Posted by khairyn at Thursday, October 11, 2007
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
20 comments:
Selamat ari raya oit...
tak buat ketupat ke? kekekke...
tak qisas lagi.. tak jumpa lagi.. sari dua ni tak leh lagi... lepas raya nanti, senang skit nak carik...
Selamat Hari Raya Harny and Sue...Miss you guys...Jangan Sedeh...
salam
pa'chik
macam tahun lepas gak aku tak buat ketupat, aku buat nasi himpit jer. Tahun lepas himpit ngan penumbuk, tahun ni tukar menu kot, himpit ngan kamus hahahaha
qisas baik2 la ek, aku tak nak baca dlm online paper dan rasa eh macam kenal je orang yg lebam2 tu hahaha
zura
selamat hari raya juga buat kau Rosnazura Idrus dan keluarga di Klang. Kau pun jangan nanges-nanges ek. Esok pi Jumpa Zurd. Ada buah tangan raya untuk kau.
Harny and sue...
yup, as zura said, jangan sedih2.. too much of unhappiness in this much troubled world already.. :(
it takes lots of guts and steel determination for both of you to pursue what you are doing now, considering the fact that no garmen backing you somemore... and for that reason alone, the end result would surely be much sweeter.. but then again, you would not expect anything less from a pair of former great journos kan :)
my email... ridzwan at the company add la.. dah lupa ke..heh heh..
nel
selamat hari raya
haha.. takpe... bukan nak makan semua sekali.. sekorang-sekorang la...
kekeke...
encik Nel
flattery combined with your charming smill will get you everywhere la kan hahahaha.
Gamen dont want to back up sebab we both dah tua kakaka.. Well anyhow, like Nike said - just do it!
Sue dah wrote u a long email. Dari tadi dok tapping the kibod jer. So I assumed it is a LONG email. Qada' yang dulu2 kot hahaha.
Eid mubarak to you and whole family ye.
king
Selamat Eid-ul Fitri, minal aidil wal fa izin.
pa'chik
hehehe.. ye ye kami-kami jer la yang makan. Lagi la ni dok jauh dari komuniti hahahaha
salam aidilfitri buat khairyn dan kawan kat sana..
tak sempat nak kirim ketupat rendang kat angkasawan suruh pi hantar kat khairyn..hehe
maaf zahir batin..
kepada housemates..
selamat hari raya.Siapa ketua chef tahun ini?huhuhu. I kan sini jadi tukang makan jerr.Selamat la masak2 ek..
selamat hari raya harny & sue..maaf zahir & batin..maklumlah kan mulut kita ni kadang kadang tak ber'insuran' ..laju semacam aje kalau dah mula bercakap ..mengalahkan roket angkasawan..
salam singgah.
rumah tinggi2 selamat dari diziarah rombongan amil zakat yang tak diiktiraf (baca: tukang kutip duit raya).
selamat hari raya idulfitri maaf zahir batin.
salam,
sedihnya meninggalkan Ramadan, selama berpuluh tahun ini sering terlupa untuk menghargai nikmatnya, namun apabila yang Esa menarik semula apa yang dipinjamkan barulah terasa Ramadan ini amat bermakna.Mudah-mudahan masih diberi peluang untuk menikmati nikmat Ramadan pada tahun yang mendatang. Namun, andainya ia Ramadan terakhir semoga segalanya diterima yang Esa...mudah-mudahan.
Alhamdulilah aku dah keja n Haris bertambah pulih. Nie pun tengah keja walupun esok raya....nampaknya raya tahun ini di perantauan juga...kene bawak Haris ke opis 2day coz penjaganya nak g shoping...
oklah sempena kehadiran syawal ini, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri n maaf zahir bati...terima kasih atas doa semua dan berkat doa itu kami masih mampu bernafas...wasalam..
oit, kalau ko ym ke, telipon kawan ko tu, kim salam kat dia ya... selamat hari raya, dan maaf semua lah... suruh dia updet blog skali ya.... kekekekk...
selamat hari raya juga. wah. kuntuman ros merah menyerikan lagi blog nie. sedih juga meninggalkan ramadhan. sedih juga meninggalkan kampung halaman. namun raya kali ini sangat bermakna. alhamdulillah. banyak benda saya belajar.
PS: rumah kami dah tak boleh buat open house. ketupat dan lontong sold out!
salam aidilfitri... :)
Salam,
Ko kerja ke mlm ni Khairyn? Ke dok beraya ?
Kita orang kat Kg Melayu Govanhill ni pegi 7 buah rumah semalam, hari ni 3 je.
Oh ye, Selamat Hari Raya. Jumpa kat Glasgow Mosque Sabtu ni.
salam,
selamat hari raya buat khiryn ...moga2 gembira slalu di samping kengkawan yang diingati.wslm
Babe aku nak ucap selamat hari raya dari ari tu lagi, tapi pc aku ni ntah apa gatalnya, tak leh bukak pop up. Puas aku menggodehnya.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ye.
ps: toksah cemburukan kami, ketupat ngan rendang bukannya best sgt pun. ....:D
salam aidilfitri kak khairyn.. maaf zahir batin.. :)
Tu dia, samat hari raya punya wshes cam Valentine days plaK!
Post a Comment