Dia datang
Tapi, cukup syarat ke? Kan perlukan lelaki, perempuan, wali, saksi segala?
Cukup dah tu. Kalau perempuan tak ada, gambar dah ada dan semua setuju, boleh aje kalau nak diteruskan.
Hish! Tak pasal-pasal.
Nak abah buatkan ke?
hahahaha... boleh ke?
hahahaha... mungkin jabatan agama pulak tak bagi. Buat kat sana pun tak kisah. Guna aje wali hakim.
hahahaha... tak apa?
Semua dah cukupkan? Buat apa nak ditahan-tahan.
ya tak ye juga kan? Hmm...
bla bla bla bla... 15 minit
Bila dia nak sampai?
Minggu pertama bulan depan.
Mimi tak kisah?
Dia kata tak apa. Lagipun bulan puasa sampai raya dia tak ada. Dia nak .... (bla bla bla)
Hmm... masih nak cari rumah baru ke?
Tak tahu lagi. Tengoklah dulu. Kalau ada rezeki, ingat nak teruskan je duduk rumah ni.
Hmm... Macamana? Dia nak buat 2 kerja jugak?
Tak tahulah, saya tak tanya dia lagi. Takut dia tak biasa buat dua kerja. Penat juga.
Hmm... terpulanglah. Dia tahu kan nanti sampai dah nak masuk bulan puasa.
Tahu, dah cerita hari puasa tahun ni panjang sikit. Mungkin pukul 8 lebih baru buka. Sahur pun sebelum pukul 4am. Emm... rasanya raya nanti tak boleh bawa dia beraya.
Kenapa pulak? Tak cuti kerja?
Tak kot. Mimi cuti. Kalau saya cuti, tinggal 3 orang aje yang keja. Tak pe, lagipun habis pukul 3.30pm. Kalau nak beraya pun lepas tu lah. Cuma tak tahu sempat tak kami nak pergi solat raya pagi tu.
Tak pe tu sunat. Buat sendiri kat rumah pun boleh.
Err...
Tak ingatlah tu!
Setahun sekali. hehehehe. Abah kena bagi instruction. Boleh?
Buatlah berjemaah.
Eh? hahahaha.. ooookay.
*Musim panas dah nak habis rupanya..... Sekejap aje masa berlalu*
16 comments:
Nak kata dialog, bukan. Nak kata sajak pun bukan.
Macam faham, macam tak faham..isk!
haha.. bagi kamu pening. Yang penting isinya, bukan?
ikut otak our yg tgh diselubungi bunga2 org nk kawin ni (bukan our ye...) yg dpt ditangkap maksud tersirat ada org nk nikah kat sana... sape...???
rayer x blik?? siannya... khairyn blik sini bila ek? saje tny.. ;) ada maksud tersirat juga... hehehehe
ari ni berasap.. sian saya khairyn..bos saya tu cam org pompuan.ada masa cam premenstrual (tul ke eja ek).. smlm ok, ari ni ntahapahapa..hehehe apa pun kita enjoy...! (pelik? our lg pelik hehehehe)
sapa yang nak kawen weh?
sapa yang nak ke sana?
pasal komen entri lepas, kalau aku mati masa tu, bukan tutup blog, tak sempat bukak pun. blogger pun belum ada lagi masa tu. tripod ada la.
salam
our
haha. 2 tahun ni x blk kot. Simpan duit :). Dulu keja dgn mcm2 perangai bos. Ada yg terlalu relax, ada yg ceremet, ada yg sengaja nak sakitkan hati. Tapi peduli apa. Kalau dia salah dia tetap salah. Kalau kita salah err.. kita tetap menang hahaha.
pa'chik
saya.
dia.
:)
hoh, tripod? Ingat time nak dirikan website alumni sekolah dulu. Kat tripod la. Sekarang ntah jadi apa ntah.
bila?
tahniah ye.
semuga selamat semuanya.
err.. pesal tak balik buat kat sini terus?
Hoh, cik mimi nak kahwin ker?
pa'chik
err.. terima kasih. InsyaAllah.. Bila? tak tau. Awat tak buat kat Mesia? Tak tau juga.
enchek Azhar
oh itu kena tanya tuan punya badan sendiri.
salam singgah.
anti khairyn nak kawen eh? oh2. selamat dari kena gosip. nikah di malaysia ke atau di sana? tahniah!
'barakALLAHuma bi sa'adah wa rahmah'
jangan lupa amalkan doa 'RABBana hablana min azwajina wa zzurriyyatina qurrata a'yun wa j'lna li llmuttaqina imama'
=)
salam eisraa
heh? emm.. ya ya terimakasih. nikah di mana2 pun boleh kalau cukup syarat kan? :)
oh.. terima kasih beri doa.
Kompius aku jap...Hang nak kawin ka? camne lak aku boleh tak tau ni...Mau aku hantaq lembu pi sana ka? Baper ekor mau?...tapi lambat sikit sampai haa aci sebab itu lembu mau naik kapal, lagi 3 bulan baru sampai haaa...amma!
memang aku nak kawen. tak caya? tanyalah abah. hahaha takyah lembu. Aku lepaskan hang dari ikatan janji tu. hang doakan aku dah la.
woah!
nak kawen ke?
bila?
sila jemput saya yek :D
hoho jemput tu insyaAllah.
nak datang ke?
Aku nak sangat tau janda mana yang ko nak pinang nih...
Post a Comment