Memandangkan kami di opposite side dari pintu utama, maka kami jarang menjelajah di bahagian situ. Selalunya kami hanya berlegar-legar di kawasan Masjid Kucing untuk membeli makanan atau barang-barang keperluan yang lain. Tapi, ada teringin juga hendak menjelajah di kawasan pintu masuk utama King Abdul Aziz. Jadi lepas solat asar, aku, akuatik dan mimi ke sana untuk tengok apa yang hype dan happening sangat kat kawasan ni. Memang sepanjang aku berada di masjidil haraam, tumpuan aku terbahagi antara Kaabah dan bangunan tinggi menjulang di belakangnya. Asyik tertanya-tanya mengapa bangunan sebegini tinggi dibina tidak jauh dari masjidil haram? Untuk siapa bangunan-bangunan tinggi dan gah serta mewah ini dibina? Sedangkan jemaah haji atau umrah bukanlah majoritinya di kalangan orang kaya-kaya. Aku bukan anti-establishment atau anti pembangunan tetapi pembangunan yang sebegini sangat tak sesuai di Tanah Haram. Segregation antara yang kaya dan miskin memang jelas kelihatan. Jurang yang bagi pendapat aku, semakin melebar dan menindas orang-orang miskin, tidak kiralah rakyat Saudi atau mereka yang mencari rezeki di bumi ini. Nauzubillah! Laknat Allah pada pemerintah yang menindas!
Sebaik saja keluar dari pintu, mata tertancap ke Menara Zam-Zam, melihat jam besar jenama Omega yang menyerikan bangunan gah di hadapan mata. Dalam hati aku beristighfar. Perlukah semua ini? Bukankah Makkah al Mukarramah ini untuk semua orang Islam? Bukankah ihram itu simbolik kesamarataan darjat di antara kita? Hanya amal saja yang meletakkan darjat kita lebih tinggi di mata Allah. Hotel 5 bintang As-Safwah menggamit pandangan. Teringat seseorang yang mencari rezeki di situ. Semoga Allah merahmati beliau. Barulah aku dapat melihat betapa gahnya tempat beliau bekerja mencari rezeki, tapi aku tidak berniat untuk pergi berziarah beliau di situ kerana kami wanita. Rasanya tidak manis untuk aku pergi ke sana semata-mata untuk menziarahi beliau.



Tapi, itulah. Mereka mengumpul saham akhirat. Setiap langkah mereka akan dihisab dan diberi ganjaran di sana. Lagi jauh perjalanan lagi banyak pahala yang mereka kumpul. Teringat kisah Rasulullah s.a.w yang ustaz cerita tempoh hari. Oleh kerana dekatnya rumah Rasulullah s.a.w dengan Kaabah, beliau akan mencari jalan jauh sebelum tiba di hadapan Kaabah, hanya semata-mata hendak mencari ganjaran lebih. Bila teringat kisah Rasulullah s.a.w ini, kami rasa puas sangat sebab diberi peluang duduk agak jauh dari Baitullah. Semoga setiap kerikil, pasir dan angin menjadi saksi langkah kami setiap waktu ke Baitullah.
Teguran Terakhir dan Lambaian Terakhir

Allah menegurkan dengan lembut dan manis sekali. Sebelum perjalanan ke sini, mak selalu pesan supaya jaga hati, kata-kata dan perbuatan. Sungguh! Dia memang kenal dengan anak dia yang sukar menjaga hati dari terdetik perkara-perkara yang bukan-bukan. Dan kerana sukarnya menjaga detik hati, entah berapa kali agaknya aku bersolat sunat taubat. Elok saja salam, aku kena bangun dan solat taubat sekali lagi huhuhu. Tapi, Alhamdulillah, aku tidak diduga dengan dugaan yang sukar. Atau mungkin aku yang redha dengan apa yang berlaku sepanjang aku berada di Makkah. Atau mungkin segala yang payah sudah aku rasai beberapa hari sebelum berangkat ke kota Makkah. Dompet hilang seolah-olah membersihkan rezeki aku. Jari terluka dengan darah yang menitis tanpa henti seolah membersihkan darah aku sebelum menjejak kaki ke kota Makkah. Mungkin juga kepayahan yang dialami untuk mendapatkan suntikan menangitis, mengambil ubat dan kesibukan sebagai pelajar dibayar kemudahan beribadah sepanjang kami di sana.
Tapi itulah, kadang-kadang kita lupa menjaga detik hati dan kata-kata. Malam terakhir di Makkah, aku mengadu kepada Akuatik, jemaah Malaysia tidak friendly. Hendak senyum pun serba salah dibuatnya, apatah lagi hendak berbual panjang. Masing-masing seperti menjaga privasi sendiri. Selesai solat pun kita tidak bersalam-salaman sedangkan sesama kita sudah biasa bersalaman dan berpelukan (apatah lagi dengan adik-adik yang sama-sama berusrah). Tapi, macam aku katalah - Allah menegur aku dengan lembut dan sangat-sangat manis sampai air mata aku turun tanpa mahu berhenti.
Allah menegur aku dengan memperkenalkan aku dengan seorang makcik yang sangat baik. Kami bercerita panjang. Aku dengan makcik tu sebab akuatik pergi nak tengok jenazah-jenazah yang diusung keluar dari masjidil haram selepas selesai solat subuh dan jenazah. Subhanallah! Aku yang berburuk sangka sebenarnya. Makcik tu memang sangat baik sampai dia berkongsi du'a dengan aku. Banyak cerita yang dia kongsi dengan aku dan aku pula entah kenapa begitu mudah berkongsi cerita pahit manis tinggal di UK, tentang perit jerih bekerja sambil belajar, tentang rindu aku pada arwah abah dan emak sampai air mata turun dengan deras. Sebelum berpisah, dia peluk kami dengan erat. Subhanallah! Lembut sekali teguranMu pada aku.

p/s - malam sewaktu mengemas barang-barang dan bersedia untuk ke Madinah, aku perasan ada taik burung pada telekung aku. Ahaks! Itulah, tegur lagi burung-burung yang terbang di dataran luar Baitullah. Tapi mak kata, kalau diberak burung maknanya akan ke sana lagi. InsyaAllah, sudah mohon Allah jemput sekali lagi untuk Haji.
aku nak gi toilet sebenarnya...tapi sebab dok teringin nak sangat tengok camna depa usung jenazah...tu yang ditunjuk depan mata sampai 9 orang...kena berenti jalan sebab bagi laluan untuk jenazah...aku rela berenti bagi laluan kepada jenazah tak kira sapapun dia dan apa pangkatnya daripada disuruh berenti oleh polis trafik dan bagi laluan kepada orang yang mengkhianati amanah rakyat...
ReplyDeleteElok gak ko tak de kang tak pasal2 nonton drama plak huhuhuhu
ReplyDeleteaku tak menonton tapi ada la nampak kesan2nya tu..pastu makcik tu pulak asik nak memeluk ko je hahahaha..pas peluk masa duduk nak peluk lagi masa berdiri..bila peluk aku renungan mata dia tak sama masa ngan peluk ko...jadi aku suspek ada drama berlangsung semasa ketiadaan aku di situ...
ReplyDeleteApapun semoga du'a makcik pada kita makbul. Doa seorang ibu kan ke mustajab :)
ReplyDeletesalam khairyn
ReplyDeleteniat dah ada,bulatkan tekad pula, semoga lepas ni dijemput Allah sebagai tetamunya utk mengerjakan haji pula
insyallah
aku pun x setuju bila ada perbezaan antara yg kaya raya & miskin, lagi byk yg dibayar lagi dekat kita dengan masjidil haram, kesian pada mereka2 yg hidup susah & terpaksa bekerja seumur hidup mengumpul wang semata2 utk kesana, walhal ditanah suci sepatutnya tiada perbezaan kaya / miskin, kita semua tetap sama disisi Allah, yg membezakan kita hanyalah amalan masing2 ...xpe ler nasib masing2 disana nnt tidak sama kan...kekayaan didunia tidak menjaminkan kita melangkah masuk ke syurga..wallahualam..
ReplyDeletesalam khairyn,
ReplyDeletemama doakan agar khairyn akan menjadi tetamu Allah lagi.
rezeki
ReplyDeleteyep memang itulah cita-cita lepas ni. InsyaAllah semoga Allah jemput untuk rukun ke 5 :)
Elly
kat sana memang kena banyak buka mata hati dan lihat sekeliling kita. Bukan tak boleh nak mengimarahkan bumi Makkah tapi janganlah macam ni, tak ada faedah kepada ummah. Allah tu maha adil, yang dapat di dunia, dapatlah di dunia tapi yang kita cari adalah akhirat. Seronok juga duduk jauh, setiap makhluk yang kita jumpa sepanjang jalan ke masjid akan mendoakan kita. Kalau kau dapat hotel yg dekat dgn masjidil haram, buatlah macam Rasulullah s.a.w buat, cari jalan jauh, semata-mata nak kumpul points :)
mama zainab
doakan saya jadi tetamu Allah untuk rukun ke 5. ye Tak sabar rasanya :)
sakit mata tengok bangunan2 tinggi tu. hmmmm ...
ReplyDeleteaku bengang sangat sampai dah lupa apa yang aku nak komen ...
Izinni
ReplyDeleteHurmm... kita benci penindasan :|