Tuesday, November 06, 2007

amacam?


Aku terasa macam nak 'rave and rant' (Sas, pinjam sat naa) sebab la ni aku terasa ada sedikiiiit sakit hati dengan sejenis makhluk. Segelintir je. Namanya manusia.

Tak besar mana pun masalahnya cuma... ya cuma... aku menyampah dengan penggunaan tatabahasa - Bahasa Inggeris yang tidak tepat. Uit! Aku bukanlah cikgu Bahasa Inggeris dan bahasa aku pun caca marba dan tunggang langgang. Aku pun suka 'rojakkan' atau 'salad' kan bahasa aku. Tapi aku suka.. ya suka sangat-sangat kalau aku tulis dalam bahasa penjajah, penggunaan bahasa dan tatabahasa aku betul walaupun tak 100% tepat sebab aku ada masalah grammar.

Tapi kan kan kan... betul ke kalau kita guna bahasa Inggeris tu kita kelihatan lebih 'intelligent'? Lebih bijak dari orang pandai? Ya lah, kita guna bahasa omputeh, maknanya kita ni lebih 'advance' lah dari orang sebangsa... ya ke begitu? Lagi lagilah kalau menulis tu untuk 'membidas' melawan atau berdebat tentang politik (eh! Contoh jer ni) - bukan apa aku ni sekejap tadi ada la melompat-lompat ke blog yang ada kat PAUTAN aku tu. Tiba-tiba aje bila aku baca satu komen mamat tu kat satu blog dalam pautan aku tu... aku mula memikirkan tentang 'sampah'. Hahaha... bukan apa itu blog orang, jadi aku tak nak lah komen lebih-lebih. Ini blog aku jadi sukahati kepala kotak akulah nak buat apa kan.

Oh balik pada komen tu tadi ye. Dia KOMEN dalam bahasa inggeris. Wah! Ada inisiatif kata aku. Bagus. Aku suka orang mencuba ni. Tak takut. Berani. My kind of person! Tapi kan kan kan.. aku terus malas nak baca bukan sebab isinya 'sampah' tapi penulisannya juga aaaa 'sampah' yang susah nak kitar semula. Sudahlah tatabahasa tunggang langgang, kata kerja kata nama bercampur-campur. Ejaan pun lari. Hah! Yang ni aku memang tak boleh terima. Berapa banyaklah kamus ada kat tanah malaya ni. Kamus dwi bahasa, kamus dewan, collins, wordfinder, ada gak online dictionary bla bla bla.. Sila gunakan dan jangan malas.

Nasihat aku... sungguh ikhlas ni. Just stick to what you KNOW. And always IMPROVE yourself. Sebenarnya kalau kita nak tahu, bangsa yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri adalah satu bangsa yang berjaya. Tak percaya tengoklah;
1. China (semakin maju)
2. UK dan US (rasa diri dah maju)
3. India (akan maju)
4. Germany (aku maju-majukan ahaks)
5. Jepun
6. Siam (berjaya menolak penjajahan- dululah)
etc etc

Sekian terima kasih.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Monday, November 05, 2007

Nov 5

Hari ni cuaca baik.. walaupun siang tadi hujan. Lebat. Sekejap lepas tu cerah pula. Sampai petang. Sampai malam. Tak hujan. Alhamdulillah.

Tapi rasanya keadaan ni tak lama kot. Dalam akhir minggu ni mungkin akan mulalah hujan lebat, angin sejuk dang gales. Yup! The mighty gales yang boleh buat semua orang jalan terhuyung-hayang macam orang mabuk. Hmmm... tapi kat rumah aku ni dekat dengan pub La Cala. Tak gales pun ramai gak orang jalan terhuyung-hayang terutama bila malam hari minggu..

Apapun..
Pertama-tama
Maaflah sebab lama tak update. Kombinasi sibuk dan tak tahu apa nak ditulis lagi. Maknanya hidup aku sekarang ni agak 'mundane' dan sudah kurang 'exciting' (mungkin bagi sesetengah orang - bagi aku tetap exciting cuma rasa malas nak kongsi kekekeke). Kang aku bercerita pasal essay aku yang melambak tu kang, tak best lah pulak. Nak cerita sedey hidup aku ni... ish buat apa. Semua orang dah tau aku ni sengaja cari bala datang sini hahahaha. Tak 'sadar diri' kata satu orang tu kat aku. Ye ye.. aku ngaku memanglah tak 'sadar' diri. Oh terima kasih la kat orang tu sebab 'remind' aku selalu. Always think positive .. ye tak!

Kedua-dua
Aku kompius.. awatlah Lecturer workshop aku si Eamonn dok perhatikan aku selalu. Penuh dengan curiga. Macam ada sesuatu dalam fikiran dia, nak tanya aku. Tapi, tak tertanya.. huh! Tak ada kena mengena dengan asbab kenapa aku tak update blog hehehe. Aku cuma rasa dia dah tahu siapa yang dok link kan website dia. Aku lah tu... hihi

ketiga-tiga
Hari ni November 5. Kalau kat tanah Malaya, waktu aku update ni korang semua dah Nov 6 hehe. Sesiapa yang harijadinya jatuh hari ni atau Nov 6 aku ucapkan selamat hari jadi lah. Sebab korang bertuah malam ni. Ada bunga api berdentum dentam sejak tadi. Oh! Sebenarnya hari ni hari Guy Fawkes night. Aku rasa tahun lepas pun aku ada cerita pasal Guy Fawkes ni kot.




Sorrylah rakaman kurang memuaskan. Asyik salah tekan butang aje hehehe... dah tu guna kamera fon jer. Tadi tu berdentum dentam... dok cari kamera tak jumpa. Bila dah sedia nak ambik gambar.. hehehe dah tiba ke penghujung. Dapat sisa-sisa bunga api jer. Lagipun dah duduk rumah rendah ni... pandangan bukan lagi saujana mata memandang. Terhad.

Wednesday, October 31, 2007

Balik Hantu Raya

Kasut baru - £4.99

Mimi dah berangkat pulang pagi tadi. Aku dengan CikSue hantar kat Glasgow International Airport. Sayu gak rasa dalam hati. Jeles pun ada jugak. Tak sabar tunggu giliran aku pulak naik kapal terbang balik ke Tanah Malaya... untuk bercuti. Yahuu! hahaha

Kira minggu ni minggu yang sibuk untuk aku dan Mimi. Aku, sebab aku kena siapkan dua essay tang kena hantar dua hari berturut-turut dan satu persedian tuturiol untuk tutor yang cerewet. Mimi pulak sibuk buat persediaan nak balik.

Dalam sibuk-sibuk tu sempat pula pagi Ahad dia buat kejutan. Nak buat makan-makan sempena raya dan sempena nak balik. Aku dah cuak dah, apa taknya, dia abis kerja jam 3.30pm dan aku pulak jam 6pm. Dia kata tak apa sebab bukan nak buat besar-besaran, cuma nak jemput kengkawan yang rapat dan single mingle jer. Huh! Dalam tak ramai tu adalah dekat 20 orang yang datang bertandang hahaha. Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar.

Hari nak balik pula sempat lagi kami menerima undangan makan malam kat rumah kawan dia. Geng yang selalu lepak kat rumah di 'Awangan' dulu. Nak tak nak kenalah pergi sebab nak menjaga hati. Lagipun kami dah rapat. Mungkin dorang akan datang lepak kat rumah ni pulak. Cuma kurang geng sorang dua lah sebab yang satu dah balik India yang sorang lagi tu err... entah aku tak berapa tahu. Lepas makan-makan, kitaorang terus balik singgah ke Awangan nak ambil weighing scale sebab Mimi nak timbang beg. Tiba di rumah, aku terus busy habiskan essay - double check - dan Mimi habiskan mengemas. CikSue habiskan tengok drama Korea pulak. Jam 10pm semua orang dah terlentok mengantuk. Aku orang yang terakhir tidur. Pukul 1.30am Mimi dah kejut nak pi airport sebab flight dia jam 5.55am. Dia terbang dengan KLM Glasgow-Amsterdam kemudian Amsterdam-KL guna Malaysian Airline.

Jenuh jugaklah menunggu di Airport tu. Dari duduk kami berdiri dari berdiri duduk balik dari duduk aku terus baring dan tidor. Aduh... mengantuk semata-mata nak menunggu kaunter KLM dibuka. Jam 3.40am kaunter KLM pun buka. Mimi tak yah beratur sebab dia dapat business class (huhuhuhu jeles jeles... lepas ni upgrade ke tak kat MAS?). Mimi halau balik sebab kami dah kuyu sangat-sangat. Aku ngan CikSue pun naik bas balik ke city centre. Memang masing-masing dah tidor dah dalam bas. Sudahlah kami berdua aje dalam bas tu, sedar-sedar jer dah sampai kat city centre. Dari stesyen bas, kami ambil teksi balik rumah. Sampai rumah terus tidor. Set jam kul 6am untuk bangun Subuh. Lepas ni tinggal aku dengan CikSue berdua ajelah sampai Mimi datang balik untuk buat PhD tahun depan. Huh! Sayu gak laa... Hari tu dia pi Mesir tapi sebab bercuti, tak de rasa sayu cam ni tapi sebab ni kira balik ke tanah air, perasaan sayu tu ada la plak.

Minggu ni plak dah secara rasminya kami di dalam musim salju. Jadi untuk 5 bulan ni perbezaan waktu dengan tanah Malaya sudah jadi 8 jam. Zohor pun masuk kul 12 lebih, isya' pun dalam kul 6pm lebih. Yang penting mengantuk pun dah jadi berlebih-lebih pulak.

p/s
aku dengan CikSue duduk diam-diam kat ruang tamu tengok Whose line is it anyway kat tele. Curtain tertutup rapat cuma ada satu mentol yang menyala. CikSue dok mengunyah burger, aku pulak menaip kat meja makan. Tak boleh bising-bising. Malam ni ramai hantu kecik, ketot dan keNOT yang lapar datang ketuk pintu dengan baldi kat tangan nak kutip makanan. Syyy...

Tuesday, October 23, 2007

Selamat Hari Raya 2

OK la ok la... aku dah cuti lama sangat.


Meh aku letak gambar raya ni dulu. Kalau ada sesiapa yang berkenan dengan sesiapa dalam gambar tu bagitau jer kat aku, nanti aku tolong siasat dah berpunya ke belum. Kalau kuota masih ada kosong pun aku bagitau la. Kalau nak jadi 'cradle snatcher' pun buleh. Tu yang kenal aku tu.. ha diam diam aje la ye, aku dah cukup femes. Takyahlah korang nak femeskan aku lagi naaa.

pssssttt aku yang pakai baju merah tudung pink pegang ketupat tuuuuu.... hahahahha



errr... selamat hari raya ye... maaf lahir batin. Kalau ada silap dan salah, keji dan umpat, mohon dimaafkan ye.

Makan ke puasa hari ni?

Thursday, October 18, 2007

Selamat Hari Raya

Aduh! Lamanya bercuti raya... mengalahkan orang bercuti di Tanah Malaya pulak ek? hehehehe. Bukan apa, sekarang ni October Week, maknanya kolej tempat aku kerja tutup seminggu. Tu yang aku rasa macam nak relax bebanyak jer tu. Tapi, tak relax pun sebab minggu ni minggu tutorial. Huh! Penat otak aku bekerja keras hehehehe.

Hmm... terperanjat Cik Sue kena 'kerja keras' hari Raya Pertama. Satu hari dia pulun 9 rumah hehehe.. entah berapa toilet rumah orang agaknya dia lawati gak kan. Yang aku pulak, glamer sekejap kat wad hospital tu. Kat (hampir) semua orang aku bagitau yang hari ni Eid. Sibuklah dorang tanya Eid tu apa? Aku kata festivity dan 'feastivity' gak laaa... makan dan makan dan makan. Dorang tanya buat apa kalau Eid ni. Aku kata hari ni semua orang MESTI makan, tak boleh dah puasa. Tuhan tak bagi. Sebab dah sebulan Dia suruh puasa jadi hari ni Dia suruh makan. Tapi... ye tuan tuan dan puan puan encik encik dan cik cik sekalian, sebelum makan tu buatlah special prayer. Sekejap jer, waktu pagi. Itu time nak bagitau pada Tuhan kita ucap terima kasih, syukur kita dapat makan dan belajar menghayati bulan Ramadhan dan bulan Syawal sekarang ni. Pada masa yang sama juga nak berkenal-kenalan sesama Muslims yang bertebaran di muka bumi ini.

Begitulah aku yang berpakaian raya kuning dan biru bercerita dengan penonton-penonton aku pasal Eid ni. Adalah gak aku jamu dorang ngan kuih yang aku paksa Cik Sue gulung malam sebelumnya hehehe. Aku ada bawa bekal pulut kuning (yaaaa kuniiing sungguh warnanya) dengan rendang daging alternatif aku tapi tak moh lah bagi kat dorang sebab daging kan mahal dan aku kan kedekut lalalala.

Petang tu aku kena buat extra time dua jam. Alaah... bos kata lap lap sikit, sapu-sapu lepas tu kalau dah siap boleh balik. Jadi buat kerja laju-laju dalam sejam setengah dah siap. Aku pun call Cik Sue tanya dorang kat mana. Oooo.... masih beraya lagi. Buat keputusan yang aku akan join beraya. Salin baju dan terus naik bas pi kat tempat berkumpulnya komuniti Melayu di bahagian Selatan Glasgow. Text kat bos kata aku balik awal nak mintak dia clock out, bos jawab dia dah nampak dah aku jalan dengan baju kurung kaler terang tu. Alamak!

Tiba di destinasi, waktu tu dah jam 7pm. Tapi tak pe, demi semangat raya, aku beraya juga. Nasib baik Cik Sue ngan Akuatik juga 'wanitha' seorang tu pun ada nak temankan aku beraya. Jadi hari raya pertama yang lepas, aku dapat beraya di 4 buah rumah. Yeay!

oh oh... rupa-rupanya ada orang cari Khairyn ye? hehehehe.. InsyaAllah jumpa di Central Mosque. Itupun kalau tergerak hati nak datang la ye, sebab kerja sekolah dah melambak-lambak nak kena selesaikan sebelum akhir bulan. Adoi!

Thursday, October 11, 2007

Tuesday, October 09, 2007

Dua

Ada dua perkara yang ada signifikasi besar jadi minggu ni.

1 - Anak buah aku yang sulung kata dia jadi mangsa buli kat sekolah teknik, tapi dia tak nak beritahu mak dia atau nenek ngan atok dia. Dia cuma beritahu aku, itupun mak aku cerita yang locker dia kat asrama kena kopak dan baju melayu yang baru dibelikan dengan harga RM50 sepasang, hilang. Dia kenal siapa yang curi baju dia tu tapi dia tak beritahu cikgu. Dia kata tu semua budak Form 5 punya kerja. Saja jer nak tunjuk lagak. Perkara yang kecik-kecik pun nak belasah adik-adik junior.

Dia kata lebam-lebam badan jugalah kena belasah. Alasan, sebab tak senyum dengan senior. Tapi pandai gak, tak belasah muka sebab nanti lebam kat muka cikgu nampak. Amboi-amboi senang-senang jer bagi alasan nak belasah anak orang. Bila aku suruh beritahu mak dia, dia tak mahu. Dia kata nanti mak bising, suruh tukar sekolah la, jumpa cikgulah. Lagipun tahun ni dah nak habis. Dia kata bila dia dah naik Form 5 dia takkan buat macam tu pada adik-adik juniors. Dia jaga budak-budak Form 4 tu nanti.

Anak buah aku tu bukanlah di dalam golongan adik-adik yang kecik dan ketot atau keNot. Dia ni dalam golongan yang tinggi menjulang. Aku rasa dah cecah 6' tinggi. Kasut pun dah masuk saiz 13 kot. Tapi, dia tak melawan bukan sebab dia takut, cuma dia kata dia tak suka panjang-panjangkan cerita. Nanti kena panggil dengan cikgu lah, kena bagi statement lah. Alasan dia, dia pi sekolah tu cuma nak belajar aje. Dia nak masuk unversiti dan ambil jurusan mechanical engineering ataupun mechanical design pas tu nak mintak kerja dengan Petronas. Dok kat pit F1.

Tapi biasalah aku kan, susah nak simpan rahsia. Pagi tadi aku dah call kakak aku. Cerita pasal dia. Laaa... kakak aku ni pun satu. Tak kuat hati betul. Masuk jer cerita badan Afiq dah lebam-lebam, kakak aku dah sebak dah. Dia ingat lebam-lebam tu sebab main ragbi. Aku kata lebam ragbi ngan lebam kena pukul tu lain. Dan dan tu nak telefon cikgu Afiq bagi tau. Terpaksalah aku tenangkan dulu, sebab aku risau tindakan cikgu tu pulak bakal mengundang retaliation di kalangan pembuli-pembulinya. Kak aku terus ada idea, mintak cikgu cek badan budak-budak Form 4 ni. Kot mana tau ada yang lebam-lebam.

Aku pun risau juga. Banyak kes aku baca budak jadi mangsa buli sampai komalah sampai cacatlah. Aku harap tak jadi apa-apa yang serius kat anak buah aku si Afiq ni. Tapi kalau cedera teruk... siaplah cikgu, sekolah, jabatan, kementerian pendidikan, budak pembuli tu, mak bapak budak pembuli tu. Jaga korang! Aku saman korang pas tu aku upah pulak mana-mana geng underground belasah korang gak. Aku ni baik orangnya. Tak pilih kasih. Semua aku pulun sama rata jer.

2 - Dah sejuk hati aku ni. Aku terima tetamu malam tadi. Jadi, ura-ura nak buat nasi AYAM terpaksa dibatalkan sebab ayam tinggal 5 ketul aje. Aku tukar resepi. Buat tomyam AYAM, ikan makerel bakar dgn blackpepper, sayur campur. Dessertnya pulak aiskrim kon (yg dah ada dalam peti) dengan carrot cake yang tak abis-abis lagi. Buat lepak-lepak, aku bancuh air Neslo untuk tetamu. Ingatkan tetamu aku datang berdua, rupanya sorang diri aje. Tak apelah.

Tetamu aku dari hari tu suruh aku datang pi jumpa dia. Masalahnya, masa yang tak kena. Samada aku ada kelas atau aku kerja. Jadi terpaksa bertangguh-tangguh nak datang pi jumpa dia. Akhirnya dia terpaksa mengalah, datang jumpa aku kat rumah.

Tiba aje di rumah, salam-salam. Kiss kiss pipi kanan dan kiri, tetamu aku hulurkan envelope. 'Inilah barang yang aku nak bagi kat kamu,' katanya. 'Heh? Amenda ni?' Aku bukak kelepet envelope. Dalam tu bersusun duit £10. 'Kamu ada hutang ngan aku ke?' Tanya akulah. Dia jawab, 'tak ada memang niat nak bagi kat kamu.' Aku tenung muka dia. 'Banyak sangat ni!' Dia balas, 'Tak ape, ambik ajelah.' Alhamdulillah, kata aku dalam hati. Rezeki Allah bagi dalam pelbagai bentuk dan rupa.

'Maknanya aku dapat zakat la ni?' aku tenung lagi muka dia. 'Hah! Ambik je. Memang aku niat dah ni.'
Tak sangka. Malam tadi aku terima zakat. Tapi banyak sangat zakat yang aku terima dari satu hamba Allah ini. Beratus ratus RM. Aku doakan dia Allah beri ilham yang banyak-banyak untuk dia habiskan PhDnya sebelum bulan 3 tahun depan. Aku mohon pada Allah supaya dipermudahkan urusan dia di sini. Supaya dia dapat balik cepat. Sebab dia memang dah tak tahan nak duduk sini lagi. Dia nak balik!!

Friday, October 05, 2007

Ayam vs Ikan

Ya ya, bagi aku ayam memanglah binatang kegemaranku, tapi kadang-kadang nak jugalah tukar selera kan? Tapi macam kita sedia maklumlah, binatang-binatang lain selain dari ayam tu, agak mahal harganya. Tatkala diri merasa kaya dan raya, barulah boleh merasa makan binatang-binatang halal yang lain ataupun binatang yang ditangkap dari laut. Binatang-binatang laut pun, kalau ikut kasta harga, udanglah yang paling rendah. Kalau tak udang, mussels (kupang) tu boleh tahan jugalah harganya. Jangan haraplah nak makan Si Lembut sotong sebab harganya mahal, scallop apatah lagi, begitu juga ikan-ikan laut dalam ni. Kasta harga ikan pula, yang paling rendah tu mestilah makeral (ikan sadin jer). Haddock, Salmon, Trout huhuhu... kalau kat Tesco tu kira beli sekali sekala ajer lah.

Minggu lepas, Akuatik belanja ikan Trout. 2 ekor. Beli di Asda. £4 untuk dua ekor tu. Dah siap buang tahi. Tinggal masuk dalam oven. Bakar. Aduh... sedapnya makan ikan Trout bakar cicah dengan kicap cili potong. Sejak hari tu pun aku dah kepingin nak makan ikan saja. Tiga hari lepas aku beli fish and potato no no bukan fish and chip, ini ikan haddock (kot?) dengan mash potato dan dibakar dalam oven. Sosnya cream herbs. Sangatlah tak sesuai dimakan dengan nasi. Tapi, memandangkan harganya cuma £1, aku pun beli sajalah.

Tadi pula, aku memusing bandar Glasgow sorang diri. Rosie cadangkan aku pergi ke Aldi kalau nak beli barang basah (sebenarnya dia cadang aku pi sana tanya kerja). Jadi dari khutub khanah tu aku menyusur ke Castle Street, melintas ke Duke Street kemudian masuk ke High Street. Adalah dekat 2km jalan mencari Aldi ni. Dah jumpa aku ngelinter aje kat dalam tu. Beli jugalah instant noodles 2 peket, butter 1 tub, pisang satu sikat dan smoked makerel. Dalam hati terfikir, nak ikan lain boleh tak?

Keluar dari Aldi, aku menyusur pulak ke Trongate. Kat hujung jalan tu ada kedai jual ikan dan arnab (hahaha.. betul! Kedai tu jual arnab mati). Kedai ni namanya Fish Plaice (ejaan betul ye). Kira ala-ala pasar basah gitu. Lantai pun basah giler. Ni pasar ikan versi kecik, ketot dan keNOT. Rambang mata aku tengok ikan-ikan kat situ. Ada Salmon, seabass, trouts, tenggiri dan jenis ikan yang aku tak kenal nama tapi gerun la tengok rupanya. Selain dari ikan, kedai ni pun jual seafood yang lain macam mussels, ketam, sotong. Daging darat macam ayam dan segala isinya pun ada dijual. Oh aku dah sebut arnab tadi kan?

Pusing punya pusing dalam kedai tu, akhirnya aku mintak adik yang handsome lagi macho dua ekor ikan trout. Dia jugak yang bersihkan ikan-ikan aku. Harga dua ekor ikan sederhana besar tu cuma £2.99.

Ya ya... lain kali kalau aku nak cari ikan lagi, aku akan berjalan ke hujung Trongate ke Fish Plaice ni saja.

Pix nantilah aku upload. Itupun kalau aku ingat la ye. Almaklumlah kalau buka tu dah tak pandang lain kecuali ahli-ahli yang tersusun dalam pinggan jer lah.




Sebelum


Selepas dibakar dan dibuat kicap cili yumm sedapnya!

Wednesday, October 03, 2007

Mari Membaca

Mari Kita baca suratkhabar percuma hari ni.
hehehehe. Yang dok berangan nak panggil Beyonce nyanyi tu apahal? Kan tak pasal-pasal femes lagi rakyat negarakukuku..
(Sila klik untuk imej yang lebih besar)




Oh hari ini kali ke dua Get Lost Mission berjaya dilaksanakan.
Mulanya kelas Personal Troubles, Public Issues dikatakan di Bilik P514 di Graham Hills. Kami pun berbondong-bondonglah menunggu di luar pintu. Tengok keliling, laaa... kenapa macam lain je budak-budak ni. Tak pelah, lagipun kelas besar, mana nak ingat semua muka dorang.

Masuk. Duduk. Tak puas hati. Tanya budak depan, ini kelas apa?

Chemistry.

hahahahaha... salah lagi!

Sorang kawan kata, rasanya di Stenhouse Building.

Hah? Stenhouse tu atas bukit. Kitaorang sekarang di tengah-tengah bukit. Nak panjat bukit lagi ke? Tak pe takpe.. kita lalu Colville Building. Naik lift. Lepas tu jalan je ke Stenhouse.

Sungguh. Tiba saja di dewan kuliah Stenhouse, tiga-suku dewan dah penuh. Co-ordinator Colin Clark (dia ni best) dah bagi lecture dah. huhuhu.. tersengih-sengih aje la kami. Takpe takpe.. bukan kumpulan kami saja yang sesat.

Cukuplah aku katakan sekarang yang Fasa ke dua untuk misi Get Lost aku, telahpun sukses!!


update :
Jap.. jap kalau polis buat police report terhadap wartawan/media kerana melaporkan berita palsu, maknanya wartawan/media pun boleh police report/saman terhadap polis sebab memberi berita palsu juga kan kan kan.
The non-exist free Press in Malaysia hahahaha

Monday, October 01, 2007

Mula

Kelas Tahun 2 mula hari ni.

Minggu ini aku lancarkan misi "Get Lost Mission". Kalau bahasa kasarnya err.. berambus. Tapi kalau ikut bahasa literary Misi menyesatkan diri. Macam biasa banyak sangat bangunan kat universiti ni yang aku belum kenal sepenuhnya. Antara tiga universiti besar di Glasgow ini, universiti aku ni lah yang paling buruk sekali.

Kalau Glasgow Uni tu nampaklah senibina lama yang sudah beratus tahun. Kalau Caledonian University (Cali bagi orang sini) nampaklah modennya. Aku suka lepak kat library Cali ni sebab posh dan boleh duduk-duduk sambil minum-minum kopi. Alah, takat satu cawan kopi orang belanja tu memanglah seronok. Oh ye, harga kopi kat universiti-universiti ni pun bergantung pada ranking. Kopi paling mahal sudah pasti lah kopi di Glasgow Uni, kedua mahal tu kat uni buruk aku ni dan yang paling murah di Cali, siap dapat susu percuma lagi.

Oh ye, macamana dengan misi menyesatkan diri tadi? Berjaya! Sukses! Aku berjaya menyesatkan diri dan rakan-rakan pagi tadi. Dalam Web dikatakan kelas Journalism diadakan di Colville Building, rupa-rupanya dorang tukar tapi tak update di WebCT. Untuk semester pertama kelas di Graham Hills, bila semester ke dua baru di Colville Building. Cheh! Nampak gaya menurun bukit lagilah aku ni. Kureng best turun bukit ni sebab kalau musim sejuk, asyik hujan saja. Risau ai yu!

Huh! Lepas ni jadual hari Isnin aku akan padat sampai tak sempat makan. Ya lah dalam bulan puasa ni tak apalah, tapi nanti lepas bulan puasa hehehe.. buat puasa enam.. lepas bulan Syawal, aku nak kena puasa sunat kot?

Sebab? Hari Isnin, lecture mula jam 11am-1pm. Tengok dari cara Brian McNair bagi syarahan tadi, rasa-rasanya dia tak nak bagi rehat hatta lima menet pun. Dari jam 1pm-3pm pula aku ada workshop dari lecturer Eamonn O'Neill. Oh dia ni pun lecturer untuk Investigative Journalism - program Masters yang baru diperkenalkan di universiti aku ni.

Tak pe, tak pe... aku dah berkira-kira. Sekiranya lepas bulan puasa dan perut aku minta diisi masa itu juga, aku akan makan depan muka Eamonn ni. Bukan ke tadi dia kata "Journalists are a bunch of unique and crazy people."

Macamana agaknya kalau aku makan nasi lauk ayam masak lemak depan dia ek??

Friday, September 28, 2007

Salam

Salam Nuzul Qur'an.

Seminggu tak ada sambungan internet, semuanya kebosanan. Tengok tv pun, gambar berkerekot-kerekot. Guna indoor antenna la katakan. Konon tak mahu kena detect sebab nonton tv tanpa lesen. Cukup jam 10pm semuanya sudah melepek keletihan. Letih mengangkut barang-barang berpindah rumah masih tak hilang lagi.

Bila dah pasang internet, telefon, kabel tv, pun semuanya masih kebosanan. Rupa-rupanya sambungan internet tak ada wireless, kena guna kabel la pulak. Jadi kena balik ke rumah lama ambil router 'Awangan'. Pasang di rumah baru. Dah terlanjur ke sana, terus aje bayar duit rumah, duit cukai, duit api dan air dan duit duit duit. Macam bukak paip duit pula tadi. Laju aje meluncurnya.

Jadi tadi, mulalah melayari suratkhabar-suratkhabar online untuk catch-up berita-berita di tanah Malaya dan tanah Ratu. Banyak rasa tak puas hati yang keluar tapi... malaslah nak komen. Sudah pasti berita Allahyarham Nurin Jazlin yang sebabkan panas aje jiwa aku ni. Jengok ke blog orang lain, hmm... ramai yang sudah buat komen-komen dan spekulasi. Ada yang aku setuju dan ada juga yang tak setuju. Manusia ini berbagai-bagai ragam kan? Aku bandingkan kes itu dengan kes Madeleine McCann yang hilang tak jumpa-jumpa lagi tu.

Baca pula kisah pertembungan antara Burmese military junta dengan monks. Keadaan bekas koloni British semakin kucar-kacir. Baca juga tentang wartawan jepun yang terkorban. Terfikir, bila pula giliran Malaysia?

Tak apalah.. err... dengar ajelah lagu raya sedey ni. Ni khas aku tujukan buat Akuatik. Aku dah kata, dia memang layak dapat zakat. Asnaf. Dah lah fisabilillah, anak yatim piatu pulak. Korang semua doakan ajelah untuk dia (dan aku) supaya rajin-rajin belajar, kuat semangat dan akhirnya dapat segulung pengiktirafan pendidikan yang sempurna dan bertaraf star star star star star dari University of Strathclyde, Glasgow UK.

p/s - aku dah kata, doa korang sangat mustajab. Apatah lagi dalam bulan ramadhan yang mulia ni.

p-p/s : Harris sudah bertambah sihat dan Mona semakin ceria dan kuat semangat. Ohhhhh... terima kasih lah kat korang semua ye.




Thursday, September 20, 2007

Cerita tubuh badan.

update :
Akan tiada di dunia maya buat beberapa hari disebabkan berpindah rumah. Servis internet akan hanya dipasang pada hari Khamis petang waktu Glasgow. Sekian, terima kasih.

Di suatu malam. Di dalam bilik. Semua ahli bayt berkumpul. Bercerita. Mengenai tubuh badan. Bertukar-tukar pengalaman. Bahagian mana yang terkehel, terseliuh dan ter-patah. Uih! Ganas-ganas rupanya anak-anak dara di 'Awangan' ni. hahahaha

Akuatik :
Aku rasa kalau di x-ray badan aku ni, semua tulang-tulang dah lari dari paksi asal. Jatuh pokok, jatuh motor, jatuh tangga - tak usah ceritalah. Gaya bebas semuanya! Patah kaki, tangan, tulang tongkeng pun ada. Pernah aku kena hempap buah nangka lagi. Aku dah pengsan rasanya tapi kakak-kakak aku kata aku meracau macam orang kena rasuk. Aku mana sedar. Tau-tau aje dah terbaring atas kusyen. Dulu aku pernah jatuh motor, masa keluar pagi-pagi nak beli ikan. Tau-tau aje aku dah terbang macam superman. Tersembam. Nasib baik klinik sebelah kedai jual ikan aje. Keluar dari klinik terus beli ikan. Jalan kaki balik rumah. Doktor ada bagi aku emergency letter suruh bawak pi hospital tapi memandangkan tak ada orang nak hantar aku pi hospital hari tu, aku pi lah esok hari. Doktor tanya aku, aku tau tak apa tu emergency letter? Huh! Lawak.

Cik Sue :
Oh aku pernah patah tulang bahu. Entah macamana jadinya aku pun tak berapa ingat. Yang aku tau masa tu tangan aku dah tak boleh turun dah. Tak pergi hospital, mak aku bawak pergi bomoh tulang aje. Bomoh tu pun urut aku. Dah lah aku ni penggeli, tapi sakit pulak urutan dia. Apa lagi berselang seli ketawa dengan menangis la dibuatnya. Itu cerita patah tulang. Masa kerja aku kan jarang ambil MC cuma bila dah tak tahan jer aku pi klinik bawah tu. Sebabkan satu penyakit ni, aku kira fames jugaklah dikalangan dua doktor kat klinik syarikat tu. Oh awak ke yang sakit sampai tidur kat sick bay hari tu. Aku jawab ya ya.

Cik Mimi :
Ni kaki mi ni kecik sebelah. Ligamen koyak. Masa main netball. Entah landing macamana terus terkehel. Bangun jatuh, bangun jatuh. Pi operate la tapi kaki ni tak kuat sangat sebab jarang 'dikerjakan'. Doktor kata kena masukkan besi. Tapi harga operation tu mau dalam RM10,000. hahaha. Ini belum lagi cerita pasal tulang belakang yang 'melentik' ni. hahahaha.

Aku :
Huh! Kalau aku ni tulang-tulang kat badan ni pun dah tak sesempurna dulu kot. Setiap sendi dah merasa terkehel dah ni. Kalau ikut sejarahnya tulang tangan kiri yang terkehel dulu. Jatuh dari tingkat atas. Mak aku kata 'daulat' dia. Sebab aku nakal sangat. Dia suruh ambil telekung aku buat-buat tak mahu. Siap pakat dengan ayah aku. Last-last masa turun anak tangga tu, aku terpijak telekung tu terus jatuh. Masa jatuh terfikir dalam hati huh! macam ni agaknya superman terbang. Landing je, aku terus bangun. Mamai. Cari katil. Terus pengsan atas katil. Mana aku tau aku pengsan? Sebab aku mula masa jemaah di surau dekat-dekat rumah aku yang baru nak mula rakaat pertama dan aku sedar bila dorang bagi salam. Mula tak nangis tapi nampak aje muka ayah aku yang concern tu aku terus nangis. Huh! Macam Cik Sue juga, aku ni penggeli. Mengurut dengan arwah makcik aku, air mata aku berjejer-jejer sakit sambil mengekek-ngekek ketawa. Pergelangan kaki aku toksah cerita lah, dah berapa kali terseliuh dan terdengkot-dengkot jalan. Yang aku ingat aku pernah terseliuh kaki dan pi klinik Idham kat Melawati. Balik tu bukan terus balik rumah tapi pi shopping complex kat Wangsa Maju. Dengan terdengkot-dengkot. Jari kaki pernah patah sebab terlanggar mesin basuh. Aku biarkan aje, eh! Elok juga. Tapi yang paling kronik bila aku jatuh dan cederakan tulang punggong aku. Huh! 12 hari aku jadi orang Roman.

La ni semua orang dah mengadu sakit-sakit badan. hahaha... tanda dah tue ek?

Tuesday, September 18, 2007

Sunday, September 16, 2007

Buka puasa

Aku ingat-ingat meriah juga masa buka waktu di Tanah Melaya dulu. Memandangkan dapur aku merata-rata, jadinya menu aku semedang menu tunjuk aje. Yelah, orang workaholic la katakan (perasan sungguh). Tapi memang menu tunjuk aku tu tak adventure. Selalunya menu yang sama aje setiap hari. Bukan apa, kalau aku cuba menu baru dan dibuatnya tak sedap, kan ke membazir?

Masa duduk di satu bukit dulu, menu aku air tebu, nasi ayam (hahaha ibu ayam sudah mari) kuih keria. Masa duduk kat satu apartment ni, menu aku air tebu, nasi lemak kukus melaka, kuih keria hahahaha. Kalau ikut housemates aku yang dulu-dulu tu memang dah arif sangat la menu buka puasa aku ni. Kalau tak keja dan rajin, aku buat spaghetti bolognese je. Kalau lebih rajin haa.. lain la menu aku buka hari tu.

Tapi yang lebih sadis, bila masa aku terpaksa berbuka ketika dalam assignment. Biasalah bila bulan-bulan puasa, syarikat besar-besar suka buat 'amal jariah' bagi anak-anak yatim makan, hibur dengan artis-artis yang baru nak naik ni. Tapi amal jariah dorang ni suka diwar-warkan kat tv ngan suratkhabar. Jadinya tak semena-mena aku pun jadilah anak-anak yatim yang makan kat meja bulat, sambil dengar orang nyanyi atas pentas.

Antara cerita-cerita sadis berbuka.
1. Dengan sepeket kecil rice krispies dan setengah botol air mineral sebab tersangkut dalam jem dengan photographer.
2. Sepeket buah kurma dan sebotol mineral, rasanya tu perkara biasa kan??
Tapi yang tak boleh tahan bila mana suatu hari aku terpaksa aku terpaksa mencover satu assignmen petang PC (press conference) pasal kuil yang baru siap dengan patung sitting buddha di Sentul. Huk aloh. Nasib baik tok sami tu tahu itu bulan ramadhan, disuruhnya aku tapau segala makanan bawak balik kakakaka.

Walaubagaimanapun, satu cerita yang aku tak buleh lupa bilamana aku dipaksa mencover satu assignment makan malam yang dianjurkan oleh satu persatuan india. Dalam kad jemputan ditulis pukul 7pm, jadi aku sampai penuh semangat, ingat nak makan solat maghrib, dapat info dan balik. Dibuatnya pukul 7.30pm majlis tak mula pun, dah siap solat maghrib, majlis tak mula lagi. Aku dah kembong dengan air teh cina bergelas-gelas, kacang berpiring-piring, majlis tak mula lagi. Aku nak info depa tak bagi sebab nak suruh jugak aku tunggu sampai majlis mula. Sampai dekat pukul 8.30pm majlis tak start lagi, aku dah angin satu badan. Ya angin sebab yang masuk dalam perut cuma kacang tanah dengan teh cina tawar hebiaq tu. Apa lagi aku bahasa kan penganjur tu, ingatkan dia yang ini bulan ramadhan dan kami ni Muslim. Bukan hadap sangat nak makan tapi apa salahnya hormat tetamu sikit.

Disebabkan aku memang pekerja yang berdedikasi, aku buat juga story tu. 5 para jer (paragraph takat caption story jer la). Protes. Sebutir nasi pun aku tak sentuh. Balik ofis buat story, pi gerai bawah makan malam sengsorang. Hush!

p/s : minggu depan mungkin aku sudah duduk rumah baru yeay!


sebenaqnya yang sadisnya, orang lain dok stuck dalam jem sebab berlumba-lumba nak balik rumah. Lepas tu warga Islam kota sudah boleh berehat-rehat dan bermalas-malas. Aku pulak terperangkap sebab on the way nak gi assignment. Ish ish ish. Kalau dah namanya assignment, tak tentu lagi aku balik opis pukul 8.30pm. Mau paling awal pun 9pm. Yang ralatnya, aku nanti mesti tak sempat terawikh kat surau ofis aku tu. Kalau aku balik awai, sempat aku terawikh pas tu aku sambung balik kerja, tapi kalau dah lewat tu - burn dah satu malam. Tu yang aku rasa sadis sangat puasa aku di Tanah Malaya hahahaha

Friday, September 14, 2007

Hohohoho

Dua tiga hari ni memang mempunyai kesibukan yang terlampau. Mana nak kerja, mana nak sedia duit, mana nak pindah rumah. La ni pulak kat rumah ada enam ahli bait hahaha.. penuh. Lagi sekali aku rasa macam nak jadi Dewi Durga ni. Rasa macam tak cukup kaki dan tangan hahaha.. oh lupa, mana nak fikir menu untuk buka puasa lagi hohoho. Baru pukul 11am tapi dah fikir menu pulak ek? Huh!

Hari ni pulak tersengih-sengih tengok ini hahahaha. Kesian laa tengok mamat ni. Ish! Patut tengok ni! Mesti ada yang tersengih-sengih atau kalau yang terlampau, ketawa guling-guling sebab tengok si mamat ni yang terpaksa menjawab soalan.

http://news.bbc.co.uk/1/hi/programmes/hardtalk/6992908.stm

Ya ya, dibulan penuh keberkatan ini, marilah kita bersedekah dengan senyuman lalalalala

updated:
oh yang ini perlukah kita gelak??



Wednesday, September 12, 2007

Fisabilillah




"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"


Ada 8 asnaf zakat iaitu.
  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Riqab
  6. Gharim
  7. Fisabilillah - (aku, CikSue dan teman seranjangnya [bekas teman seranjangku])
  8. Ibnu Sabil
Di sini zakat fitrah seorang bersamaan £3.

Hayati kepentingan zakat untuk 8 golongan asnaf ini. Sesungguhnya dengan membayar zakat, ia dapat menyucikan harta. InsyaAllah.

Sila masukkan wang zakat anda ke akaun HSBC atau Llyods TSB di atas nama saya ye.. Terima kasih hahahaha




Updated :
Ayam-ayam Glasgow ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dengan ucapan "oh! Ayam-ayam Tanah Malaya sudah naik harga ye sekarang? Tapi tetap tidak dapat menandingi harga pasaran kami di sini." Nam stengah! Nam stengah! hehehe



Tuan-tuan ayam sedang menikmati hidangan berteman buku yang dikirim. Terima kasih Kak Su.

Tuesday, September 11, 2007

Dekat sejam juga menunggu si dia keluar dari balai ketibaan. Nampak saja terus lambai-lambai. Si dia tersengih-sengih. Yalah walaupun bukan pertama kali jumpa aku kat sini, tapi ini kali pertama turun flight di Glasgow International Airport. Tersengih-sengih dia nampak aku. Laaa... aku pun tersengih-sengih juga kan. Nasib baik tak terlompat-lompat.

Tiba saja di rumah, terus buatkan sandwich untuk dia. Ingatkan nak masakkan nasi tapi takut dia kepenatan sangat nanti tak ada selera pula nak makan. Alhamdulillah berselera juga dia makan. Lepas mandi solat zohor ngan asar, aku suruh dia tidur. Dalam bilik. Yang dah aku kemas secantik-cantiknya dan seharum-harumnya. Tapi biasalah masih lagi jet lag, tapi aku biarkan aje dia rehat dulu. Sambil-sambil tu aku terus ke dapur masak. Lepas makan, aku suruh dia tidur terus. Hilangkan jet lag. Alhamdulillah pagi ni dia sudah segar bugar. Rasanya nak keluar berdua-duaan tapi cuaca tak berapa baik, mendung dan hujan. Mungkin petang-petang sikit, bila matahari sudah keluar barulah kami keluar agaknya.

Hehehe
Cik Sue ni akan buat masters dengan aku di Strathclyde. Setahun dia akan kongsi bilik dan katil dengan aku. Maknanya dia qualify jadi teman seranjang aku selama 12 bulan. Cik Sue ni lah si dia yang aku kata dulu nak datang sini. Yang aku cerita lepas aku borak ngan ayahanda aku pasal nikah jarak jauh. Dia jugalah yang aku tak boleh bawak beraya sebab aku bakal kerja Hari Raya. Cik Sue ni memang aku kenal dah lama. Kami kerja satu syarikat dan kami pernah jadi rakan serumah bertahun-tahun lamanya.

Oh... maafkanlah aku atas segala kekeliruan tu ye. Saja nak gembirakan hati orang yang ingat aku nak sambut 'si dia' yang berlainan jantina hehehe. Eh! Tapi apa salahnyakan kalau ramai yang mendoakan aku mendapat jodoh. Eh, doa korang kan mujarab. hahaha

Monday, September 10, 2007

cerita ceriti

Sabtu
Bangunan hospital Beatson Oncology Centre ataupun Beatson West of Scotland Cancer Centre ni baru jer siap. Kira cantiklah bangunan dia. Setiap tingkat tu ada warna tema masing-masing. Setiap ward pun ada warna tersendiri. Ward aku warna hijau muda (maaflah, bukan warna hijau Pas hahaha), tapi tetap segar dipandang mata. Oleh kerana bangunan baru, peralatannya pun serba-serbi barulah.

Tapi kan... aku tak tahulah macamana diorang bina bangunan ni? Main tampal je kot. Serba serbi mudah tertanggal. Sudahlah kerusi pun banyak yang dah patah kaki. Tempang pun ada. Yang tercabut terus pun ada. Dinding pun ada yang dah terongak di sana sini. Pemegang pintu apatah lagi.

Hasilnya, hari Sabtu hari tu, aku terkunci dalam toilet wakakakaka. Dok pulas-pulas tombol kunci, tapi kuncinya tak gak gerak-gerak. Ish! Ada orang yang dok lepak dalam toilet ni kang. Aku ketuk-ketuk tak ada orang dengar. Akhirnya aku gegar pintu bilik air tu sampai la aku dengar sorang misi ni kata "OK I'm coming, don't panic." hahaha aku tak panik cuma aku nak buka pintu ni jer. Bila dah terbukak masing2 ketawa besar. Aku kata kat dia, aku tak kisah dok dalam toilet tu lama-lama tapi kerja aku tu sapa nak buat? hahaha. Lepas ni aku tak moh dah masuk toilet staf tu. Biarlah kalau tak tahan, aku masuk jer toilet untuk orang cacat, sekurang-kurangnya ada tali emergency yg boleh aku tarik kalau dalam keadaan cemas hahaha.

Ahad
Minggu ni aku kerja 10jam terus. Alhamdulillah buat kerja tempat dulu. Upper Ground Floor dan Front Hall. Kalau dulu buat dua tingkat ni dalam masa 6 jam, minggu ni aku diberi masa 4 jam saja nak habiskan semuanya. Rasa macam blender pun ada. Full blast. Pusing! Bagusnya, supervisor baik hati. Habis kerja kul 7pm dah boleh balik. Sampai rumah dah neenong neenong. Keletihan. Tengok cerita Lord of The Ring pun sampai tertidur kat tengah-tengah filem. Sedar-sedar jer dah perang...

p/s
Tak sabar hendak menyambut si dia yang dijangka tiba di Glasgow International Airport pada jam 12.30 sebentar nanti. Bakal teman seranjang yang bersama-sama dikala susah dan senang. Teman ketawa dan menangis. Teman mengusik dan bermanja. Ish! Berdebar-debar rasa hatiku.

Friday, September 07, 2007

Duit lagi

Baca list bajet 2008

bla bla bla... oh tak yah bayar yuran sekolah bla bla bla, oh cikgu-cikgi dapat elaun lagi ek? Kerja kuat ye cikgu! Oh! Sekoah Cina ngan Tamil pun dapat bantuan gak ye.. ish ish ish.

"Effective September 2007, the Government will increase the COLA for students in the United States, United Kingdom and Canada by up to 97%, almost double the current rate."

Oh kawan-kawanku di sini sekalian. Ketahuilah betapa aku mencemburui kamu.

hahahaha... adeh!

Eh! Bagi multiple entry visa untuk Cina ngan India ni boleh ke meningkatkan pelancong ke sini? Atau menambahkan lagi penawaran 'ayam-ayam tak halal' yang sememangnya sudah banyak berkeliaran sekarang ni? Atau nak menambahkan permintaan daging-daging warna merah jambu tu? Almaklumlah potong sekor, bolehlah tahan untuk makan lima hari kan?

Thursday, September 06, 2007

Sebab pa?

  1. GHA (Glasgow Housing ASSociation) taknak kawan. Dua kali hantar application kena reject. Dia kata tak cukup syarat. Dia kata tak de finance affidavit. Cheh! Buhsan!
  2. Kena bayar Council Tax. Tuan rumah dah keja jadi rumah ni kena cukai. Kena bayar bil air juga. Dahlah bil api tinggi menjulang, lagi-lagi nak masuk musim sejuk. Mesti nak pakai heater. Lepas tu nak kena bayar bil air pula. Susah juga ni.
  3. Dah dapat hint-hint dari tuan rumah, kalau susah-susah takpelah cari rumah lain, nanti saya tolong cari-carikan.
  4. Ya tak ya kena cari juga housemate baru, sebab housemate sekarang sudah dipanggil pulang sebelum disuruh datang lagi. Adeh! Orang berkuasa di universiti dia masih kurang cerdik.
  5. Cuma ada dua bas servis dari sini ke bandar. Pernah beberapa kali menunggu sampai setengah jam bas tak sampai-sampai. Pernah kena naik teksi pergi kerja. Pernah menunggu begitu lama pada bulan puasa, dan bila berjalan kaki pulang tuuuu dia lalu. Oh! Hatiku sangat sakit.
Itulah sebab-sebab mengapa perlu pindah rumah. Walaupun harga rumah baru agak sekali ganda dari harga rumah sekarang tapi sekurang-kurangnya atas nama sendiri dan servis bas memang banyak. Mungkin akan jadi satu-satunya 'Rumah Malaysia' di situ sebab ramai anak bangsa berkumpul di dua kawasan femes (Satu kat kawasan rumah lama di East dan satu di kawasan femes di South). Tapi tak pe, raya ni pun aku tak beraya. Aku kerja. Ikut hati yang merajuk, aku nak kerja dari pagi sampai malam. Biar tak beraya terus!

Oh cik Elly, memang agak jauh dari Tesco tapi kat situ dekat dengan Sommerfields ngan Iceland. Nak gi Tesco buleh, kita naik dua bas.
Oh ini juga lah yang buat aku serabut beberapa hari. Nak pindah masuk rumah dan nak masuk sekolah balik. Tapi yang best, tuan rumah aku tu baik orangnya. Dan dia bukan orang Paki yang susah nak harap tu.

p/s : Barulah aku sedar nikmatnya tidur berdua. Seranjang. Lebih-lebih lagi musim sejuk bakal menjelma. hahaha

Wednesday, September 05, 2007

Peta



Ada sebab-sebab tertentu yang tak dapat nak dielakkan. Ah.... nantilah cerita.

Monday, September 03, 2007

Tengokla...

Pandang ke langit, biru. Awan serabut. Gumpal-gumpal. Banyak bentuk. Lihat dengan mata imaginasi. Senyum.

Pandang ke otak. Nampak akal. Serabut. Gumpal-gumpal. Tak ada bentuk. Abstract. Hilang imaginasi.

Duduk diam-diam. Rungkaikan satu satu. Mungkin lambat.


p/s : huk aloh MB Selangor, nak buat solat SUNAT terawikh pun bising. Tazkirah dia kot yang cakap-cakap kosong dalam masjid. Dulu dia jugak yang war-warkan polisi, tak leh cakap lebih 10 minit dalam majlis, tak de sapa nak dengar. Tapi, macam biasa gak la, dia suka bercakap sampai majlis tinggal 10 minit aje nak abis. Isy isy isy.

Friday, August 31, 2007

Hari

Selamat Hari Mendeka ye.


Mari nyanyi lagu mendeka budak-budak sekarang.
Tanggalkan seluar kamu
Bulan depan beli seluar baru
lalalalala

Dan Selamat Hari Orang Kidal (Ogos 13) pada semua orang yang tulis dan kerja tangan kiri. Tangan taik kata orang yang tulis tangan kanan, tangan makan. Cuma nak ingatkan orang tangan-tangan kanan ni lah. Kamu potong buah potong sayur guna tangan apa? hahaha...

Kami pegang pisau tangan kiri, pegang buah-buahan/sayur-sayuran tangan kanan. Jadi siapa sebenarnya yang lebih pembersih? hihihihi

Oohhhh.. rasa seperti orang femes pula sekarang ni.


Patutla dah terasa-rasa femes hari ni. Cerita orang gigi kuat ni kuar kat dalam Metro percuma hari ini. Muka 3, satu halaman. Kebetulan sungguh, tepat dengan harinya.
updated 12:17pm

Tuesday, August 28, 2007

Ubat Nanges

Seingat aku, sepanjang kedewasaan (adeh!) aku ni, rasa adalah 3 kali kot yang aku betul-betul menangis. Sungguh-sungguh. Terhingguk-hingguk. Dalam bilik air. Masa nak datang sini memanglah sebak. Mengalir juga air mata, tapi taklah sampai tersedu-sedan. Bukan nak kata hati kering ke apa ke. Aku kan ke sensitif (huh?). Tapi, paling tinggi pun aku menangis masa tengok citer Dinasour dengan Zurd. Huh! Tu belum lagi tengok cerita Bambi.

Kes aku menangis sungguh-sungguh tu semua disebabkan hal kerja. Passionate gak aku dengan kerja aku dulu. Mula-mula si ****gam tu buat aku menangis dalam bilik air. Sebab? Dia undermine kebolehan aku dan suruh aku pi cover satu assignment bodoh kroni dia! Kat mana? Nun... kat Plaza Phoenix Cheras tu. Tempat jalan jem berdentum-dentam. Waktu nak Maghrib, hujan pulak masa tu. Huh! Tak pasal-pasal aku kena beli baju baru masa balik tu sebab belakang baju aku habis kotor kena percik lumpur. Aku bonceng motor jurugambar. Hmm... dah arwah pun si ****gam ni. Aku nangis sebab terlalu marah. Apa daaa..

Sekali lagi aku nangis pun sebab kerja jugak. Kali ni, aku dah teruk-teruk lari sana lari sini, jumpa orang itu, jumpa orang ini. Siap 'menipu' bagai sebab nak dapatkan maklumat. Bila semua dah tersedia.. kira dah boleh dapat cerita muka depan dan akan drag sampai berminggu-minggu dan boleh jatuhkan pegawai tinggi yang korup kat KL tu, tiba-tiba bos aku shot down story tu. Dia kata tak boleh pakai. Hah! Kalau tak berani toksah lah dok kat kerusi tu. Bengang sungguh sebab dalam hati aku dah berkira-kira berapa juta agaknya saman untuk aku nanti kalau cerita tu keluar (hahaha nak celen Izinni) . Sakit jiwa! Masuk bilik air belakang. Setitis air mata aku jatuh, dua titis, akhirnya bertitis-titis. Cukup masa aku keluar. Pagi tu gak aku pergi jumpa bos kecik bagitau kat dia aku nak balik rumah. No point aku kerja hari ni. Eh! Surprisingly dia benarkan. Apa lagi yapedapedu la aku. Terus pegi tengok wayang kat KLCC. Sorang-sorang.

Tapi yang paling aku tak boleh terima aku nangis sebab sorang kawan. Bodoh rasanya. Asal bosan, dia memang cari aku nak borak. Selalunya bagi missed call dan akulah yang akan telefon dia balik. Guna harta benda syarikat. Kawan ni gelarannya Joe Kipap. Ya Elly, satu-satunya lelaki yang berjaya buat aku nangis. Sungguh-sungguh. Hampes! Ni pun hal kerja. Sudahlah aku yang telefon dia, dia pulak senang hati boleh kutuk aku, kerja aku. Kata kerja aku tu haram. Ya, memanglah secara overall nya kerjaya aku tu kira haram. Bursa Saham pun tak halalkan syarikat tu, tapi aku cari makan cara halal*. Eh? Macam selebriti plak aku rasa. Aku elak dari akta-akta hasutan dan membuat fitnah. Aku cuba tolong sebarkan berita rakyat marhaen. Tu sebab 11 tahun kerja pun aku tak naik pangkat. Alih-alih Joe Kipap boleh kata duit pencarian aku haram. Hahaha.. jadi duit yang aku belanja dia makan ayam kat Chicken Hut Sunway Pyramid tu haramlah ek? Huh! Lama gak aku nak maafkan dia. Kau nasib baik Joe, kawin kau aku datang walaupun aku kerja, jauh kat Sungai Gulang-gulang dan tak dapat kad undangan. Ikut hati, mau putus kawan rasanya hahaha.

Minggu-minggu lepas.. hampir aku menangis lagi. Yalah, emosi aku kebelakangan ni sedikit terganggu, macam cuaca kat sini gak. Sekejap panas, sekejap sejuk, selalu hujan. Nak masuk musim luruhlah katakan. Laptop mat salleh aku asyik batuk-batuk jer. Darling, dah ada tanda-tanda nak sakit ke? Memang kebelakangan ni sedikit lembab, tapi ingatkan sebab banyak sangat angkut software tepek kat muka dia. Kalau dia mati, habislah aku nak kena format balik. Dahlah sekarang asyik tukar-tukar dokumen lalu emel aje. Kalau hilang semua macamana? Walaupun ada back-up thumb-drive dan CD, tapi cukup ke? Kemudian ada orang pulak tanya "ada virus ke?" Waaaaa!! Dalam hati dah meraung dah, walaupun balas 'tak' dengan tersengih-sengih.

Berhari-hari aku dok fikir. Ya aku memang susah nak buat keputusan. Apatah lagi keputusan ni memerlukan pengorbanan besar. Aku ingat balik apa orang tu kata. Wah! Bahaya ni. Tak boleh tunggu. Laptop mat salleh ni chenta hati, pengarang jantung, buah hati, cinta abadi dan teman seranjangku sekarang, kalau dia kaput amacam? Mau ada yang nangis sampai pengsan.

Akhirnya...


hahaha.. aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyaklah kat orang tu sebab jadi pemangkin aku beli ubat ni. Laptop mat salleh aku semakin efisyen! Nah kiss kiss di angin lalu kekekekeke. Berbaloi sungguh!

p/s : sebenarnya saja je nak beritahu aku dah ada anti-virus, anti spyware, anti spam, firewall etc baru. ORIGINAL tau! Aku tak suka Norton, lembab dan banyak makan ruang.

*Kaedeah fiqh menyebut; Iza ijtama'a halal wa haram qhalaba haram = bercampur halal dan haram maka ianya menjadi haram. Aku mohon hasil titik peluh aku dulu tu tidaklah haram kerana niat sentiasa untuk membantu mereka yang tertindas.


Monday, August 27, 2007

Selamat ye.



Pejam celik pejam celik tak sangka dah setahun berlalu.

Untukmu,
Selamat menyambut ulang tahun yang pertama, Sayang.



p/s : lain kali naik bukit tu, berhentikan kereta dulu. Fokus betul-betul baru snap. Takpun belilah kamera canggih. Tak cun la guna kamera telefon. Nanti ai balik kita pergi sana lagi ye yu!

Saturday, August 25, 2007

18SX - lelaki dan daging

Suatu pagi, suatu hari.

"So you never had sex? You're a virgin?"

Aku tendang kang minah bongok ni! "My choice."

"Don't you have the desire? You know... for sex? Love? How can you live without men?"

Adeh! Aku banyak kerja la minah. Daripada ak layan kau kan lebih elok aku habiskan kerja-kerja ni semua. Malas betul nak jawab. "Everybody have desire, even animals but we are confined to our religion. No sexual intercourse nor extramarital sex allowed."

"So, if you get married you must choose a muslim man?"

"Definitely."

"Why? Why can't you marry any man from any belief? Why must Muslim marry a muslim."

Alah, banyak tanyalah pulak. Otak dah la lembab hari ni.. hmm.. apa nak jawab??

"Oh I want it halal!"

"hahaha.. like halal meat?"

"Definitely."

"You're saying Muslim men are like halal chickens or meat?"

"Yep."

"I don't understand."

"To process a halal meat, the animal must be slaughtered properly by a Muslim. The knife used for slaughtering must be very sharp, so the process would be smooth and certain nerves cut completely. The severe neck cause blood to drain from the body quickly. Blood cause uric acid. "

"I still don't get it."

"I know. I just want to say that a Muslim man who practice their faith is like halal meat. They are clean. That's all. You don't wanna eat contaminated meat don't you?"

"You're not making sense, you know."

"I know." Mengeluh. "My choice."


Tadi masa rehat.

"Sometimes I buy halal meat."

"Why?"

"I don't know. I just find them cleaner than normal meat."

*Memetik kata-kata Sheikh Imran Hosseini - lelaki dan wanita umpama siang dan malam. Berbeza tapi saling memerlukan dalam satu dunia. Pertembungan siang dan malam itu indah, sama ada waktu siang menghampiri malam atau malam menghampiri siang. Begitulah juga indahnya pertembungan antara lelaki dan wanita, berbeza namun saling memerlukan.*

:)

Thursday, August 23, 2007

:)

Pagi tadi lepas balik kerja, terasa sangat-sangat lapar. Memang perut dah buat choir sejak dalam bas. Sampai di rumah rasa malas sangat-sangat nak masak. Nasi malam tadi ada lagi. Hmm.. Telur pun banyak lagi. Saya ambil sebiji, goreng. Takkan nak makan dengan telur aje? Saya buka pula kabinet bawah, jumpa dua peket serunding daging masih lagi berbalut dengan masking tape dan dialas kad tebal. Saya koyakkan satu dan isinya dituang dalam pinggan.

Apa lagi, makanan saya pagi-tengahari tadi, nasi putih, telur goreng dan serunding daging. Masuk dalam ketuhar gelombang. Panaskan. Sambil-sambil tu saya cabut kad tebal yang dibalut masking tape tu. Ingatkan manila kad. Bukan. Rupanya kad. Saya koyak dengan pisau. Kad Hari Raya. Dari Mona. Dulu. Sebelum kemalangan.



Sudah sebulan tak tanya khabar. Bukan tak mahu, tapi saya tak nak dia sedih kalau berborak dengan saya. Kali terakhir dia bercakap dengan saya, suaranya sudah sebak. Jadi, tadi waktu masih di dapur, saya keluarkan telefon bimbit dan hantar sms;

23-August-2007 09:29
Salam, lama x tanya berita? Ko apa khabar? Ada no tel landline yg aku blh call? No 4 hp dah mahal plak skang ni.

Jawapan yang saya terima

23-August-2007 09:35
Alhamdulillah. xda la. umah xda phone. xyah phone skrg dlm keta. aku stat keje ujung bln dpn. haris xtau lagi. tp makin beransur pulih. ni pun br blk dr opis. pas subuh bwk haris jalan kat taman rekreasi. pasti g opis selang sehari nk kasi dia ingat. tahap kewarasan pun hampir pulih. byk dia dah ingat.fizikal pun kuat sket sejak g joging kat taman n ada pakcik dtg urut seminggu sekali. aku kat kb.rabu ni blk kuantan. bln dpn balik kajang coz haris ada appointment kat hospital putrajaya. ....

Alhamdulillah kata saya dalam hati. Mona memang wanita cekal.

Ramalan cuaca: matahari memancar-mancar tapi masih lagi sejuk. Dengar khabar (yang belum dapat dipastikan kesahihannya) kami mungkin dilanda arus udara panas(?) [heatwave] bulan depan. Dalam bulan Ramadhan.

Tuesday, August 21, 2007

Three to make your day or... night

A man left the cold snowy streets of Chicago for a vacation in Florida. His wife was on a business trip and was planning to meet him there the next day. When he reached his hotel, he decided to send his wife a quick e-mail.

Unable to find the scrap of paper on which he had written her e-mail address, he did his best to type it in from memory. Unfortunately, he missed one letter and his note was directed instead to an elderly preacher's wife, whose husband had passed away only the day before.

When the grieving widow checked her e-mail, she took one look at the monitor, let out a piercing scream, and fell to the floor dead. At the sound, her family rushed into the room and saw this note on the screen:

Dearest Wife,
Just got checked in. Everything prepared for your arrival tomorrow.

Your Loving Husband.

PS: Sure is hot down here.


This poem was written by Jon Saxton (an author of math textbooks).

((12 + 144 + 20 + (3 * 4^(1/2))) / 7) + (5 * 11) = 9^2 + 0

Or for those who have trouble reading the poem:

A Dozen, a Gross and a Score,
plus three times the square root of four,
divided by seven, plus five times eleven,
equals nine squared and not a bit more.

(Macam tak rhyme la plak)


The English Language:

Have you ever wondered why foreigners have trouble with the English Language?. Let's face it. English is a crazy language. There is no egg in the eggplant, no ham in the hamburger, and neither pine nor apple in the pineapple. English muffins were not invented in England. French fries were not invented in France.

We sometimes take English for granted, but if we examine its paradoxes we find that Quicksand takes you down slowly, Boxing rings are square. And a guinea pig is neither from Guinea nor is it a pig. If writers write, how come fingers don't fing. If the plural of tooth is teeth. Shouldn't the plural of booth be beeth, If the teacher taught, Why didn't the preacher praught. If a vegetarian eats vegetables, what does a humanitarian eat? Why do people recite at a play, yet play at a recital; Park on driveways and Drive on parkways?

You have to marvel at the unique lunacy of a language where a house can burn up as it burns down; And in which you fill in a form by filling it out. And a bell is only heard once it goes! English was invented by people, not computers, and it reflects the creativity of the human race (Which of course isn't a race at all)

That is why when the stars are out they are visible, but when the lights are out they are invisible, and why it is that when I wind up my watch it starts, but when I wind up this observation, it ends.





Monday, August 20, 2007

Ooh kenapa marah ye?

Sebab menonton dan membaca kisah tragis di Palestine dan di Iraq. Dah baca blog riverbend? Tiap kali saya baca, saya mesti rasa geram. Benci. Sakit hati. Oh bukan pada dia tapi pada ketidakadilan yang terpaksa beliau hadapi setiap hari.

Kita dalam bulan kemerdekaan tapi kenapa kita masih lagi dipenjara? Masih lagi dijajah? Mereka memang licik. Menjadikan kita sebuah bangsa yang mengagung-agungkan consumerism. Mahu menjadikan negara kapitalis? Yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin. Memecahkan pendidikan kepada dua, menurun tarafkan pendidikan agama. Apa yang kamu dapat kalau belajar agama? Setakat menjadi ustaz atau cikgu atau kerja di jabatan agama yang mana jabatan itu sendiri dipersendakan peranannya. Baik belajar jadi insinyur, sekurang-kurangnya tamat pengajian, dapat kerja bergaji beribu-riban. Tunjang hidup mencari wang. Untuk apa ye? Supaya dapat menghabiskan duit berjoli-jolian. Mengikuti tata hidup mereka yang mencipta capitalism, menjadi hamba consumerism. Berlumba-lumba memijak kepala yang lemah demi wang dan kuasa?

Ya ya… saya juga cakap tidak serupa bikin. Membenci mereka tapi tetap bergelumang dengan mereka saban hari. Hipokrit kan saya ni? Tapi zaman dulu mereka datang mencari ilmu bersama-sama bijak pandai di Andalus. Mereka belajar tentang pembangunan fizikal, mereka belajar tentang pembangunan ummah. Mereka juga belajar tentang kebersihan tatkala dunia mereka didalam kekotoran. Mereka bawa pulang ilmu yang dipelajari. Kemudian mereka perangi saudara-saudara kita, mereka tipu pula sejarah yang telah melakari dan membentuk tamaddun yang ada sekarang. Tamaddun yang mereka cipta dan kita bangga.

Terus-terusan kita ditipu tapi kita buat apa ye? Agaknya lebih rela hidup dalam kegelapan dari celik dan memandang kejelekan? Semoga kita semua dibukakan mata. Semoga anak-anak yang dididik bukan setakat berjaya menjawat jawatan besar atau bergaji besar tapi juga mempunyai semangat mujahid yang besar juga. Perjuangan memerlukan bantuan kewangan kan? Alangkan syarifah Nusaybah (FT-1511 kombat) juga seorang yang kaya maka mampu mendidik mujahid-mujahid mempertahankan Makkah dan Madinah (walaupun dalam fiksyen).

Semoga ibu-ibu seagama dengan saya di Tanah Malaya mendidik anak-anak bukan setakat untuk membantu tatkala usia mencecah senja dan memperbaiki ekonomi keluarga sebab fungsi zuriat yang utama adalah mengukuhkan kedudukan Islam. Gantikanlah zuriat kamu dengan zuriat yang tiada di bumi yang sangat memerlukan generasi pengganti. Bumi Palestine semakin kehilangan para mujahid muda.. dan Iraq bakal menyusul.

Peringatan untuk kita semua. Kita diperang dari setiap sudut….
p/s
Selamat Hari Jadi Along
Selamat Hari Jadi Afiqah Aqilah
Selamat Hari Jadi (terlambat) Aqil Aiman.
- aku tak lupa cuma tak berkesempatan.

Saturday, August 18, 2007

Istighfar

"Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS At Taubah, 9: 38-39),

"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki.” (QS Ali Imran, 3: 169)


"Semoga Allah menerima dari kalian dan dari kami wahai mujahidin, wahai seseorang yang melindungi negeri dan mempertahankan kehormatan ummat Muslim dan kehormatan Ummat. Wahai seseorang yang berperang untuk meninggikan panji Islam dan murni dari noda nasionalisme, patriotisme, demokrasi dan syirik." Amiin.

Ooooooooohhhhhhh mood nak penggal kepala orang semakin memuncak!


Friday, August 17, 2007

Dia datang

Jadi memang bolehlah?

Boleh, lagipun bukan janda yang perlukan persetujuan.

Tapi, cukup syarat ke? Kan perlukan lelaki, perempuan, wali, saksi segala?

Cukup dah tu. Kalau perempuan tak ada, gambar dah ada dan semua setuju, boleh aje kalau nak diteruskan.

Hish! Tak pasal-pasal.

Nak abah buatkan ke?

hahahaha... boleh ke?

hahahaha... mungkin jabatan agama pulak tak bagi. Buat kat sana pun tak kisah. Guna aje wali hakim.

hahahaha... tak apa?

Semua dah cukupkan? Buat apa nak ditahan-tahan.

ya tak ye juga kan? Hmm...


bla bla bla bla... 15 minit


Bila dia nak sampai?

Minggu pertama bulan depan.

Mimi
tak kisah?

Dia kata tak apa. Lagipun bulan puasa sampai raya dia tak ada. Dia nak .... (bla bla bla)

Hmm... masih nak cari rumah baru ke?

Tak tahu lagi. Tengoklah dulu. Kalau ada rezeki, ingat nak teruskan je duduk rumah ni.

Hmm... Macamana? Dia nak buat 2 kerja jugak?

Tak tahulah, saya tak tanya dia lagi. Takut dia tak biasa buat dua kerja. Penat juga.

Hmm... terpulanglah. Dia tahu kan nanti sampai dah nak masuk bulan puasa.

Tahu, dah cerita hari puasa tahun ni panjang sikit. Mungkin pukul 8 lebih baru buka. Sahur pun sebelum pukul 4am. Emm... rasanya raya nanti tak boleh bawa dia beraya.

Kenapa pulak? Tak cuti kerja?

Tak kot. Mimi cuti. Kalau saya cuti, tinggal 3 orang aje yang keja. Tak pe, lagipun habis pukul 3.30pm. Kalau nak beraya pun lepas tu lah. Cuma tak tahu sempat tak kami nak pergi solat raya pagi tu.

Tak pe tu sunat. Buat sendiri kat rumah pun boleh.

Err...

Tak ingatlah tu!

Setahun sekali. hehehehe. Abah kena bagi instruction. Boleh?

Buatlah berjemaah.

Eh? hahahaha.. ooookay.


*Musim panas dah nak habis rupanya..... Sekejap aje masa berlalu*

Tuesday, August 14, 2007

Seharum Setanggi

Tak, tak. Belum mati lagi.

Menjadi pengguna setia perkhidmatan bas awam membuka mata kita dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang suka membaca. Ada yang suka berangan. Ada yang suka mendengar lagu menggunakan I-Pod canggih masing-masing (tapi terlalu kuat sampai kadang-kadang orang yang duduk dua baris di belakang pun boleh mendengar lagunya dengan jelas) dan ada pula yang suka mendengar muzik yang dimuat turun dalam telefon bimbit masing-masing. Ya, kesimpulannya, satu bas banyak ragam.

Itu semua tidak menjadi masalah pada saya. Bacalah selagi kamu suka membaca dan dengarlah lagu selagi kamu boleh mendengar. Kalau suka, berboraklah sampai terlepas destinasi pun tak apa. Sampai satu bas seolah-olah kamu yang punya pun tak apa.. tapi satu. Satu saja saya minta dari kamu.

Janganlah pakai seluar yang sama selama seminggu, sebulan atau setahun. Baunya ya Tuhan! Menyengkak rongga hidung! Kamu tahu bukan, sekiranya hari hujan, tingkap sejalur tidak dibuka dan aroma yang kurang menyenangkan itu tidak boleh keluar selagi kamu tidak keluar?!

Sudahlah kamu menambahkan pencemaran dengan menggunakan kertas tandas sahaja untuk mengelap, salahkah kiranya air yang disimpan itu digunakan untuk membasuh seluar kamu itu? Hampir terpengsan saya kerana kekurangan oksigen tadi. Untung pejalanan tidak jauh, tambah 10 minit lagi, rasanya pemandu bas terpaksa mendail 999.

Oh ya! Kalau pun malas menjirus air ke badan atau menyalin pakaian baru atau bersih. Semburlah haruman di badan. Kalau tak ada, kedai-kedai di bandar masih lagi mengadakan Jualan Musim Panas.

Saturday, August 11, 2007

Tak bestla kerja...


http://www.rampantscotland.com/colour/graphics/sunset_glasgow_fort055s.jpg

Sejak kebelakangan ni, saya rasa kurang seronok pula kerja shift 9.30am-3.30pm kat hospital. Bukan tak seronok tolak troli cawan yang berkelentung dari satu bilik ke satu bilik mempelawa teh, kopi, susu dan biskut. Tapi, keadaan pesakit-pesakit kanser di hospital sering mengusik hati. Mereka ini kebanyakannya sudah tua. Ada yang sakit kanser paru-paru, darah, tulang belakang dan macam-macam lagi. Keadaan mereka jarang yang bertambah baik. Ada yang dari berambut lebat terus luruh akibat kesan sampingan radiologi atau kemoterapi. Ada yang dulu ceria, sekarang bermuram durja. Ada yang dulu boleh berjalan, sekarang bergantung kepada alat bantuan raspiratori.

Bulan lepas saya berbual dengan Mr B. tentang pementasan McBeth tulisan sasterawan Inggeris tersohor William Shakespeare. Tentang tugas beliau yang dilantik sebagai pereka kostum pementasan McBeth versi Kabuki. Kostum beliau haruslah berciri tekstil Scottish. Bermakna, pementasan kabuki McBeth di dalam bahasa Jepun dan pelakon-pelakonnya bakal memakai tartan dari clan Scottish. Ah! Pening sungguh karyawan Jepun! Mr B. bersemangat sungguh bercerita tentang tugasan baru beliau. Kami berdiri sambil dia menunjukkan buku bergambar pakaian-pakaian Jepun pada saya. Kami bercerita panjang, hmm.. sebenarnya saya cuma bertanya samada beliau seorang yang minat sastera kerana saya lihat ada buku McBeth di tepi katilnya hari itu.

Minggu lepas, saya terserempak dengan dia, di ward B1. Beliau menegur saya dengan ceria dan bertanya bagaimana percutian saya. Wah! Tak sangka beliau ingat saya lagi. Kami berbual sambil saya masih lagi memegang baldi dan mop. Saya mengejar masa. Saya tanya tentang perkembangan terbaru rekaan kostum, tapi beliau menjawab beliau hanya menumpukan sepenuh masa untuk pulih. Saya terkesima. Itulah ucapan saya pada beliau bulan lepas. "I want you to concentrate on getting better first."

Tadi, saya jumpa beliau lagi. Beliau di Ward B2 pula. Ward saya. Keadaan fizikalnya sangat lemah. Tapi, masih lagi berupaya mengangkat tangan dan melemparkan senyum disebalik topeng oksigen. Waktu saya mengemop bilik, beliau berkata. "I am fighting this. I am fighting this." Saya tak mampu nak membalas. Saya tak tahu nak balas apa. Saya lemparkan sebuah senyuman sambil mengangguk. Sedih..

Di Bilik 1, seorang tua berkepala botak dengan tatu dari pergelangan tangan hingga ke siku kanan, terbaring. Saya gelarkan dia 'cheeky old man.' Minggu lepas becok mulutnya bertanya nama saya, dari mana saya datang dan buat apa di sini. Semua soalan beliau saya jawab dengan baik. Hinggalah tiba ke set soalan ke dua;

"Are you married?"

Cis! Ini orang tua!

Bila saya sengih dan katakan tidak, dia balas. "Got any boyfriend?"

Kali ini saya ketawa dan pelawa dia jadi boyfriend saya. Dia ketawa sama lalu berkata, "You shoud go out dancing more and get yourself a nice man."

Saya cekak pinggang dan pandang dia. "When you get well and can stand, you can teach me dancing coz I don't know how."

Dia ketawa lagi. "Oh you cheeky!"

Tadi, dia tidak seceria minggu lepas. Malah asyik batuk-batuk saja. Dia tak usik saya hari ini. Malah, hati saya yang terusik tengok keadaan beliau yang agak lemah. Saya jadi sedih lagi.

Saya tahulah saya cuma pencuci dan pembuat air teh. Menolak troli berkelentung bunyi cawan-cawan berlaga waktu 10am dan 2pm. Tugas memanglah tidak susah, tapi hubungan walaupun singkat dengan pesakit-pesakit di hospital ini, tetap memberi kesan pada saya.

Ah!!!! Saya kurang gembira dengan shift 9.30am-3.30pm ni!

Friday, August 10, 2007

Piping Week

Sebenarnya ada pertunjukan beg pipe (Glasgow International Piping Festival) dalam seminggu ni di George Square tapi sebab kesuntukan masa nak kejar proyek, tak berkesempatan nak menikmati ke'best'an bunyi beg pipes ni. Pertunjukan/pertandingan ni pun bersempena dengan minggu Military Tattoo di Edinburgh.

Selasa lepas masa keluar makan tengahari dengan Rosie, sempatlah singgah di luar Buchanan Gallery sebab dengar ada band pipe ni tengah practice. Hehehe... band dari Strathclyde University. Sebab tak bawa camera, cuba lah ambil guna phone camera. Maaflah gambar kurang bermutu. Err.. bukan telefonnya yang kurang bermutu tapi penggunanya agak tidak berapa pandai gitu! hahaha

Enjoys!!


Thursday, August 09, 2007

Bodoh!

Mana punya setan gondol yang dah hantar 'ulat' buat onar kat sini neh!

Ada masa tengok la ni.




Sapalah nak jadi 'si lembu jantan' yang boleh tolong 'anak anak lembu' yang hampir menjadi mangsa 'singa singa lapar' dan 'buaya' yang suka ambil kesempatan??

Wednesday, August 08, 2007

Orang Besar dan makan

Oh tadi, duduk-duduk. Borak-borak.
Saya orang yang paling dekat dengan tempat borak kali ini, tapi saya yang paling lewat. Tapi, saya tak datang dengan tangan kosong. Saya bawak kek. Harga £1. Cukuplah kan?

Borak sambil tengok agenda di televisyen. Skrin besar. Sambung dengan komputer riba. Tapi mata rabun, skrin besar pun macam tak nampak gitu.

Borak-borak, duduk-duduk empat lelaki dua perempuan. Sorang tu single mingle. Satu sudah berpunya, empat lagi tiga kosong. Hahaha.. orang single mingle tak berminat dengan yang empat sebab dia sudah pandang 'orang lain' hahaha.

Oh cerita borak-borak, duduk-duduk tadi buka bab orang-orang besar yang nak datang ke Glasgow. Orang-orang besar atas nama MSD (Malaysian Student Department) nak datang hari Ahad ni. Nak borak-borak buang masa dengan kami. Tak tahulah apa intipati sebenarnya orang-orang besar ni nak datang menyusahkan errr... melawat kami. Tak pulak dimaklumkan secara terperinci. Terpaksalah kami tunggu cerita merapu err... terkini mereka nanti.

Kami, empat lelaki dua wanita terpaksa berborak-borak nak buat apa untuk orang-orang besar ini. Tempat nak kena cari, agenda makan kena dipenuhi. Nak makan apa ye? Mata sudah melirik pada bekas-bekas makanan yang terhidang atas meja di rumah tuan rumah. Hmm... sedapnya. Tadi makan percuma, petang ni makan percuma lah lagi. Seronok. Modal cuma kek £1 dapat habuan nasi, sup tulang, daging AYAM goreng dan dua pencuci mulut yang sangat-sangat sedap. Hahaha.

Ah! Agenda makan-makan masa sesi borak-borak buang masa dengan MSD. Oh! Kata presiden, kita makan meehoon aje la. Ya ya! Saya setuju! Saya suka meehoon goreng. Presiden kata masuk bekas aje. Tak payah susah-susah nak hidang. Hari Ahad jam 3 petang.

Erk! Saya kerja habis jam 3.30pm. Err... saya tak boleh minta cuti sebab nak simpan cuti untuk raya Idul Fitri yang bakal tiba di hari Sabtu atau Ahad bulan Oktober. Bagaimana ek?

"Ah! Kau datang time makan jer nanti." Kata presiden.

Yeay! Yeay! Kalau sempat la ye. Bukan setakat saya kerja, saya juga naik kenderaan awam. Tak tahu lah bila akan tibanya ke tempat sesi berborak buang masa dengan MSD tu kan kan kan??

Simpankan satu bekas plastik meehoon goreng untuk saya ye!

Monday, August 06, 2007

Cow and Chicken - bukan katun


http://members.lycos.nl/cownchicken/pictures.html

Hari tu, kecoh pasal 'holy cow' si Shambo yang hidup dalam kemewahan dan kesenangan di sebuah kuil terpencil di Carmarthenshire di Wales terpaksalah dibunuh sebab mengidap Bovine TB. Kira kecoh jugalah sesetengah kumpulan masyarakat bila jabatan kesihatan nak lembu ni 'put to sleep'. Akhirnya Shaboo, lembu jantan keturunan baik baik jenis Friesian meninggal dunia pada usia yang masih muda remaja. Enam tahun. But I'm sure he had had a good life.

Sekarang kecoh juga pasal lembu. Tapi bukan 'holy cows' kat mana-mana kuil. Sekarang ni kecoh penyakit mulut dan kaki. Lembu-lembu sakit la ni. Tapi katanya keadaan tak berapa nak serius. Err.. ni hukum karma ka? Shaboo kena bunuh, kawan-kawan jatuh sakit. heh? heh?

Ooookaay.... moralnya kurangkan makan daging lembu makanlah daging ayam. Tapi, jangan makan ayam bersin heh heh heh.

OK OK takat sini dulu, esok kena ngajor.


Saturday, August 04, 2007

Okeh dah..

Selesai keluarkan angin panas dari badan. Sessi untuk mengarut pula!




Periksa punya periksa... ohh! entry sudah melepasi angka 200 heh heh heh.. Lebih aktif sejak akhir tahun lepas dan bermula tahun ini. Mungkin, sebab bila dah jauh dari keluarga dan kawan-kawany yang kita kenal, kita jadi sunyi dan ingin banyak bermonolog. Banyak yang nak kita luahkan dan banyak yang nak kita ceritakan.

Saya mula berblog, sekitar tahun 2003, waktu tu hanya menukilkan pengalaman mengembara bersama rakan-rakan. Saya tak ada diari tetap, tapi saya mahu mengabadikan tulisan saya, akhirnya saya jumpa blog dan terus jadi pelanggan tetap website ini. Tulisan saya banyak di dalam bahasa Inggeris sebab waktu tu, saya lebih selesa berbahasa Inggeris. Saya rasa walaupun bahasa Melayu itu kaya tapi ia kurang expressive. Tapi lama kelamaan saya teringin pula nak berbahasa ibunda. Mungkin sebab sekarang pun dah menumpang di negara di mana majoritinya berbahasa Inggeris, saya inginkan kelainan.

Ada orang memang mempunyai bakat menulis, ada orang pula harus belajar untuk menulis. Saya dalam kategori ke dua. Saya masih belajar untuk menulis dengan baik. Sebab? Saya bukan seorang yang expressive. Dulu, saya rajin juga naik angin, tapi sekarang saya sukar untuk marah. Apatah lagi untuk luahkan kemarahan, kegeraman, sakit hati atau bengang. Kalau orang tengok saya senyum dan tanya kenapa gembira, saya tak tahu nak beri jawapan yang tepat, kecuali kalau benar-benar kegembiraan itu datang dari sumber yang spesifik - contoh; lulus periksa. Dapat duit. Dapat buku percuma. Tapi kalau kegembiraan itu datang dari hati yang tenang, saya balas soalan itu dengan satu lagi senyuman saja. Kalau sedih? Entah, kadang-kadang saya pun tak tahu kenapa saya tiba-tiba sedih atau malankolik.

Tapi yang pasti, saya suka sangat mengusik. Saya suka usik anak-anak buah saya sampai mereka menangis dan meraung bencikan saya (tak lama pun, lepas tu minta juga KFC atau McDonalds). Saya suka mengusik sampai orang yang saya usik tersipu-sipu malu. Tak kiralah lelaki atau perempuan, tua atau muda. Saya memang suka mengusik.

Jadi kawan-kawan semua terutama kawan-kawan berlainan gender ni, maaflah kalau saya terlebih ngusik atau menyakat. May, sekarang setiap komen saya pada hang, saya akan ajak dating.. tak serius sebenarnya. Tapi kalau nak bagi saya makan free... errr.. set! hahaha.

And last but definitely not the least... to my dearest dear! Muahh!!!

hahahahaha

P/s acheh acheh cheh... lupa plak nak link my dear. huhuhu. Ni baru tidur, termimpi-mimpi ni aish!

Friday, August 03, 2007

Janji

Apa yang lebih penting setelah kita dijemput sakratul maut?
Siapa lagi yang lebih berkehendakkan jasad kaku tanpa ruh?
Siapakah yang lebih berkuasa?

Semasa hidup berapa ramai yang peduli?
Semasa bernyawa berapa ramai yang cinta?
Semasa bernafas, mahukah kamu cium hancing kencingnya?
Membuang najis yang melekat?
Melayan omelannya?
Menahan marahnya, sinisnya?

Cukup dengan ciuman dipipi yang disalut belulang nipis setahun sekali?
Gembira dengan huluran ditangan yang tak seberapa?
Tahukah kamu dia meminta?
Hanya kamu tidak ambil peduli.

Luluh nyawa dari jasad, diangkat ruh dari badan
Dan kamu tiba-tiba ambil peduli?
Kamu tiba-tiba mahukan dia?
Kamu sekat perjalanan dia semata-mata kerana nafsu kamu
Kamu buat dia menangis tanpa suara

Sabarlah, masa kamu akan tiba
Mahu menemui Penciptamu, tapi terhalang
Aku harap kamu tidak menangis tanpa suara
Meronta dalam diam
Dan memekakkan segala isi alam
Kecuali manusia yang meratap pemergian kamu
Tapi menahan kamu kerana nafsu mereka.

Sabar, masa kamu tetap akan tiba.
Peringatan untuk aku juga!
Menunggu janji yang harus aku kota.


Ini hanya omelan dari hati yang panas, tak perlu dilayan.

Thursday, August 02, 2007

Berita

Baru dapat berita, kira-kira sejam tadi.

Nenda meninggal dunia. Tiga hari nenda tak mahu makan, puas dipujuk bonda. Akhirnya malam tadi bonda suapkan air. Sedikit saja. Dia terus terkulai. Innalillahi wainna illahi rojiiun.

Bonda tenang saja, mungkin rasa puas dapat menjaga nenda sehingga nafas yang terakhir.

Mohon disedekahkan Al-Fatihah. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas nenda Salmah binti Sono.

host

Minggu lepas memang minggu yang cukup sibuk. Selang beberapa hari balik dari Belanda, sahabat di Hull pula datang melawat. Nasib baik housemate bermurah hati nak tolong masak. Kalau harapkan saya... alahai entah apa-apalah jadinya lauk hari tu. Jadi, hari tu kami makan kuzi ayam dengan sayur campur. Lauk dua aje tapi pencuci mulutnya 'ramai'. Hahaha.. beli kat Tesco yang dekat dengan rumah.

Esoknya meronda bandar Glasgow kemudian pula menghantar dia ke Edinburgh. Suaminya menunggu di sana selepas selesai berurusan dengan rakan sekerja. Seharian suntuk di Edinburgh dalam keadaan hujan lebat. Untung sempat makan briyani free selepas usai solat zohor hahaha.

Selang sehari ke Edinburgh sekali lagi. Kali ini menjemput sahabat di Belanda yang datang bertandang pula. Hmm.. berulang ke airport pula. Lepas ni jadi expert la untuk ke Edinburgh Airport. Jalan dalam hujan (lagi) di Edinburgh.

Esoknya berjalan di Glasgow pula. Keluar dah lewat tengahari kerana dia 'capek!' jadi tak tak banyak tempat yang boleh dibawa. Akhirnya bershopping saja di Buchanan Street. Nasib baik ada sale.

Sabtu - bekerja seperti biasa. Ahad pula kerja 10jam terus. Fikir duit, duit, duit. Penat tolak tepi. Tapi sebab keletihan malam tak boleh tidur. Jaga jam 3.3oam, solat subuh dan terus terkebil-kebil. Chatting aje lah sementara nak tunggu bersiap-siap untuk one day tour ke Highland. Cuaca memang baik, tapi bila petang sikit, cuaca mula mendung. Macam ni di Urquhart Castle, Loch Ness.


Cuaca mendung jer.



Dia ambil gambar kastil dari dalam bot.




Makan tengahari. Errk! Saya makan babi ngan ayam!!!!

ooooh macam tu rupanya rasa daging babi salai lalalalalala

Projek tak siap
1. Editing
2. Translating
3. Ajar Rosie IT
4. Tengok North and South (lagi dan lagi dan lagi)

perkh! Saya jatuh cinta lagi. Nama dia John Thornton a.k.a Richard Armitage. kah kah kah!

p/s elly, tahan je la kan? Aku di dalam 'musim' itu.