Monday, August 06, 2007

Cow and Chicken - bukan katun


http://members.lycos.nl/cownchicken/pictures.html

Hari tu, kecoh pasal 'holy cow' si Shambo yang hidup dalam kemewahan dan kesenangan di sebuah kuil terpencil di Carmarthenshire di Wales terpaksalah dibunuh sebab mengidap Bovine TB. Kira kecoh jugalah sesetengah kumpulan masyarakat bila jabatan kesihatan nak lembu ni 'put to sleep'. Akhirnya Shaboo, lembu jantan keturunan baik baik jenis Friesian meninggal dunia pada usia yang masih muda remaja. Enam tahun. But I'm sure he had had a good life.

Sekarang kecoh juga pasal lembu. Tapi bukan 'holy cows' kat mana-mana kuil. Sekarang ni kecoh penyakit mulut dan kaki. Lembu-lembu sakit la ni. Tapi katanya keadaan tak berapa nak serius. Err.. ni hukum karma ka? Shaboo kena bunuh, kawan-kawan jatuh sakit. heh? heh?

Ooookaay.... moralnya kurangkan makan daging lembu makanlah daging ayam. Tapi, jangan makan ayam bersin heh heh heh.

OK OK takat sini dulu, esok kena ngajor.


19 comments:

  1. kat sini la ni ada pameran hapa ntah..
    ada lembu paling besar. Orang kata la. Agaknya dapat kat deme tu... jadik tohan lembu tu... kekeke...


    err.. kat melaya pun banyak lembu suci neh.. kata orang dalam perhimpunan para penyamun tu la.. dulu.. kekekek...

    ReplyDelete
  2. ayam timuran eropah beh jugak kan? kan? heheh...

    ReplyDelete
  3. hehehe.. syok la jadi lembu depa tu kot.. makan minum terjaga hehehe..

    err ayam eropah ek pa'chik? Mau kena rotan ka??? hahaha.. tu ayam tak suci tu. tak halal hahahaha

    ReplyDelete
  4. Apsal tak leh makan ayam bersin lak? goreng pun sodappp..

    ReplyDelete
  5. Hahahha, kita famous dengan sumpah mahsuri. Mungkin tu namanya, sumpah mahlembu. Tiada lagi lembu-lembu di England selepas kematiannya...

    Nguahahahha....

    ReplyDelete
  6. ho ho ho.
    huhu.
    saya minum susu lembu masa kecik-kecik.
    erk! tu boleh dikira anak susuan lembu ke?
    ha ha ha.

    ReplyDelete
  7. kena ayam romania, slovak ke... pergghhh....

    slurrppppp!!!
    kekeke...

    ReplyDelete
  8. Kat Perak ada tempat nama Menglembu tapi sekor lembu pun tak pernah nampak....yang ada kacang menglembu..kau heran tak?

    ReplyDelete
  9. king
    samalah.. err ayam kategori white meat kan kan kan? hehehe

    anon
    ayam bersin nanti selsema, kesian dia :)

    azhar
    ohhh enchik, dia bakal menerima penggantinya hahahaha

    akira
    uit.. samala saya.. susu lembu dah jadi serbuk

    suraya
    eheh? hahahaha

    pa'chik
    amboi amboi gatalnya dia. Tu kesat tu, ayaq liuq meleleh. Tak senunuh hahahaha

    zwit
    err.. teringat chicken cottage. Yummy!

    elly
    Waaaa.. kacang menglembu sodap! oit check Mas Airline promo, tiket less than RM1,200 mai sini hahahaha

    ReplyDelete
  10. ayam bersin tue ape...?

    confius..confius...

    ReplyDelete
  11. achik sufi, selesema burung da...

    ReplyDelete
  12. weiii....
    semalam aku tido mimpi jumpa hang ngan mimi....
    hangpa nak bawa aku gi spain....

    hahha hahha :D

    ReplyDelete
  13. achik
    tu pa'chik dear dah bagi jawapan

    pa'chik
    huhu tenkiyu dear hahahaha

    may may,
    oit oit buleh buleh ja. Apa kata mimpi jadikan realiti hahahahaha
    Pi Spain nak tengok Real Madrid ka?

    ReplyDelete
  14. Harny ko kenal tak fakrul azam yahya, PRO JAIS tu? dia meninggal petang semalam waktu Malaysia

    ReplyDelete
  15. fid,
    sorry aku tak kenal dia. Innalillahi wa inna lillahi rojiuun.

    semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Muda lagi kan dia tu?

    ReplyDelete
  16. haah. baru 33 tahun masa meninggal, anak pun dua orang kecik2 lagi. sebaya fazallah. meraung mamat tu bila dapat tahu. Leslean pun nangis sama

    ReplyDelete