Monday, August 31, 2009

Catatan Ramadhan - 2

Sabtu lepas, group Charles Street buat iftaar jamai'e. Berjemaah. Beramai-ramai. Di rumah lama/baru cik akuatik.

Err... layan gambar aje lah ye. Tetiba saja terlebih busy pula hari ini

Dan err... Selamat Hari Mendeka, Malaysia. Cuti lagi ek?












Menunya
Nasi putih
Kari kambing
Ayam
bubur lambuk
buah-buahan - anggur, epal, plum
pelbagai aneka kuih
kek
sebuku roti

err... tu aje yang aku nampak sebenarnya. Sebenarnya banyak lagi lauk-lauk dan kuih muih terhidang, aku aje yang tak berapa makan sebab bila dah ramai-ramai tu aku tak reti nak ambik makanan huhuhu

Wednesday, August 26, 2009

Catatan Ramadhan - 1

Masuk aje bulan Ramadhan, kawan-kawan aku kat Tanah Melaya dok pakat ramai-ramai tanya, buka pukul berapa hari ni? Bila aku jawab 8.40pm, mereka akan tanya pulak sahurnya pukul berapa? Lingkungan pukul 4am. Respons seterusnya 'ooo... lamanya!"

Kalau ikut waktu memang sangat lama berbanding kalau berpuasa kat Tanah Melaya tu tapi kami yang kat sini tak terasa pulak letihnya, walaupun berpuasa lingkungan 16 jam sehari. Inilah masa untuk muhasabah diri dan reflect balik indahnya alam ciptaan Allah. Sangat sempurna dan sangat adil untuk hamba-hambaNya.

Ramadhan kali ini buat kami di hemisfera utara jatuhnya di penghujung musim panas. Walaupun masa berpuasa tu agak panjang, tapi cuaca kat sini agak dingin dan masih selesa berpuasa tanpa rasa letih yang teramat sangat. Untungnya untuk mereka yang tinggal di hemisfera Selatan seperti di New Zealand dan Australia, puasa kali ini jatuh di musim sejuk hampir masuk ke musim bunga maka untuk mereka, masa berpuasa agak singkat. Untuk yang tinggal berdekatan dengan equator atau garisan Khatulistiwa yang masa malam dan siangnya sama panjang, tiada pertukaran masa yang melampau sepanjang tahun. Adilkan Allah?

Ramadhan dalam musim-musim yang bergilir.

Dalam beberapa tahun lagi, Ramadhan akan disambut pada kemuncak musim panas. Maghrib mungkin sekitar 10pm dan subuh sekitar 2am. 20 jam berpuasa. Rasanya masa tu lagi mencabar. Dan aku pun tak tahu kat mana aku waktu tu. Entah-entah di benua lain pula. InsyaAllah... aku mohon yang terbaik saja.

Iftar

Sumsa - Iftar 2008
Mungkin ada yang tak sependapat dengan aku tapi inilah yang aku rasa. Aku lebih suka ber-iftar di perantauan ini. Memang tak sama dengan berbuka dengan keluarga tapi bila di sini, mereka yang di sinilah keluarga aku. Sama-sama berkasih dan sayang. Sama-sama rindu juga.

Berbuka puasa di bulan ramadhan di perantaun terasa sangat manisnya. Semanis rutab yang dihidangkan bersama-sama kuah bijan. Isnin hingga Jumaat, aku akan cuba sedaya upaya untuk berbuka di SUMSA.

Alhamdulillah, tahun ini SUMSA masih berupaya untuk membuat jamuan iftar lima hari seminggu hasil dari wang sedeqah muslimin dan muslimat sekitar Glasgow. Ada juga komuniti Islam yang menderma makanan untuk iftar, macam malam tadi. Komuniti dari Libya membuka tirai bersedeqah, memberi makan musafir-musafir yang datang ke sini untuk menuntut Ilmu. Alhamdulillah dan semoga mereka mendapat imbuhan berlipat ganda dari Allah atas rezeki yang dikongsi bersama.

Selepas mengalas perut dengan rutab dan menikmati segelas air susu, solat maghrib secara berjemaah dilakukan. Selesai bersolat baru sambung makan balik. Jamuan biasanya nasi briyani dengan kari ayam. Bila ada sedeqah, merasalah kami, pasta bakar, kus kus daging kambing dan makanan Arab atau Greek yang paling aku suka - stuffed grape leaves with meat and rice. Beraneka kuih atau roti manis hidangan terakhir sebagai pencuci mulut.

Sambil duduk, sambil berbual. Ada yang datang dari Perancis, Libya, Iraq dan Turki, juga kami dari Malaysia. Ada masanya bersembang dalam bahasa Inggeris, ada kalanya menggunakan bahasa isyarat saja. Macam ayam dengan itik, tapi tetap meriah. Duduk ramai-ramai mengelilingi saprah kertas putih.

Kalau tak cukup pinggan, kita kongsi saja, makan berdua. Kalau tak cukup cawan, bergilir-gilir minum. Walaupun kadang-kadang makanan terpaksa dicatu, tapi tetap mencukupi. Malah, kadang-kadang ada lebih pula dan boleh dibawa balik untuk santapan sahur sebagai persediaan berpuasa keesokan harinya.

Seronok kan?

Embrace life and live life to the fullest. Cintailah kehidupan yang Allah anugerahkan dengan mengucapkan syukur atas setiap nikmat yang diberikan.

Alhamdulillah. Syukur ya Allah!

Monday, August 24, 2009

Aku suka -- makan (hahahaha)

Siapa yang tak suka makan?!
Huhuhu... rugilah satu nikmat Allah beri pada sesiapa yang tak suka menikmati makanan. Ish ish ish no talking.

Biasalah kan, kalau kat tanah air tu, bulan Ramadhan ni dah jadi macam pesta makanan. Macam-macam juadah tersedia. Pilih dan bayar saja. Sebab dek banyak sangat pilihan, mata pun jadi rambang. Terus lupa pengajaran berpuasa itu untuk apa sebenarnya hahahaha.

Aku tak tahulah dah ada berapa agaknya pasar Ramadhan kat KL la ni, tapi dalam banyak-banyak pasar Ramadhan yang aku pergi dulu, yang kat Bandar Baru Sentul yang agak best bagi aku.

Dulu pasar tu bawah rumah sewa aku aje. Masa tu, tiba saja bulan Ramadhan, aku cuma ada dua pilihan, samada balik awal (sangat awal) ataupun balik lewat (lepas maghrib) sebab kalau aku balik sama dengan orang lain balik kerja, alamat aku tak dapat nak pakir kereta kat tempat pakir haram tu hahahaha. Tapi, selalu aku memang ambil opsyen balik awal la. Pukul 4pm jer dah tiba rumah hahahaha... Biasalah... nature of my job requires me to be creative lalala.

Anyway, yang sangat best nya pasar Ramadhan kat situ disebabkan adanya satu abang yang baik hati menjual nasi lemak kukus Melaka or is it nasi lemak Melaka kukus? huhuhu. Entah. Tapi ada kukus dan ada Melaka. Kesimpulannya, nasi lemak yang beliau buat adalah sedap dan menepati citarasa kami seisi rumah. Masalahnya, kalau lambat beli confirm abis. Sebabkan kesedapan hasil tangan tukang masaknya dan kebaikan hati penjualnya dan juga proses mencuci mata pun terlaksana, nasi lemak beliau memang sangat laku.

Tu yang aku suka tu. Lagipun, menu berbuka aku memang sangat simple. Aku rasa sesiapa yang pernah merasa duduk dengan aku memang dah bosan dengan menu berbuka aku. Dah memang terpahat dalam sanubari. Ya tak Elly, Dura? hahahaha.
Main course - nasi lemak/ayam/goreng ayam.
Drink -
air tebu
Dessert - kuih keria

Disebabkan mudahnya menu aku tu, aku selalu jugak tukar-tukar supplier, cari mana yang sedap dan masuk dengan selera aku. Yang paling susah nak cari yang sedap, adalah dessert aku. Kuih keria tu sebenarnya mudah sangat tapi, selalu aku dapat yang kureng... ada saja yang tak kena. Keraslah, kurang gulalah. Haish!

Dan masalah aku dengan kuih keria ni berterusan hinggalah kini. Aku tak taulah keledek spesis dari US ni jenis lembik longeh. Aku ingat spesis dari Israel aje yang lembik, rupanya yang datang dari sekutunya pun sama juga. Tak boleh digentel nak buat keria langsung. Ikut petua mak aku pun, masih lembik lagi. Letak tepung pun masih benyek, bila letak banyak, keras pulak jadinya. Jadilah keria yang tak rupa keria. Tapi, tak apalah... pulun sajalah kalau dah teringin sangat tu kan? oh go on

Sekarang ni aku belum lagi berbuka dengan nasi lemak/nasi ayam/nasi goreng ayam dan mungkin takkan minum air tebu. Hari puasa pertama, dapat jemputan makan ayam percik huhuhu dan semalam berbuka nasi dan ayam paprik di rumah akuatik. Isnin sampai Jumaat pula berbuka nasi briyani di SUMSA.

Huhuhu... the story of my life so far... not bad eh? thumbs up

Saturday, August 22, 2009

Ahlan wah Sahlan!

Wah... wah... wah....

Kali ini Glasgow tak degil, tak ikut kepala sendiri. Tapi, tak tahulah kan, nanti kalau nak raya buat perangai balik. Bukan boleh diramal Glasgow ni.

Kalau tahun lepas aku sambut raya dalam keretapi, adakah tahun ini aku akan beraya dalam satu lagi mode pengangkutan awam? Bermaaf-maafan dalam perjalanan? Keluar aje dari Glasgow, terus makan? Sebab tempat lain dah raya, Glasgow saja tak raya! Hmmm.... menarik juga kalau nak buat lagi tahun ni.

Sengih sana sengih sini sambil ucap Eid Mubarak! Hahahaha..

Ahlan wah sahlan Ramadhan! Ketibaanmu memang kutunggu!

Untuk semua, aku mohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan aku yang menyakiti hati samada tidak sengaja ataupun... ahem! Sengaja. Ya, aku adalah hamba yang lemah yang sering gagal mengekang nafsu. praying



Bilik dengan tema 'The Ramadhan Look' huhuhu peace sign

Wednesday, August 19, 2009

Pulang

Tadi, menghantar CikMimi ke airport. Cadangan asal cuma dia mintak tolong bawak turun beg besar yang berat ittew, tapi terus tukar cadangan, minta hantar sekali ke International Airport Glasgow sebab takut beg terlebih berat. Dia upah bayar tiket bas balik. Huhuhu... CikMimi, ai dapat diskaun pelajar. Cuma £3 saja naik Arivva Bus no 500. best tak?


CikMimi balik untuk sebulan setengah sebab kebetulan dia ada conference di KL dan sambil tu, teruslah berpuasa dan beraya dengan keluarga terchenta! Dan sekarang, apabila entri ini ditulis, CikMimi masih di awan biru, lagi dua jam nak sampai Dubai. Mungkin.

Mari kita lihat chronology of events, hari ini.


Tu dia... beg dah macam nak molotup. Penuh dengan makanan aje tu. Macam tulah kami. Nak ke Glasgow beg akan penuh dengan makanan, nak balik Malaysia pun beg akan penuh dengan makanan. Cuma nak balik ni, 'bekal' makanan tu mestilah aneka biskut, coklat dan teh. Heh? Teh? Macam kat Malaysia tak ada teh... hehehehe... Tapi tak sama kan? Pilihan utama, sama ada Earl Grey atau Scottish Blend.
Dan macam biasalah, aku akan jadi supplier beg tiap kali dia balik Malaysia hahahaha. Nampak gaya beg aku balik dulu dari tuannya.


Last minute check.
Tiket? Check!
Paspot? Check!
Duit? Check!
Telefon? Check!
Bila semua dah sedia, barulah boleh telefon teksi untuk ke airport. Kunci rumah dan angkut beg turun. Biasalah, aku ler yang kena bawak turun beg besar dia tu. Upah, bila dia balik Glasgow, dia kena masak untuk 21 hari berturut-turut hahahaha.

Sebenarnya agak confusing sikit kalau nak menunggu teksi prebet kat rumah kami ni sebab ada dua jalan ke sekumpulan blok perumahan kat sini. Kadang-kadang teksi akan menunggu di seberang dan kadang-kadang di belakang rumah. Jadi, tadi kami bahagi dua. CikMimi ke Armadale Street dan aku menunggu di Roebank Street. Akhirnya, sebuah kereta Skoda Octavia putih dengan lesen teksi prebet lekat kat fender depan berhenti di Roebank Street. Terpaksalah aku beramah tamah dengan pemandu teksi sementara tunggu CikMimi tarik beg besarnya datang huhuhu.




CikMimi bergaya dengan tiket print-out sambil beratur untuk check-in di kaunter penerbangan Emirates ke Dubai. Emirates ni popular kat Glasgow. Selalu flight akan penuh. Macam tadi, ramai juga yang check-in hendak ke Dubai. Masing-masing bawa beg-beg besar. Buat masa ini Emirates sangat bermurah hati bagi 30kg untuk setiap penumpang. Beg CikMimi pun nyaris-nyaris melepasi mark 30kg tadi. Huhuhu... nampak gaya penimbang beg di rumah itu hampir-hampir tepat juga ye.



Sebab masih awal, kami berkeputusan untuk mengopi dulu. Memandangkan adik naqibah sudah mengingatkan jangan beshubahat dengan Israel, kami ingat nak mengopi di Sandpiper Coffee saja tapi err.... ada bar pula di situ... maaflah adik naqibah, kami terpaksa memilih lesser of two evils, Starbucks jadi pilihan miahahahaha. Duduk minum kongsi satu mug sederhana besar coklat panas dengan harga £2.45. Kira okeylah tu ye.

Jam 12:45 tengahari, kami bergerak ke tingkat atas untuk ke Departure Hall. CikMimi meneruskan perjalanan ke Dubai dan aku pulang ke pusat bandar. Ngelinter di pusat bandar sekejap dalam hujan renyai dan tiba di rumah tepat jam 2 petang.

Okey CikMimi, kronologi perjalanan yu selesai. Nanti bila yu buat open house, calling-calling la ye. Kalau tak ada aral dan ada kenderaan ai datanglah huhuhu... Wah! Mesti padat dengan aktiviti raya ni ek? huhuhuhu

Tuesday, August 18, 2009

Amaran masa

Malam tadi tidur aku terganggu sekitar jam 1am akibat satu sms yang 'tidak penting' masuk dalam inbox. Sms pasal selsema babi atau H1N1. Terperanjat aku bila hp aku menyanyi-nyanyi sebab aku lupa nak letak dalam silent mode. Pening sat, jantung pun berdegup kencang. Aku ingatkan ada emergency. Emak ke? Tapi, bila aku tengok sms yang masuk bukan sesuatu antara 'hidup dan mati', barulah lega. Tapi, bila bangun beberapa jam kemudian, badan aku penat dan kepala aku sakit.

Bukan sekali sms masuk ketika dinihari dan sms-sms ini semuanya perkara yang remeh-temeh. Yang boleh ditunggu untuk dihantar dalam masa yang sesuai. Mungkin tiga jam lagi? Bersabarlah, jangan gopoh demi memuaskan hati kamu. Berkali-kali aku beritahu, kita dalam satu planet yang sama tetapi benua yang berlainan. Masa aku bangun dan beraktiviti adalah masa kamu tidur dan berehat, begitulah sebaliknya. Kita harus hormat menghormati masa-masa ini dan perbezaan waktu antara siang dan malam. Ya,Allah sendiri mengingatkan betapa pentingnya masa itu pada manusia dalam Surah Al-Asr, tapi hormatilah jua manusia-manusia yang lemah seperti aku.

Bagaimana agaknya kalau aku sms kamu ketika kamu sedang beradu merehatkan minda dan tubuh badan dan rehat itu amat-amat perlu bagi kamu kerana esoknya kamu akan menghadapi tekanan kerja di pejabat? Perlukah aku ingatkan perbezaan masa ini setiap masa? Bukankah masing-masing sudah tahu? Maklumat yang ada dihujung jari anda - bukankah itu tagline sedia maklum untuk talian internet? Gunakanlah.

Walaupun bersahabat, itu bukan tiket untuk mengambil enteng perasaan dan masa orang lain. Sesekali kita harus lupakan kepentingan diri kita demi seorang sahabat. Hargai setiap waktu dan pemberian yang diberikan untuk kita. Jangan anggap sebab bersahabat, kita tidak akan berkecil hati sekiranya masa yang dihabiskan, bersengkang mata, mengeluarkan wang untuk mencari pemberian yang 'sempurna' itu tidak dihargai. Sesekali kita harus letak ke tepi tentang 'aku, aku' dan fikir tentang perasaan 'dia, dia.'

Tapi mengapa ye? Apabila benar-benar terjadi kecemasan, sms yang pertama aku terima, hanyalah pada jam 8.41am, 17-01-09, masa aku sudah dalam bas ke tempat kerja? Kenapa pula tidak dihantar jam 2am atau 3am?

Mungkin kamu tak faham kerana kamu tidak mengalaminya - tak apalah. Kamu tidak merasa tinggal jauh beribu-ribu batu dari keluarga tercinta. Kamu tidak mengalami rasa ingin pulang yang membuak-buak apabila mengetahui salah seorang ahli keluarga kamu yang sangat kamu cintai sedang menghadapi sakratul maut, tapi kamu tidak berdaya hendak pulang. Ia bukan satu perjalanan yang kamu mampu lakukan dengan hanya memulas kunci kereta atau membeli tiket bas.

Namun, aku tetap hargai keprihatinan kamu. Sungguh!

Tuesday, August 11, 2009

Go Green


Mari menghijaukan bumi! hehehehe.

Ahad lepas aku, cik mimi ngan akuatik ekspedisi berbasikal ke Kirkintilloch. Ekspedisi satu hari suntuk. Ini kali pertama aku berbasikal selepas dalam 20 tahun. Kali terakhir aku berbasikal, seingat aku, masa aku tingkatan dua atau tiga sekolah menengah. Perkh! Mencabar sungguh.

Mentang-mentang baru beli basikal dari sportsdirect.com, tu yang teringin nak ngetest tu. Tapi, baru kali pertama berbasikal dah teringin nak pergi jauh-jauh. Kirkintilloch, kalau ikut dalam peta jauhnya lebih kurang lapan batu dari pusat bandar.

Memandangkan nak menikmati pemandangan kampung konon-kononnya, kami ikut laluan basikal yang lebih panjang perjalanannya kalau dibandingkan ikut laluan kereta.

Ekspedisi dimulakan pukul 7.30am. Masa tu lah nak check basikal tu ok ke tak, seat sedap ke tak dan belajar guna gear. Huhuhu.. dulu basikal hitam tu tak dak gear, la ni guna mountain bike kena plak belajar gear huhuhu. Dari rumah, kami lalu Royston Road nak ke Sighthill. Saja je lalu Royston Road tu sebab jalan situ agak landai. Tapi, basikal aku plak buat hal, handle bar asyik longgar jer. Jenuh ketatkan.

Sepatutnya jumpa akuatik kat satu lokasi ni, tapi kami dok sesat barat membuatkan makcik tu hangin satu badan dan terpaksa berpatah balik ke Sighthill Park huhuhu sorry!! Dari situ meneruskan perjalanan ke Port Dundas dan terus ke Possil Park. Belok masuk ke cycle route menyusur terusan Forth & Clyde. Off road ni sangat popular untuk orang berbasikal, berjalan-jalan atau training maraton. Laluan kecik ni mengingatkan aku jalan kat kampung. Sebelah kanan parit sebelah kiri tanah gambut huhuhu. Tapi yang ni sebelah kiri tu tanah marsh (err.. marsh dalam bahasa Melayu apa ek?) Oh! Kat terusan ni pun tempat orang memancing juga.

Seronok berbasikal kat tepi terusan ni. Sekurang-kurangnya nampaklah itik, burung, pokok-pokok, lebah dan serangga-serangga yang sewaktu dengannya. Walaupun cuma lapan batu (atau lebih) jauhnya dari pusat bandar, suasana kat sini dah memang macam kampung. Ladang-ladang cereal menguning. Aku panggil cereal saja sebab aku tak tahulah tu ladang gandum ke atau barli untuk buat malt. Masa dalam perjalanan tu pun loceng kat satu gereja tepi terusan tu pun tengah rancak berbunyi nak panggil orang suruh sembahyang. Berbondong-bondonglah mereka dengan Sunday clothing yang cantik-cantik pi sembahyang secara jamak satu minggu.


Ini lagu tema ekspedisi berbasikal kami hee hee

Sampai kat pekan Kirkintilloch tu dah pukul 11.30am tapi bandar dia masih lagi sunyi sepi. Kedai pun tak buka lagi. Yang buka cuma Tesco Metro jer. Apa lagi, itulah tempat dituju. Meriah aje kat Tesco. Lepas beli air kami ke Peel Park kat seberang jalan. Duduk-duduk kat situ sambil ambik gambar. Kisahnya nak buat gambar raya tahun ni hahahaha... entahlah.

Dah lepak barang sejam dua terus bergerak nak balik pulak. Masa ni lutut aku dah cramp tak hengat dunia. Sakitnya Allah aje yang tahu. Tu lah! Tak dak senam ka, regangkan kaki ka, terus jer mengayuh beskat sesuka hati hahaha. Tapi memang perjalanan balik tu memang menyiksakan sungguh.

Mulanya nak naik tren jer balik Glasgow jadi berkayuh dan berjalanlah ke Lenzie. Beli tren tiket yang harganya £2.55. Mahal sungguh. Tapi, bila tren datang, pakcik tiket tak bagi naik. Ceh! Suruh tunggu tren lagi satu. Dah la tren sejam satu. Takkan nak nunggu sejam lagi kot? Akhirnya buat keputusan mengayuh balik.

Perkh! Perjalanan balik tu memang laa... Dah la jalan kampung, pas tu plak berbukit-bukit. Asal naik bukit jer aku dok sorong beskat. Tak mampu weh. Tinggi bukitnya. Turun tak pa. Tapi disebabkan bahagian belakang lutut pun dah krem, nak berkayuh jalan landai pun siksa. Jadi, perjalanan balik melalui Lenzie ke Stepps terus masuk ke Royston Road dan tinggal beskat kat kawasan rumah lama - Charles Street. Elok jer letak beskat, hujan pun turun dengan mencurah-curah. Perkh! Tak dapat dibayangkan kalau hujan lebat masa kami tengah mengayuh tu.. mau meraung tiga-tiga orang kakaka.

Tiba kat rumah, aku pun penuhkan bath tub dengan air panas. Dok berendam bagi otot yang tegang kendur balik. Lepas tu aku ngan CikMimi pakat lumur kaki ngan minyak hangat. Sesi mengurut badan sendiri dimulakan. Kalau aku tak mengurut malam tu alamat pagi esoknya aku tak bekerjalah jawabnya hahahaha.

Overall, kami telah berbasikal lebih kurang 40km dalam masa satu hari. Perkh!

Thursday, August 06, 2009

Dating

Tadi aku dan Effa pergi ngedet dengan si Natalie kat Starbucks di Sauchiehall Street. Dulu, dia sama-sama kerja jadi pencuci di Beatson Oncology Centre dengan kami tapi akhirt ahun lepas dia berhenti.

Sejak tu kami memang tak pernah berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan urusan universiti. Kali terakhir berpeluk-peluk, badan dia masih lagi kurus tapi sekarang ni dia dah 7 1/2 bulan hamil. Macam tak percaya aje aku bila lebih dua bulan lepas dia text bagitau dia dah habis degree sekarang ni tengah pregnant. Dia kata dia due dalam 22 September tapi rasa macam tak sabar, nak suruh baby dia keluar cepat hahahaha.

"It's like I have been pregnant forever," omel dia sambil ketawa.

Natalie ni memang seorang yang gembira dan punya bubbly personality. Senang nak rapat dan kawan dengan dia. Kami, aku dia, Mark dan Pasqual selalulah makan sama-sama kat kantin. Masa tu makanan kat kantin taklah mahal sangat. Bila dia dah berhenti, aku pun malas nak makan kat kantin dengan si Mark dan Pasqual tu. Paham-paham ajelah boys.

Walaupun si Nat ni nampak happy saja, rupa-rupanya unplanned pregnancy dia ni banyak cabarannya juga. Bapa pada bayi dia tiba-tiba buat hal. Nat kata mungkin partner dia terkejut bila dapat tahu yang dia hamil dan berkeputusan nak lahirkan anak tu. Nat kata nampak gaya lelaki tu memang immature. Nat lah yang ke hulu ke hilir uruskan semua. Dia sendiri yang beritahu mak bapa lelaki tu yang dia sedang hamil.

Dia kata dia tak kisah kalau mereka pisah tempat duduk asalkan bapa pada bayinya bertanggung jawab dan ambil tahu pasal perkembangan bayi mereka. Pernah satu hari lelaki tu text dia dan marah-marah sebab Nat tak update pasal baby. Nat kata, kalau dia nak tahu, dia kenalah telefon Nat, not the other way around!

Nat kata pakwe dia akan marah-marah untuk perkara yang kecil-kecil pun. Dia tak datang untuk scan kat hospital yang pertama sebab masa tu mak Nat ada sama. Alasan, dia takut dengan mak Nat. Tapi scan yang ke dua pun dia tak ada. Natlah yang kena bawa gambar scan tu tunjuk kat parents pakwe dia. Nat kata sejak dia pregnant ni pun, kawan-kawan dia ramai yang jauhkan diri saat dia perlukan support diorang.

"I just can't believe that a person could change that drastically. I've known him since we were in primary," katanya.

Tapi Nat ni bagus, dia redha. Dia kata dia tak boleh paksa orang berubah cuma dia harap yang pakwe dia tu sedar dan lebih bertanggungjawab. Dia harap bila bayi dia lahir, sikap pakwe dia tu akan berubah.

Nat pun rancang nak sambung buat post graduate dan mengajar lepas bayi dia lahir dan besar sikit. Sekurang-kurangnya kalau dia jadi cikgu atau pensyarah, dia dapatlah luangkan lebih masa dengan anak dia. Sekarang ni Nat duduk dengan ibu dan kakak dia. Nat kata dia tak mahu tahu jantina bayi dia. (pix: Effa dengan Nat)

"Whether it's a boy or a girl, I will still love it the same."