Friday, July 31, 2009

Happy Days

Ahem!


Kawan aku bertunang minggu lepas. Akhirnya! Huhuhu.. aku pulak yang rasa lega.

Untuk pengetahuan bersama, inilah sahabat karib aku yang paling rapat dengan aku. My Dayabumi. Ya, dan akulah Pejabat Pos Besar dia hahaha.

Nama dia err.. panjang. Setinggi orangnya juga dan akulah yang telah pendekkan nama dia hingga satu suku kata saja. Dari sepanjang-panjang nama, kami panggil dia Zurd saja, dan nama ni kekal sampai sekarang. Kawan-kawan rapat aku yang lain yang kenal dia pun panggil dia Zurd saja. Sorry Zurd, hari ni kau glamor.

Orang kata Opposite attracts. Macam dia dengan aku. Karektor ibarat Timur dan Barat, Utara dan Selatan tapi kami kekal sahabat baik sudah 21 tahun. Kalau aku agak kasar orangnya, dia manja. Kalau aku agak keras, dia memang lembut. Kalau aku suka buat kerja ikut kepala, nekad saja, dia akan fikir pro dan kontra sebelum ambil keputusan. Kalau aku suka pendam perasaan, dia lagilah sangat pandai simpan rahsia. Dan sebenarnya antara dia dengan aku, dia lebih berani. Dalam banyak-banyak hal, dia selalu jadi tiang seri aku dan put some sense into me. Thanks Zurd.

Suatu hari, dia beritahu aku dia nak bertunang melalui YM. Nak kata terperanjat, tak juga. Aku kata aku happy for her. Tapi, sebenarnya dalam hati aku, aku tak berapa happy. Bukan aku tak suka dia nak kahwin, aku suka sangat-sangat, cuma... hati aku berat nak lepaskan dia. Macam-macam perasaan yang timbul. Adakah pilihan dia ni tepat? Nanti tunang dan bakal suami dia ni boleh tak bahagiakan dia? Tenang tak hati dia? Apakah dia akan dihargai? Huish! Macam-macam yang aku fikir. Hahaha... macam aku emak dia pulak. Tapi itulah sejujurnya perasaan aku dan apa yang aku rasa. Inilah, lepas seminggu ni baru tulis entri pasal hari pertunangan dia (tanpa izin dari tuan badan hahaha)

Aku dan Zurd kawan dah lebih 20 tahun. Macam-macam pengalaman kami lalui sama-sama. Ada yang gembira dan ada yang duka. Dari zaman sekolah sampailah zaman kerja. Yang paling lawak sekali bila dia pindah kat Pendang dan aku kat KL. Telefon mengalahkan pakwe dan makwe. Kalau tiga kali satu hari tu macam tak sah pula. Memang lawak.

Tak lama lepas aku kehilangan abah, dia pula kehilangan mama. Kami terus jadi macam support system sebab masing-masing perlu support each other. Syukur aku dapat jumpa mama sebelum aku terbang balik ke Glasgow hari tu. Tapi, aku memang tak sangka itu kali terakhir aku dapat berborak, salam, cium dan peluk mama.

Zurd, aku tau kau memang seorang perempuan yang cantik, bijak, tabah dan baik. Walau tanpa mama, kau tetap boleh uruskan majlis pertunangan kau sendirian. Aku minta maaf banyak-banyak sebab tak jadi kawan yang terbaik untuk kau dan tak dapat sama-sama kau pada saat bahagia kau. Aku minta maaf sekiranya aku kurang supportive pada kau pada masa kau perlukan bantuan aku. Aku minta maaf sebab tak dapat sama-sama ringankan beban kau. Aku minta maaf juga sebab gagal tunaikan amanah mama untuk jaga kau sebagai sahabat dan saudara aku.

Apa yang mampu aku beri cuma doa semoga segala urusan kau dipermudahkan Allah dunia dan akhirat. Semoga hidup kau barakah dan semoga gembira dan jodoh kalian kekal sepanjang hayat. Aku doa semoga Allah berkati hidup kalian.

Selamat bertunang cik Zuridawati binti Sadar Mohamad dengan err... err... Encik Leman blushing

Tuesday, July 21, 2009

Susu tu dari lembu

Princess Nadia - "Taklah. Ummi yang beli".


Rancangan awal memanglah nak ke Disneyland tapi bila difikir-fikir balik, huhuhu masing-masing bukan empat kaki tinggi, mungkin Disneyland tak berapa sesuai. Lagipun tak ada yang Paris atau French kat Disneyland. Katun yang aku minat tu French tapi dia bukan tergolong dalam warga Disney, maka kami berkeputusan membatalkan rancangan ke situ.

Hari ke dua kami ke Varsaille tapi sebelum ke situ, pi melawat pasar pagi dulu. Pasar ni terletak di bawah viaduct metro antara Dupleix dengan La Motte-Picquet Grenelle. Kira kat sinilah kalau nak cari barang-barang basah yang agak murah kat kota metropolitan ni. Macam-macam ada kat pasar pagi ni. Dari ikan, daging, baju, minyak wangi, kasut, barang-barang perhiasan rumah sampailah barang-barang antik ada dijual kat sini. Aku teruja tengok ikan-ikan yang dijual. Perkh! Barulah nampak ikan. Tak macam kat UK, ikan kadang-kadang dah tak rupa ikan sebab orang UK tak suka beli ikan yang masih ada kepala, ekor, sirip, tulang. Kalau ikan-ikan yang dijual kat UK ni, kebanyakannya dah siap disiang tinggal fillet aje.

Dari pasar, kami patah balik ke metro Dupleix dan turun kat Bir Hakim untuk tukar keretapi RER C ke Versaille. Sesi lawatan seterusnya ke Chateau de Versailles. Hehehe.. sebab teruja nak ke Versailles ni sampai tersalah ambil tren. Sepatutnya menghala ke Versailles la, tapi kami ambil RER C yang menghala ke Pontoise. Nasib baik bukan kami aje yang tersalah tren, ada satu kumpulan mat salleh ni pun salah juga. Kalaulah yang seorang tu tak peka, entah-entah kita semua ke Pontoise. Yang aku sebab si akuatik yang pegang peta, main suka hati ikut saja. Tak peka nak periksa laluan perjalanan.

Tiba di Versailles, dah mula nak tengahari. Memanglah panas berdentum. Kat luar stesen keretapi ada wakil jual tiket masuk ke Chateau tu. Geng yang sama turun keretapi dengan kami buat tak peduli aje dengan penjual-penjual tiket tu. Chewah! Konon mancho la kot huhuhuhu. Kami jalan pun ikut orang ramai. Mana depa pi, ke situlah kami. Chateau atau istana ni memang besar. Pagarnya warna emas. Tak tahulah sama ada emas betul atau cuma warna emas tapi aku rasa mungkin emas betul kot. Musim panas memanglah musim pelancong dan sesapa yang tadi buat-buat sombong dengan penjual-penjual tiket pintu masuk ke istana ni, mesti rasa menyesal gila. Dia punya queue sikit punya panjang. Macam ular berlengkar-lengkar. Itu baru nak beli tiket, belum lagi queue yang nak masuk. Memang betul la kata orang, kalau tak beli tiket siap-siap, kena beratur 3 jam nak masuk. Aku dengan akuatik tak merancang nak masuk sebab almaklumlah pelajar, budget sangat sendat gitu. (Gambar cilok dari photoatlas.com)

Dah bergumbira mengambil gambar kat luar istana tu, terus aje berjalan-jalan ke bandar. Jalan batu buntar menyakitkan kaki, tapi bila dah kat jalan tar tu oklah. Aku suka rumah-rumah perancis yang berkotak-kotak ni. Yang paling aku suka tingkap panjang macam rumah kampung dan daun tingkap pun macam rumah kampung gak. Tu dia masing-masing mulalah berangan kot kalau nak buat rumah kat kampung, nak buat macam tu hehehehe.. aku lah tu yang banyak berangannya.

Bila dah penat, mulalah lapar la, hauslah. Kat Perancis memang terkenal dengan pâtisserie atau bakery. tengok kedai-kedai yang jual roti dan kek ni memang senang buat air liur meleleh huhuhu. Tapi bila tengok harga, telan baliklah air liur tu huhuhuhu. Bukan apa, kadang-kadang rasa macam tak berbaloi aje keluarkan duit semata-mata nak makan roti yang mahal. Tapi, kat Varsailles ni, ambil peluang jugalah makan kek kat satu pâtisserie ni. Aku tak ingat apa nama kek yang aku pilih tapi ada perkataan rosa dan ada walnut atasnya. Si akuatik ambik kek vanila. Sedap. Macam apple strudel (apfelstrudel) pun ada. Minum pula hahahaha... coklat panas yang mahal berdentum.

Lepas makan, cari jalan pulang.. eh eh tak.. nak cari kampung pulak. Kami kalau berjalan-jalan memang suka cari kampung sebab suasananya lain banyak dari bandar yang serba nak cepat dan bising. Untuk ekspedisi kampung di Perancis ni, kami pilih Rambouillet. Sebenarnya tak tahu sangat apa yang ada kat Rambouillet ni masa ke sana. Aku cakap ngan akuatik aku macam familiar aje ngan nama tu. Bila dah balik Glasgow baru sedar, tempat ni pernah jadi lokasi mesyuarat damai untuk Krisis Kosova dulu.

Tak pergi mana pun kami kat sini. Cuma jalan-jalan ke bandar dan duduk kat taman aje. Kat sini, pertama kali, kami masuk ke Monoprix dan beli air dan couscous udang. Dah lapar, belasah ajelah apa yang boleh dimakan. Adalah dalam sejam dua kat sini. Ingat nak pi chateau dia gak tapi adalah sangat jauh untuk kami yang pengangkutannya hanyalah sepasang kaki masing-masing kekekeke. Dari Rambouillet ni kami terus ambil keretapi laju ke Gare Montparnasse. Perkh memang la laju. Setengah jam dah sampai pusat bandar.

Aktiviti seterusnya naik ke 360 Tour Montparnasse Tower. Perkh bayarannya sangatlah mahal €10.50 tapi sebab beli tiket keretapi untuk 5 hari, kami dapatlah diskaun, jadi bayar dalam €7 tak silap aku. Aku rasa tempat-tempat menarik kat Paris ni jenis yang tinggi-tinggi. Eiffel Tower, Montparnasse Tower, La Defanse. Semuanya nak hidangkan pelancong dengan pemandangan atas kota Paris. Bagi aku secara peribadilah, kalau pi Paris dan naik Eiffel Tower, dah tak perlu buang tiket naik ke Montparnasse Tower atau ke La Defanse untuk tengok kota Paris dari tempat tinggi sebab pemandanganya sama saja cuma dari sudut yang mungkin sedikit berbeza.

Hari dah beransur petang dan aktiviti seterusnya adalah untuk mencari wanita keamanan atau Statue of Liberty kat Paris ni. Dah jumpa obornya masa hari pertama (gambar kat blog akuatik). Jadi hari yang kedua nak cari perempuan tu. Ada satu kat Jardin du Luxembourg tapi kaki dah sakit sangat nak menapak ke sana.

Perjalanan seterusnya ke Île des Cygnes. Replika patung yang lebih kecil dan dibina pada tahun 1889 menghadap ke USA. Kami naik RER C balik dan turun di Javel. Jalan kaki ke sana. Niat hati nak ambil gambar berlatar belakangkan Statue of Liberty dan Eiffel Tower, tapi hampalah pulak. Tak ada cara yang membolehkan kami mengambil gambar macam tu. Nak ambil gambar dari Pont Mirabeau pun tak boleh sebab tempat pejalan kakinya ditutup. Huhuhu... mau tak mau kenalah ambil gambar dari sudut yang tak besh!

Sebab dah tersangat penat, maka kami pun dudukla mengadap sungai, mengadap replika patung ni sambil makan couscous udang dan minum air teh limau.

Monday, July 20, 2009

Dari mana asal susu?

Princess Nadia - "Monoprix"

Aku ke sini, minggu lepas. Tengok menara telekomunikasi yang inilah. Sudahnya aku tak memanjat pun sebab dah pernah naik sampai ke tingkat paling atas tahun 2005 dulu cuma masa tu musim sejuk tak habis lagi, jadi memang hampir kebekuanla aku ngan si Jules kat atas tu hihihi.

Memandangkan, si akuatik tak pernah ke sini lagi dan tiap kali dok bercerita pasal jalan-jalan dia akan buat muka muncung kata dia Paris pun tak pernah sampai lagi, aku pun menggunakanlah contact yang ada dan tanya boleh ke aku datang. Bila kawan bagi lampu hijau, aku pun beli tiket easyjet dan datang melawat Paris 4 hari. BTW cik akuatik, aku Istanbul pun tak pernah jejak kaki lagi!

Jauh jugaklah berjalan. Dari zone 1 hingga zone 6 ke Rambouillet. Entah mana-mana tempat ni tapi asal dapat tengok kampung dan jugak tiket pengangkutan sah laku lima hari dan sampai zone 6, jadi pergunakanlah setiap kemudahan yang sudah di bayar.

Hari pertama di Paris tu (14 Julai), hari kebangsaan Perancis. Sudahlah panas lit lit, jalan pulak banyak yang ditutup sebab untuk parade dan pertunjukan bunga api waktu malam.

Ini kali pertama depa buat pertunjukan bunga api kat Eiffel sempena Hari Kebangsaan. Erk! Tak dapat ambik gambar bunga api sebab orang terlalu ramai kat Torcadero (kawasan atas bukit yang sesuai nak tengok pertunjukan bunga api).

Orang yang sangat ramai kat Palaice de Chaillot kat Trocadero.



Memandangkan banyak tempat menarik kat Paris ni tapi masa terhad, apa lagi... hari pertama jer dah berjalan-jalan sampai nak tercabut kepala lutut. Dari Eiffel, walaupun tak memanjat, kami menyusur Sungai Seine terus ke Les Invalides. Memang ramai orang dok berehat kat tepi Sungai Seine ni sebab memang panas sangat. Ada yang piknik dan ada yang tidur macam family ni hehehehe

Kebetulan pula hari tu ada pertunjukan pasal army kat Invalides ni. Memang ramai sangat la orang kat situ.



Les Invalides ni memang tempat military. Kat dalam tu memang banyak muzium pasal military kat Perancis ni. Jadi, memang selalu buat pameran masa Hari Kebangsaan.

Mat-mat tiarap sangatlah ramai kat sini hari tu buat pertunjukan hehehe... Bukan setakat askar aje, ada gak dari bomba dan pasukan elit Perancis Legionnaire. Yang ni memang aku suka tengok sebab ini pasukan khas untuk askar dari negara asing yang nak serve dengan pasukan military Perancis. Jadi, adalah yang datang dari Afrika dan sejauh dari Jepun nak berkhidmat dengan Légion étrangère ni.

Dari situ kami terus ke Notre Dame. Macam biasalah tak ada apa yang menarik sangat kat Notre Dame ni sebenarnya. Jadi perjalanan diteruskan. Ikut jer kaki melangkah. Asalnya cuma nak beli air aje. Tapi barang-barang kat Paris ni memanglah tersangat mahal. Beli air tin teh limau lipton yang aku suka sangat tu pun dah €2.50. Kat Latin Quarters harganya agak murah sikitlah. Dapatlah air mineral dengan harga 80sen sebotol.

Jalan-jalan lagi, kali ni kami sampai ke Institut du Monde Arabe. Institut khas untuk budaya Islam. Menarik gak tempat ni tapi sebab hari cuti umum dan dah petang, bangunan ni dah tutup. Ada restoran sedap kat sini, tapi biasalah orang semekin macam kami ni tak leh la nak bergaya makan kat restoran tip top macam ni. Lagipun host kat Paris pun sudah sangat tip top memberi layanan kat kami huhuhu.

Dah bergambar kat Institut du Monde Arabe ni, kami terus aje lah berjalan. Niatnya nak cari jardine atau taman dan terus ke Gare d'Austrelitz dan ambil Metro terus ke stesen Passy, tiba-tiba aje terdengar lagu salsa. Ada parti ke? Kat mana?

Huhuhu.. rupa-rupanya ada open air tarian salsa laaa. Apa lagi.. marilah menonton. tengah dok syok menonton ada perempuan cina datang kat kami. Malaysian gak. Dia dok berborak-borak. Seronok tengok salsa katanya. Nak menari tapi dia tak berapa reti sangat, jadi dok bergoyang aje lah berdiri kat tepi kami sambil-sambil tu mengomel.. tu yang suara dia masuk dalam video aku nih.. spoil je!

Enjoys

video

Cerita hari-hari seterusnya akan menyusul. InsyaAllah. video

Tuesday, July 14, 2009

Dilemma

Aku dok garu kepala la ni
Kalau aku panjat menara komunikasi, apa agaknya aku dapat?
a - aku dapat signal best
b - aku dapat penat
c - aku kena electrocuted

OK OK bukan niat nak panjat pencawang elektrik, cuma menara komunikasi jer.

Apa ke hal ramai naaa orang suka memanjat menara komunikasi ni?

Best kot nampak pemandangan atas (aerial view) tapi yang ada hutan aje kan?

Tak pe, tengoklah hasilnya nanti. Mungkin aku tak panjat. Dok bawah aje lah makan eskrem, ataupun aku lepak tepi sungai aje. Huh! Mancing pun best ni.

Thursday, July 09, 2009

Hai-lah

Dah dok sensorang kat rumah ni, walaupun ada kerja haram yang nak diselesaikan, tiba-tiba macam nak lah pulak bersosial.

Sebenarnya banyak aktiviti komuniti Malaysia kat Glasgow ni, tapi aku aje yang tak boleh nak join. Kadang-kadang tu bukan tak nak, tapi tak boleh. Aktiviti biasanya dibuat hari Sabtu dan Ahad dan sedia maklum, hari tu aku bekerja. Eh? Bukan ke aku kerja hari-hari hehehe.

Tapi itulah, bukan setakat aktiviti-aktiviti biasa, bila komuniti buat BBQ pun aku tak boleh ikut. Kerja. Selalunya keputusan penetapan hari sangatlah ad-hoc dan aku pulak kalau nak bercuti, kenalah mohon tiga ke empat minggu lebih awal. Jadi, selalulah terlepas. Tu yang buat aku tak berapa nak kenal orang, sama ada yang baru ataupun yang dah lama. Lingkaran sahabat aku memang boleh dikira dengan jari aje.

Cik Mimi kata ponteng aje sekali sekala join BBQ. Nak juga. Tapi, memandangkan inilah punca rezeki kat sini, aku tak mampu nak mengikut saranan cik Mimi hahaha. Aku nak barakah dalam belajar hahahaha.

Nampak gaya pengorbanan sosial akan terus dilakukan sehingga habis belajar ...huhuhuhu

Teruskan ber'haram'!

Tuesday, July 07, 2009

Hari ini dalam sejarah

7 Julai 2005

Hari ini tepat empat tahun peristiwa bom di London.


7 Julai 2009

Rusuhan di pedalaman Xinjiang. Semoga Allah cucuri rahmatNya kepada pejuang-pejuang etnik Uyghurs.
Aku ada terbaca dan menonton dokumentari mengenai etnik Uyghurs yang beragama Islam sejak zaman kegemilangan dan merupakan laluan sutera (Silk Road) perdagangan zaman lampau.

Sedikit sejarahnya


Dan link ini.

Friday, July 03, 2009

Adbencer menambatkan lapitop



Tengah tunggu waktu subuh ni sebenarnya, jadi aku habiskan malam ni dengan cuba selesaikan seberapa banyak kerja haram aku hehehe.

Rasa seronok pulak cuba habiskan satu bab kerja haram ni. Membuat research hampir mengalahkan macam pelajar PhD buat research untuk literature review. Tapi, sungguh! Banyak benda yang aku belajar semata-mata nak habiskan satu bab manuskrip yang ini.

Aku sukakan buah fikiran Abdurrahman Abu Zayd ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Khaldun al-Hadrami yang sungguh ke depan dari masa dan zamannya. Aku belajar pasal wabak Bubonik atau Black Death dan Lisan-ad-Din Ibn Al Khatib yang mula-mula merekodkan yang wabak ini jenis berjangkit. Tentang Ahmed ibn Ali ibn Khatimah, Mohammed ibn Ali Ash-Saquri yang tulis tentang Tahqiq an-naba' an amr al-waba'. Tentang seorang warak si Ibn Abi Madyan yang mengurung diri dan keluarga di Sale untuk mengelakkan dari wabak berjangkit ini.

Aku belajar pasal qadi terakhir di Karnattah, ibn Al-Azraq yang menggalakkan jihad menentang sultan yang lemah. Memilih antara emir yang meletakkan cukai tinggi atau sultan yang kompromi keselamatan dan kesejahteraan negara dengan bersekongkol dengan kaum Nasrani. Malang, aku belum lagi berjumpa dengan kisah hidup Abu Abdullah Muhammad, tentang peribadi dia sehingga sanggup memerangi ayahanda sendiri di Sharqiya. Beliau ditangkap oleh tentera Ferdinan dan Isabel, dipenjara dan akhirnya ditawarkan perjanjian. Kembali ke Karnattah tetapi membayar 12,000 Doblars kepada kerajaan Nasrani dan membebaskan 60 pesalah Nasrani setiap tahun selama lima tahun.

Satu demi satu negeri di Andalus jatuh ke tangan Nasrani dan akhirnya Abu Abdullah Muhammad menangis apabila negeri kesayangannya menjadi negeri terakhir yang terpaksa diserahkan kepada Ferdinan dan Isabel sehingga dimarahi oleh ibunya Aisya.

"Kau menangis seperti seorang perempuan untuk sebuah negeri yang kau gagal pertahankan sebagai seorang lelaki."

Aku suka!!!

Walaupun sekarang aku terpaksa tambat lapitop aku terus pada network sebab aku dah reformat dan terus hilangkan wireless connection juga bersama program-program yang lain hahahaha tahniah untuk diri sendiri!