Tuesday, July 03, 2007

bosan tahap 2

Sorry Iz, aku belum ada mood nak buat tanda harga.

Hari Sabtu balik kerja tengok berita - dua orang naik jeep serang Lapangan Terbang Antarabangsa Glasgow. Bakar diri, lari keluar, jerit Allah Allah

Ahad balik kerja tengok berita - dua orang suspects dah kena tahan. Seorang doktor. Asia.

Petang tengok berita - Spekulasi kes di Glasgow ada kaitan dengan 2 kes car bombs di London. Oh! Baghdad dah tiba di London dan Glasgow.

Malam tengok berita - err.. haus sat. Nak pergi ambik air kat dapur.

WAAAAAAAAAAAAAAAAAH! Dapur banjir. Defrost peti ais lupa nak salin bekas. Melimpah ruah. Karpet lencun. Hempas pulas keringkan guna mop.


Isnin balik kerja... errr... oh! Saya tak kerja. Cuti. Sebulan. Lima minggu.

Bosan.

9 comments:

  1. wah2 lamanya cuti.. jelesnya.. ;)

    ReplyDelete
  2. sponsor tiket untuk saya....saya pegi sana teman awak ..tentu tak bosan ;)

    hehhe...

    ReplyDelete
  3. bosan... apa ko tak jadik koresponden untuk peipe melaya je kat sana...

    ReplyDelete
  4. huhuhu.
    tang banjir tu saya ingat!
    masa tu tengah cet dengan mi.
    ha ha ha.

    *saya pun bosan. tlg teman :D

    ReplyDelete
  5. cuti sebulan? Mai la balik kita celebrate 20th anniversary kita. Tak pun mcm kata 13may... sponsor tiket utk aku pi sana... hadiah anniversary. hehehhehhe

    ReplyDelete
  6. Maka bercambahlah, Islamicphobia di sana....

    ReplyDelete
  7. achik
    masa kerja asyik ingat cuti, dah cuti tak tau nak buat apa.

    may
    alaaaaa.... maluuuuu.. hahahaha. Uit! Baik sponsor ibu bapa tersayang mai sini hehehe

    pa'chik
    bayar ciput. Tak berbaloi ngan keja.

    akira
    hoho dah tau tapi tak moh datang sini tolong hahaha. ooo.. orang ni la org yg kacau mimi sampai dia tak mau datang tolong ye.

    zurd
    ish ko ni. Salah kira la. 20th anniversary kita next year la. Aparaaa...

    azhar
    Scottish marah sangat ngan england. dia kata england yang sebabkan masalah ni tiba kat Scotland. Dah ada muslim komplen kena harassed.

    ReplyDelete
  8. Susah ler nak pi sana pas ni nasib baik aku dah jumpa hang itu hari kan.....Ellemilano

    ReplyDelete
  9. ellemilano,

    echehecheche... banyak la alasan hang tak moh mai sini. Oit! Summer sale la ni.. baju kasut handbag murah murah hahahaha. Mai laaaa

    ReplyDelete