Wah! Akhirnya saya juga tidak terlepas dari angin 'tag' ini. Jemputan pertama datang dari Joe dan kemudian Indera menyusul pula. Ah! Malu untuk menyenaraikan sikap pelik saya tapi tidak sampai hati pula hendak menghampakan permintaan orang. apatah lagi Joe menggunakan kaedah psikologi dengan mengatakan 'tiada paksaan' tatkala menghulurkan jemputan itu. Sungguh halus senjata yang beliau gunakan. Sukar untuk saya mengatakan tidak. Lagipun, bukankah ayahanda bonda saya sudah mendidik saya supaya bersopan santun dan jangan mengecilkan hati orang lain?
Tapi sekiranya kamu membaca senarai 'kepelikan' saya, sanggupkah kamu ingin terus berkawan dengan saya? Adakah ini turut menjejaskan prospek saya untuk mencari suami German Muslim Caucasian? (hahaha... tinggi betul angan-angan saya, tapi bak kata seorang sahabat, angan-angan percuma, tak dikenakan bayaran!). Bersiap sedialah kamu dengan senarai 'kepelikan' saya.
1. Susah hendak ketawa bila membaca majalah humor. Lebih-lebih lagi keluargan tempatan. Sungguh! Bukan saya tidak faham isinya bak kata 13May, tapi lawaknya tidak kelakar lagi bagi saya. Tidak seperti majalah Gila-Gila lewat 80an dan awal 90an dulu. Saya suka kartunis Long, Zunar (wah! kontroversi ni!) CikLi, Tembakau, Cabai Nud's, Nik dan kadang-kadang Asan dengan Jaki Jipangnya. Yang sekarang ni, rasanya sudah tak kelakar lagilah.
2. Binatang kegemaran saya adalah 'Ayam'. Ya untuk dimakan. Setiap bahagian tubuhnya yang menggiurkan itu, sangat saya gemari kecuali bahagian yang memang tak boleh dimakan. Yum Yum! hahahaha
3. Senang berbual dengan orang yang baru saya jumpa. Prinsip saya - bukannya akan jumpa lagi lepas ni, bantai je lah borak.
4. Masa kecil, ayahanda dan bonda saya paling benci bawa saya naik kenderaan. Kalau terpaksa, mesti bawa bekal plasti 'kresek' (plastik merah) untuk ... ya kamu tahu itu, walaupun perjalanan itu hanya selama 15 minit saja. Tapi sekarang, saya paling suka berjalan naik kenderaan lama-lama. Tak. Saya tak muntah. Saya makan pil tahan mabuk :)
5. Mudah tidur. Saya boleh letakkan kepala dan tidur. Dalam bas, kereta dan yang paling saya suka, tidur dalam keretapi. Bising macamana pun saya boleh tidur. Cuma satu je yang boleh buat saya terjaga - orang bisik-bisik atau mengumpat di sebelah saya. Otomatis 'antena' saya keluar dan perasaan ingin tahu akan meluap-luap. Tapi, tetap buat-buat tidur sambil pasang telinga.
6. Saya suka lakukan 'cat-therapy' untuk menggembirakan hati saya dan menyiksakan hidup seekor kucing. Waaa.... sudah setengah tahun saya tidak menyakat kucing!
Sekarang kamu sudah tahu antara perangai-perangai pelik saya. Masih mahu terus berkawan dengan saya?
Saya sambungkan jemputan ini pada orang yang tak ada blog ops satu je yang ada blog, si Our. Silalah ye...
1. Izinni,
2. Zurd,
3. Along,
4. Sang Diva,
5. Our, dan....
6 anda.
DISCLAIMER : 'Entry' sebelum ini bukanlah untuk meraih simpati kamu ataupun menunjuk-nunjuk. Ia sebenarnya adalah sebahagian dari projek Jakun kelolaan Encik Azhar Ahmad. Itu hanyalah rutin hidup saya setelah bergelar pelajar dan pekerja di bumi asing ini. Saya sama saja dengan Bangla, Pakistan, Indon ataupun Nepalese yang mencari rezeki di Malaysia. Ketabahan saya sama seperti mereka. Juga seperti kamu yang tabah menghadapi hari-hari yang mencabar untuk mencari rezeki. Saya biasa saja.
waaa kali ni aku dulu ... hmmm
ReplyDeletesebab aku dah kawan ngan ko lebih 10 tahun, kepelikan ko tu kebiasaan bagi aku. so u have to dig deeper to find the strangest things about you to impress me! hehehhehe
aku tak nak layan tag2 ni boleh? aku takde blog .. so sepatutnya tak masuk senarai ... kekekekke
Kita sama sahaja. Tiada yang lebih mahupun yang terkurang. Hanya usaha, keinginan dan kesedaran sahaja yang membezakan kita.
ReplyDeleteSaya menerima segala buruk dan baik anda kerana anda adalah anda sendiri. Sahabat saya yang terbaik.
kejap ye.. izinni, takde blog, bukak la satu. kan khairyn kan?
ReplyDeletentahnya, katun zaman la ni, memang tak lawak dah. Memang suka gila-gila zaman ujang, batu api,gelagat, dan humor. Bujal pun buleh juga.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGerman Muslim Caucasian? ermm macam menarik..jangan lupa cari kan seorang untuk saya nanti ya.. haha
ReplyDeletesebelum ku jawab provocation pa'chik .. nak bagi link satu ni dulu kat khairyn ...
ReplyDeletehttp://www.tvpas.com/material.php?id=4687&cat=berita
takde visual mona dengan haris... sebab reporter aku bingai. hari2 buat aku bengang sebab very the incompetent one!!
pa'chik,
ReplyDeleteseperti biasa tempat ni jadi ruang sembang2 aku ... sebab aku memang tak tau malu .. hehehhee
sebenor-benor-benornya blog tu dah ada tapi satu entry pun takde, layout sebesar hama hampeh pun takde. hehehheeh cer click kat nick izinni tu ha ... betui tak cakap aku? tiap kali aku nak start tulis aku terus jadi paranoid, segan benor .. rasa macam .. macamana ek. haaaa tau .. rasa macam aku ni perasan benor nak mengisahkan kat dalam blog untuk orang baca. malu laaa. tau plak malu kan ... pelik gak tu ... hehhehe ... so macam lambat lagi laa kot nak buat apa2 kat blog tu ...
TAPI fotopages ada .. hehehhe tapi dah 2 tahun tak update.
khairyn,
check out slot forum tv aku ... ada rocky .. ekekkekeke
tag menge'tag'. kak muna tu bagaimana skrg?
ReplyDeleteeleh izi, ari tu penah klik nama kamu tu, tapi user profile not available je yang keluar, Ni mesti baru tadi bukak.. haha..
ReplyDeletesori ye khairyn, kawan kamu pulak nak bersembang kat ruang komen ni,nak bukak blog sendiri tak nak.haha..
salam
ReplyDeleteindera,
ah! terpana seketika dan terharu. Persahabatan berlandaskan ketelusan dan kepercayaan. Saya suka tu!
iman,
hahaha.. amiin. Semoga kita dapat German Muslim Caucasian. Kenapa saya suka lelaki German (Muslim Caucasian)? Kerana orang German ni bersistematik. Macam cara mereka main bola. Kena ikut sistem. Tak macam English, main tendang je. Juga tak macam Latin, bukan main bola, tapi banyak 'menari' hahahaha.
Ainee,
Alhamdulillah kak Mona sudah bertambah sihat. Tapi, masih belum lagi dapat melawat suaminya. Terima kasih kerana mendoakan mereka ye? Harapan saya semoga dia segera sembuh.
Izinni & Pa'chik.
ReplyDeleteSis, sejak bila kau jadi pemalu ni? Bukankah kau jenis yang tak tahu malu?? Sebab tu kau jadikan kotak komen aku tempat kau berborak hahaha. Aku rasa kau patut tulis blog dan jadi sebahagian dari anggur masam tu. Aku akan jadi pengomen setia. Kan kita suka provokasi. Cuma blog aku ni lebih mundane sebab aku ada masanya malankolik hahaha.
Aku dah tonton separuh clip forum pasal bloggers tu. Maaflah, ada esei (lagi!) nak kena hantar hari Jumaat. Kesian tengok moderator, takut-takut nak bagi pendapat. Aku rasa sepatutnya kau yang jadi moderator, baru best hentam semua orang. Lepas tu pulak, siap ada bunyi-bunyi hp lagi. Aisey! Tak professional la beb!
Apa pendapat puan mengenai bekas ketua pengarang puan dulu? hahahaha. Nampak dia dah tua kan? Dan kenapa aku sedikit pun tidak merasa kasihan atau mahu memahami beliau (dan ahli panel yang lain)? Kenapa?? Aku sudah bekukah? Aku yang anggur masam atau dia? hahahaha. 'Sukilo' lah (metrik beb).
btw, reporter kau memang bingai! Visual penting, tu sebab namanya visual report. Ketuk aje kepalanya dengan mikrofon. Orang nak tengok mangsa bukan nak tengok orang dok belek2 handphone kahkahkah. Satu suggestion - apa kata tulis sari kata untuk visual yang mutu suaranya kurang memuaskan, sekurang2nya penonton terima dengan lebih jelas setiap patah perkataan yang keluar dari mulut yang kena interview.
pa'chik,
kalau izinni menulis blog mungkin blognya akan lebih panas dari rocky, kak ena, sang kelembai atau mana-mana penulis politik yang tersohor kerana dia tak tahu 'mengedit' minda dan jari-jari yang mengetik keyboard untuk menyusun ayat. Paling tidak dia mungkin akan disaman lebih RM70 juta.
Nostalgia sungguh bila sebut saman, Ah! Khir Toyo. Ah! Dengkil. :)
salam kak khairyn...
ReplyDeletehuhu saya juga sukar nak bergolak sakan dengan humor tempatan. semua terasa macam lawak bodoh yang tak mampu menggeletek hati untuk tergelak. komik-komik juga hambar. gila-gila sekarang sudah makin kelam dan hilang taring-nya. pelawak/kartunis tempatan masih kena usaha gigih lagi.
oh oh kat rumah saya ada 5 ekor kucing pelarian yang boleh dibuli. mahu saya pos ke sana?ha ha ha.
ho ho ho
ReplyDeletekak sya minat baca gila2 dulu.. suka dgn nama2 yg disebutkan tu, teringat dulu kalau oustation ngan bos, dia banned kak sya dr baca Gila-Gila, dia tak suka dgr kak sya terkekeh-kekeh sorang diri. Masalahnya bila tunjuk ngan dia, dia tak ketawa.. tak de sense of humour langsung dia tu.
ReplyDeleteTang 3,5 dan 6 kita sama.. tapi kalau kak sya nak lelap.. org ngumpat kak sya pun kak sya lelap gak.
Khairyn..org Melaka ke? dari mana?
ReplyDeletePa'chik,
ReplyDeletesukanyaaaa dia dapat kantoi aku! ahahhahaha padan muka aku ..
nak sampai takat tu je sampai 3,4 jam, terus tertido aku dibuatnya tau! hard job la bro! last2 aku abaikan takat title blog je. hehehehe
btw, jangan percaya cakap khairyn tu.. saya tau edit tawww! hehehehe
ryn hanikoma,
aku malu tang blogging ni tapi tang tempek kat kotak ko ni atau tempat orang lain aku memang tak tau malu! hahahaha
Aku tak nak jadi anggur masam la. nanti cepat tua macam rocky, si kelambai dan yang sewaktu dengannya! kekadang aku melankolik gak .. hehehhe ...errr rasanya lebih dari ko. hehehe
aku nonton forum tu .. adehhhh cringed aku dibuatnya! buek malu aku jer. moderator tu perasan terer nak tunjuk terer ngan aku! sombong bodoh sikit orangnya .. amboiiii sedap aku ngata dia. ehhehe .. forum buat malam macamana aku nak jadi moderator, aku kena jadi moderator kat umah masa tu. lagipun tak nak lah .. nanti aku nak buat subtitles cam ko kalau aku bosan sini. heheheh .. kalau muka kuar nanti kena blacklist plak.
macamana aku nak ketok. dia kat kelantan nun. aku hari2 marah dia, dia report boss busat. boss busat tanya .. aku cakap reporter yang dia cari tak bagus, tak professional. ada ka gi assignment ngan isteri .. isteri dok tanya soalan, dia jadi cameraman. apa yang aku mintak dia tak deliver. everytime kata susah la, itu la ini la. aku fed up dah dgn dia. 2 bulan tak sampai 30 story pun masuk and he's a staff!! budus!!
Pasal sarikata .. adehhhh .. ko tau aku ni jenis perfectionist bila keje kan. ko nak nengok skrip yang aku buat tak? haaa kat situ ko akan nampak sebutir2 subtitles sebab audio tak bagus!!! visual editor aku malas la tu!!
sekarang ada tau ka aku punya situasi hari2 .. kalau aku bukak blog, jawabnya mengutuk je laaa kejenya. hehehhe
hmm me wondering ... what happened with the RM70m suit tu ek?
hehhe....
ReplyDeleteJom kita makan ayam goreng...
kok kok kokkkkkk!!!!
ryn hanikoma? itu cerita tibi 2 nak lawan oshin dulu. haha..
ReplyDeleteutk ripoter tu, bagi amek ubat nyamuk, tumbuk kasi hancur, taruk dalam air kopi, bagi dia minum, hahah... oit oit, jangan buat sungguh pulak.
hehehe..bile reporter berbicara..hebat..memang hebat..
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteakirasuri,
Dulu memang suka baca komik tempatan. Tapi susah nak bergelak ketawa. Tapi bila jumpa satu yang boleh buat saya ketawa, susah pula nak berhenti. Sekarang, komik humor tempatan banyak sangat lawak yang mengenakan orang. Tak macam dulu, siap ada ruang 'kraftangan vs kerastangan' lagi. Kreatif dan menjana minda.
king,
Christmas dah habis hehehe
kak Sya,
Dari dulu lagi, bising macamana pun saya senang tidur tapi bila start ada orang mengumpat di sebelah saya (walaupun bkn saya yg jadi mangsa umpatan tu) senang sungguh terjaga. Saya suka mendengar. Saja nak tahu hahaha. Ibu bapa saya berpinda ke Ayer Keroh 10 tahun yg lepas setelah bosan dengan KL.
13May,
Jom makan ayam goreng. Kawan2 rapat panggil saya 'ibu ayam' sebab ketaksuban saya dengan binatang ini. Jadi saya panggil kamu 'bapa ayam' boleh? hahahaha
Pa'chik
Lambat la proses tu. Ketuk dengan mikrofon je, cepat sikit. Tapi bergantung kepada kebesaran mikrofon tu tadi. Yang tahun 50an paling berkesan.
Iman,
Kami berdua hish... bila dah mula, susah nak berhenti. hahaha. Tu sebab senang bekerja bersama macam Carl Bernstein dan Bob Woodward (All the president's men. Uish! Berangan je lebih.
aku suka katun apa namanya ek? kalaripayat ke? .. aku pakat gelak kekek2 sorang. lawak gila. baru aku tau orang india pun ada seni mempertahankan diri. tak penah miss.
ReplyDeletelagi satu .... paling aku tak leh lupa sampai sekarang ... kita punya one day trip ke dengkil, sepang tu. fuh! adventurous gilos baban. the most happening assignment bagi aku. teruja! hehhehe
ReplyDeletekalaripayat??? kartun apo tuu kak weyy..tandoori payat ade laa hahaha..kalaripayat
ReplyDeletesaya pelik cam ner org lain boleh mudah borak, mudah mesra, sedangkan saya cukup susah nak memulakan sebuah perkenalan, segan dan tidak berkeyakinan
ReplyDeletekemat,
ReplyDeletenak mudah borak ek? tunggu saya masuk blog awak nanti .. takut awak tak larat atau tak kuasa melayan plak nanti :)
iman ... ooooo tandoori payat ek? ekekkeke ... ok ler tu lebih kurang ada payat gak kat ekor tu.
ReplyDeletehuhuhu housemate ku..kita serupa suka makan ayam!kita tak suka ikan kan?tak suka lamb...ehehhehe.Tapi bukankah binatang kesukaan anda lembu?eheheheh..konpius2..
ReplyDeletekhairyn,
ReplyDeletekita berbeza pada dua perkara pelik anda.. saya tidak gemar ayam, dan tidak berminat dengan ragam kucing.. hehe
nanti lihat pula 6 yang pelik tentang saya ok?!
errr....bapa ayam mungkin kasar sikit bunyinya....
ReplyDeleteapakata ayam bapak????
hahahahaha:P
salam
ReplyDeleteizinni,
tandoori payat laa... Aku suka Ali and Davidson dan Nik's PI.
Iman,
Itu perempuan belakang sudah tua la.. hahaha
kemat,
Ish apa nak malunya. Sudah handsome lah tu dengan baju melayu merah dengan songkok senget. Senyum pun dah cukup manis :)
Mimi,
kita, dua ibu ayam hahahaha. Nasib baik ayam murah kat sini lalalala
Ayam enak dimakan. lembu enak dipeluk. Rumah kita boleh jadi ladang ternakan hahaha
bayu,
Saya suka sakat kucing. Geram!! Kalau boleh kucing Aummmm tu pun saya nak hehehe
13May,
Okeh Ayam Bapak. Ku panggil mu begitu. :)