Wednesday, May 04, 2016

Ada Apa dengan Kamu??

Assalamualaikum.

Memang sudah lama sangat tak menulis. Sejak mula bermaustatin di negara sendiri dan Borneo sekejap, sudah tak ada hati nak menulis balik. Tak kiralah buku, blog atau apapun. Rasa untuk menulis memang sudah hilang.

Maka, ini percubaan untuk menulis kembali. Untuk cuba-cuba, sama ada rasa itu akan kembali. Sama ada masih boleh menulis dari hati atau tidak. 

Kali ini aku nak menulis apa yang aku rasa mengenai filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2).

Hampir 14 tahun dahulu aku disogok dengan kata-kata ini: "Cerita ini best Mat, aku tengok ulang-ulang", jadi demi persahabatan, aku pun sama-sama menonton cerita AADC, cinta versi anak-anak sekolah Menengah Atas - antara Rangga (Nicholas Saputra) dan Cinta (Dian Sastrowardoyo). Ulang-ulang juga. Mungkin waktu itu jiwa aku agak ke lain maka filem AADC ini bukanlah filem favourite aku, sekadar menonton menemani seorang sahabat. Tapi, seperti ramai orang yang meminati filem ini, bait-bait puisi yang dilantunkan oleh Rangga memang memikat jiwa.

Memang tidak dapat dinafikan, plot cerita memang menarik walaupun ia sebenarnya agak ringkas, namun ia diolah dengan baik. Itu belum lagi soundtrack filem yang dinyanyikan oleh Melly Goeslaw (tajuk sama dengan tajuk filem) dan juga perkara-perkara teknikal berkenaan perfileman yang lain yang disusun dengan baik.

Sequel AADC2 memang sangat dinanti selepas aplikasi Line buat filem pendek yang memaparkan kedua-dua watak utama filem AADC. Promo Line berjaya kerana filem pertama AADC tidak memberi penutup atau ending  kepada penonton. Ia tamat di lapangan terbang ketika Cinta mengucapkan (mengucup) selamat tinggal kepada Rangga yang mengikut ayahnya ke luar negara. Maka, penonton mahukan penutup atau closure kisah cinta mereka.

Bolehkah terus berkawan, sekiranya hati sudah dilukai? Foto: http://remaja.suaramerdeka.com/wp-content/uploads/2016/03/aadc.jpg

Bukan setakat itu sahaja, ia mengisahkan juga persahabatan yang sangat akrab yang terjalin sejak AADC antara Cinta dengan Carmen, Maura dan Miley... dan seorang lagi kalau kau orang ingatlah siapa seorang lagi tu.

AADC2 kiranya tepat mengikut citarasa peminat AADC. Setiap persoalan yang belum selesai, ditamatkan di sini. Ada yang secara ringkas dan ada yang lebih teliti. Sudah pasti hubungan antara Rangga dan Cinta diutamakan dan selebihnya hubungan antara Rangga dan ibunya.

Persoalan yang ditekankan dalam AADC2 ini adalah supaya individu itu bersikap jujur bukan sahaja pada dirinya tetapi yang lebih penting kepada orang yang dia sayang dan menyayangi individu itu. Seperti ibu yang meninggalkan Rangga tanpa sebab (tidak diberitahu) begitu juga Rangga meninggalkan Cinta yang tertanya-tanya apa salah dia sehingga Rangga terus senyap dan pergi macam itu saja.

Seperti AADC, kekuatan AADC2 juga pada dialognya. Aku tak nak bagi spoiler tapi cukuplah dengarkan dialog antara Rangga dan Cinta ketika mereka bertemu sekali lagi. Jelas, kedua-dua mereka memang sudah matang ketika meluahkan rasa hati masing-masing (tak macam telenovela Malaysia... skrip memualkan dan kebudak-budakan sangat!). Cinta juga sudah tidak terkinja-kinja macam dulu hahaha.... tapi mainan memek wajah ketika Rangga cuba memujuk memang manis dan comel jugalah. Rangga.... Rangga masih moody dan handsome hahahaha walaupun sudah menjadi usahawan berjaya jugalah di Big Apple sana. Belum lagi dia sebagai err.... penulis. Wow! My kind of guy LOL.

Lokasi penggambaran Foto http://img.antaranews.com/new/2016/04/ori/20160426AADC_2_-1.jpg
Secara ringkasnya, Cinta dan kawan-kawan ke Yogyakarta untuk berehat sambil meraikan seorang kawan, membantu kawan yang lain sambil melihat hasil kerja seniman Eko Nugroho. Sementara Rangga ke sana atas sebab tertentu.

Bila aku dapat tahu yang latar dibuat di Yogyakarta, aku jadi teruja. Almaklumlah sudah menjejakkan kaki di sana, maka aku menunggu latar-latar tempat yang pernah aku lawati seperti Borobudur, Prambanan atau Merapi. Namun sayang, tidak ada satupun latar yang aku familiar. Malah villa tempat Cinta dan rakan-rakannya tinggal selama di Yogyakarta pun tidak dinyatakan dengan jelas. Yang ada hanya latar di sebuah runtuhan kuil yang entah di mana dan menara bentuk ayam (burung?) di Bukit Punthuk Setumbu. Akhirnya, persoalan ini dijawab oleh Rangga yang menerangkan perbezaan antara pelancong dan pengembara. Jadi, fahamlah kenapa tempat-tempat wisata terkenal tidak dijadikan latar.

Hal-hal lain yang menarik dalam AADC2

Motto Yogyakarta yang sentiasa membuat cameo (kena buka mata luas-luas nak cari dan baca. biasanya ia ditulis di kemeja T) - Jogja Ora Didol - Jogja bukan untuk/tidak dijual

Mural ini tidak terdapat dalam AADC foto; https://antitankproject.files.wordpress.com/2014/01/mg_9422-2.jpg


Kedai kopi unik - kalau di Malaysia kedai kopi hipster kut. Nama kedai ini Klinik Kopi. Yang uniknya sekiranya anda pelanggan baharu kedai ini, terpaksalah anda berdiri dan mendengar syarahan daripada si pembuat kopi mengenai jenis-jenis kopi tempatan dari kebun Bu Nur. Ini babak di mana Cinta mengenakan Rangga.

Cara penyediaan kopi yang unik di Klinik Kopi - foto: https://klinikkopi.files.wordpress.com/2015/10/mg_6996.jpg


Teater boneka. - Tak tahupun di Yogyakarta ada petunjukan teater boneka yang sangat menarik. Lain kali kalau ke Yogyakarta perlu cari teater boneka ini. Memang sangat-sangat menarik

Pappermoonpuppet sangat menarik. Foto: http://inclovermag.com/assets/28/07/84/05dc59ccef3330893d760f9547d6b6bd6cca5ba7.jpg


Rap Jawa - Aduh, ini yang memang sangat mengujakan aku ketika menonton AADC2. Tengok Cinta dan kawan-kawannya pun enjoy dengar rap Jawa dari Marzuki Mohamad yang rap lagi "Ora Minggir Nabrak" dalam bahasa Jawa.



May the 4th be with you!! big hug