
2. Shower curtain (blue and soft) = £1.00
3. Bath rugs (bought at carboot n purple in colour) = £2.99
4. Labour (TLC) = £0.00

Saturday, September 16, 2006

Kalaulah ...

Kalaulah mak tahu, agak-agak dia bangga tak?
Kalaulah mak tahu, agak-agak dia suka tak?
Susah nak cakap pasal mak ni. Mak tipikal orang Jawa dulu-dulu. Tak suka puji anak. Bimbang, kalau puji anak, kalau timang anak macam tatang minyak yang penuh, anak jadi derhaka. Macam Yahudi, bani yang dulu tinggi darjatnya, keturunan nabi dan rasul (kecuali Rasulullah yang berketurun bani Hasyim) sehingga derhaka kepada Allah. Jadi cara mak tunjukkan suka adalah dengan diam, tak langsung buka cerita. Tapi, kalau dia tak suka, semua yang sudah menjadi lipatan sejarah pun boleh jadi berita terkini. Itulah mak.
Tapi aku tak komplen cara didikan mak. Aku rasa cara tu memang releven untuk didik aku yang memang jenis tak makan saman. Lagipun, aku rasa dengan cara itu, aku sekarang jadi orang yang kuat semangat, tak senang putus asa dan yang paling penting selamba. Aku pun dah 'dididik' untuk tune on and off bila-bila masa aku fikir perlu.
Satu lagi perangai mak ni, dia tak suka orang buat pekerjaan yang dia boleh buat. Contohnya menjahit. Mak memang pandai menjahit. Semua baju tradisi aku, abah, along dan anak-anak buah aku, maklah yang jahit. Mak tak nak bagi orang jahit. Kalau orang lain yang jahit, alasan yang dia bagi 'kalau nak bagi orang duit suruh jahit, baik bagi mak sendiri duit tu, bukan mak tak boleh jahit'. Sebagai anak yang menurut kata, terpaksalah aku serah kain pada mak buat baju walaupun aku berat hati.
Bukan apa, mak pun ada kerja lain nak buat, tak naklah bersengkang mata semata-mata nak siapkan baju kurung aku. Kesian kat mak. Kesian gak kat baju aku tu. Kalau mak dah letih, lengan baju aku boleh jadi panjang seinci. Dah tu kesian kat aku plak, sebab bahu rebeh sebelah. Ish!
Selain dari jahit baju, mak suka memasak. Kalau ada resepi yang dia berkenan, mesti dia nak belajar buat. Kalau makanan tu aku tak berapa berkenan pun dia akan buat juga. Yang penting dia suka. Tak kisahlah mak. Sekarang ni mak memang terkenal di kalangan jiran-jiran, sebagai orang yang pandai buat karipap dan apam senyum. Oh lupa! Samosa juga.
Bila mak masak, dia tak suka orang ganggu hatta bantu dia potong bawang sekalipun. Jadi sebagai anak yang patuh, aku jarang masuk ke dapur. Tugas aku mengemas, mengemop dan memvakum karpet sebab mak tak suka buat kerja-kerja remeh tu. Hasilnya, sepanjang hidup aku, kalau aku nak makan sedap, aku cuma perlu dail nombor dan beritahu bila nak balik hehehehe. Hasil dari hasil ini pula, aku jadi anak yang tak pandai masak langsung!
Tapi, bak kata orang 'desperate time needs desperate measure'. Sejak aku duduk kat sini, di tempat orang cuma guna coconut powder bukan kelapa parut, ikan salmon atau trout sebagai pengganti ikan kembung .... ish! terer gak aku masak. Menjadi gak aku punya kari dengan masak kicap.
Mak, sedaplah ... tak cemplang langsung. Sampai housemate aku nak hirup kuah sampai habis hihihihi ....
Untuk orang macam aku yang dapurnya berselerak kat tepi jalan dan utensilnya adalah kertas biru, hijau dan merah dengan gambar agung, ini dah kira a great achievement! Agaknya kalau aku bukak kedai masakan melayu kat sini, laku kot, hihihi berangan!

Out Out and Away!

FRIDAY - 15/09/06
After two days of rain, the sun decided to step away from its hiding place and blessed us with its shine and warmth. It's our day out and would be my first time to Loch Lomond.

We've been planning for this trip for almost a week as Wan received a brochure about Loch Lomond Food and Drink Festival. Apparently it's an annual event and held at Balloch.

Since Wan is working on weekends, we decided to go on Friday after the Jumah prayer. We crammed into Wan's Honda Odyssey - 4 adults, 3 children and 1 baby in car seat - Go figure.

The trip took about 40 minutes from Govanhill. The scenery changed once we left the city. It may not be too far from the city but the scenery changed dramatically. The rolling hills, the open fields with sheeps roaming around and the cute cottages. Memang Jakun wa cakap lu!

Although the scenery was beautiful, the festival itself was a let down. It was supposed to be a food festival but the tents can be counted with fingers (Boleh kira dengan jari gitu!!!). It's not semeriah food festival in KL or not even on the same standard with pasar malam in Sentul. Of course lah, this is Scotland and nothing's compare to KL. Even food festival in Singapore is peanuts compared to pasar malam in KL.

I think there were less than 20 tents lined along the pedestrian walkway. There were tents selling cheese, ale and whisky. Variation of meats and of course the oink oink was included. Then there was the tent which attracted us to this place on the first place (aik?). Its the chocolate tent. The only tent that charge for entry. And it aint cheap I tell you. £5 per entry per adult. Cheh! Since we were charged to enter, our first assumption was that we can eat any chocolate we can inside the tent.

'Oh! No,' says the lady with a smile on her face. 'All these chocolates are for sale. We have some bits for you to taste'.

Laaa ..... kena beli ke? Didn't I just parted with my precious £5 at the entrance? Yet, we have to pay for chocolates stacked precariously on the triple tier plates, sitting onthe tables adorned with sweet red strawberries, soft marshmallow (tak boleh makan laaa ada gelatine) around the chocolate fondue? Alaaaa boleh tengok jer ke? Chis!! Anyway there was a Pakistani stall selling pakora and other Indian delicacies. At least adalah gak satu stall yang sell makanan halal. Tapi tak beli pun .... rasa jer!

Takkanlah we're leaving without buying any chocolates for ourselves, not to mention three kids who have super sweet tooth (teeth?) and love and adore chocolates in every shape, sizes, filling and prices? So, we selected the cheapest chocolate we could afford and forked another £2 for a packet per person.

Took some pictures just to pujuk ourselves and decided to have picnic at Duck Bay about 1km away from Balloch. It was a nice picnic area complete with children playground. The kids after having their dose of loads of sugar shot to the playground and ran around like demented little kids.

Liza packed fried speghetti, cikodok pisang and two thermos of hot tea. We brought with us chicken pops (buat sendiri beb!) and a pack of Milky Way chocolates - in case the kids run out of sugar supply.

All in all, it was a so so outing. Thanks to Duck Bay, otherwise our outing would be less than so so. The festival was a let down not because we can't eat the food (ada gak stall jual cheese), but the atmosphere was not as hype as what they advertised. I think we Malaysian host a better makan-makan festival. Ergh! Anyway, the view was splendid!

Tuesday, September 12, 2006


Tadi ada bangunan terbakar. Aku nampak dari tingkap bilik aku yang mengadap rumah flats seberang jalan besar Springburn Road. Asap hitam berkepul-kepul naik dan 2 kereta bomba dipanggil untuk memadamkannya. Aku tak tahulah apa yang terbakar tapi aku assume antara rumah flat kat Sighthill dekat Pinkston drive.

Dari tingkap ini memang macam-macam aku bleh nampak. Of course, dari tingkap bilik di tingkat 17 rumah flat kos rendah yang disewa dari Dewan Bandaraya. Selain dari pemandangan bandar yang sipi-sipi nampak dari sini, sesekali aku turut dibuai oleh nyanyian hon keretapi yang meluncur dilandasannya masuk terus ke dalam kawasan baik pulih.

Pemandangan dari bilik aku sebenarnya didominasi oleh rumah-rumah pencakar langit yang berwarna coklat yang memberi perlindungan kepada penduduk di sini yang tidak mampu membeli rumah dua tingkat, agam ataupun istana. Keadaan hidup kami walaupun selesa di dalam rumah flat kecil dua bilik masih lagi tidak seselesa jiran di sebelah yang tinggal di kawasan alunan bukit dan dipenuhi kehijauan.

Penghuni di bukit sebelah begitu bertuah sekali dapat tinggal di kawasan yang sunyi dan tiada gangguan dari pemabuk ataupun berisiko tinggi. Tiada rekod jenayah yang telah dicatatkan di kawasan ini lantas ia memberi jaminan kepada penduduknya bahawa penempatan mereka sangat selamat.

Namun begitu, penempatan ini tetap dijaga rapi dan berpagar, untuk lebih menjamin keselamatan penduduk-penduduknya yang kebanyakan bukan tinggal di semi-detached, link houses ataupun flats. Mereka mempunyai rumah tersendiri, yang berbeza mungkin dari segi architechtural.

Itulah mereka yang bertuah, mereka yang ditempatkan di city cemetery.

Sunday, September 10, 2006

Buat apa tu?

Hari : Ahad
Masa : 10am
Lokasi : Tanah Melaya
Biasanya time-time macam ni, aku habiskan masa buat exercise gaya bebas atas katil, especially lepas solat Subuh yang kadang-kadang boleh terus berteleku atas sejadah untuk solah Zohor. (Tak paham? Tak apa .... Aiman tak kisah. P/S nama aku bukan Aiman)
Dengan buku di tangan, kepala atas bantal dan sebelum rasa lapar mencucuk perut, macam-macam posisi aku persembahkan atas katil double decker dalam apartment tingkat 15 ni. Kalau masuk acara gaya bebas, garenti menang. Yalah! Hari Ahad, nak buat apa lagi? Kalau aku bukak tv pun aku cuma tengok kartun. Astro pun tak de citer yang menarik pepagi Ahad ni. Kot la ada Pasion de Gavelanes ke, tak pe la gak.
Kalau ada citer pun hari Ahad, tunggulah petang sket, dapatlah tengok rerun CSI. Cerita crime scene investigation yang tahapa-hapa. Cerita Hollywood yang dok menipu aje kerjanya. Kalaulah setiap crime scene kat Malaysia sebersih crime scene kat Las Vegas, New York ataupun Miami, tentu dah ramai polis Malaysia jadi Grissom, Mac atau Horatio kat Tanah Melaya. Ish ish ish, biarlah aku kekal dengan CSI Balakong ni jer (walaupun itu bukan lokasi tempat kerja aku ish ish ish).
Jadi biarlah aku berguling, meniarap, menelentang dengan buku di tangan. Buku yang ditulis oleh orang putih juga. Buku yang menipu aku dengan angan-angan kosong ....
Hari : Ahad
Masa : 10am
Lokasi : Negara orang putih (walaupun tak semuanya putih. Ada hitam dan cekelat juga)
Pukul 8am aku dah masuk bilik air, buat apa yang patut. 20 minit kemudian aku keluar dengan muka yang freshly scrubbed, rambut yang basah, badan berbau harum dan isi perut yang telah dilupuskan. Aktiviti seterusnya adalah dengan merias diri. Pakai baju mengikut keadaan dan hawa cuaca yang boleh dilihat dan dirasa dari dalam bilik. Meriah? Indah? Itu bermakna lapisan harus dikurangkan. Jika cuaca agak muram dan 'merajuk' jangan tambah lapisan dulu. Hulurkan tangan anda di luar tingkap. Sejuk? Tambahlah. Suam suam kuku? Nak tambah pun tak pe, tak nak pun buleh juga.
Sejam kemudian .... sekali lagi menatap wajah di cermin. Puas hati? Bagus! Kurang warna? Tambahlah sedikit di mana-mana yang perlu. Bibir yang mongel adalah tarikan, tapi kalau diletak artificial colour, mungkin lebih mengancam. Ntah! Perlukah semua ini??
Persiapan telah dilakukan. Oh! Satu barang tertinggal. Sebuah beg. Tas pun boleh juga tapi rasanya aku tak ada tas tangan. 'Beg' itu pun boleh juga. Setelah rumah dikunci ketat, kami pun memulakan perjalanan. Ramai juga orang asing yang kami temui di sepanjang perjalanan kami. Semuanya menghala ke tempat yang sama. Semuanya berwajah ceria. Ada yang berkaler-kaler, ada juga yang tiada warna. (Albino kah mereka?).
Kami tiba. Hati terasa gembira. Rentak kaki semakin perlahan kerana banyak yang perlu ku lihat dan belek. Aku juga harus berhati-hati. Binatang najis mughalazah, berkaki empat, walaupun comel dan ditambat oleh tuannya tetap berunsur najis. Aku tak mahu bersusah payah menyamak kerana terpegang binatang paling akrab dengan tuan ini.
Sesekali pertukaran wang berlaku dan barang dimasukkan ke dalam beg. Perjalanan diteruskan. Keadaan semakin sesak. Orang ramai rupanya. Rasanya tak ada apa lagi yang perlu dicari. Kita perlu pulang, kataku. Maka perjalanan pulang dimulakan.
Ramai juga yang satu jalan dengan kami. Bermacam2 warna dan bangsa. Tapi semua bukan dari Tanah Melaya. Perjalanan diteruskan, lintasan hormat dilakukan di jalan yang mula sibuk. Dari jauh seorang wanita tersenyum pada kami sambil menyorong stroller.
Assalamualaikum, sapanya.
Waalaikumsalam, jawab kami.
Baru tiba? Soal ku berbasa basi.
Ya. Nak cari barang sikit. Jumpa lagi, jawab wanita itu dengan mesra.
Jumpa lagi, InsyaAllah, ujar kami sambil meneruskan lintasan hormat.
Hari ini, aktiviti hari Ahad aku sudah berubah. Tiada lagi katil double decker. Tiada lagi aksi dan posisi-posisi gaya bebas yang aku lakukan.
Kali ini aktiviti hari Ahad aku adalah pergi carboot kat Fish and Fruit market kat Blochairn Road. Argh!

Thursday, September 07, 2006

Sit back and relax

Dah nak masuk 2 minggu aku kat sini, tapi tak pergi mana-mana pun. Bukan kata meronda ke Glasgow city, nak keluar rumah pun aku dok fikir 80 kali. Kalau aku bercuti, mesti dah jauh aku berjalan. Entah-entah dah bertungging ke Edinburgh castle, naik bas ke Abardeen ataupun berjalan-jalan menikmati pemandangan di Highlands atau teropong Nessie di tempat persembunyiannya di Loch Lomond. Itu kalau aku bercuti lah kan!
Tapi, aku tak bercuti. Aku kat sini katanya untuk menimba ilmu. Jadi aku TAK MAMPU nak ke mana-mana pun. Unlike orang lain yang boleh multi-tasking, aku ni jenis one track mind. Kang mana nak masuk kerja, belajar, bejalan hehehehe .... macam tak percaya pulak.
La ni nak kerja pun, aku sangsi. NI number belum ada lagi tapi dah apply. Kelas belum daftar lagi tapi dah confirm. Jadi, semua serba tak kena. Nak berjalan takut duit habis plak ... ha itulah dia yang sebenarnya.
Maka solution untuk aku, duduk rumah dan menternak badan sampailah the date aku daftar uni and pergi interview for NI number. Lepas tu memang aku pulun kerja sungguh-sungguhlah agaknya. Agaknyalah! Jadi, aktiviti aku dok mengadap komputer jer.
Seminggu kat umah orang, aku pinjam komputer depa. Dua hari pindah kat umah sendiri, aku dah tak tentu arah. Mana nak dengar (sebab tak boleh access, ntah kenapa ntah), mana nak baca email, mana nak send email, mana nak baca berita dari Malaysia, tengok nama kak aku kuar paper semalam (pames dah kak aku nih!), mana nak chatting ngan kengkawan sebaya yang tak rabun IT. Ish ish ish. Takkanlah aku asyik nak pinjam computer orang kan? Jadi, apa solution aku? Inilah dia!

Walaupun aku kopak.

Sunday, September 03, 2006

Goodbye ...

Hari tu, mak buat kenduri. Sempena menyambut bulan Syaaban. Sempena gak kenduri doa selamat untuk aku dan juga menyambut hari jadi
untuk anak-anak buah aku.