Thursday, February 14, 2008

Oit!

Aku dah check kat website SPR. Aku kena ngundi lagi kat Kerinchi (padahal aku dah bertahun-tahun tinggalkan Kerinchi - pasai pa SPR ni tak reti nak auto-update ikut pertukaran alamat?). Eh! Kerinchi ni area Shahrizat lagi ke? hahahha

weh! Sapa nak sponsor aku balik ni? Aku pun nak ngundi gak.

Encik Bi En tak nak ke belanja aku naik kapal terbang ke? Tak moh? Rugi tau..

p/s - aku tak leh undi pos sebab aku tak bagi tau SPR aku mai sini belajar kakakakaka. Alah! Kalau nak ngundi pun aku kena turun London. Siapa plak nak bayar duit pengangkutan aku?

15 comments:

  1. Kamu poskan IC. Dengan baju kurung, tudung-tudung sekali kamu poskan. Nanti aku tahulah pa yang nak dibuat. Haha!

    ReplyDelete
  2. nak ngundi gak ke? tak yah ahh.. aku tak jadik calon tahun nih.. hahaha...

    ReplyDelete
  3. Salam Ryn

    Aku pun tak balik mengundi...sape nak bayar tiket aku..

    ReplyDelete
  4. kompom engkau akan dihantukan.......hehe
    lepas ni kau kena pratis mengilai...*hantu kerinci

    ReplyDelete
  5. Salam…
    Sempena nak GE ni, maka dilancarkan RTM World - "RTM World akan mnyiarkan maklumat tepat tentang Malysian kepada dunia," kata Zainudin dalam Berita TV1 jam 8.00 malam semalam.

    Canggih sungguh kerajaan Be End skrg ni….

    Alhamdulilah sejak mula mengundi tempat mengundi masih yg sama wpun pernah berkerja di daerah... lagipun area tu mmg kubu kuat UMNO, kalau situ melawan area yg lain akan ikut & mmg pernah terjadi pun thn 1988 (masa tu msh belajar tak ambil tahu pun)... tu yg kerajaan Be End jaga sesangat... hahaha...

    SPR akan auto-update bila dr area pembangkang ke area Be End.

    ReplyDelete
  6. Kau ngan aku mengundi tempat yang sama beb,maklum ler dulu sesama dok kat rumah berhantu kat Kerinchi kan...rasanya Dura pun kena mengundi tempat yang sama,nak kena bayar tiket dia gak tu kan!...dulu aku dah mengundi sekali cukup ler tu..tapi sebenarnya dah malas nak mengundi sbb tempat Shahrizat...huh!

    Tapi ingat masa first time pergi mengundi, masa tu aku dok kat Wangsa Maju ngan K.Sue,punya ler excited nak mengundi dah namanya pun first time kan,aku boleh senyum sepanjang perjalanan nak sampai ke kerinchi,nasib baik muka cover ngan helmet kalau tak mesti orang ingat aku giler...happy sbb dpt menjalankan tanggungjawab sbg rakyat msia...sekali tu dah ler! hehehehe

    ReplyDelete
  7. Tiba-tiba aku terlupa kat mana aku harus membuang undi aku. Eh... kat mana ek? Aku tak boleh mengundi sebab aku tak tau kat mana? web site SPR pun aku lupa la. hahaha

    Aku teringin mendengar suara kamu. Waa.. buat lintas langsung dari Glasgow tu. Tahun lepas aku on air kat 'situ' gak, tp mak bapak aku kat kampung mana blh dengar. huhuk.

    ReplyDelete
  8. HaHaHa ..
    aKaK! Mintak Kepala Negeri yg kacak lagi puteh bersari tu sponsorkan tiket [tempe disertakan sekali sebagai angpow!]

    HeHeHe ..!

    ReplyDelete
  9. salam

    tok
    err... ngan baju kurung, tudung sekali ke? Ummu Adam punya tak leh guna ke? hahahaha

    pa'chik
    laaa.. tak jadi ke tahun ni? Ingat kan dah jadi calon dah. Kau jadi calon apa tahun ni? hahaha

    Beth
    hahaha kita ngundi sesama kita jer la. Kau undi aku, aku undi kau. Nak?

    MrCucu
    jap test test.
    Do re mi fa so la.. Ahem! 3, 4!
    hahahaha

    neen
    ha! Betul-betul! Sebab teringat dulu yang orang kelantan yang bukan dok kelantan tak leh mengundi kat kampung masing2.
    Sebab my daddy kata dia masih kena mengundi kat Ampang walaupun sekarang dah dok melaka lebih 10 tahun. Tapi dalam kes dia, dia suka sebab dia kata kawasan dia tu sukahatilah DAP nak pegang. Tapi kat Ampang tu sekurang-kurangnya dia dapat jumpa kawan-kawan lama dia hehehe

    ReplyDelete
  10. Elly
    hahaha.. apa kata kau ajak hantu kat rumah kita dulu tu mengundi sekali. Sebab dia suka sangat sakat kita kan? Membazirkan air kita mandi malam2 buta tu. Ish!

    Sekarang ni kau tak payah pakai topi keledar lagi weh! Tapi, silalah pakai talipinggang keledar ketika memandu hahaha.

    2004 tu aku kat Johor. Dari lepas maghrib sampai kul 3am aku tunggu result kat dewan. Bengang orang BN bila tetiba jer dapat result Ramli Kari menang Senggarang. Si Shamsiah teruk kena bambu hahahaha. BEST!

    Ainin
    alaaa kau saja jer buat alasan tak moh pi mengundi tu.. taktik lama tu.

    Hehehe.. Yep lintas langsung. Maknanya pukul 4am kat sini hohoho. Kau nak dengar suara ek? Jangan terperanjat dahlah. Suara aku seksih! Macam ayam gebusss hahhaha

    nur
    wah! Sangat setuju tu! Tapi tak bagi tempe pun tak apa. akak makan cheese jer la huhu (orang puteh suka makan cheese, kalau kentut busyuk!)

    ReplyDelete
  11. salam,

    cik Khairyn!.. nak pohon tiket balik ke?.. letak nama saya sekali ya..

    hehehe
    (",)

    ReplyDelete
  12. aku tak sempat ngundi, jugak tak sempat tgk penamaan calon, dengar citer perang poster thn ni pasti meriah kat kg aku sebab dua2 dah ada wakil, tahun2 yg lepas satu pihak je boleh masuk, rugik rugik rugik

    ps: tak nak amik aku kat epot ke hik hik hik

    ReplyDelete
  13. hmmm... tak check lagi... kat mana ntah... :D

    ReplyDelete
  14. bang
    apa kata diaorang sewa satu kapal terbang bawak kita semua balik kan kan kan? hehehe

    akuatik
    hehe.. kampung mu tu dah 'panas'!
    Kan ke ko dah balik? hahahaha
    Welkam back to Glasgow. Ayuh! Merendek hahaha

    sastri
    wah! ni semua geng-geng yang bagi alasan tak nak ngundi la ni hahaha

    ReplyDelete
  15. they have moved pretty aggressively this time.. teman pun dpt byk phonecalls and sms.. both dari Shahrizad & Nurul Izzah's campaign.. mintak kita vote they all.. hmm... tetiba takut nak vote mana2 pihak... coz kalau depa easily boley dapat no. tel kita... byk benda lagi yang diaorang boley buat kat kita... adooii.. sungguh tidak menyenangkan...

    ReplyDelete