Saturday, February 02, 2008

Ayoyo 2!

Huh! Tak boleh merajuk lama-lama rupanya aku ni. Allah pujuk dengan melambakkan salji putih pagi tadi. Hilang panas hati.. terus sejuk. Beku!



Rasanya salji mula turun lepas tengah malam. Berlarutan sampai lepas Subuh. Sekejap lebat sekejap tak. Bangunan yang ada scaffolding tu bangunan rumah kami. Jadi memang tak cantik kalau ambik gambar dari dalam rumah sebab terhalang dengan besi-besi ni. Tapi waktu hari bekerja seronok gak dapat menjamu mata abang-abang dan adik-adik yang sedang bekerja di dinding bangunan.. wooohoooo!



Bangunan flat depan. Putih bersih saljinya dan masih belum banyak tercemar dengan tapak-tapak kasut. Ambil gambar sebelum pergi kerja. Tak sempat nak kumpul salji buat snowman tak cukup sifat macam di blog Si Ati atau letak besen ala-ala songkok macam dalam blog si hakim.



Tak sah kalau tak ada gambar kasut kan?



Kereta-kereta yang dipakir di tepi jalan yang bersalut salji putih.



Hehehe sempat lagi mengambil video. Tapi macam biasa kualiti gambar kurang memuaskan sebab menggunakan fon bimbit dan juga tuannya yang bengap masih tak belajar-belajar lagi macamana nak ambil video yang berkualiti guna fon bimbit.

Updated : Feb 03, 2008 - 7.44am
Lepas tu kan... kan... balik kerja semalam kan... dapat satu parcel ni tau!



Sangatlah suka hati hahaha... Rupanya dari dua wanita belakang tabir JemariSeni. Hoh! Terharu sungguh! Terima kasih kepada 'twin sisters' Kak Yah & Kak Sue. Awalnya dapat hadiah harijadi :)

Alahai... emosi lagi hahahahaha.. (tak, tak.. kali ni bukan 'negative vibes'!)

29 comments:

  1. Alhamdulillah. Salji turun. Khairyn is back. Apa lagi nak? Hehheh!

    ReplyDelete
  2. eleh.. merajuk... cheh..

    ekeke...

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Slmt bermain salji...

    Ni tgh tengok Buliten 1.30... x der citer lain... maklum dah makin dekat GE ....

    ReplyDelete
  4. salam

    tok
    hahaha.. alhamdulillah juga. Aku harap perkara ni tak berlanjutan. Aku tak nak jadi atheist!!! (nauzubillah...) Hal belajar yang sungguh tak masuk dek akal aku yang practical lagi 'tak logik' ni hahahaha

    pa'chik
    eleh... malu nak pujuk aku lah tu! hahaha

    neen
    hahaha.. tak sempat main pun takat tendang2 salji tu jer. Balik semalam semua dah cair dah.
    Tak lama lagi dah Election tu.. tunggu!!!! Silakan mengundi neen hahaha

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Terima hadiah awal ye.. hari .... minggu ke 4 kan kalau tak silap ... kiranya betul tarikh tu nnt insya Allah anak saudara (anak cousin) akan diijab kabul... yg meriahnya nnt auntie2nya yg msh single nilah, dah siap apply leave (maklum hari tu hari kerja, nak ambil berkat katanya, majlis esoknya) & tempah baju ikut dress code lagi, belah sendiri & belah lelaki... dah lama tak der majlis pihak perempuan, ni yg pertama dlm 7 thn ni… Dan dah ada suara2 yg berbunyi, 'moga2 ni permulaan utk yg lain2 tu'... siapa lagi klu tak kita org, auntie2nya ni ... kartun betul... Happy sesangat ni, dah lama tak der majlis cam ni semua, klu setakat kenduri tu dah biasa.

    Election – hahaha… ingat lagi first time mengundi pegawai yg bertugas siap tanya ‘betul ke awak ni dah cukup umur?’.

    ReplyDelete
  6. Alahhhh seronoknya main salji. Poslah ke Malaysia salji tu sket... Bleh buat ABC.... Huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. adeii..
    Jelesnya :((
    Nak jugak salju tu :((
    Nak nak! *sambil hentak-hentak kaki*

    Woah!
    Beshnya dapat hadiah :D

    ReplyDelete
  8. salam aka ni osmet kak mimi yer..
    hehe
    saje singgah..
    nk berkenalan..

    nk bce novel akak tu.cmne ni??

    ReplyDelete
  9. Salam

    Eh not bad la kualiti gambar salji kau. Camera phone jenis apa ?

    ReplyDelete
  10. neen
    ya ya, minggu ke empat :) Naik setakuk lagi. Aduh kenduri kahwin, seminggu lepas tu pun tak hilang lagi. Masa my sis kahwin dulu, satu hari satu malam tak tido. Sampai habis kenduri barulah pengsan. Rasa macam dah tak nak terlibat langsung dengan kenduri. Err... jadi tetamu jer boleh tak? :)
    Election? hahaha.. seronok cover election 2004. Tu yang paling best sekali.

    enchek azhar
    apa kata aku doakan kamu dapat peluang ke sini pulak. Boleh main salji sama-sama. Nak? Nak? hehehe

    akira
    nah! nah! ambik! ambik! *sambil hentak-hentak salji cair*
    woah! Bila nak bagi hadiah? ;p

    saffaa saidatul
    salam buat saffaa juga :)
    ya osmet si mimi. Hmmm... apa proyek kita ni mi? hehehe
    err... tak de cara lain, kena beli buku tu lah kalau nak baca kan kan kan? hehehe

    beth
    sony ericsson. OK gak lah kot 3.2m pixel. Fon tu entah berapa kali dah jatuh tu hahaha. Ganas

    ReplyDelete
  11. waduh waduh...baca entry, tengok gambar salji sambil dgr aris ariwatan ni memang klasik!

    Bila nak abis ni? rasa mcm dah berkurun dah kat sana. He he he.

    Orang sini dah layan mentari Malaya. he he he

    ReplyDelete
  12. Wah! My peberet ... snow! Comelnyerr!! Er.. maksud daku, salji tu ler. HaHaHa!

    Psst.. kartu tu da tiba. Comel. Terharu sgt. Trima kaseyyy!! Balik Malaya nanti kita g deting sama2 eh! =]

    Err... besday akak dah dekat ker? Ker dah lepas? [fuh, fuh!] ;)

    ReplyDelete
  13. ces..snow ni tiume org takde dia turun lak.jeles tul laa

    eh..besday u?hik hik..i terlupa..
    tapi rasa cam belum lepas lagi?

    ReplyDelete
  14. salam nisa, wah jeles jeles dah dapat adiah.. pssttt nak tau gak kita ni berkongsi hari ker? minggu keempat?

    tgh bayangkn nisa golek2 jd snowman, psstt baju XXL tu kalo dah besaq gedabak meh kasi kakmOn

    ReplyDelete
  15. Salam…

    Jemari Seni bln ni jugak kan … 2nd yr anniversary, tp tak tahu date sebenarnya! :-O

    Actually saya sambut bday 2 kali sethn,, 1 ikut thn Hijrah (teruskan apa yg arwah buat, maknanya ada beza sethn) & 1 lagi ikut thn Masihi… and arwah ckp mmg dr kecik dia kena banyak2 bersabar ngan saya… 3 hari lagi nak puasa saya pun keluar…. sedangkan masa abg2 dia dpt puasa penuh, bila saya dia kena ganti puasa … sian gak kan…

    Majlis walimatulurus tu mmglah penat… balik kerja tengok kat rmh makcik ada jer yg nak dibuat … singgah jap tlg sikit2 jer … blk pun dah mlm… Penat2 pun, tu jerlah masa yg kita org ada nak berkumpul reramai (2 cousin kat KL, alhamdulilah abg2 saya mmg kat JB) selain dari masa 2 hari raya kita tu… masa2 lain ada jer yg tak der… Ni alhamdulilah dah blk ke HQ dekat ngan family…

    Masa election 2004 tu lah yg kena kuat tahan sabar, masa tu masih bertugas di daerah, housemate pulak yg mmg pro BN, tak leh sentuh langung apa yg kita rasa tak betul dgn kerajaan… nak masuk internet pun kena tengok time… agak2 dia sibuk dgn buku murid2 dia baru lah ok… apa yg nak dibaca kena baca dlm bilik, klu tak mmg kena buang… mmg betul2 sabar masa tu…

    ReplyDelete
  16. akma
    huh! mengutuk ye? hahaha rasa pun macam dah berkurun kat sini kakaka.. Apa khabar Akma? Layan la mentari malaysia tu.. kena kanser kulit baru tau hahahaha

    zwit
    hehe.. hadiah mana nak? Dapat hadiah istimewa.. dan bakal memberi hadiah istimewa gak ni hahaha

    nur
    wah! kartunya tiba ye? Alhamdulillah. Risau gak tak tiba ke destinasi.
    Yes! Masukkan dalam list. Deting ngan nur@deen yay!
    err.. besdey hari jumaat kedua terakhir bulan ni hahaha. Amacam?

    mimi
    hahaha.. kalau tak boleh main snow ek? tapi tak tau la kan dulu 2006, salji lebat in Spring kan? So, masih ada peluang lagi la.

    achik
    ye sangat best! hehehe

    kak mon
    eh sama bulan ek? wah wah wah.. yep jumaat minggu ke empat. Nak kek cawan kak mon!
    Op rasanya hadiah ni tak bersaiz kot. Rasanya macam tudung. Tapi tak nak keluarkan dari dalam plastik lagi. Nak tunggu tarikhnya baru keluarkan dari plastik dan pakai hihihihi

    neen
    err.. dua kali sambut besdey. Hmm kalau macam tu saya kena tiga kali lah. Tarikh masihi, tarikh hijriah dan tarikh kalendar jawa hahahaha. Lahir pada hari 'Setu Pon' kata arwah nenek.

    ReplyDelete
  17. waaa... it's snowing ek... lom pernah lagi rasa snow nih... boleh ke saya tahan sejuknya ek?

    tumpang tanya cik, bulan mei tu dah masuk spring ke belum kat sana?

    ReplyDelete
  18. Salamz khairyn ,

    Uii seronok nyer tgk salji yg putih berseri menghampar luas. Sejukk mata memandang.. tentu badan pun sejuk gak.. hik hik..

    Alahaii...

    ReplyDelete
  19. Salam…

    Ok gak cam tu kan! … mengingatkan yg kita ni semakin hampir kembali kepada Nya… Sering tertanya2, apa ye bekal yg dibawa, cukup ke?…

    Semlm dengar ceramah vcd tajuk fitnah wanita (tiada kaitan ngan politik). Kenapa ye bila yg betul2 nak mengajar yg benar di halang tp yg sebaliknya itulah yg disokong… Malah ada lak yg sanggup menjual agama demi kepentingan diri.

    ReplyDelete
  20. video tak nampak, ryn.

    wah, dpt hadiah dari Kak Su..jelesnye

    pssyt, hlovate to yr sister eh..heehee

    ReplyDelete
  21. sas
    kalau pakai tebal2 tu insyaAllah tahanla kot. Kira Sas kena tutup habis semualah. Bagi nampak dua biji mata jer.. kang tersandungla pulak kalau berjalan hehehe
    Bulan May tu officially memang spring. Suhu dalam 9-15C kot.

    mersik
    salamz juga. hahaha sudah tentulah sejuk juga kan? Tapi Sekejap je saljinya. Tengahari semua sudah mencair.

    neen
    hehe.. err tak tau nak kata apa lagi. Itu contoh manusia ego. Rasa akan hidup selama-lamanya kot, lupa nanti kita kena jawab soalan Tuhan di sana :)

    wann
    haiyak! Tak tau apasal? Bengong betul.
    Atau ke sini saja:
    http://ryhano.imeem.com/video/KPHi1eIo/khairyn_finally_its_snowing_movies_video/

    ReplyDelete
  22. oit.. merajuk tak neh? hahaha...

    ReplyDelete
  23. kot2la akak nak tlg bel novel tu ke utk sy..hehe..meh la trun egypt skali dgn k.mimi..hehe..nnt bole bwk novel tu tuk sy satu..

    ReplyDelete
  24. pa'chik
    merajuk aaaaa!

    saffaa
    hehehe... copy kat tangan pun dah abis saffaa.
    Ish! Ni yang seronok dapat jemputan ke Egypt ni. InsyaAllah. Teringin juga nak ke sana. Bolehlah bawak kami jalan2 ek :)

    ReplyDelete
  25. ooo, awak juga tunggu lama nak turun salji ni. sama lah kita.

    ReplyDelete
  26. no hal...bole jer kalo time tu sy cuti..heheh..akak nak ambik link akak yer..

    ReplyDelete
  27. huish~haritu saya dah cemburu pada hakim sebab salji dah turun kat damascus, jadi hari ini, kecemburuan tu telah datang sekali lagi!

    aaa~nak main salji jugak...

    ReplyDelete