PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
18 comments:
hahahahhaha ... lawak. ada je hang jumpa ek. hahahhahahaha
dah tengok... haha!
this is the good one!ahahaha gelak guling2
Hahahahah, memanglah, buk khairyn ni... Kasi orang gelak jew...
hohoho... sangat seronok. wakakaka!
this is the good one!ahahaha gelak guling2
Hahahahah, memanglah, buk khairyn ni... Kasi orang gelak jew...
hohoho... sangat seronok. wakakaka!
hehehehehe.....
:D
:D
salam
izinni
hahaha.. akuatik yang jumpa pas tu pagi2 dah hantar kat aku. Aku tepek teruslah. But really lawak! Suara sedap gak tuu. :)
tok
hahaha
mimi
It's stuck in my head till now hahaha
enchek azhar
wah! Klip ini berjaya buat kamu gembira. Syabas! hahaha
ainin
hahaha.. lawak!
pa'chik
wah! Ko tak de opinion sendiri dah ke? hahaha
zahila
hahaha
aku lum tengok lagi masa tu... hahaah...
aku sangat teruja dengan kesedapan suara dan kefasihan bahasa tuan punya suara walaupun sebutan 'r' agak kurang, sedang mencari siapa tuan punya suara itu :)
wakakakka...ada gak lawak camni...mana ler diaorang dapat idea2 creative camni?
akuatik,
salam ... aku dah tolong carikan .. dah jumpa pun. hang gi kat sini www.comedycourt.com.my. penyanyi dia either indi nadarajah atau alan perera. depa ni memang stand-up comedian yang popular. suka mimik pak2 menteri. kalau nengok video depa yang lain mesti gelak besor.
kahkahkahkahkahkah!
Salam…
Lawak sungguh… Bagi kat kekawan tengok videonya, dia org pun pakat gelak jer… hilang gaklah tension time2 nak cukup bulan & closing ni … Alhamdulilah mood boss tengah baik… beliau pun join sama… -;)
hey, this one is really good!
kelakar gila.
dok tahan gelak dlm lab je nih.
pa'chik
tengok banyak kali pun masih tersenyum
akuatik
begitu juga aku. kira suara boleh cari makan la ni hahaha
elly
hahahhaha.. bagus kan.. aku dah dua tiga hari pak lalalalala
izinni
hahahaha... aku pun dah tengok hehehehe
leyha
:D udah2 ler tu gelak
neen
bagus buat pengubat tension hehehe
fajar
apparently they came up with many satirical video clips. making fun of pak menteri. memang lawak. hahahah
Wakakakaka...
Macam-macam!
ya ya izinni, thanks bebanyak...ada klip iklan baru jangan lupa tengok heheheh
Post a Comment