Thursday, July 09, 2009

Hai-lah

Dah dok sensorang kat rumah ni, walaupun ada kerja haram yang nak diselesaikan, tiba-tiba macam nak lah pulak bersosial.

Sebenarnya banyak aktiviti komuniti Malaysia kat Glasgow ni, tapi aku aje yang tak boleh nak join. Kadang-kadang tu bukan tak nak, tapi tak boleh. Aktiviti biasanya dibuat hari Sabtu dan Ahad dan sedia maklum, hari tu aku bekerja. Eh? Bukan ke aku kerja hari-hari hehehe.

Tapi itulah, bukan setakat aktiviti-aktiviti biasa, bila komuniti buat BBQ pun aku tak boleh ikut. Kerja. Selalunya keputusan penetapan hari sangatlah ad-hoc dan aku pulak kalau nak bercuti, kenalah mohon tiga ke empat minggu lebih awal. Jadi, selalulah terlepas. Tu yang buat aku tak berapa nak kenal orang, sama ada yang baru ataupun yang dah lama. Lingkaran sahabat aku memang boleh dikira dengan jari aje.

Cik Mimi kata ponteng aje sekali sekala join BBQ. Nak juga. Tapi, memandangkan inilah punca rezeki kat sini, aku tak mampu nak mengikut saranan cik Mimi hahaha. Aku nak barakah dalam belajar hahahaha.

Nampak gaya pengorbanan sosial akan terus dilakukan sehingga habis belajar ...huhuhuhu

Teruskan ber'haram'!

Tuesday, July 07, 2009

Hari ini dalam sejarah

7 Julai 2005

Hari ini tepat empat tahun peristiwa bom di London.


7 Julai 2009

Rusuhan di pedalaman Xinjiang. Semoga Allah cucuri rahmatNya kepada pejuang-pejuang etnik Uyghurs.
Aku ada terbaca dan menonton dokumentari mengenai etnik Uyghurs yang beragama Islam sejak zaman kegemilangan dan merupakan laluan sutera (Silk Road) perdagangan zaman lampau.

Sedikit sejarahnya


Dan link ini.

Friday, July 03, 2009

Adbencer menambatkan lapitop



Tengah tunggu waktu subuh ni sebenarnya, jadi aku habiskan malam ni dengan cuba selesaikan seberapa banyak kerja haram aku hehehe.

Rasa seronok pulak cuba habiskan satu bab kerja haram ni. Membuat research hampir mengalahkan macam pelajar PhD buat research untuk literature review. Tapi, sungguh! Banyak benda yang aku belajar semata-mata nak habiskan satu bab manuskrip yang ini.

Aku sukakan buah fikiran Abdurrahman Abu Zayd ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Khaldun al-Hadrami yang sungguh ke depan dari masa dan zamannya. Aku belajar pasal wabak Bubonik atau Black Death dan Lisan-ad-Din Ibn Al Khatib yang mula-mula merekodkan yang wabak ini jenis berjangkit. Tentang Ahmed ibn Ali ibn Khatimah, Mohammed ibn Ali Ash-Saquri yang tulis tentang Tahqiq an-naba' an amr al-waba'. Tentang seorang warak si Ibn Abi Madyan yang mengurung diri dan keluarga di Sale untuk mengelakkan dari wabak berjangkit ini.

Aku belajar pasal qadi terakhir di Karnattah, ibn Al-Azraq yang menggalakkan jihad menentang sultan yang lemah. Memilih antara emir yang meletakkan cukai tinggi atau sultan yang kompromi keselamatan dan kesejahteraan negara dengan bersekongkol dengan kaum Nasrani. Malang, aku belum lagi berjumpa dengan kisah hidup Abu Abdullah Muhammad, tentang peribadi dia sehingga sanggup memerangi ayahanda sendiri di Sharqiya. Beliau ditangkap oleh tentera Ferdinan dan Isabel, dipenjara dan akhirnya ditawarkan perjanjian. Kembali ke Karnattah tetapi membayar 12,000 Doblars kepada kerajaan Nasrani dan membebaskan 60 pesalah Nasrani setiap tahun selama lima tahun.

Satu demi satu negeri di Andalus jatuh ke tangan Nasrani dan akhirnya Abu Abdullah Muhammad menangis apabila negeri kesayangannya menjadi negeri terakhir yang terpaksa diserahkan kepada Ferdinan dan Isabel sehingga dimarahi oleh ibunya Aisya.

"Kau menangis seperti seorang perempuan untuk sebuah negeri yang kau gagal pertahankan sebagai seorang lelaki."

Aku suka!!!

Walaupun sekarang aku terpaksa tambat lapitop aku terus pada network sebab aku dah reformat dan terus hilangkan wireless connection juga bersama program-program yang lain hahahaha tahniah untuk diri sendiri!

Monday, June 29, 2009

Enjoys

Huhuhu.. aku tengah cari bahan untuk kerja haram aku bila aku tetiba aje stumbled into this.

Buat aku gelak besar tengah malam-malam buta ni... enjoys!

Tuesday, June 23, 2009

Semangat balik!

Sekitar pukul 5pm tadi aku check Pegasus, website universiti. Alhamdulillah, hilang dah rasa bimbang, stress dan takut yang aku rasa selama sebulan ni. Aku lulus semua subjek. Walaupun ada dua subjek yang tak berapa cemerlang tapi syukur sangat-sangat. Aku tak pernah mengulang periksa dan aku tak naklah mulakan sekarang. Huhuhu.. nak telefon mak, tengok jam dah lebih pukul 12 tengah malam waktu Malaysia... esok ajelah kot lalalala.

Periksa tahun ni memang sangat mencabar bagi aku. Bukan setakat minda tapi emosi yang tunggang langgang semenjak awal tahun dan terpaksa ambil cuti balik Malaysia dan bila masuk kelas balik, aku rasa macam tak ada satupun ilmu yang masuk lekat dalam kepala. Rasa memang weng dah aku ni. Ujian Allah kali ini memang maha hebat untuk aku. Aku refuse nak fikir yang bukan-bukan. Cuma doa emak aje aku jadikan bekalan dan peniup semangat di sini.

Aku syukur sangat-sangat bila semuanya selesai sudah. Tak sangka dah tiga tahun aku kat sini dan kalau aku berenti belajar sekarang, aku akan dapat Bachelor of Arts in Journalism and Creative Writing and Sociology (2nd class upper? hihihi). Memang aku tak pernah mimpi jauh-jauh macam ni. Aku ikut pesan kawan aku 'take one day at a time. Don't think too far ahead.' katanya. Kalau aku nak fikir pasal masa depan pun aku akan fikir untuk tiga bulan akan datang, itu jer yang aku berani nak buat.

Siapa sangka juga dalam masa tiga tahun ni aku buat dua kerja - Isnin-Jumaat 6am-9am, Sabtu-Ahad 9.30am-3.30pm dan kadang-kadang sampai 5.30pm, pergi kelas dari 10am-5pm, mentelaah, berjaya tulis dua buah novel - Zahrah de Tigris (2007) dan Dame Zoete Sarah (2009) dan buat satu terjemahan buku - Terowong (Tunnels). Bukan aku bermaksud nak bangga diri tapi aku nak peringatkan diri sendiri yang selagi ada daya, DENGAN IZIN ALLAH, dengan semangat - aku boleh buat!

Tinggal setahun lagi untuk aku dapatkan Honors pulak hehehehe.. ini target utama aku. Aku nak cuba - kalaulah dapat First Class Honors. Ini mimpi dan aku harap dapatlah jadi kenyataan. Perkh!

Ahad hari tu dapat tengkorak dan bontot ayam dari kawan seperjuangan kekekekeke... Balik spital terus goreng dan makan ramai-ramai sambil tengok tv. Makan juga dengan fried chips a.k.a kentang goreng kekeke. Sedapnyerr!

Saturday, June 20, 2009

Hari istimewa

Antara best dengan tak bestnya musim summer ni adalah aku tak pergi sekolah (best), aku ada banyak masa sendiri dan fikir benda yang bukan-bukan (tak best).

Untuk arwah abah, hanya Fatihah saja yang mampu aku hadiahkan selalu. Abahlah lelaki paling best dalam hidup aku. Semoga Allah jauhkan siksa kubur dan neraka dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa abah. Aduh! Sebak deh!

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Dimana...akan kucari
Aku menangis seorang diri
Hatiku....s'lalu ingin bertemu
Untukmu...aku bernyanyi

Untuk ayah tercinta,
daku ingin bernyanyi
Walau air mata di pipiku...

Ayah, dengarkanlah
aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi...

Lihatlah...hari berganti
Namun tiada seindah dulu
Datanglah..aku ingin bertemu
Untukmu...aku bernyanyi


Wednesday, June 17, 2009

Shopaholic?

Huhuhu... buat pertama kali dalam hidup aku di atas bumi Glasgow ini aku bershopping beriya-iya sampai sanggup pergi ke Livingstone yang dekat dengan Edinburgh semata-mata nak membeli-belah. Padahal bukan tak ada kedai kat Glasgow ni, tapi sanggup tuuu... naik bas sejam nak ke Designer Outlet kat Livingstone huhuhuhu. Dalam hujan dan sejuk tunggu bas yang lambat 15 minit kat Buchanan Bas Station dengan tambang £8.60 pergi balik. Tu diaaa... tinggi tak tinggi semangat aku nak membeli belah ni? Perkh! Aku pun kagum dengan diri sendiri. Bukan apa sebenarnya, ada orang nak ngantor barang balik, jadi aku pun naklah numpang sekotak dua dihantar pulang. Tadi dengan semangat aku pergi dengan beg kecik yang aku isi barang-barang keperluan i.e dompet yang berisi duit untuk menyopping, botol air, satu bar coklat dan chicken tikka sandwich untuk sustenance diri supaya tak tumbang dengan beg-beg plastik dan kamera yang nak habis bateri.. aku lupa nak charge daa dan baliknya Tadaaaa!


Duduk kejap sambil makan bekal untuk menambah tenaga mengangkut nak naik bas balik. Tadi aku rasa macam sedih sesangat sebenarnya. Aku masuk kedai Whittard nak beli kopi, bila langkah masuk aje aku tiba-tiba teringat.. abah dah tak ada, nak buat apa beli kopi, aku keluar balik. Tadi masuk kedai Clarks nak beli kasut untuk anak-anak buah perempuan aku pun aku tak pergi langsung ke bahagian lelaki. Terkenangkan kasut Clarks yang aku beli buat arwah abah yang mak dah sedekahkan pada sepupu lelaki aku. Terkilan aku! Tapi ya lah, takkan aku nak bakar kasut Clarks arwah abah tu kan? Kalau Cina tu yalah, boleh bakar bagi bekal kat sana. Kang tak bergaya pulak tanpa kasut Clarks. Dahlah sekarang ni tengah promosi Father's Day. Macam-macam hadiah ada untuk Hari Bapa yang bakal disambut Sabtu ni (21hb June). Rindu sangat ni weh! Alahai....

Op! Sebelum balik kena ke sini dulu sebab perjalanan kan panjang... hahahaa. Aku tertarik dengan alat pengering tangan ni. Selepas membasuh dan menyabun tangan anda, sila masukkan ke slot tangan yang disediakan. Tekanan angin yang tinggi akan mengeringkan tangan yang basah. Sila tarik turun tangan anda untuk memastikan ia kering.. huhuhu.. jenama Dyson lagi tu! Power! Ni yang lebih semangat nak belikan mak vacuum cleaner jenama ni..


Okeh! Ini kasut untuk warga perempuan seisi rumah (baca: mak, kakak dan nieces aku)/ Dari kiri belakang tu, kasut kak aku. Aku tibai aje saiz 6 sebab dia kata satu saiz kecik dari aku. Kat sini aku pakai saiz 6.5 pun muat gak. Yang krim kasut anak perempaun sulung kak aku saiz 7. Ada harapan panjang lagi tu. Kalau tambah saiz lagi, kasut dia boleh buat sampan gamaknya. Depan dari kiri pula. Yang merah menyala tu untuk Adibah, anak perempuan kak yang nombor dua. Saiz 6 gak. Baru 10 tahun wa cakap lu. Tak pe, kalau panjang sangat, boleh simpan. Pakai bila muat. Yang tengah tu tersangatlah kiut. Aku tak boleh resist belikan untuk si bungsu yang sakan menjerit tu. Kalau tak muat, aku muat-muatkan jugak, biar lantak situ menjerit ke teriak ke apa ke hahaha. Yang sandal tu aku beli untuk bonda. Hari tu kata saiz 7 sempit sikit... tadaaa! Aku belikan saiz 8. Kalau cerewet gak, aku jadi buruk siku, angkut bawak balik sini.


Ini aku nak bagi kat dua orang 'puteri' istimewa. Untuk sang puteras (plural ya) aku tak sempat nak membeli tadi sebab tiba-tiba je alarm kat kedai tu berbunyi. Padahal aku dah mengangkut dua helai dah. Nak tunggu alarm berhenti berbunyi lambat la pulak. Malas aku nak berdiri kat luar, aku terus cari kedai lain. Tak apalah.. nanti aku nyopping lagi carikan untuk si puteras ya.


Yang ini pulak untuk anak teruna kak aku yang bakal masuk kolej bulan depan. Ewah-ewah, baru nak masuk kolej, mintanya macam-macam. Kalau tak score time exams nanti, aku angkut balik barang-barang ni, jual kat kabut. Dua helai seluar dan satu kemeja je yang mampu aku rembat tadi. Nak cari seluar yang long cut tak ada pula, terpaksa beli yang regular. Aku ukur kat diri sendiri, pinggangnya kat dada aku. Kira panjang jugaklah ye. Dan kalau yang itu pun pendek, memang sahlah anak saudara aku ni masuk kategori terlalu tinggi orangnya (atau aku sememangnya rendah?)


Wakakakaka. Mak pesan suruh kau tutup aurat tapi aku belikan baju bukak aurat pulak hahahah. Pandai-pandailah ye pakai baju lengan panjang. Kalau tak nak pun, nasiblah kita berdua ye. Aku masuk kategori bersubahat. Kalau kau sayang adik kau ni, silalah ambil tindakan yang sepatutnya huhuhuhu. Saiz? Hari tu kata kau dah gemuk jadi yang ini aku belikan saiz 16. Gunakanlah sebaik-baik motivasi ini untuk menambahkan berat badan ye?
Seluau tu pulak aku nak hadiahkan pada my Dayabumi. Sebab kau tinggi dan susah nak cari seluau panjang yang akan jadi senteng pada kau, aku belikanlah sehelai ni. Err.. dah belikan ni, nanti boleh ke aku pinjam kereta? Huhuhu.. boleh la boleh laa hahahaha

Oh yang ini untuk seorang lelaki istimewa yang punya bakat melukis. Terima kasihlah hari tu susah payah touch-up kan ai punya cover buku. Buat susahkan yu aje kaler langit menjadi biru sebab ai tiba-tiba berubah hati nak bentuk kolaj pulak huhuhu. Macam yang yu nak hari tu, ai belikan yu acrylic colours ye dan ai bagi extra lagi, ai bagi sketch book untuk yu. Yu nak lukis ai tak? Tapi kan yu, ai takut tak cukup kertas pulak hahaaha


Perkh yang ini, aku tak taulah akan cukup ke tak? Anak-anak buah aku memang hantu jajan. Ingat nak bagi kat orang sama, tapi tu lah kang tiba kat dorang kang, tinggal plastik pembukus aje. Nak kena bagi warning awal-awal kat dorang ni. Tak pun, mesti mak aku akan ambil tindakan drastik dengan menyorokkan semua coklat-coklat Cadbury ni.

OK, cerita sopping ni belum habis lagi sebenarnya. Esok aku nak pergi ke wilayah lain pula mencari barang-barang yang tak sempat nak beli tadi sebab aku rasa macam lengan aku dah nak tercabut dari bahu. Tulah, orang tak biasa bersopping baru tiga beg aje dah surrender. Esok, aku kena mulakan dengan semangat baru dan mungkin kena bawa beg troli?

Saturday, June 13, 2009

Nak pisang?


Spirited Pisang bomoh duo aiding folk in England

LONDON: Here, in this financial capital of the world, a little black magic (sihir) is at play within a small community who blame the supernatural for heartbreaks and shaky marriages.

Ask some members – 123 to be exact – of the Malaysian community living here who are said to have been hit by witchcraft.

They have fallen victim to what is believed to be sorcery, resulting in strained relationships which have resulted in near marital break-ups, according to the Professional Islamic Support and Nurture Group or Pisang (www.pisang.org.uk).

Its chairman Hamidi Abdul Rahman claims that a number of sihir spells had been cast by evil bomoh hired by spiteful lovers to wreck marriages and relationships.

“Some of the couples have even gone back to Malaysia for marriage counselling but this can only be effective after the removal of the curse,” he claimed in an interview.

Exorcism: Trimizi (standing left), who assists Hamidi (inset) reciting Quranic verses during a jin screening session for a group of Malaysians in Leeds.

He said that of 366 Malaysians “screened” in the past two months, 47 were also believed to be possessed by jin (evil spirits), adding that most of those affected were based in Glasgow, Manchester and Leeds.

“We saw a lot of sihir trying to cause family break-ups, resulting in stress and depression among the children, too,” claimed Hamidi, 23, who is touted as a modern day exorcist here for his specialist ability to “undo” charms and disturbances.

While Hamidi conducts the “screening” sessions, his deputy Trimizi Zainal carries out the treatment, reciting Quranic verses to weaken and drive demons out of the afflicted.

The duo went on the road and conducted 34 mobile clinics in London, Glasgow, Manchester, Leeds, Newcastle-Upon-Tyne, Burton-on-Trent, Huddersfield, High Wycom-be, Sheffield, Hull and Bicester.

Hamidi described the sessions as very challenging.

“We spent a lot of time travelling to attend to those who needed follow-up treatment,” he said, adding that they visited Manchester five times, London four times, Leeds three times and Glasgow twice.

He said the victims also included students, adding that women formed the bulk of the victims.

He spoke of three cases involving a post-graduate student’s teenaged daughter in Hull and two women in Manchester and Leeds who were possessed by evil spirits.

“We communicated with the spirits before casting them out,” he said.

Pisang lembik buat cikodok sedap gak.

Pisang tanduk goreng cicah dengan sambal kicap huhuhu laaagi sedap!

Monday, June 08, 2009

Buku

Masa mula-mula dia dapat tahu yang lelaki Muslim boleh poligami, dia terperanjat sangat sambil geleng-geleng kepala tak percaya. Aku gelakkan dia.

Dia tanya aku pasal tudung. Kenapa aku tak tutup semua sampai tinggal mata saja. Eh! Macamana nak kerja? Nanti tak nampak batang mop? Aku, dia ketawa.

Dia tanya kenapa Muslim tak makan babi. Aku jawab takut kena Swine Flu. Macam-macam jawapan lain aku bagi. Aku kata babi kotor, babi tak de leher, macamana nak sembelih. Bukan tu aje, babi jadi host pada banyak parasit. Dia terkulat-kulat pandang aku. Aku tak serius, katanya. Aku kata ye. Aku tak serius nak terangkan. Aku tanya dia suka bacon ke? Oh... saya cinta sama bacon. Sedap, jawabnya. Aku gelakkan dia.

Minggu lepas dia mintak nak baca 'bible' aku. Aku jawab aku tak ada 'bible' tapi ada terjemahan Al-Quran, nak ke? Dia jawab nak. Aku kata, insyaAllah kalau aku ingat, aku bawa.

Hari Selasa lepas aku pergi ke Darul Khutub. Nak carikan beginners guide to Islam untuk dia. Sambil-sambil tu nak ke Subway beli Sub of The Day (Marinara Meatballs, yummy!). Erk itulah satu-satunya Subway Halal di Glasgow ye. Oh berbalik pada buku. Aku ke Darul Khutub belikan dia buku 'What Every Christian Should Know About Islam'. Harga kurang dari £4 dan bukunya pun tak tebal. Ia semua asas yang diterangkan secara 'yang boleh diterima akal' depalah. Aku tak nak dia baca tafsir Al-Quran lepas tu pening-pening kepala sebab dia tak ada asas langsung pasal agama ini.

Mulanya aku berat hati nak bawakan tafsir Al-Quran pada dia. Aku ingatkan dia, Islam ni susah. Payah sangat nak ikut kecuali pada orang yang benar-benar yakin dengan agama ini. Kalau nak tahu aku boleh bawakan tapi baca ajelah dengan minda terbuka. Lagipun dia kata dulu dia memang Katolik tapi dah tak praktis langsung. Oookay!

Hari Sabtu lepas ni, aku titipkan dua buah buku tu kat kawan sorang lagi. Memang aku tak jumpa dia langsung sebab super aku yang tak berapa nak cerdik tu hantar aku cover dua ward. Ni gara-gara Nicola Sturgeon nak mai hari ni (Senin).

Dia sampai tak buat kerja rumah sebab asyik sangat membaca buku tu.Jadi Semalam bila dia nampak aku aje, dia dah teruja sangat. Dok panggil-panggil aku nak borak. Dia ucapkan terima kasih sebab bagi dia pinjam buku-buku tu. Dia kata dia habiskan 142 mukasurat dalam sekali duduk aje. Heh? Dia excited gila baca buku tu. Baru dia faham banyak perkara pasal Islam sampai anak dia usik lepas ni dia kena pakai niqab yang nampak mata je tu. Laa... sungguh-sungguh membaca la ni? Tak sangka aku. Alhamdulillah.

Dia seronok cerita kenapa orang Islam tak guna gantinama Allah sebagai Him. Aku angguk aje la. Ajak dia fikir kalau Tuhan tu ada gender, sex, apa beza dia dengan makhluknya? Dia tanya kenapa panggil master? Aku kata sebab Tuhanlah selayaknya yang dipanggil master bukan orang. Kita tak ada status yg berbeza sesama manusia. Wah! Dia seronok. Dia faham kenapa Islam melarang makan babi dan tadi pagi masa dia nak sarapan sandwich bacon dia pun dia tetiba 'tergeli-geleman' hahaha. Dia suka perbincangan pasal riba'. Dan dia gak suka pasal surah An-Nisa' ayat 34. Aku terangkan yang ini tafsirnya agak 'problematic' sikit. (Aku tak nak start kang ada lagi yang terasa macam post yg aku dah 'hilang'kan). Tapi kiranya 'overall' dia memang suka sangat buku tu dan tak sabar-sabar nak baca Tafsir Al-Quran yang aku bagi kat dia.

Dia ni sebenarnya dah tua. Dah 50an tapi masih lagi kuat kudrat kerja sebagai pencuci. Sudah 20 tahun lebih menjanda bila suami dia mati masa umur 35 tahun. Dia tak mahu kawen lain dan sekarang menjaga anak dia yang menghindap penyakit Hungtinton's Disease, sama macam mendiang suami dia dulu. Tak silap aku, dia kata anak-anak perempuan dia pun dah meninggal kot. Kira dia memang perempuan cekal dan tabahlah. Sentiasa gembira.

Aku mulanya sceptical masa dia mintak tafsir Al-Quran dan tanya pasal Islam awal tu. Yalah, kita tak tahu apa niat dia yang sebenarnya. Betul-betul atau main-main. Tapi sekarang bila dia tunjuk minat nak tahu lagi, aku kenalah beri penjelasan yang tepat dan kenalah jadi lebih serius.

Allah bagi petunjuk dan hidayah pada sesiapa yang dikehendakiNya. Tak kira tempat, bangsa dan usia. Doakan dia (dan aku) menjadi insan-insan istimewa yang terpilih untuk menerima petunjuk dan hidayahNya. Amiin.

Thursday, June 04, 2009

Bayar

Pertama-tama maaflah sebab aku selaku tuan rumah gagal mengawal keadaan rumahnya yang 'tunggang langgang' hari tu. Jadi atas kebaikan bersama, aku dah 'bersihkan'.

Hari ni aku bayar hutang dengan dua orang 'ceti'. Yang seorang menagih 10% dan yang sorang lagi 1%. Tapi tadi, dua-dua aku bagi sama rata. Dua-dua dapat 50%. Kira baik hatilah aku hari ni. Biar sama rata... biar tak cemburu. Masing-masing dapat ayam separuh body. Huhuhu... kat Nandos.

Kan ke hari tu dah kata aku diminta tolong untuk tengokkan thesis orang. Perkh! Memanglah menulis thesis sangat susah dan memeriksa thesis juga sebenarnya sangat susah. Aku tak tau apa-apa pun pasal vortex. Nak tak nak aku kena google jugalah bendalah vortex ni. Jadi untuk orang yang tak tahu pasal tajuk thesis yang dibuat tapi kena periksa thesis ni, benda ni jadi memakan masa. Tapi, alhamdulillah siap, cuma aku harap aku dah dapat membantu dia.

Aku tak tetapkan harga sebab tahap aku pun bukan pro. Kadang-kadang aku sendiri pun mintak jasa baik Rosie tolong tengokkan kerja aku. Huhuhu.. banyak juga Rosie tukar. Tapi ni pun proses pembelajaran juga kan? Anyway, tuan punya thesis telah bermurah hati bagi duit yang agak banyak jugalah. Alhamdulillah rejeki. Tapi.. errr.. kalau diminta lagi aku terpaksa menolak la nampaknya sebab lecturer aku dah suruh aku siapka dissertation awal-awal. Huh?

Wednesday, May 27, 2009

Yee hee hee

Go Barca!

Huhuhu... tak sia-sia aku jadi ahli kelab membenci pasukan MU kekekekekeke

Ops! Sorry Elly, no offence.

Aku rasa macam nak guling-guling kegembiraan gitu kekekeke

Wednesday, May 20, 2009

Me

I've rediscovered myself tonite.

I'm okay... just lazy

hampeh!

Study yong study!

Saturday, May 16, 2009

Jeng jeng jeng

Dah hilang panas, datanglah hujan yang mendinginkan... chewah! Bakal keluar bulan depan. Kena check-out website Jemariseni selalu huhuhu.

Okay, got to hit the books. Aku ada exam 20 and 21 hb ni. Doakan aku ye.

dame zoete Sarah ialah si manis Sarah

Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.

Terperangkap di tengah-tengah kemelut pengedaran dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.

Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan sindiket malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi lebih menakutkan lagi, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?

Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek!

“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim

* * * *

Genre yang berbeza daripada KHAIRYN OTHMAN kali ini, pasti membuat anda terhibur sekali gus berdebar bagaikan menaiki roda Ferris, melantun di awang-awangan – pucat tanpa boleh berkata-kata.


Tuesday, May 12, 2009

Tidak? Boleh?

Macamana nak kata tidak?

Ini masalah besar aku. Aku tak reti nak kata tak, tak boleh. Tidak. Cannot!!! No!!!!!

Sebab semua bagi aku - boleh aje. Jenis orang tak ada pendirian (hahahaha!). Semua boleh, semua boh. Jalan saja. Ada orang kata sikap aku ni jenis optimist. Tapi, yang passimist pula kata aku ni tak realistik. Hahahaha... macamana?

Ada pulak yang kata aku ni nampak jer brutal tapi hati sentimental. Oh! Bukan mentel ye... Tapi kalau orang dah mintak tolong macamana pulak kita nak jadi brutal? Nak kata tidak, tak atau no!!!!??? Tapi, bila kita kata kita ada kerja lain yang nak kena buat, dia merayu juga. Boleh fleksible lagi. Bukan nak cepat, lambat-lambat pun tak apa. Tapi, lambat tu tetap amanah juga kan? Kalau buat kita dapatlah imbuhan dan kalau tak buat, kita kenalah buat sistem barter kat sana nanti. Huh! Amanah ni beratlaaa.... lebih berat dari berat badan aku. Sebabkan amanah ni aku bertambah tension, bertambah makan, bertambah berat badan. Setiap hari senin sampai Jumaat, aku kena makan dua sneaker bars untuk tenaga mental. Huwaaaaaa!!!!!!!

Dari dulu sampai sekarang aku tak pandai multi-tasking atau jadi juggler. Aku cuma boleh buat satu kerja pada satu masa. Tapi, sekarang aku rasa macam dah pandailaa sikit-sikit buat aksi mental juggler ni; sebab sekarang ni aku tengah buat tiga kerja sekali gus;

  • Nak Exam
  • Tengok Thesis Orang
  • Buat kerja yang aku suka - menulis fiksyen
hahahahha










Mari kita bakar lagi neuron dalam kepala kotak aku ni. Bagi hangus dan rentung!!!!

Tuesday, May 05, 2009

Roti terbang

Pagi tadi, tengok jam. Aku ada lima minit saja. Lambat keluar, alamat aku kena naik bas pukul 6.
Aku berdiri di dapur. Pandang mentega, pandang jem strawberry. Pandang roti. Huhuhu.. kali ini aku beli roti buku. Tak ada preservative atau additive punya. Dapat murah sebab bukan roti potong hahahahaha. Tengok jam lagi. Tak sempat!! Alahai... hari ni aku tak dapat sarapan roti.
Hmm.... dulu aku tak berapa suka roti. Kalau naik flight bahagian-bahagian Arab tu, depa selalu bagi roti. Aku tak makan roti. Sekarang ni aku suka roti plak hahahaha.. Oh cerita pasal flight, agak-agak sekarang tambang ke Ostralia tu murah ke tak? Ye lah bila Tun Lah dah kat MAS ni kan, mungkin tambang boleh turun hehehehe. Aku nak tukar negara ler macam ni. Boleh balik kampung tiap-tiap minggu.
Dan dapat makan roti dalam flight lalalalala

Tuesday, April 28, 2009

Halamak!

Sejak kebelakangan ni tiba-tiba pula suka makan roti. Dua minggu lepas asyik makan roti disapu butter and jam hehehehe. Dalam seminggu tu habislah satu buku roti. Jem pun dah nak habis, tinggal sipi-sipi jer. Minggu lepas pula beli peanut butter pulak huhuhuhu.. Ada lagi.

Jadi memang hampir tiap-tiap hari menu sarapan pagi aku adalah roti ngan air kosong hahahaha. Teringin gak nak bawak kopi tapi tak dan pulak nak membuatnya. Tu lah orang suruh bangun awal tak mahu. Mana sempat nak siap-siap pas tu nak buat air kopi dalam masa 40 minit jer hahahaha.

Roti ni aku makan masa aku rehat sambil baca suratkhabar Metro percuma yang aku ambil dalam bas. Pagi tadi tak terkecuali. Sambil kunyah-kunyah aku bacalah suratkhabar. Baca pasal Selsema Babi yang tengah panas dan happening sekarang ni. Scotland dah dapat satu kes dah. Kat Falkirk. Couple yang baru balik dari bercuti di Mexico huhuhuhu.

Tengah-tengah baca tu, aku tibalah ke mukasurat 13. Tajuk besarnya "Veggies must use their loaf when buying bread". Apa hal cerita pasal roti ni? Perenggan pertama berbunyi.

"MOST bread sold in shops is not fit for vegetarians because it is baked using animal products, food campaigners say."

Alamak! Tak jadi nak telan roti yang dah dalam mulut.

At least 90 per cent of loaves are made with additives which could include enzymes from the pancreas of pigs

Huwaaaaa!!!!!! Biar betul. Aku selalu beli jenama Hovis sebab kat situ ada label kata suitable for vegetarians.



These are used to speed up the baking processs. But because they are destroyed during cooking, bakers are not required to list them as ingredients, according to the Real Bread Campaign Group.
These claims cast doubt on the vegetarian status of pre-packaged and in-store bakery bread, said Philip Lowery, director of the campaign, which represents local and organic bakers.
"This is a significant issue for vegetarians, vagans and Muslims, whom I believe would be outraged if they knew this was in their bread," he added.
"We have written to the industrial bakers, asking them to voluntarily label their bread or stop using these additives but have yet to get a reply."

Sepanjang-panjang aku baca artikel ni, aku tak sanggup nak telan roti yang aku dah kunyah lumat. Huwaaaaa!

Campaign organisers are offfering the public warning stickers to put on bread and urging them to sign a petition against additive use.
The Federation of Bakers which represents makers of leading brands suc as Warburtons, Hovis and Kingsmill, said consumers need not worry.
"UK bakers habve nothing to hide. All wrapped bread produced in the UK is clearly labelled and strictly adheres to EU legislation," said director Gordon Polson.

Fuh! Lega.... Boleh telan dah. huhuhu... erk

Tapi dia tak de plak cakap, roti-roti dia tak guna addititive kan? Alahai.....

Saturday, April 18, 2009

Orang Tak Lawa/Hensem

Wooohooo!
The ugly rules!

Milenia ni memang tahun-tahun untuk orang-orang yang tak berapa nak lawa tapi punya suara yang sangat mantap hahahaha. Siapa kata nak jadi terkenal, terutama dalam bidang seni suara, orang itu mesti kacak atau cantik berseri kekekeke..

Ini buktinya.

Kalau dua tahun lepas, Paul Potts buat Simon Cowell tercengang...
















Kali ini giliran Susan Boyle dari Edinburgh pula. Suara dia memang best, walaupun tak ada rupa. Kira kalau nyanyi kat radio mesti orang ingat penyanyinya cantik molek.. tapi kekekekeke... suara memang superb!



















Klik pada imej untuk ke pautan Youtube.

Friday, March 27, 2009

Kampung

Aku belum tepek lagi gambar dengan video tu ek? Nantilah aku buat. Sebenarnya aku tak jumpa wayar telefon tu hehehe.. adalah tu dalam timbunan 'sampah' kat meja tulis aku tu. Nanti aku cari.
Sekarang ni pun aku asyik berkampung aje. Mana lagi kalau tak kat Comp Lab di bangunan Mc Cance. Kalau lepas pukul 5pm memang kosong. Aku suka. Bebas nak buat aktiviti sendiri. Pilih aje komputer mana nak hahaha. Nak solat pun senang, bentang aje jaket. Tak de sapa nak kacau. Cuma sesekali Pak Guard masuk nak tengok ada orang ke tak de.
Aku senang buat kerja sekolah atau kerja haram kat sini sebab kalau kat rumah, semua tak menjadi. Samada ulang alik ke dapur - makan, minum - menonton tv atau masuk bawah duvet dan tidur. Memang tak produktif langsung.
Aku doa semoga kerja aku sedang usahakan ini selesai sebelum hari pertama bulan depan.
p/s - tetiba aje rambang mata dengan tajuk dissertation yang hendak dibuat huhuhuhu.


Monday, March 23, 2009

'Gaduh'

Tadi kami buat field trip. Ke Jalan Sauchiehall. Satu kelas. Dengan pensyarah kami.

Macam biasa hari ni kelas untuk Ethnic and Racial Studies mula pukul 1pm. Kali ni Rosie tak datang sebab dia kata pukul 4pm dia kerja. Lauren pun tak datang sebab dia masih lagi hangover sebab malam tadi banyak sangat minum tequila shots agaknya. Budak tu dah pandai party dah. Anyway.... pukul 1.05pm pensyarah aku Dr Colin masuk dengan segala macam paraphernalia dia. Komputer riba, nota, buku dan video untuk kelas dua jam ni. Tengah dia dok memasang kabel kat komputer dia, seorang budak ni pi jumpa dia kat depan kelas, bagitahu yang ada wakil dari BNP tengah dok bagi 'ceramah' kat Sauchiehall St. Kebetulan pulak hari ni sepatutnya kami belajar pasal rusuhan di Britain, terus Dr Colin buat pengumuman. Sapa nak ikut pergi ke Sauchiehall, ada wakil BNP kat sana, lagipun pelajaran hari ni pun pasal rusuhan dan semuanya ada kat nota ni. Awak cuma perlu baca saja. Are you game? Heh?

Apa lagi satu kelaslah nak ikut dia pi Sauchiehall St. Kami pun tak ada mood nak belajar sebab baru aje hantar esei tadi. Dr Colin pun teruslah cabut wayar komputer dia, masukkan semua barang-barang dalam beg dan kitaorang pun berbondong-bondong jalan sama-sama pergi ke Sauchiehall St. Jauh jugaklah ke tempat wakil BNP ni. Kalau korang nak tau, BNP ni atau British National Partyi ni kira extreme right wing parti. Alaah... macam UMNO jugak. Kira kalau Umno ni dok 'ketuanan Melayu', BNP ni kira the direct translation lah -White Supremacy. Tu dia... ideologi zaman tok kadoknya.

Korang bayangkanlah satu kumpulan pelajar Sociologi yang diketuai oleh pensyarah mereka, Dr Colin dok berdebat dengan wakil BNP kat tengah-tengah laluan pejalan kaki, kawasan membeli belah Sauchiehall St di Glasgow. Perkh! Seronok weh! Pandai gak wakil BNP ni pilih lokasi. Betul-betul kat bawah CCTV, jadi kalau ada apa-apa jadi kat dorang ni, semua direkod. Majoriti orang Glasgow ni walaupun rata-ratanya kuat sikap prejudis dan perkauman, dorang tak suka tunjuk secara terang-terangan. Dorang suka tunjuk yang dorang ni anti-perkauman jadi dorang akan tentang habis-habisan semangat perkauman secara terang-terangan ini termasuklah menentang BNP. Satu lagi, BNP ni parti England dan orang Scottish memang anti sungguh dengan English.

Tegang gak lah dialog spontan tadi. Macam-macam dorang debatkan. Dari susur galur hinggalah ke makanan. Sampai aku tetiba je jadi fokus debat sekejap... huhuhu ye lah, sorang je orang Muslim Melayu pakai tudung kat tengah-tengah mat salleh ngan Pakistani kat situ. BNP kata tanah Britain adalah untuk orang British, berkulit putih saja. Kalau ikut dia, orang 'Britton'. Bisinglah budak kelas aku. Weh! Ini Scotland, bukan Britain! (Semangat keScottishan memang sangat tinggi kat sini). Bagi BNP, British cuma mereka yang punya DNA caucasian ni lah. Jadi pensyarah aku bidas, orang asal tanah 'Britton' ni orang Roman. Kau orang Roman ke? Tak pun Greek?

Soalan seterusnya, kau makan tikka masala tak? Orang BNP jawab ya. Itulah produk UK yang dibawa dan ubah suai oleh imigran yang datang ke sini. Sekarang Fish and Chips pun dah jatuh nombor 2 kat UK. Tu diaa... dari DNA ke makanan, ke tempat percutian. Fuh macam-macam lagi debat kat tengah-tengah jalan tu. Dalam setengah jam kemudian barulah dua orang polis naik basikal datang tanya apa masalah. Masa tu dah tegang gaklah. Budak budak dah jerit 'BNP off the streets!", "BNP nazis!"

Tak lama lepas tu geng si Bryan plak datang. Bryan ni orang kuat Strathclyde Uni Stop the War err.. Presiden kan akuatik? hehehe. Budak budak StW memang tahu, dia ni pantang dapat loudhailer suka jadi peniup semangat kat 'pejuang-pejuang', tapi tadi walaupun tanpa alat bantuan jerit ni, suara dia dah memang kuat. Apa lagi terus jer dia jerit "BNP you're a scum!" huhuhu terus kena heret ngan polis ke tepi sebab perkataan 'scum' tu dah kira perkauman. Budak-budak StW dah terus kerumun polis pulak, debat kat situ, dengan pensyarah aku sekali. Tengah polis dok ralit berdebat, sorang budak ni datang tarik tangan Bryan. Dah dia balik kerumun si wakil BNP ni balik. Dia kata dia peduli apa kalau kena tangkap polis ke, kena tahan ke dia terus jerit balik kat wakil BNP ni "BNP you're a scum!" Perkh! Kuat betul semangat si Bryan ni hehehe... lepas tu apa lagi dia lecture pakcik wakil BNP tu. tak lama lepas tu wakil BNP pun minta diri... sebab dah kalah hahahaha

Best betul tadi. Berdebat secara gentleman, Scottish style. Masih lagi tunjuk sopan, panggil sir kat orang tu, walaupun pensyarah aku kata dia tak suka guna perkataan sir tu. Kedua, pensyarah aku dengan suka citanya batal kelas dan bawak anak-anak murid join dia untuk tunjuk protes kat BNP. Dan dengan gembira jadi kepala protes kat situ. Ke tiga polis pun sopan gak. Kebebasan bersuara dibenarkan. Jadi, tak adalah nak takut-takutkan dengan nak pukul guna cota ke, sembur air ke atau gas pemedih mata. Semuanya secara aman jer walaupun provokasi datangnya dari kami kekekeke.

Ok, nanti aku tepek gambar dan video sikit yang aku ambil tadi. Tapi macam biasalah kualitinya sangat kurang sebab guna kamera fon aje dan asyik kena tolak ke belakang jer huhuhu.

Saturday, March 21, 2009

Tawan-tawan

Arch cerita semalam, dalam dua minggu lagi dia kena pergi mengadap polis bagi keterangan. Aku ingat kes besar ke apa ke, rupanya kes dia pukul bontot anak dia. Heh? Apa kes? Pukul bontot kat tempat awam. Aku dok garu kepala. Tanya dia teruk ke dia pukul anak dia sampai jadi kes polis macam ni? Jadi Arch pun ceritalah...

Pada suatu hari, (hehehe) dia dengan anak dia lelaki dia, umur aku lupa nak tanya.. dalam 13 ke 14 gitulah pergi ke kedai. Arch kata anak dia tu cheeky a.k.a nakal masa kat kedai tu, jadi Arch pukul lah bontot anak dia sebagai reprimand atau ingatanlah kat anak dia supaya tak nakal. Alih-alih dalam beberapa hari lepas tu dua orang pegawai polis datang ke rumah nak siasat pasal kejadian dia pukul bontot anak dia tu.

Aku pun tanyalah siapa yang buat aduan tu? Anak dia ke yang mengadu? Arch kata mungkin orang kat kedai tu yang buat aduan polis. Kat sini untuk kes-kes macam ni memang boleh buat aduan tanpa perlu beri butir-butir peribadi. Kira macam 'baling batu sembunyi tangan' lah gitu hehehe. Tu yang pegawai polis tu bagi tarikh untuk Arch pergi mengadap dan bagi alasan kenapa dia pukul anak dia.

Aku yang dengar cerita Arch ni pulak yang rasa bengang. Apa ke hal? Nak disiplinkan anak pun tak boleh ke? Dah tu kalau mak bapak sendiri yang tak disiplinkan anak, siapa lagi yang boleh? Tu yang aku menyampah kalau tengok mak-mak, pak-pak yang biarkan anak-anak dorang buat havoc kat supermarket. Rosakkan barang suka-suka hati aje. Mak bapak sikit pun tak larang. Kononnya kalau larang tu macam kita halang pembangunan minda/kreativiti budak-budak tu. Tak pun dikatakan kolot dan kalau pukul-pukul tu katanya corporal punishment lah pulak. Kira biarlah budak-budak ni berkembang sikap suka memunah barang kot. Tu sebab ramai budak-budak kat sini tak ada kesedaran sivik langsung. Kalau dibiarkan terus maknanya generasi dorang ni yang bakal jadi mak bapak, akan jadi mak bapak yang 'ganas' violent, jadi anak-anak dorang jadi generasi apa pulak? Hancurlah tamadun dorang kekeke.

Dorang ni percayalah kalau nak marah anak-anak cukuplah gunakan psaikologi aje. Yelah tu. Kalau budak umur tiga empat tahun, dorang ni faham ke kalau kena leter? Tahu ke yang mana betul yang mana salah? Dalam situasi tertentu kenalah bertegas. No means no and if you do it, you'll get a smack. Tapi idaklah sampai merah lebam-lebam, yang itu bolehlah mendera. Pernah dulu duluuuuu aku satu bas dengan satu mak cina yang tengah marah anak dia. Kira suara kuat gila sampai satu bas tu memang suara dia ajelah dok marahkan anak lelaki dia. Budak tu dalam 9 ke 10 tahun gitulah. Entah apa yang dia marah sangat, aku pun tak berapa nak ingat. Tapi kira kalau aku jadi budak tu mau trauma seumur hidup. Bayangkanlah kena herdik dalam bas awam macam tu. Implikasinya samada budak tu boleh trauma, masalah psaiko atau akan membesar jadi orang yang blur. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Yang aku ingat ada satu makcik ni tegur, "nyonya jangan marah itu macam kat anak," dan nyonya tu jawab "dia degil bla bla bla" aku tak ingat.

Berbalik pada Arch. Dia ni bukan lelaki yang tak sayang anak. Dua-dua anak dia belajar kat sekolah persendirian. Bayangkanlah berapa ribu nak bayar setahun? Isteri dia akauntan dan dia macam aku jugak.. pelajar terlebih matang yang baru nak habiskan degree. Arch kata dia rancang nak buat postgrad bila dah habis ni. Jadi, kira dia bukanlah orang-orang NED (non-educated deliquent) yang siang malam pakai tracksuit sambil pegang air Yazoo! Tapi tulah, orang macam ni pulak yang disusahkan hidup mereka.

Dapat budak yang pandai manipulate pulak macamana? Tu ada seorang kat rumah tu.. namanya Afifah Aribah. Tiga tahunlah! Terlebih manja. Bila dah buat salah, pandailah memujuk emaknya.. kiss kiss lah, peluk-peluklah. Bapak pulak tak suka dengar anak menangis menjerit, alasan? Takut hilang suara, jadi bisu.. tu diaaa.... naik lemak lagi budak tu hahahaha. Cuma dengan aku ajelah tak boleh nak main-main sangat. Aku garang (huh! Ye ke?) kekekeke.

Wednesday, March 18, 2009

Bahasa lagi

Asalnya malas nak bercerita pasal bahasa ini, tapi bila aku ulang baca sms yang anak buah aku hantar, isu ini sebenarnya sangat dalam dan bukan tertumpu pada ppsm saja.

cth:
Apit cti ari ni... skg ni kt mlake sntrl, anta kwn blek... die td0 uma mlm td. Nyaie anta g cni.. di0rg kuar g bank jap... Ari ni tep0n le uma.. nyaie nk ckap.

Berpinar mata aku membacanya. Salah satu pemerkosaan bahasa Melayu. Ya, aku tahu tu bahasa sms, tapi bayangkan kalau budak-budak sekarang ni bahasa Melayu pun tak boleh nak mahir, kenapa pula nak diajar bahasa asing untuk matapelajaran utama; Sains dan Matematik? Aku risau kalau bahasa sms ini jadi bahasa pasar untuk generasi akan datang, apa jadi dengan bahasa Melayu? Ejaan? Dan juga sebutan? Sudahlah sekarang ni kalau anak buah aku cakap pun aku tak faham biji butirnya, semuanya senada saja, tak ada koma, tak ada noktah. Macam Farah Fauzana. Aku cukup tak suka dengar dia bercakap. Macamana jadi DJ, sedangkan sebutan pun tak jelas dan tak ada nada? Menjerit-jerit adalah.

Okey, pasal bahasa Inggeris pula. Memang betul belajar bahasa asing selain dari bahasa ibunda sendiri sangat penting. Malah budak-budak yang tahu dua bahasa biasanya lebih pintar dan kreatif dari mereka yang hanya tahu satu bahasa saja (now stop and think here!). Tapi, kenapa tak dibuat kajian dulu sebelum laksanakan polisi ni? Apa bukti yang mengatakan budak-budak tak pandai Sains dan Matematik ni sebab subjek ini diajar dalam bahasa Melayu sedangkan terminologi dalam bahasa Inggeris? Apa statistik? Bukankah terminologi dalam sains dan matematik tu kebanyakanya dalam latin? Kenapa tak diajar bahasa Latin? Sebab Bahasa Inggeris tu lingua franca dunia? Kalau ikut sejarah, Bahasa Melayu pun lingua franca dunia abad ke 14. Malah dalam masa beberapa dekad lagi mungkin juga bahasa inggeris sudah bukan bahasa perantaraan dunia, mungkin juga Mandarin.

Aku memang tak boleh terima alasan kerajaan ni. Sudahlah subjek matematik dengan sains tu bagi ramai orang termasuk aku, sangatlah susahnya tapi menukar bahasa itu bukan satu penyelesaian. Mungkin kita harus tengok aspek yang lain juga. Mungkin juga kedua-dua subjek ini sangat membosankan. Jadi, kenalah cari cara lain nak buatkan subjek ni menarik. Beri kebebasan pada cikgu-cikgu untuk jadikan subjek ini menarik. Aku tak tahulah, zaman masa aku sekolah rendah, subjek Sains sangat-sangat menarik sebab kami sentiasa belajar di luar kelas. Kadang-kadang bawah pokok lagi, tapi bila naik sekolah menengah, pelajaran cuma tertumpu dalam kelas. Padahal aku pun pelajar aliran sains cuma aku rasa bosan yang amat-amat. Walaupun dapat buat eksperimen tapi aku rasa tak boleh nak diadaptasikan pada benda yang hari-hari kita buat. Apatah lagi matematik dan matematik tambahan.. huhuhu.. mengantuk sokmo.

Sekolah rendah aku dulu bekas sekolah aliran Inggeris jadi cikgu-cikgu memang tekankan bahasa Inggeris. Kawan-kawan pun kira berbilang bangsa jugalah. Setiap dua minggu mesti ada 'English Week'. Masa tu lah kita dengar nak ke toilet sebab nak 'throw small/big water' tapi cikgu-cikgu tak marah, malah mereka betulkan yang mana salah. Darjah lima dan enam sudah kena buat 'summary' atau kadang-kadang cikgu besar masuk kelas mengajar bahasa inggeris. Masa tulah dia akan suruh kami buat latihan 'dictation' untuk kuatkan lagi penguasaan ejaan. 'Spelling Bee' pula hampir setiap pelajaran Bahasa Inggeris. Kuiz pun tak payah cakaplah. Memang nampak sangat sekolah tu kuatkan penguasaan Bahasa Inggeris tapi ia dilakukan di tempat yang sepatutnya, ketika matapelajaran Bahasa Inggeris diajar, bukan menceroboh matapelajaran yang lain.

Aku rasa kalau kita tukar cara mengajar dan beri kebebasan pada cikgu untuk guna kreativiti masing-masing untuk mengajar dengan lebih efektif lagi, akan datang kita bukan setakat ada seorang aje pelajar yang boleh capai 50A1, kita akan ada 1,000 pelajar yang boleh capai 100A1 dalam SPM.

Saturday, March 07, 2009

Ada...

Aku ada. Tak mogok. Cuma memang tak mahu kemaskini blog. Aku rasa bersalah aje kalau menulis kat blog tapi esei aku yang berlambak-lambak tu tak habis lagi. Bukan setakat esei, portfolio nak kena buat, belum lagi kena tulis untuk play (salah satu assignment). Dengan cuaca yang sekejap hangat sekejap sejuk, jadikan kesihatan pun sekejap elok sekejap tak berapa nak elok. Belum lagi emosi yang tunggang langgang. Fuh! Cabaran sungguh.

Keadaan bertambah tunggang langgang bila kami terima jiran baru. Jiran rumah atas. Setiap malam minggu dorang akan berparti. Sampai bergegar-gegar rumah. Pintu bilik aku macam kena goncang. Bayangkanlah hebat tak hebatnya dorang berparti. Pasang lagu sekuat-kuat hati, menari, berjoget, beronggeng sampai pagi. Malam tadi memang sangat sangat hebat antara yang terhebat. Aku ngan CikMimi melawat sahabat yang baru kematian anak. Sampai rumah dalam pukul 12.30am. Sudahlah keletihan sebab seharian suntuk masing-masing di universiti, lepas maghrib pula ke rumah sahabat ni sampai la tengah malam. Lepas tu pi Asda pulak beli barang untuk sedekah makan-makan dan kenduri sikit. Sampai rumah, tengok rumah atas dah mula berparti.

Aku langsung tak boleh tidur. Sekejap sekejap terjaga. Bukan setakat menari dan mabuk, sampai gaduh-gaduh dan baling-baling botol arak ke bawah. Lepas tu pulak berlari-lari naik turun tangga. Bising sungguh. Bukan tak boleh telefon polis tapi risau juga kalau telefon, diaorang mesti suspect kami yang telefon polis sebab kitaorang memang betul-betul bawah rumah dorang. Dahlah orang asing kat bumi asing, kang depa retaliate kang sapa pulaklah nak tolong kitaorang. Harap jiran lain aje yang telefon polis.

Kalau ikut 'peraturan' kat sini, tak boleh berparti pukul 10pm ke atas, tapi orang atas ni dah gila agaknya. CikMimi kata bila dia mengintai kat pintu dia tengok budak-budak muda sangat macam budak sekolah menengah. Kecik-kecik dah mabuk! Bila jam aku 'melalak' pukul 5.30am, rumah atas masih lagi bising. Lepas aku solat subuh tu aku dengar orang turun ke bawah. Aku ngintailah, fuh! 2 orang polis tengah seret sorang budak perempuan ni. Bising menjerit-jerit. Aku tak tahulah siapa yang telefon polis, entah-entah diorang jugak kot sebab nak suruh budak perempuan ni balik. Tapi peninglah kepala aku satu hari. Badan sakit, kepala pun sakit sebab tak cukup tidur. Akhirnya aku terpaksa ponteng kerja dan tidur dari pukul tengahari sampai pukul 3pm. Aku rasa rugi sangat masa aku satu hari sebab dorang.
***
Aku kehilangan seorang ayah, dan dia kehilangan seorang anak. Sungguh beruntung aku dapat mengenali dan menyayangi ayahanda dan beruntung pula Amir Yusuf dipilih Allah menjadi penghuni Syurga. Pedih untuk menerima satu kenyataan tapi sesungguhnya, aku melihat kebesaran Allah dan belajar memahami keadilanNya dalam mengaturkan hidup kita.

Thursday, February 05, 2009

Jajahan.

Alhamdulillah aku dah selamat kembali ke bumi Glasgow. Pada sahabat semua yang menghulurkan simpati, aku ucapkan selaut terima kasih. Pada kawan-kawan di Malaysia yang cuba gembirakan aku, juga terima kasih aku ucapkan. Kalian sudah berjaya. OK nanti aku cerita pasal balik Malaysia. Sekarang aku cerita kisah lain dulu...

Malam tadi, aku tidur di dewan pendaftaran University of Strathclyde. Di suatu sudut. atas kain fleece, berselimut duvet, berkongsi tiga orang. Kedinginan. Kenapa? Sebab aku bertiga rakyat Malaysia bersama-sama dengan pelajar-pelajar tempatan di sini memprotes pihak universiti yang membeli air mineral dari syarikat Israel untuk kegunaan universiti. Protes ini dinamakan Occupying McCance Building, bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran universiti. Tu dia.... dengan jetlag yang tak hilang sepenuhnya, aku dah 'buat hal'.

Sebenarnya semalam, aku berlima rakyat Malaysia ni ikut berarak protes dengan anti war coalition untuk tunjuk sokongan kami kepada rakyat Palestine. Arakan bermula jam 2pm dalam renyai salji. Dari depan bangunan Union hingga ke bangunan McCance. Tak sangka pula terus diajak 'menjajah' dan menduduki dewan pendaftaran. Sudah alang-alang memprotes, biar teruskan aje. Aku tengok kawan-kawan di Glasgow ni bersemangat sungguh, walhal bukan satu agama dan juga satu bangsa, tapi atas dasar kemanusiaan dan bencikan kejahatan zionis, mereka bersatu padu dan melancarkan protes sebegini.

Protes dan 'penjajahan' di Strath uni ni, sebenarnya adalah yang ke 20 yang dibuat di sekitar UK. Hari ini, protes dan 'penjajahan' yang sama akan dibuat di Glasgow Uni dan Caledonian Uni. Sebelum ni ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Doakan saja kami berjaya ye.

Apa yang kami mahu sekarang, untuk mengusir keluar syarikat air Eden Springs dari uni, untuk pihak uni menghentikan kerjasama dalam penyelidikan senjata dengan pihak Israel dan memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar Palestine. Itu antara agenda utama kami. Yang selebihnya, mungkin boleh diusahakan untuk projek seterusnya. InsyaAllah aku akan muatnaik gambar, tapi buat masa ini aku minta kalian doakan usaha kami berjaya secepat mungkin. Ada kumpulan protes pelajar di sebuah universiti di London terpaksa tunggu 12 hari untuk berjaya, tanpa elektrik dan haba.

Baca di sini
http://strathclydeunioccupation.wordpress.com/
http://occupations.org.uk/?p=334

aku bersiaran dari dewan pendaftaran... dan computer nya sungguh tidak mahu 'berkawan' dengan aku. huhuhu

Tadi 05/02/09 kira-kira jam 12.50pm, kami sudah berjaya mendapatkan pihak universiti untuk bersetuju dengan kehendak kami.

1- Pihak universiti telah bersetuju dan komited untuk tidak meneruskan kontrak dengan Eden Springs. Walaupun tidak dapat memutuskan terus kontrak, pihak universiti berjanji tidak akan membuat pesanan baru untuk bekalan air mineral di universiti.

2- Memberi bantuan biasiswa kepada 1-3 pelajar dari Palestine.

3- berjanji untuk mengkaji kembali dana BAE System (Europe largest defence contractor) kepada Fakulti Kejuruteraan. Mulai sekarang, pihak uni akan lebih berhati-hati dan beretika dalam menerima dana di masa akan datang.

4- Membantu Islamic University of Gaza dalam bentuk kerjasama, penghantaran wang atau pertukaran pelajar.

5- Mengutuk tindakan BBC dan Sky yang tidak mahu menyiarkan/memberi publisiti dalam usaha untuk mendapatkan dana DEC untuk Palestine. Pihak Uni bersetuju untuk membantu mengwar-warkan dana untuk Palestine dalam laman sesawang universiti.




Perarakan membantah apa-apa perjanjian di antara University of Strathclyde dengan Israel. Kami membantah serangan ke atas Hamas dan mahu Palestine dikembalikan kepada rakyatnya yang berhak.


Polis berkawal di luar bangunan McCance.


Manakala di dalam pula kami sedang menjajah dan menduduki dewan pendaftaran Uni Strathclyde.


Pejuang-pejuang di luar memasang kanopi dalam keadaan salji yang masih lagi renyai-renyai. Kasihan mereka kesejukan. Bimbang dengan keadaan kami, mereka meminta derma untuk mendapatkan makanan untuk kami yang berada di dalam dewan.


'Pejuang-pejuang' Strathclyde University, dari pelbagai bangsa dan agama yang berjuang dengan tujuan yang satu. Without your persistence, solidarity and strong will, we may not achieve what we've achieved today. Thank you very much comrades!

Wednesday, January 21, 2009

Ode Buat Abah.

Mama Eda pesan, suruh saya nangis puas-puas dan jangan pendam. Tapi saya tak mampu nak nangis puas-puas walaupun air mata saya asyik mengalir saja tiap kali saya teringat arwah abah dan kesedihan mak. Berkali-kali saya pesan pada diri sendiri, saya cuma kehilangan abah, ibu-ibu di Palestine kehilangan suami, anak dan saudara-mara akibat kekejaman Zionis. Saya berjenaka dengan Juli, Em, Deal, Leyha dan KakSu. Saya dah masuk kelab mereka. Kelab anak yatim, kematian bapa. Lepas ini saya layak terima wang zakat bukan saja sebagai asnaf.

Saya tak pandai luahkan perasaan sebenarnya. Kak Zah telefon kata saya kuat. Saya tabah. Tidak sebenarnya. Sayalah orang yang punya selemah-lemah emosi. Saya tak pandai menzahirkan perasaan saya melalui perbuatan. Tapi mungkin dengan menulis, saya dapat luahkan sikit apa yang saya rasa...

Sejak saya diberitahu yang abah dimasukkan ke hospital, air mata asyik mengalir saja. Agaknya saya kuat minum air kot, macam banyak sangat bekalan air kat mata ni. Masa tu perasaan saya berselang seli antara risau dan mengharap. Risau keadaan abah akan bertambah kritikal dan mengharap yang abah akan sembuh.

Arwah abah memang seorang yang lemah lembut dan dia tak suka menyusahkan orang lain. Sifatnya yang lain, dia tak suka meminjam, Dari sekecil-kecil skru hinggalah membuat pinjaman wang. Apa yang dia perlu, dia akan beli sendiri. Hinggakan membeli rumah yang telah diwasiatkan atas nama saya pun, dia beli secara tunai. Jadi tak hairanlah pada hari dia jatuh sakit, dia sendiri yang meminta untuk dihantar ke Hospital Besar Melaka dan bukan ke Klinik Kerajaan di Ayer Keroh. Mungkin dia sudah rasa yang dia bakal menemui penciptaNya tak lama lagi. Memang itulah perangai abah. Kalau dia tidak betul-betul sakit, dia tidak akan mengaduh.

Sepanjang empat hari arwah di Cardiac Care Unit, maklah yang menjaganya. Siang malam mak bersama arwah. Membisikkan kalimah Allah, membacakan Yaasin dan membuat sunat hajat. Tahun 2009, ulangtahun ke 40 perkahwinan mak dan abah. Kakak, Afiq dan Aqil berselang seli menemankan mak di CCU. Saya pula hanya mampu membacakan surah Yaasin, tunaikan solat hajat dan berdoa meminta yang terbaik dari Allah.

Sekiranya Kau takdirkan dia sihat, sembuhkanlah dia dengan segera. Sekiranya Kau takdirkan ini ajalnya, permudahkan urusan dia menemuiMu. Aku redha.
Ini doa saya setiap kali usai solat Hajat sepanjang empat hari saya berteka-teki dengan Qada' dan Qadar Allah. Apa yang saya fikir, supaya abah tidak tersiksa. Itu yang saya tak sanggup nak tanggung. Saya tak mahu arwah kesakitan tiap kali aliran elektrik disalurkan untuk memaksa jantung mengepam darah. Saya tak mahu arwah abah merasa tak selesa dengan tiub yang dimasukkan ke dalam mulutnya, hidung dan mana-mana lagi rongga badannya. Saya cuma tak mahu abah sakit. Dan kalau ajalnya sudah tiba, biarlah sakaratul maut itu dipermudahkan untuk abah. Itu saja pinta saya pada Allah.

Kalau ikutkan hati saya memang nak terbang balik hari saya terima berita pertama yang abah dimasukkan ke CCU. Tapi, saya ada peperiksaan yang perlu saya selesaikan. Mak mahu saya habiskan periksa dulu. Hari yang sama juga saya terus tempah tiket kapalterbang. Tarikhnya satu hari selepas saya habiskan peperiksaan saya. Ulang-ulang saya beritahu kakak yang saya akan balik 21 ni. Saya pesan pada kakak suruh beritahu mak dan beritahu arwah. Mana tahu, kalau-kalau dia dengar yang saya hendak pulang, semangat dia akan naik dan dia dapat bertahan dan insyaAllah akan sembuh.

Hari Isnin jam 11.00 malam saya telefon mak, ulang lagi yang saya akan pulang. Barang-barang semua saya dah siapkan. Ole-ole untuk anak-anak saudara juga saya sudah saya masukkan dalam beg. Dua helai seluar arwah yang saya beli masa jualan murah tahun baru pun saya lipat elok-elok dan masukkan dalam beg. Harapan saya, sempat saya jumpa abah. Saya masukkan juga CD gambar-gambar pengembaraan saya di bumi Scotland untuk arwah sebab arwah suka mengembara. Dia suka tengok gambar-gambar yang saya rakam setiap kali saya pulang dari mengembara. Hajat saya memang untuk menggembirakan hati arwah.

Masa saya berbual dengan mak, saya dengar suara mak sebak tapi mak cuba yakinkan saya yang keadaan abah stabil cuma abah diserang demam panas. Ada pergerakan sikit. Berita mak tak buatkan saya lega sebenarnya sebab pengalaman saya bekerja di hospital, saya tahu selalunya pesakit yang nazak akan pulih seketika sebelum meninggal dunia. Tapi, saya tak mahu mak bimbang. Sekali lagi mak pesan untuk saya teruskan dengan peperiksaan saya. Antara mak dan saya, mak lebih kuat sebenarnya. Mak tahu keadaan arwah semakin tenat tapi mak kawal emosi supaya saya tak bimbang. Satu jam selepas saya telefon mak, jururawat arwah telefon minta ahli keluarga berada bersama kerana keadaan arwah abah semakin kritikal dan doktor sudah tidak mampu buat apa lagi. Yang tinggal hanya doa dan semangat arwah saja. Jam lapan empat puluh lima minit, arwah menemui penciptaNya.

Kakak sudah pesan supaya saya beri tumpuan pada peperiksaan dan tak telefon rumah sehingga peperiksaan saya selesai. Maaf, saya tak dapat tumpukan pada kertas. Fikiran saya cuma pada arwah abah. Selesai peperiksaan jam 12 tengahari, saya telefon dan ayat pertama dari kakak saya, "Kau sabar, ya."

Dalam hujan lebat dan suhu yang menjunam hingga 3C, kakak beritahu yang Allahyarham sudah selamat disemadikan selepas zuhur 23 Muharram 1430. Saya rasa masa tu hati saya turut beku. Saya nak masuk ke SUMSA, tapi pintunya masih berkunci. Mujur talian telefon tidak berapa baik, maka perbualan saya dengan kakak terputus. Tergantung. Buat seketika saya berdiri dalam hujan, bingung tak tahu nak ke mana, sedangkan saya sudah merancang untuk ke jabatan untuk menyerahkan surat memberitahu ketidakhadiran saya untuk dua minggu. Akhirnya saya putuskan untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang itu, baru saya rasa kehilangan yang sangat-sangat.

Saya memang sudah redha dengan ketentuan Allah. Dari Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali. Cuma saya agak terkilan, bukan sebab saya tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir sebab saya tahu dia sentiasa di hati saya. Saya terkilan kerana saya berhajat untuk mengajak dia ke sini dan bersama-sama duduk di bangku dengan emak untuk menyaksikan hari graduasi saya pada tahun 2010. Saya berhajat sangat hendak bawa dia jalan-jalan. Saya berhajat untuk membuat dia bangga dengan kejayaan saya. Hajat-hajat saya yang tak sampai inilah yang buatkan saya sedih sebenarnya.

Beberapa minggu sebelum dia meninggal, saya perasan yang arwah tiba-tiba agak manja dengan saya. Dia mengadu sesak nafas. Saya nasihatkan dia untuk ke doktor tapi dia kata dia cuma kena gastrik. Angin mungkin. Dia beritahu yang dia sekarang suka berjalan-jalan di waktu pagi untuk mengeluarkan peluh. Atas saranan saya, sudah mula kurangkan minuman kopi, teh dan susu. Sudah makan banyak buah dan sayur-sayuran. Memang arwah kedengaran gembira bercerita. Tidak lama selepas itu, arwah bertanya pada mak, bila saya hendak balik. Mak jawab, "Lambat lagi bah, 2010."

Saya mungkin sudah berusia 34 tahun, tapi dengan abah, saya masih lagi anak kecilnya. Saya memang manja dengan arwah. Sangat. Sesuai dengan namanya - bapa penyayang, arwah memang sangat penyayang dengan anak-anak.

Sejak tengahari usai memberi berita terbaru kepada rakan-rakan dan keluarga di sini, bertimpa-timpa ucapan takziah masuk ke peti masuk telefon bimbit. Keluarga di sini menganjurkan solat ghaib dan bacaan yaasin. Ustazah pula cuba hendak motivasikan saya, tapi Alhamdulillah, saya sedar dan saya redha. Ucapan takziah masih meluru masuk ke peti. Saya baca, jawab dan padam semuanya.

Tinggal satu yang saya masih belum dapat tekan butang padam.

Mesej dari kakak pada 17 Jan 2009 09:15
2nd thought elok gak kot ko blek sbb bru teringat abah ada tnya mak bila ko nak blek...

Mungkin saya akan biarkan dulu mesej ni sampai saya rasa kuat untuk tekan butang padam. Mungkin juga saya akan padam bila saya jumpa mak, peluk dan menangis puas-puas atas bahunya. Atau mungkin juga saya akan biar mesej ini sampai bila-bila untuk ingatkan saya supaya tidak lupa doakan kesejahteraan abah di sana. InsyaAllah saya akan sentiasa doakan abah.









Tuesday, January 20, 2009

Thank You

Terima kasih pada semua yang mendoakan ayahanda saya.

Allahyarham telah pulang ke rahmatullah pada 20 Jan 2009 bersamaan Hari Selasa 23 muharram 1430

Semoga Allah cucuri rahmat atas roh ayahanda saya.

Semoga Allah kuatkan semangat kami semua.

Haji Abu Khair bin Haji Sukor
26/05/1940 - 20/01/2009

Semoga abah tenang-tenang di sana.

p/s I just miss him so much.

Saturday, January 17, 2009

I PRAY...



I PRAY HARD



FOR YOU














AND ESPECIALLY FOR YOU













BECAUSE YOU ARE VERY SPECIAL TO ME......


I'm coming home.

Monday, January 12, 2009

Mim Alif Lam Sin

Memang dah lama tak tengok blog orang apatah lagi update blog sendiri. Memang tak ada ghairah langsung dah nak menulis blog. Entahlah kot, mungkin sebab masih lagi di awal tahun. Selalunya macam tu lah. Kalau awal tahun mood memang sewel sikit, nanti bila dah masuk bulan 3 dan seterusnya baru ok kot.

Kalau sesiapa nampak aku sekarang mesti ingat aku ni relaks aje, macam tak ada benda nak buat. Nampak aku merewang sana sini. Sat-sat pi bandar lah sat-sat pi shopping centre-lah. Hehehe. Sebenarnya aku banyak sangat kerja la ni.

  • Aku ada exam 20hb ni. Satu subjek aje. Tapi tak baca buku lagi. Sebab. Aku baca jurnal jer hehehe. Buku semua dah habis orang pinjam (baca: tu la lambat sangat nak mentelaah) (baca2: baca awal takut lupa) (baca3: malas) hahahaha.
  • Aku janji nak siapkan buku aku sebelum 2 Febuari. Tapi la ni tak siap-siap lagi. Macam kain perca, bak kata mak aku. Tampal sana, tampal sini huhuhuhu.
  • Terjemahan buku sekuel Terowong pun tak sentuh lagi. Banyak lagi nak dihabiskan.

Jadi amacam?

Meh tengok TV lah. Walaupun TV boleh buat aku rasa depressed tapi banyak gaklah ilmu yang boleh dapat dari program TV ni hehe

  1. Who's Got God's Millions? - Aku tengok dah lama. Akhir tahun lepas. Hostnya Robert Llewellyn seorang Atheist. Dia nak cari dalam banyak-banyak agama di dunia ni, agama mana yang paling kaya sekali. Dia pilih empat agama monotheistic yang paling popular di dunia. Dari Canterbury Cathedral, dia pergi ke Vatican City dan Israel sebab nak kira berapa banyak duit dan aset yang Anglican Commune, Katholik, Judaism dan Islam ada. Rupa-rupanya antara 4 agama ni, yang paling kaya adalah Islam.. erk! Aku dah lupa berapa banyak yang ada. Tak silap aku ranking ke dua Katholik, ke 3 Anglican Church dan last sekali Judaism kot.. tapi kira bukan Judaism la yang pertama. Surprise gak. Tapi tak leh pakai kot sebab si Llewellyn tak dapat nak cari confirmation berapa banyak aset yang di uruskan oleh keempat-empat agama ni. Aku bagi ** je kat doku ni.
  2. Islam and Science - Tengok dengan Mimi hari tu. Hostnya profesor Jim Al-Khalili. Nak baca seterusnya pi ke blog mimi atau ke blog cik akuatik ye. Menarik gak dokumentari ni. Prof Jim ni mak dia British, pak dia Iraqi. Apa kata Kementerian Pendidikan review balik silibus ke, jenis buku yang diajar kat sekolah, terutama tentang sejarah dunia ni. Sekurang-kurangnya pelajar-pelajar muda kita lebih kenal Ibn Sina, Ibn Batutah, Ibn Khaldun selain dari Hippocrates, Christopher Columbus atau Karl Marx. Aku bagi ***
  3. Jesus is Jew - Yang ni aku tengok semalam. Woah yang ni aku lupa siapa host dia. Sebab dok ralit menyembang jer semalam. Tapi dipendekkan cerita, host dia memang seorang non-practising Jew. Dia ada gak cerita kenapa Yahudi tak terima ajaran Christ. Macam kelahiran Rasulullah juga, mereka percaya akan datang seorang yang akan menyelamatkan mereka i.e the savior and the warrior. Tapi apabila Jesus lahir (macam dalam Nativity) di Bethlehem tu, Jesus bukanlah seorang seperti yang dorang harapkan. Depa kata Jesus bergelumang dengan gelandangan dan pelacur. Jadi macamana nak jadi penyelamat? Jadi mereka kembali kepada The Old Testament (Torah). Sejarah lagi, Jesus dilahirkan pada zaman pemerintahan Rome dan orang Rome tak suka Jews dan agamanya maka mereka dikatakan kelas bawahan aje. Lepas Jesus mati, mulalah keluar gospel sana sini yang menyesatkan. Penipu besar si Paul, tapi raja Rome bagi muka kat Paul maka berkembanglah agama ni. Seterusnya orang Yahudi memang tak ada tempat kat dunia ni. Orang Kristian memang benci orang Jews. Kira orang Yahudi memang disiksa dengan orang Kristian lah. Gitu. Aku bagi *** juga.
Dah habis cerita. TAMAT dah....

Tuesday, January 06, 2009

9th of Muharram

  • Hari ni 9th Muharram - Hari jadi aku ikut kalendar Islam.
  • Esok 10th of Muharram. Hari ke sepuluh dalam bulan Muharram - Hari Ashura'. Hari orang Yahudi puasa juga. Jadi kalau kita puasa hari 10 Muharram saja, kita jadilah macam orang Yahudi hahahaha.. Sebaik-baiknya puasalah 9,10 dan 11hb Muharram. Kalau nak puasa penuh bulan Muharram ni pun bagus gak kan. Macam tu lah pesanan ayahanda.
  • Semalam dengar protes anti-zionist di George Square. Setakat dengar ajelah. Cuma kagum gaklah dengan Scottish ni. Lebih Muslim dari Muslim. Berkobar-kobar semangat dia bercakap guna lound hailer dalam cuaca sub-zero kat Glasgow semalam. Pulak tu dekat dengan lokasi Winter Festival. Bisingla sikit. Bantahan dibuat secara aman di bawah pemerhatian dua abang polisi yang berdiri kat tepi aje. Tang ni aku suka sangat kat UK. Kebebasan bersuara atau berkumpul boleh dibuat tanpa campurtangan polisi.
  • Sangat sejuk. Sangat-sangat sejuk. Minggu ni suhu junam terus. Paling rendah -9C pagi semalam. Jalan licin. Tak ada salji kat Glasgow. Tapi jalan licin sebab sleet. Silalah hati-hati di jalan raya.
Oh, oh. Hari Ahad hari tu NGO untuk Palestine buat demo kat sekitar Glasgow. Salah satu lokasi kat depan kedai buku Borders di Jalan Buchanan. Menarik juga. Tapi macam biasalah kan, kalau protes hari minggu tu aku tak pergi tengok sebab kerja. Dapat tahu pun dah agak lewat gak. Kawan aku yang pi tengok protes tu kata, dalam ramai-ramai orang yang lalu dan singgah tengok, dia tak nampak pun sorang rakyat Malaysia.

Dia pun pelik gak laa... sebab info pasal protes tu diwar-war dan disebar-sebar kat yahoo group rakyat Malaysia kat sini, tapi dia tak nampak pulak orang Asia sama-sama kat protes tu. Ya lah, dah di war-warkan, jadi dia ingat macam ramai jer berminat nak turut serta, tak pun jadi pemerhati ke.

Dia kata, dia rasa adalah dalam 200 orang Melayu kat Glasgow ni, tapi satu batang hidung pun dia tak nampak pergi ke situ. Tak kiralah PhD ke, Masters ke. Undergrad pun tak ada. Yalah, dalam hati aku kata cuaca pun sejuk sangat, takkan nak keluar. Lagipun dari dok beku kat situ, lebih baik shopping kat Marks ke, carboot ke, beli pinggan mangkuk ke.