Tuesday, November 24, 2009

Cerita Porno

Wow!
Dah selesai 2 esei dan selamat dihantar semalam. Biasalah budak sekolah, esok nak hantar malam tu baru nak buat jadinya tidur pun 2 jam jer la kan. Dah tu malam tadi pun macam malas nak tidur awal - pakat dok tengok DVD huhuhu. Tapi, idaklah aku tengok cerita porno. Hahahaha! Buat apa nak beli DVD porno kalau boleh dapat free kat TV (jap.. jap aku bayar servis TV kabel jadi tu pun bukan totally free kan?). Eh! Bukan aku tengok cerita porno kat TV, err... aku belajar pasal pornography. Tapi kan... kan... bukan aku belajar nak berlakon cerita porno mahupun buat filem porno (gue boleh kaya kalau jadi penerbit porno ek? Lepas tu buat strategi pemasaran, branding, merchandising plak. Step aside Mr Hugh Hefner! huhuhu.. boleh jadi peniaga berjaya gittew!)
Anyway!
Aku memang belajar pasal Porno huhuhu. Lecturer untuk kelas Sosiologi Media aku tu suka sangat atau dah obsesi agaknya dengan topik porno ni sampai buat 3 kelas khas untuk porno dalam budaya popular. Bayangkan ler enam jam belajar pasal porno aje. Nasib baik dia tak ajar pasal sudut kamera ke, nak cari pelakon ke, strategi pemasaran ke, nak kira untung ke huhuhuhu... Ni dok tayang gambar pas tu kita bincang ye, yang tu porno ke tak. Yang ni art ke tak? Dah tu citer plak peranan porno tu dalam media. Jenis-jenis porno; yang tu gambar, yang ni cerita. Yang mana literature yang mana tak. Siapakah orang akademik yang bincang pasal porno ni. Adeh!
Dalam kelas tu udahlah ada macam-macam peringkat umur. Dari yang muda sampailah yang dah terlebih matang. Kawan aku yang paling muda bisik kat telinga 'it's like watching porno with your dad' (Dad tu dia refer kat kawan aku yang sorang lagi - si John). Aku? Dah disua kat depan mata tu.. tengok aje la. (Alasan-demi sebuah perjuangan pendidikan!) Tapi tak adil la kalau aku kata aku tengok porno in the truest sense. Tidak ada aksi-aksi lucah yang ditayangkan. Percayalah! (hahahaha)

Memang la tiap kali dia masuk jer semua orang dah macam merungut. Nak kena belajar porno lagi ke hari ni? huhuhu. Udahlah tahun pertama dok tengok Louis Theroux Weird Weekends. Pasal Porno jugak - Industri Porno. Adeh. Lecturer yang ini lah yang lecturer sorang lagi dok gosip masa kami habis sidang kat Scottish Parliament Khamis lepas. Isu hari tu 'tang mana akademiknya pasal porno ni?' Jadi sesi kutuk mengutuk diteruskan dengan jayanya bersama-sama secawan kapucino.

Kutuk-kutuk pun, lecturer yang obsesi dengan porno ni lah yang jadi supervisor untuk dissertation aku. Antara dia ngan aku, dia lagi cool jer. Kata kat aku yang aku masih punya banyak waktu untuk menulis masa kami sembang, borak macamana nak approach tajuk dissertation aku pasal tanggungjawab media di Malaysia huhuhuhu.. Aku rasa aku salah ambik topik kot. Patutnya aku pilih pasal porno dan media kan? Dah tentu dia akan lebih teruja dan aku mesti dapat markah tertinggi kwang kwang kwang

Anyways lagi sekali. Hari ni...

Happy Birthday Zurd!

16 comments:

  1. hefner pun nak jual dah pleiboi dia tu... tak tahan saingan ngan cerita peri kat tenet...

    ReplyDelete
  2. salam ryn,

    terpaksalah dgr psl itu salah satu bidang dlm penulisan

    apa2 pun, tahnaiah psl dpt siapkan keje umah tu, kalau tak nk kena rotan keh,keh,keh

    ReplyDelete
  3. ada kaitan tu..tanggungjawab media di mesia cam majalah mangga, sotkabar metro, kosmo, bacaria..kalau nak fokus elektronik pulak tengok drama malaysiana ka fantasiana ke..

    ReplyDelete
  4. salam

    Pa'chik
    ko nak playboy? eh maksud aku kau nak beli empayar dia? hehehe. Ha'ah banyak free sekarang ni salah satunya www... eh toksahla bagi link ek hahahaha

    rezeki
    hehehe...kami tak larat dah nak dengar porno dari lecturer ni. Lainlah kalau dia mengajar sambil err.. anyways... cikgu tak bawak rotan lagi dah hehehe

    akuatik
    Baik Cikgu!
    Sapa nak bagi aku majalah mangga free ni? Sila pos dengan segera ye

    ReplyDelete
  5. hang mmg dari dulu suka menda2 porno nih...bukan ke? nak aku citer ke? :-p

    ReplyDelete
  6. orang nak beli pasal logo arnab dia je...

    ReplyDelete
  7. pergh, sadisnya nak membincangkan topik porno selama 6 jam.. *berdarah hidung* ;p

    ReplyDelete
  8. Porno? Teringat masa zaman praktikal kat tv* .. pegi balai polis sbb ada tangkapan org jual video lucah kat petaling street. Setahun lebih lepas tu masa jalan2 kat petaling street ada satu mamat india ni tegur "akak tv*, ingat saya tak? saya la yang kena tangkap sbb jual video lucah dulu" huhuhuhu... dah setahun lebih pun kenai aku yang cover masa dia kena tangkap dulu.

    Tapikan, sapa tak kenai aku ek.. sekali tengok pun dah senang ingat.. hahhahahha....

    Ny, aku dok tunggu gak tepat 12 mlm kot2 ada sms dari hang tapi agaknya kalo aku tak tego ko, lupa la gamaknya ko ek....
    Tapi takper.. aku paham akan keSEBOKan hang....
    Errr yang sambut besday hari ni dah wish ke blom?? Jangan merajuk dia nanti, susah ko nak pujuk.

    ReplyDelete
  9. Elly
    oh itulah namanya pengetahuan dikongsi bersama hahaha. Yang paling aku tak dapat lupa pasal 'kejadian' di Blok 5 Vista Angkasa. Sampai sekarang bila ingat balik buat aku gelak sakan hahahaha

    pa'chik
    wah bakal jadi tokey arnab kekeke

    achik
    yang lawaknya bila belajar tu masign2 maintain jer muka, tapi bila dah keluar masing2 dok kerut-kerut ... eiuuwww! huhu merungut. memang lawak

    zurd
    aku dok ingat 23 jer.. sebab 23 adalah submission date untuk 2 essays hahahaha. Abang dah wish ke atau lupa kekeke?
    Nyway, tadi dah wish dia dah. Dia tanya nak bagi apa. Aku kata birthday present datang lambat sikit. Tiket kapaiterobang mai sini. yabedabedoo!

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Lama tak melawat umah khyryn ni, selamat hari raya

    ReplyDelete
  11. salam khairyn


    eeeh kalau saya boleh jadi loya dan mual lah bincang pasal porno,sungguh terbuka orang barat ni kan???mesti harny rasa tak comfortable,,,


    pssst: Cuti sekolah ni saya tgh baca buku Khairyn...cerita Sarah tuuuuu....hmm nk habiskan ni..

    ReplyDelete
  12. Wahhh tiket p sana ka.. sure seronot bangat dia.
    Abg wish tepat 12 mlm tu. psttt sbb takmo aku mengamuk la tu pasai thn lepas aku dah mengamuk. Alasannya, LUPA!! boley?? hehehhe.

    ReplyDelete
  13. Lari dari tajuk entri.. Haha!

    Kak, saya nak minta izin tukar bground blog Nisaa boleh? Hahaha!

    ReplyDelete
  14. Ayah Zain
    Selamat menyambut Idul Adha :)

    Cikgu Mas
    Mula-mula tu eeiuuwww.. gak tapi bila dah selalu tu jadi macam tak de perasaan apa-apa pun huhu. Tapi sebenarnya ramai kawan2 yang tak setuju pun pasal keterbukaan yang keterlaluan ni hehehe
    Psst... silalah baca sampai habis :)

    zurd
    huhuhu.. bila abang dah ada, dia cover sekali la untuk aku. Kira lepas ni kalau aku lupa lupa selalu ko tak ngamuk kan? hahahaha

    akira
    oh anda sekarang adalah admin
    Sila buat apa saja

    BP
    Aku pun tak tau hahahaa tu yang kena belajar tu :p
    Salam Idul Adha juga

    neen
    Salam Idul Adha

    ReplyDelete