Aktiviti satu hari
Kolam ini letaknya tak jauh dari hospital aku bekerja. Memang jadi tempat lepak burung yang migrasi dan juga dari spesis yang jadi penghuni tetap di sini. Adalah sekawan 'swan' (angsa?) yang jadi daya penarik di sini. Kolam ni biasanya sunyi saja tapi bila masuk musim bunga dan musim panas, ramailah orang datang sini sambil bawa anjing jalan-jalan.
Aku pun jarang berjalan sekitar kolam ni sebab waktu musim sejuk ni sunyi dan matahari turun awal. Lebih-lebih lagi tanah Scotland ni memang berkat, selalu saja hujan. Bahaya nak jalan-jalan di kolam waktu petang seorang diri. Tapi, yang seronoknya, bila kita melihat gelagat haiwan (burung dan angsa [swan]) hati rasa tenang dan kelakar pun ada. Tu yang sekor tu kembangkan kepak dia dari sejak aku tiba sampailah aku nak balik. Entah dia marah entah dia nak mengurat hehehe.
Aku ke hospital sebenarnya nak buat kad ID yang baru tapi pakcik yang bertugas buat kad tak adalah pulak, terpaksalah patah balik. Tapi sudah beritahu pakcik 'guard' kat Beatson, dia kata tak apa, nanti dia simpankan 'spare temporary ID' khas untuk aku. Hehehe.. baik pakcik ni. Boleh buat kawan. Dari hospital, aku dan CikSue terus ke 'city centre' sebab CikSue teringin nak makan ikan trout dan salmon (dia memang suka sangat dengan Salmon).
Aku beli kasut ni malam kelmarin untuk ayahanda aku. Dah molek rasanya pilihan aku ni. Harga pun tak adalah mahal sangat (erk! Sebenarnya mahal! - syyyy... Along kau jangan beritahu mak ngan abah hahahaha). Tapi, rasanya berbaloilah beli. Yang aku suka sebab ia ada lobang-lobang untuk angin hehehe. Aku tengok pun macam selesa sangat. Belek sana-belek sini memang macam ok jer.
Sampai rumah cik Mimi pula belek.
"Ish kak, macam kulit babs jer ni."
Aku belek pula.
"Cis! Tak perasan!"
Jadi semalam, aku pergi ke kedai kasut tu lagi dan pulangkan. Cari bentuk yang lain pula. Kali ni aku bawak betul-betul bawah lampu putih dan perhatikan betul-betul.
Moral of the story - Jangan beli kasut waktu malam dan pi lah 'check your eyes sight' - Yep semalam juga aku pi buat 'test' mata. Eyesight tak terlalu bermasalah tapi astigmatism aku agak teruk juga rupanya.
Yang bestnya - aku sudah dapat dua pasang kasut dengan harga sepasang. 'Buy one get one free'. Hahahaha. Ya ya.. aku sudah belek betul-betul dari luar sampai dalam dan pastikan tak ada kulit babsi yang digunakan. So dapatlah ayahanda sepasang kasut dan dua anak buah aku pun bakal terima kasut mereka hehehe.
Petang semalam aku sudah menghantar kasut-kasut tu ke rumah sahabat aku yang dah nak pulang bulan depan. Seronok juga dapat berbual dengan sahabat ni, dan rupanya kami memang banyak persamaan. Dari soal remeh temeh hingga soal yang agak berat. Tak sangka sungguh! Dan malam tadi juga aku sudah berjalan kaki pulang dari rumah beliau.
Sampai rumah - pengsan!
Update : 2 contoh rupanya kulit babi yang biasa diguna pakai untuk jaket (kulit) dan kasut. Biasanya kulit babi digunakan sebab ia lebih lembut dan murah. Jadi, hati-hati ketika membeli kasut yang selesa dan agak murah harganya. Tiga titik seragam kedudukannya. Titik segitiga atau 'triangle dots'.
22 comments:
Salam...
Cute!!! Jadi x lama lagi dapatlah mereka kasut baru ye(G). Antara brand kasut yg saya suka. Wpun agak mahal, yg penting tahan lama. Yg susahnya bila yg dah berkenan tu kekdg x der warna hitam (mujur kasut utk bersukan pun dah ada mcm2 warna terutamanya hitam). Barangan kulit mmglah best, cuma kena berhati2.
Teringat masa kecik2, bila gi berkelah, abg2 & kakak2 ipar x sanggup nak jaga saya sbb kata mereka, saya kalau dah jumpa air mcm anak itik, tak nak naik, hahaha:-)
Berjalan - senaman yg paling murah & mudah.B-)
err.. apa tak tangkap je angsa tuh... buat lauk.. ekeke...
owhh patutla tak nampak batang idung semalam.pagi ni pon tak sempat tengok muka...ehehehe
hari sabtu=tidoooooooo
Bukkkk, kongsilah, cara nak tengok kulit tu kulit babi ke tak?
salam
neen
Brand ni kira masih lagi dalam kategori mampu. Kebetulan pula ada promosi, terus capai.
Hahaha.. air - love hate relationship. reason - flammable otitis (sakit telinga).
Memang suka berjalan.
Pa'chik
betul ke swan tu angsa? Aku kompius la namanya dalam bahasa melayu. Anyway, tak leh tangkap lagilah sembelih, mau kena tangkap dengan pencinta haiwan hahaha
mimi
hehehe.. seharian berjalan ke sana sini. Penat laaa. Esei tak buat lagi hooooooo
Hari Sabtu - Kerja!
ecnhek azhar
OK. Tengok kat kulit tu ada tanda dot tiga bersusun piramid. Tak kiralah piramid baring ke piramid terbalik. Titik tu mesti bertiga-tiga. Hati-hati membeli kasut ye. Kadang2 kena belek sampai dalam2 sebab jarang kulit ni diletak di bahagian luar.
Salam..
Berjalan tu mmg bagus, kat pejabat ni, selalu gak jadi mangsa (sebenarnya suka, ada alasan turun naik tangga) bila part angin nak mkn ptg, ambil mknan kat kantin. Nak berjalan dr rumah ke pejabat pun blh sebenarnya cuma keadaan sekrg mcm tak selamat jer. Ada kwn sejabatan, nyaris2 kena ragut sewaktu balik dr pasar yg bersebelahan dgn pejabat kita org ni.
Ni lak ada lagi kes budak hilang, yg kes Adik Sharlinie tu tak jumpa2 lagi.
Alhamdulilah Raja Muda Perak dah dpt zuriat baby boy.
Khairyn,
macammana nak check kasut tu tak guna kulit babi? memang susah lah nak beli kasut kat sini, sebab diaorang tak label. kat Malaysia senang. explain sikit ok tak?
salam ryn
la kasut kulit babs ke..
anak aku danial siap ajar kawan scottish dia, perkataan bab/ [bhs melayu] dan kegunaannya...
aku habis 30 pound semalam kat the forge retail park, beli jersi ragbi untuk 6 org adik lelaki aku.
neen
kalau dulu dapat assignment sekitar KL city centre memang jarang memandu. Sama ada naik bas atau naik LRT/tren/monorel. Dapat 'jalan' :)
Sudah tengok berita raja muda perak dapat putera.
Kes budak hilang, tak tahulah nak kata apa lagi.
Wawa
Dulu bila beli kasut tu siap tanya sales assistant pasal jenis kulit, err dia pun tak tahu. Petua ni memang dah diamalkan sejak di Mesia lagi, triangle dots. Tapi kat Mesia pun sekarang dah banyak kasut yang menggunakan kulit babi. Berhati-hatilah. Kita selalu take things for granted.
Beth
ha'ah aku tak perasan sungguh sebab membeli waktu malam dan biasala lampu2 kat sini, kuning2 belaka. Nasib baik mimi perasan dan untung kat rumah dah sedia sabun samak. Aku dah tukar.
Jersi menda kau beli? Gers ke Celtic hehe. Aku tak minat EPL so jersi dari England tidak dibenarkan mengenai kulit. Geli! hahaha
err... rugilah buat dari kulit babi, tengok kasutnya lawa juga :)
Abis tu, lepas belek2, kena cuci tangan ngan air tanah la ye..??
cantik laaa kasut tu... clarks plak tu... sana clarks murah tak banding kat malaysia?
loh!
cantik kasut tu.. tapi sayang dari kulit babi la plak.. seb baik perasan.. ;)
ntah.. kalau leher panjang, kaler putih.. aku panggil angsa je.. ekekek...
Isk! Kalau di Malaya ini bolehlah berhati-hati sikit sebab ada tag 'pig lining!'...
Aku hari itu beli kasut juga, beli sebelah dapat sebelah 'free'. Hehehe!
mudin
tu laa.. dah tertarik dengan rekaannya tapi sayang sungguh kulit babi!! :(
indera
hahahaha.. tu kira langkah berhati-hati. Lagipun sabun samak tu dah ada kat rumah.. guna jer la hahahaha
sas
kalau tak convert kira affordable gak ler tapi kalau tukar tu memang agak mahal juga. Yang best beli bila time ada sale. Dapatlah offer beli sepasang dapat sepasang percuma. :)
king
ya!
achik
cik mimi yang perasan. Mataku dah kelabu, tak perasan sungguh. Yang best, boleh ditukar :)
pa'chik
angsa ek? ok la angsa
purp
tak semua kedai kasut depa letak tanda pig lining tu. Still kena hati2 especially kasut yang selesa dan murah. Buatan China.
Beli sebelah percuma sebelah? Kalau orang kudung kaki sebelah rugilah beli ek? :)
kasut mahal pun ada gak pakai kulit babi ni, kasut yg khas untuk refleksologi kaki banyak pakai menatang ni...kedai kasut apa yang sebelah john lewis tu, kasut-kasut dia banyak untuk stress relief ke apa dia cakap, sebab sifat menatang ni yang lembut. nasib baik aku tak beli hari tu, 2-3 kali gi compare harga, sekali tak beli juga.
aku teringat bermuda triangle dengan mata segitiga kat US note
Salam...
rasanya tanda tiga segi ni pun ada pada kulit mereka yg memakan dagingnya.
Huhuhu..
Saya pernah terbeli kasut babs dan dah guna dengan jayanya kasut babs ni..
Tapi last2 saya buang jugak bila dah terperasan kasut tu dr kulit babs..
dah la kasut tu besh..
huwaaaa!!!
akuatik
err jenama reiker tu memang guna kulit babi kan? Mahal gak ek. Satu lagi kalau kasut yg advised by chiropodist pun nak kena hati-hati gak.
izinni
err tiga dots ->segitiga ->babi ->yahudi hehehehe
neen
nak kata ada segitiga dots kat kulit pemakannya tak tahulah tapi memang ada dots. :)
akira
haiyak! Sekarang ni memang kena tengok betul2 jenis kulit yang digunakan. Kadang2 penjual pun tak kenal macamana bentuk kulit babi ni. Ish
Post a Comment