Wednesday, October 03, 2007

Mari Membaca

Mari Kita baca suratkhabar percuma hari ni.
hehehehe. Yang dok berangan nak panggil Beyonce nyanyi tu apahal? Kan tak pasal-pasal femes lagi rakyat negarakukuku..
(Sila klik untuk imej yang lebih besar)




Oh hari ini kali ke dua Get Lost Mission berjaya dilaksanakan.
Mulanya kelas Personal Troubles, Public Issues dikatakan di Bilik P514 di Graham Hills. Kami pun berbondong-bondonglah menunggu di luar pintu. Tengok keliling, laaa... kenapa macam lain je budak-budak ni. Tak pelah, lagipun kelas besar, mana nak ingat semua muka dorang.

Masuk. Duduk. Tak puas hati. Tanya budak depan, ini kelas apa?

Chemistry.

hahahahaha... salah lagi!

Sorang kawan kata, rasanya di Stenhouse Building.

Hah? Stenhouse tu atas bukit. Kitaorang sekarang di tengah-tengah bukit. Nak panjat bukit lagi ke? Tak pe takpe.. kita lalu Colville Building. Naik lift. Lepas tu jalan je ke Stenhouse.

Sungguh. Tiba saja di dewan kuliah Stenhouse, tiga-suku dewan dah penuh. Co-ordinator Colin Clark (dia ni best) dah bagi lecture dah. huhuhu.. tersengih-sengih aje la kami. Takpe takpe.. bukan kumpulan kami saja yang sesat.

Cukuplah aku katakan sekarang yang Fasa ke dua untuk misi Get Lost aku, telahpun sukses!!


update :
Jap.. jap kalau polis buat police report terhadap wartawan/media kerana melaporkan berita palsu, maknanya wartawan/media pun boleh police report/saman terhadap polis sebab memberi berita palsu juga kan kan kan.
The non-exist free Press in Malaysia hahahaha

15 comments:

  1. bila dah sesat2 banyak kali, nanti2 mesti dah tak sesat..hehe

    ReplyDelete
  2. ha ha ha.
    kalau dekat Malaya.
    Tersilap masuk kelas, bila nak keluar balik tu mesti kena gelak.
    adei dei dei..

    ReplyDelete
  3. tak per..
    kalu sesat pun area situ gak.

    ReplyDelete
  4. Awal lagi dah agak si beyonce ni mesti takkan datang m'sia punya, ye ler dia mana lak pernah nyanyi kalau tak tunjuk peha drumsticknya tu...

    kat m'sia kadang2 ntah setan mana pun diaorang nak angkut bawak nyanyi kat sini, kalau popular tu berbaloi gak ini nama pun tak pernah dengar!

    susah bila dah 'buka pintu' sangat nanti tak tahu tanah malaya ni jadi apa...tak payah nak susah ikut mcm org, sebab tu kat tempat diaorg ada gunung berapi kang tak pasal2 ngan kita pun kena bala lain gak!

    Bersyarah lak mcm pak lebai,bukan menolak arus kemodenan tapi jgn ler sampai tercemar identiti negara sendiri!

    ReplyDelete
  5. elok la biyonsei tu tak nak datang.. tak yah susah-susah orang nak berdemo lagi.. kang ada pulak yang kena tembak...
    merusuhkan bukan budaya kita...
    budaya kita tembak orang awam.. -mat jan.

    ReplyDelete
  6. salam

    zwit
    ayoyo... jenuh gak la nak menyesatkan diri selalu. Bertempiaran lagi kelas tahun ni hahaha.

    akira-san
    ada gak yang gelak tapi alaaa.. buat selamba jer. macam dorang x pernah salah masuk kelas hahahha. Lagipun satu geng jenis muka selamba :)

    cik kema
    betul tu. kalau sesat lagi.. ambik bas balik rumah hahahaha

    elly
    aku ingat depa sesuai bawak masuk scorpion jer.. bak kata dura, tahap nyanyi kat funfair kalau kat US kakakakaka.
    Peha drumstik tu bukanke seksih?!

    pa'chik
    ko tak nyesal ke dia tak datang? sungguh ni?
    dia pun ayam gak. bak kata elly, peha drumstik kakakakaka.
    ayam yam yam yam. huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. apesal susah payah nak jemput omputeh tu,, dah lamer tak tengok datuk Siti nyanyi...panggil la dia

    ReplyDelete
  8. aku nyesallah beyonce tak datang, nasib baik ada yutiub... hikhikhik :D

    ReplyDelete
  9. kalau nak kutip semula stone roses nak la.. kekekek...

    ReplyDelete
  10. Hahhahaha, kadang2 aku pk... ko meletakkan keselahan diri ke atas orang lain... Nguahahhahah

    ReplyDelete
  11. Lagu Sudirman ini sesungguhnya akan membuat air mata berlinang di pagi Syawal...Tabahkan hati korang berdua.

    ReplyDelete
  12. takpe, sekurang2nya bila dah sesat, akan ingat sampai bila2... :D

    ReplyDelete
  13. Hehehe biasalah kalo sesat mesat nih. Kaber line je lah.

    si biyonsial nih pandai gak sebab nak pi nyanyi kat negara paling banyak org slam. kat sana takdak demo macam kat mesia. hik hik

    ReplyDelete
  14. laa.. buat apa diorg penat2 nak panggil beyonce tu.. artis kita versi 'beyonce' pun ada apa.. oppss ;p

    ReplyDelete
  15. salam

    kemat
    wah! peminat Siti ek? hehe

    mudin
    hang nak tengok beyonce yang jatuh terduduk time nyanyi itu hari ek?

    pa'chik.
    psssssssst... stone roses tu apa? hahaha yang aku tahu roses bunga, gun and roses, roses cadbury (yum yum). Roses yang mana ni?

    enchek Azar
    syyy... diam diam jangan bising! Bukanke ia dapat meningkatkan keyakinan diri hahahahhaa

    zura
    ish.. kang sapa yang nangis ni? ko ke aku? hehehe.. aku kerja. Cadang nak bawak bekal bebanyak.

    sastri
    ye ye setuju! Tapi dulu tinggalkan KL 13 bulan sbb kena transfer ke JB, balik KL jalan dah lain dah. Cepat betul berubahnya.

    nur
    hahha.. tak perlu kaber line kot. semua muka selamba.
    Nanti ramaila peminat beyonce kat mesia berbondong2 pi Indon nak tengok konsert hahahaha

    achik
    hoho sangat betul! Panggil aje yang tergediks gediks tu kan kan kan

    ReplyDelete