Ya, kami suka makan
Ini hidangan untuk empat orang yang memang sudah sediakan perut kosong dari pagi. Bukan setakat perut kosong, aku pun dah 'weng' sebab satu hari satu malam tak tidur gara-gara siapkan balik esei aku yang terkeluar tajuk tu. Sudahlah hujan lebat, sejuk pulak tu. Kelaparan sungguhlah. 'Target' memang nak lama duduk kat restoran ni, tu sebab berani beli hidangan mega macam ni. Kira sambil borak sambil makanlah atau sambil makan sambil borak. Tak taulah, rasanya kitaorang 'concentrate' makan jer kot. hahahaha.
Ni gambar yang diambil oleh cik oos-mate. Tak tahulah dia sebenarnya nak ambil gambar si akuatik ke, gambar makanan ke atau gambar pakcik-pakcik meja lain yang terperanjat tengok hidangan mega atas meja kami. Depa makan order sorang-sorang bayar sorang-sorang, kami makan order ramai-ramai bayar errr... hahahaha tak pe lah, masing-masing musafir dan asnaf, harap orang yang beri makan tu bertambah rejeki dan sentiasa dalam keberkatanNya. Amiin.
Jeng jeng jeng. Tiga mak ayam dan satu anak ayam berjaya menghabiskan mega hidangan dalam masa 2jam setengah. Tinggal seketul jer (bahagian anak ayam) yang tak habis. Semua orang tak tergamak nak menghabiskannya sebab bahagian ala-ala kadbod (bak kata anak buah aku).
Upacara makan-makan diteruskan lagi keesokan harinya. Memandangkan aku berkongsi tarikh lahir dengan kakak angkat (dah macam keluarga dah kami ni), jemaah menteri telah memutuskan untuk meneruskan acara makan ni di rumah aku pula. Hoh! Makan lagi! Menu dari mereka - Ayam Tandoori.
Menu dari kami -
1. Ayam masak kicap - ni sebab Wan kata anak-anak dia tak leh makan pedas sangat dan dorang suka kicap. Tak susah pun buat ayam masak kicap. Aku habiskan terus 'stock' ayam dalam 'fridge'
2. Mee Jawa - Hahaha.. jadi mee jawa ke mee bandung oos-mate? Tak kiralah, janji sedap. Mee guna spegeti. Jalan!
3. Nasi tomato - untuk dimakan dengan ayam masak kicap (memang tak kena) dengan ayam tandoori.
4. Apple crumble - Oos-mate dah terer buat apple crumble. Tiap kali tengok apple-crumble, mesti teringat masa mula-mula makan dessert ni kat sini. Makan mentah jer, tak bakar. Sebab tak tahu sebenarnya benda ni kena dibakar dulu hahahaha.. sangatlah peghak dan bodohnya.
5. Kek Coklat kukus - hahahaha ni memang specialty oos-mate. Dia suka kukus kek coklat. Aku bab-bab kek dan biskut ni memang tak reti. Kurang menjadi.
6. Air barley-orange - kordial beli kat tesco.
Sebenarnya terlambat sket masak-memasaknya sebab dah pukul 10 oos-mate baru keluar cari bahan mee jawa. Yang aku pulak pukul 11am baru dapat keluar cari daging dan spaghetti. Walau apapun, kira meriahlah dua hari dengan makan-makan ni. Macam raya pun ada jugak aku rasa hahaha. Hari ni pi kerja pun bekal nasi dengan ayam. Sampai si Nat kata sedap bau nasi aku hahaha. Ya, makanan kalau dipanaskan berkali-kali memang sedap hihihi. Dan ya.. terbukti kini, kami memang suka makan. Lalalalalala
16 comments:
nasib baik aku dah kenyang...
makan2 sambil borak2.. borak2 sambil makan2.. best2.. ;)
weiii....bestnya makan2,jeles aku!tak boleh nak kata apa ler dah kau memang sangat giler dengan binatang kegemaran tu kan,sebab dimana ada kau disitu ada ayam,dimana ada ayam disitu ler ada kau...aikkk!!??
Apapun kembar hang si ayeen tu suruh pesan jangan lupa ucapkan Happy Belated Birthday utk adik aku yg lain mak bapak kat Scotland nun!
salam
tak pe kenyang, nanti lapar blh tengok gambar lagi kan kan kan hahaha
achik
Nandos port tempat makan time celebration je. Bukan selalu, tapi port paling best mestila makan kat rumah. Borak makan borak makan.
elly
ye ye ucapkan selamat harijadi juga buat kakak aku tak sama pak mak tu. Udah2 ler tu nak jadi dru berimor tu hahahaha
Dan kau pulak GOOD LUCK!!!!!!!! Aku doakan
kalau yang suka ikan keli tu.. susah la sikit ye... hahahah... tambah sekarang kena pantang pulak...
Salam…
Makan2 sambil borak2, borak2 sambil makan2…. Tengok gambar mmg menarik, kata ada masak kicap, tp tak nampak pun?…. Lauk tu yg paling saya suka, tak kiralah apa, asalkan kicap… Sampaikan nak gi cuti2 M’sia pun boleh bawa bekal…
Tah kenapa, baik keluarga mahupun rakan sekerja, mereka suka tengok bila saya mkn, kata mereka tak padan dgn orgnya, tah kat manalah saya letak kan makanan tu semua. Lepas tu mesti ada yg mengusik, bebaik tengok kat belakang ada sapa?…. Mulalah nak buat citer seram…
Ahahahahhah, memamng promote abis abisan oos-mate tu yek.... Ahahahahah...
Saya tak kisah dah ayam tandoori ka, kalari payat ka, janji purut sudah kenyang dengan Siakap Tiga Rasa... Yum yum...
Salam
Woi! Kenduri besar nampak..
amboi...cerita makan!!
sruppppp....satu kali, licin..
aaaarrg. Alhamdulillah.
nanti belanja yer
:D
salam nisa,ni sambutan gedeban ka? atau kakmOn tersalah tarikh?? *belek kalender*
pa'chik
hmm.. ikan keli.. em sedap gak tu ek. Kena cari ikan la minggu ni. Dah lama tak makan ikan hmmm...
neen
haha.. eh mana lauk ayam masak kicap tu ek? Oh dah letak kat dapur hahaha
Hahaha ada kawan sorang ni pun macam neen gak. Kecik tapi kuat makan :)
Enchek Azhar
ish tak de promote abis. Tu memang specialty dia tuu.. Tak perlu promote dah. Dah selamat kena 'ikat' hehehe
Wah! Ikan 3 Rasa. hmmm... blh buat nih hahaha
Beth
hehehe.. biasalah tu.. kenduri sekali sekala.
zahila
kalau hang mai sini, mestilah aku belanja hehehe.. kalau aku mai Riyadh hang nak bagi makan apa? hahaha
Kak Mon
hehe.. entah siapa yang salah ni hahaha. Selamat Hari Jadi kak Mon (esok tu kan kan kan)
nextttt...sapa punya turn hehehheheh
salam,tanya ckit..nando kat uk halal eh?
Salam…
Tadi lepas rehat (dah terlambat order sebenarnya) ada makan2 sikit – tak rancang pun. Tertanya2 gak kenapa? Memang pun selalu tertinggal kereta api kalau hal2 yg tak berkaitan ngan kerja di office ni, apa tak nya, kerja asyik ulit PC jer & kat telinga lak disumbat ngan earphone. Rupa2nya si penulis di dept kita org ni dapat duit royalty novel keduanya (beli makanan kat luar) & Kak L lak teringin nak makan bubur pulut hitam… (order kat kantin jer)… so mmg kenyang lah…
Makan makan dan makan lagi! Kita makan dulu! Yeah! Sukanyeeeer
Salam Sis Khairyn,
Selamat hari lahir... yg ke-???
23 Feb ye... hehe..
Moga pnjg umur dan murah rezeki.
All the best in future undertakings.
May Allah bless.
p/s: jeles da majlis mkn2. teringat ms dkt jpn dulu. selalu ada event mkn2 ni. duk msia ni asyk nk mkn, main order je... x meriah di hari raya. huhu :(
Post a Comment