Thursday, August 23, 2007

:)

Pagi tadi lepas balik kerja, terasa sangat-sangat lapar. Memang perut dah buat choir sejak dalam bas. Sampai di rumah rasa malas sangat-sangat nak masak. Nasi malam tadi ada lagi. Hmm.. Telur pun banyak lagi. Saya ambil sebiji, goreng. Takkan nak makan dengan telur aje? Saya buka pula kabinet bawah, jumpa dua peket serunding daging masih lagi berbalut dengan masking tape dan dialas kad tebal. Saya koyakkan satu dan isinya dituang dalam pinggan.

Apa lagi, makanan saya pagi-tengahari tadi, nasi putih, telur goreng dan serunding daging. Masuk dalam ketuhar gelombang. Panaskan. Sambil-sambil tu saya cabut kad tebal yang dibalut masking tape tu. Ingatkan manila kad. Bukan. Rupanya kad. Saya koyak dengan pisau. Kad Hari Raya. Dari Mona. Dulu. Sebelum kemalangan.



Sudah sebulan tak tanya khabar. Bukan tak mahu, tapi saya tak nak dia sedih kalau berborak dengan saya. Kali terakhir dia bercakap dengan saya, suaranya sudah sebak. Jadi, tadi waktu masih di dapur, saya keluarkan telefon bimbit dan hantar sms;

23-August-2007 09:29
Salam, lama x tanya berita? Ko apa khabar? Ada no tel landline yg aku blh call? No 4 hp dah mahal plak skang ni.

Jawapan yang saya terima

23-August-2007 09:35
Alhamdulillah. xda la. umah xda phone. xyah phone skrg dlm keta. aku stat keje ujung bln dpn. haris xtau lagi. tp makin beransur pulih. ni pun br blk dr opis. pas subuh bwk haris jalan kat taman rekreasi. pasti g opis selang sehari nk kasi dia ingat. tahap kewarasan pun hampir pulih. byk dia dah ingat.fizikal pun kuat sket sejak g joging kat taman n ada pakcik dtg urut seminggu sekali. aku kat kb.rabu ni blk kuantan. bln dpn balik kajang coz haris ada appointment kat hospital putrajaya. ....

Alhamdulillah kata saya dalam hati. Mona memang wanita cekal.

Ramalan cuaca: matahari memancar-mancar tapi masih lagi sejuk. Dengar khabar (yang belum dapat dipastikan kesahihannya) kami mungkin dilanda arus udara panas(?) [heatwave] bulan depan. Dalam bulan Ramadhan.

21 comments:

  1. semuga enchek haris lekas sembuh. amiin.

    fuh.. arus udara panas di bulan ramadhan yang siangnya panjang.. cabaran besar tu... dan besar juga ganjarannya...

    ReplyDelete
  2. Oh, ujian dtg dalam pelbagai rupa. Semoga kita semua tabah menghadapi segala ujian. Amin.

    ReplyDelete
  3. oh oh kakak manis...

    musim panas, kalau puasa, ternampak orang makan cekerim..
    mak aii!!
    melazakkan...
    wahahak!!

    erk! moga kak mona dan suami tabah-tabah..insya-Allah :)

    ReplyDelete
  4. jenuh ler aku ..dah le habis keje takleh buka pose lagik

    -gputeh

    ReplyDelete
  5. salam

    pa'chik
    amiin. Semoga semuanya baik-baik belaka.
    Tapi itu berita yg belum disahkan lagi. InsyaAllah. Harap2 tak la puasa hanya menahan lapar dan dahaga kan?

    ainin,
    insyaAllah.. perkh tak tahan baca muffin mu!

    akira-san
    hoho.. sekerim tidak mendatangkan apa2 nafsu tapi kalau air dalam botol tu pas tu ada bintil-bintil halus seperti baru keluar dari peti ais yang sesejuk salju hahaha. Bergetar jantungku!
    ya, semoga semua tabah.

    gputeh
    alah by the time ko balik jalan kaki tu dah buka. Oh lupa, ko akan duduk Charing X kan? hehehe.

    ReplyDelete
  6. semoga Mona tabah...

    eh! sms aku awat hang tak publish kat sini???

    malu eks???

    hehhe :P

    ReplyDelete
  7. cerita pasal urut tuh.. ada sorang orang tua neh, dia kena langgar ngan lori.. memang teruk betul la kondisi dia tuh.. lepas keluar dari sepital dia urut sendiri je... tapi sekarang tak beh dah kalau nak ngurut ngan dia, tangan dah tak berapa kuat.

    ReplyDelete
  8. salam

    ah may.
    ish tu kita-kita jer yang tau dahlah. oh de bery lomantik gitu lalalala

    pa'chik
    err.. ko kalau ada xtra2 info yg aku boleh share ngan mona, beritahula. Ko lebih arif, aku kat sini tak tau nak rekemen/syor sapa2. Kita cuma usaha kan? Mana tau ada yang lebih serasi ke.

    ReplyDelete
  9. salam...

    bulan ramadhan itu kan bulan rahmat dan magfirah... samala kita mnghaytinya...

    ReplyDelete
  10. la ni masalah habi dia tu macam mana? dia berurut tu kat mana?

    kalau ke pasir mas.. cuba carik syed apa ke nama mamat tu.. nanti la aku cek tengok esok...

    ReplyDelete
  11. salam

    faridmw
    ya.. ia semakin menghampiri.

    pa'chik
    baik bos!
    err.. boleh tak bos hantar add ke contact no syed tu kat emel, nanti aku terus forward kat mona. atau bos nak terus hantar alamat tu ke dia? Aku janji aku takkan reply emel bos. hoho

    ReplyDelete
  12. Cik khairyn,
    ooo sedapnya bila dengar mengurut tu...ingat last week pergi mengurut ngan mk bidan ni, mak aihh sakitnya rasa nak terajang makcik tu pun ada tapi dia urut memang best.
    Selamat menyambut puasa dalam panas..kitaorang sini sambut puasa dalam hujan kot...musim ape je lagi yang ada kat m'sia ni kan.

    ReplyDelete
  13. mintak2 aku tahan berposa kali ni. dapat 3 tahun berturut2. nak celen hang. hahahhaha

    ReplyDelete
  14. bayu pun mlas sangt nak masak, tapi tak pernah la plak malas nak makan :)

    hmm..rasanya khairyn juga cekal....

    ReplyDelete
  15. nombor telipon tu esok lah... tak leh nak kontek budak yang ada nombor orang tuh...

    ReplyDelete
  16. salam

    elly,
    ko kan tau aku macamana? Perkataan urut tu jer boleh buat aku geli geleman hahaha

    izinni,
    alaa... jangan cakap macam tu. supervisor aku dah panik bila aku bagitau kitaorang akan puasa sebulan tak makan tak minum dari sunrise ke sunset. dia takut kitaorang x tahan. hahaha.. aku gitau kita dah kena train dari kecik lagi dah. kerja no hal punya.

    pa'chik
    ok boss!

    ReplyDelete
  17. bayu
    hahaha.. kat sana masih lagi musim panas kan? Sama-samalah kita cekalkan hati, kuatkan jiwa. hehehe insyaAllah

    ReplyDelete
  18. Mona memang tabah...sangat tabah. Aku yang tengok pun tak sampai ati
    Semoga Harris cepat pulih..Amin.

    ReplyDelete