Friday, June 08, 2007

nyampah.

Aku rasa boleh hidup tanpannya. Dulu, pernah berjanji tidak mahu terlalu bergantung. Aku silap. Gagal. Aku ibarat pemabuk tanpa botol arak. Perokok tanpa gulungan putih. Penagih tanpa dadah.

Satu hari yang membosankan. Satu hari yang merimaskan.Yang ada hanya talian tanpa nyawa. Cuba dan cuba lagi.

Kini,

buku terlantar atas katil.

Satu lagi terbiar atas sofa.

TV bercakap sendirian, tanpa penonton.

Lauk di dapur kesejukan.

Rumah bergelap.

Demi tumpangan sementara, kubiarkan semuanya. Wireless Network Connection (2) *toot* Speed 11.0 mbps. Signal Strength : Low Status : Connected.

Pijam sat naaa... broadband kat rumah kaput. Dari pagi tak leh on internet. Tunggu jiran onkan wireless dia, jadi saya tumpang kejap hahaha. Nasib baik unsecured, kalau secured, mau kat rumah ni ada orang tarik-tarik rambut hahaha.

Niat hati nak tengok First Lady yang baru. Bukak bernama, Star dan beberapalah paper Malaysia, tak dak coverage pun??

15 comments:

  1. salam,

    hehehehe

    org pertama sampai ni..

    khairyn!..

    ingatkan pasal apa tadi.. rupanya tak leh on internet..

    kejap lagi elok la tu

    (",)

    ReplyDelete
  2. oh dorang buat secara aman. utnuk kelaurga sahaja. kau dan aku hanya melukut maaaa

    ReplyDelete
  3. he he he. ramailah kuciwa pak lah dah tak single. eheh~

    esok kita tunggu berita. ada tak orang commit suicide sebab frust pak lah dah kawen. ha ha ha.

    ReplyDelete
  4. err.. dia malu kot, takut takleh jawab.. mana tau ada kutu pi letak katak bawag umah dia... hahaha....

    kena 45 kali takleh jawab lagi... malu woo!!!

    ReplyDelete
  5. Hehe kesian..dah la tinggal sorang ya.

    ReplyDelete
  6. oit.. momok tak datang ke?

    ReplyDelete
  7. bang
    tak blh lagi. Esok kena panggil technician datang rumah tengok. La ni tumpang lagi wireless orang. adeh!

    king
    Sepatutnya walimatul tu kena dirai bersama rakyat la. Ish! Asyik melukut je.. tak best gitu.

    akira
    hahaha.. kita tungguuu hahaha

    pa'chik
    nasib baik tak nikah kat Johor mau semput akad dalam sekali napas je hahaha

    iman
    hahaha.. meh datang sini temankan. Err tak pe momok ada hahaha

    aku (alahai muu)
    oit! momok datang malam tadi balik pagi tadi, malam ni tak tau datang lagi ke tak hahahaha

    ReplyDelete
  8. huhuh, i think u got IAD (internet addiction disorder like me) =P

    http://qalamun.wordpress.com/2006/09/18/ainee-got-iad/

    ReplyDelete
  9. Sampai di hujung-hujung semacam 'nyampah' pulak aku baca entri kamu ini...ha ha ha..

    ReplyDelete
  10. hari ni dah isnin...udah udah ler nyampah tuh:p

    ReplyDelete
  11. errr sejak bila plak kita ada FIRST LADY? hehehhee

    ReplyDelete
  12. kebetulan la pulak...

    PIEM kawin, Kay El hujan n banjir

    ..ramai peminat PI EM yang menangis hingga banjir ...

    ReplyDelete
  13. Zwit,

    Yeay! Last nite alone. Boleh halau momok balik hahaha

    ainee
    IAD? ish ish tak best tak best hahaha. Pssst... jadi pencuri plak sekarang. 'Curi' wireless orang lain hahaha.

    purp.
    ha ah kan, saya pun 'nyampah' gak. Cheh!

    May,
    selagi technician tak datang, selagi tu ler nyampah hahaha

    izinni,
    Teringat kisah seorang anak (PM) yang duka nestapa kerana ibunya errr... sebab kita tak bagi respect kat ibunya.. err tak bangun time ibunya masuk dewan hahahaha. Budus!! Ok Ok bukan first tapi second lady wife hahaha

    pb,
    waaahhhhhh! Terrer wanita2 Malaya hahahahahahaha.. Really makes me laugh hahahhahaha

    ReplyDelete
  14. oit ..bukan anak upset sebab tak hurmat ibunya laa ...
    kakak kepada ibunya yakni ibu saudaranya yang upset sebab tak hurmat dirinya!

    hehehe .. nyaris kita tak dapat show cause letter kan? budak nst je yang dapat sebab kurang pandai sembunyikan "kebiadapan" compared dengan kita yang memang terer part2 "hormat" VIP nih!

    ReplyDelete