Thursday, February 05, 2009

Jajahan.

Alhamdulillah aku dah selamat kembali ke bumi Glasgow. Pada sahabat semua yang menghulurkan simpati, aku ucapkan selaut terima kasih. Pada kawan-kawan di Malaysia yang cuba gembirakan aku, juga terima kasih aku ucapkan. Kalian sudah berjaya. OK nanti aku cerita pasal balik Malaysia. Sekarang aku cerita kisah lain dulu...

Malam tadi, aku tidur di dewan pendaftaran University of Strathclyde. Di suatu sudut. atas kain fleece, berselimut duvet, berkongsi tiga orang. Kedinginan. Kenapa? Sebab aku bertiga rakyat Malaysia bersama-sama dengan pelajar-pelajar tempatan di sini memprotes pihak universiti yang membeli air mineral dari syarikat Israel untuk kegunaan universiti. Protes ini dinamakan Occupying McCance Building, bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran universiti. Tu dia.... dengan jetlag yang tak hilang sepenuhnya, aku dah 'buat hal'.

Sebenarnya semalam, aku berlima rakyat Malaysia ni ikut berarak protes dengan anti war coalition untuk tunjuk sokongan kami kepada rakyat Palestine. Arakan bermula jam 2pm dalam renyai salji. Dari depan bangunan Union hingga ke bangunan McCance. Tak sangka pula terus diajak 'menjajah' dan menduduki dewan pendaftaran. Sudah alang-alang memprotes, biar teruskan aje. Aku tengok kawan-kawan di Glasgow ni bersemangat sungguh, walhal bukan satu agama dan juga satu bangsa, tapi atas dasar kemanusiaan dan bencikan kejahatan zionis, mereka bersatu padu dan melancarkan protes sebegini.

Protes dan 'penjajahan' di Strath uni ni, sebenarnya adalah yang ke 20 yang dibuat di sekitar UK. Hari ini, protes dan 'penjajahan' yang sama akan dibuat di Glasgow Uni dan Caledonian Uni. Sebelum ni ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Doakan saja kami berjaya ye.

Apa yang kami mahu sekarang, untuk mengusir keluar syarikat air Eden Springs dari uni, untuk pihak uni menghentikan kerjasama dalam penyelidikan senjata dengan pihak Israel dan memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar Palestine. Itu antara agenda utama kami. Yang selebihnya, mungkin boleh diusahakan untuk projek seterusnya. InsyaAllah aku akan muatnaik gambar, tapi buat masa ini aku minta kalian doakan usaha kami berjaya secepat mungkin. Ada kumpulan protes pelajar di sebuah universiti di London terpaksa tunggu 12 hari untuk berjaya, tanpa elektrik dan haba.

Baca di sini
http://strathclydeunioccupation.wordpress.com/
http://occupations.org.uk/?p=334

aku bersiaran dari dewan pendaftaran... dan computer nya sungguh tidak mahu 'berkawan' dengan aku. huhuhu

Tadi 05/02/09 kira-kira jam 12.50pm, kami sudah berjaya mendapatkan pihak universiti untuk bersetuju dengan kehendak kami.

1- Pihak universiti telah bersetuju dan komited untuk tidak meneruskan kontrak dengan Eden Springs. Walaupun tidak dapat memutuskan terus kontrak, pihak universiti berjanji tidak akan membuat pesanan baru untuk bekalan air mineral di universiti.

2- Memberi bantuan biasiswa kepada 1-3 pelajar dari Palestine.

3- berjanji untuk mengkaji kembali dana BAE System (Europe largest defence contractor) kepada Fakulti Kejuruteraan. Mulai sekarang, pihak uni akan lebih berhati-hati dan beretika dalam menerima dana di masa akan datang.

4- Membantu Islamic University of Gaza dalam bentuk kerjasama, penghantaran wang atau pertukaran pelajar.

5- Mengutuk tindakan BBC dan Sky yang tidak mahu menyiarkan/memberi publisiti dalam usaha untuk mendapatkan dana DEC untuk Palestine. Pihak Uni bersetuju untuk membantu mengwar-warkan dana untuk Palestine dalam laman sesawang universiti.




Perarakan membantah apa-apa perjanjian di antara University of Strathclyde dengan Israel. Kami membantah serangan ke atas Hamas dan mahu Palestine dikembalikan kepada rakyatnya yang berhak.


Polis berkawal di luar bangunan McCance.


Manakala di dalam pula kami sedang menjajah dan menduduki dewan pendaftaran Uni Strathclyde.


Pejuang-pejuang di luar memasang kanopi dalam keadaan salji yang masih lagi renyai-renyai. Kasihan mereka kesejukan. Bimbang dengan keadaan kami, mereka meminta derma untuk mendapatkan makanan untuk kami yang berada di dalam dewan.


'Pejuang-pejuang' Strathclyde University, dari pelbagai bangsa dan agama yang berjuang dengan tujuan yang satu. Without your persistence, solidarity and strong will, we may not achieve what we've achieved today. Thank you very much comrades!

Wednesday, January 21, 2009

Ode Buat Abah.

Mama Eda pesan, suruh saya nangis puas-puas dan jangan pendam. Tapi saya tak mampu nak nangis puas-puas walaupun air mata saya asyik mengalir saja tiap kali saya teringat arwah abah dan kesedihan mak. Berkali-kali saya pesan pada diri sendiri, saya cuma kehilangan abah, ibu-ibu di Palestine kehilangan suami, anak dan saudara-mara akibat kekejaman Zionis. Saya berjenaka dengan Juli, Em, Deal, Leyha dan KakSu. Saya dah masuk kelab mereka. Kelab anak yatim, kematian bapa. Lepas ini saya layak terima wang zakat bukan saja sebagai asnaf.

Saya tak pandai luahkan perasaan sebenarnya. Kak Zah telefon kata saya kuat. Saya tabah. Tidak sebenarnya. Sayalah orang yang punya selemah-lemah emosi. Saya tak pandai menzahirkan perasaan saya melalui perbuatan. Tapi mungkin dengan menulis, saya dapat luahkan sikit apa yang saya rasa...

Sejak saya diberitahu yang abah dimasukkan ke hospital, air mata asyik mengalir saja. Agaknya saya kuat minum air kot, macam banyak sangat bekalan air kat mata ni. Masa tu perasaan saya berselang seli antara risau dan mengharap. Risau keadaan abah akan bertambah kritikal dan mengharap yang abah akan sembuh.

Arwah abah memang seorang yang lemah lembut dan dia tak suka menyusahkan orang lain. Sifatnya yang lain, dia tak suka meminjam, Dari sekecil-kecil skru hinggalah membuat pinjaman wang. Apa yang dia perlu, dia akan beli sendiri. Hinggakan membeli rumah yang telah diwasiatkan atas nama saya pun, dia beli secara tunai. Jadi tak hairanlah pada hari dia jatuh sakit, dia sendiri yang meminta untuk dihantar ke Hospital Besar Melaka dan bukan ke Klinik Kerajaan di Ayer Keroh. Mungkin dia sudah rasa yang dia bakal menemui penciptaNya tak lama lagi. Memang itulah perangai abah. Kalau dia tidak betul-betul sakit, dia tidak akan mengaduh.

Sepanjang empat hari arwah di Cardiac Care Unit, maklah yang menjaganya. Siang malam mak bersama arwah. Membisikkan kalimah Allah, membacakan Yaasin dan membuat sunat hajat. Tahun 2009, ulangtahun ke 40 perkahwinan mak dan abah. Kakak, Afiq dan Aqil berselang seli menemankan mak di CCU. Saya pula hanya mampu membacakan surah Yaasin, tunaikan solat hajat dan berdoa meminta yang terbaik dari Allah.

Sekiranya Kau takdirkan dia sihat, sembuhkanlah dia dengan segera. Sekiranya Kau takdirkan ini ajalnya, permudahkan urusan dia menemuiMu. Aku redha.
Ini doa saya setiap kali usai solat Hajat sepanjang empat hari saya berteka-teki dengan Qada' dan Qadar Allah. Apa yang saya fikir, supaya abah tidak tersiksa. Itu yang saya tak sanggup nak tanggung. Saya tak mahu arwah kesakitan tiap kali aliran elektrik disalurkan untuk memaksa jantung mengepam darah. Saya tak mahu arwah abah merasa tak selesa dengan tiub yang dimasukkan ke dalam mulutnya, hidung dan mana-mana lagi rongga badannya. Saya cuma tak mahu abah sakit. Dan kalau ajalnya sudah tiba, biarlah sakaratul maut itu dipermudahkan untuk abah. Itu saja pinta saya pada Allah.

Kalau ikutkan hati saya memang nak terbang balik hari saya terima berita pertama yang abah dimasukkan ke CCU. Tapi, saya ada peperiksaan yang perlu saya selesaikan. Mak mahu saya habiskan periksa dulu. Hari yang sama juga saya terus tempah tiket kapalterbang. Tarikhnya satu hari selepas saya habiskan peperiksaan saya. Ulang-ulang saya beritahu kakak yang saya akan balik 21 ni. Saya pesan pada kakak suruh beritahu mak dan beritahu arwah. Mana tahu, kalau-kalau dia dengar yang saya hendak pulang, semangat dia akan naik dan dia dapat bertahan dan insyaAllah akan sembuh.

Hari Isnin jam 11.00 malam saya telefon mak, ulang lagi yang saya akan pulang. Barang-barang semua saya dah siapkan. Ole-ole untuk anak-anak saudara juga saya sudah saya masukkan dalam beg. Dua helai seluar arwah yang saya beli masa jualan murah tahun baru pun saya lipat elok-elok dan masukkan dalam beg. Harapan saya, sempat saya jumpa abah. Saya masukkan juga CD gambar-gambar pengembaraan saya di bumi Scotland untuk arwah sebab arwah suka mengembara. Dia suka tengok gambar-gambar yang saya rakam setiap kali saya pulang dari mengembara. Hajat saya memang untuk menggembirakan hati arwah.

Masa saya berbual dengan mak, saya dengar suara mak sebak tapi mak cuba yakinkan saya yang keadaan abah stabil cuma abah diserang demam panas. Ada pergerakan sikit. Berita mak tak buatkan saya lega sebenarnya sebab pengalaman saya bekerja di hospital, saya tahu selalunya pesakit yang nazak akan pulih seketika sebelum meninggal dunia. Tapi, saya tak mahu mak bimbang. Sekali lagi mak pesan untuk saya teruskan dengan peperiksaan saya. Antara mak dan saya, mak lebih kuat sebenarnya. Mak tahu keadaan arwah semakin tenat tapi mak kawal emosi supaya saya tak bimbang. Satu jam selepas saya telefon mak, jururawat arwah telefon minta ahli keluarga berada bersama kerana keadaan arwah abah semakin kritikal dan doktor sudah tidak mampu buat apa lagi. Yang tinggal hanya doa dan semangat arwah saja. Jam lapan empat puluh lima minit, arwah menemui penciptaNya.

Kakak sudah pesan supaya saya beri tumpuan pada peperiksaan dan tak telefon rumah sehingga peperiksaan saya selesai. Maaf, saya tak dapat tumpukan pada kertas. Fikiran saya cuma pada arwah abah. Selesai peperiksaan jam 12 tengahari, saya telefon dan ayat pertama dari kakak saya, "Kau sabar, ya."

Dalam hujan lebat dan suhu yang menjunam hingga 3C, kakak beritahu yang Allahyarham sudah selamat disemadikan selepas zuhur 23 Muharram 1430. Saya rasa masa tu hati saya turut beku. Saya nak masuk ke SUMSA, tapi pintunya masih berkunci. Mujur talian telefon tidak berapa baik, maka perbualan saya dengan kakak terputus. Tergantung. Buat seketika saya berdiri dalam hujan, bingung tak tahu nak ke mana, sedangkan saya sudah merancang untuk ke jabatan untuk menyerahkan surat memberitahu ketidakhadiran saya untuk dua minggu. Akhirnya saya putuskan untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang itu, baru saya rasa kehilangan yang sangat-sangat.

Saya memang sudah redha dengan ketentuan Allah. Dari Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali. Cuma saya agak terkilan, bukan sebab saya tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir sebab saya tahu dia sentiasa di hati saya. Saya terkilan kerana saya berhajat untuk mengajak dia ke sini dan bersama-sama duduk di bangku dengan emak untuk menyaksikan hari graduasi saya pada tahun 2010. Saya berhajat sangat hendak bawa dia jalan-jalan. Saya berhajat untuk membuat dia bangga dengan kejayaan saya. Hajat-hajat saya yang tak sampai inilah yang buatkan saya sedih sebenarnya.

Beberapa minggu sebelum dia meninggal, saya perasan yang arwah tiba-tiba agak manja dengan saya. Dia mengadu sesak nafas. Saya nasihatkan dia untuk ke doktor tapi dia kata dia cuma kena gastrik. Angin mungkin. Dia beritahu yang dia sekarang suka berjalan-jalan di waktu pagi untuk mengeluarkan peluh. Atas saranan saya, sudah mula kurangkan minuman kopi, teh dan susu. Sudah makan banyak buah dan sayur-sayuran. Memang arwah kedengaran gembira bercerita. Tidak lama selepas itu, arwah bertanya pada mak, bila saya hendak balik. Mak jawab, "Lambat lagi bah, 2010."

Saya mungkin sudah berusia 34 tahun, tapi dengan abah, saya masih lagi anak kecilnya. Saya memang manja dengan arwah. Sangat. Sesuai dengan namanya - bapa penyayang, arwah memang sangat penyayang dengan anak-anak.

Sejak tengahari usai memberi berita terbaru kepada rakan-rakan dan keluarga di sini, bertimpa-timpa ucapan takziah masuk ke peti masuk telefon bimbit. Keluarga di sini menganjurkan solat ghaib dan bacaan yaasin. Ustazah pula cuba hendak motivasikan saya, tapi Alhamdulillah, saya sedar dan saya redha. Ucapan takziah masih meluru masuk ke peti. Saya baca, jawab dan padam semuanya.

Tinggal satu yang saya masih belum dapat tekan butang padam.

Mesej dari kakak pada 17 Jan 2009 09:15
2nd thought elok gak kot ko blek sbb bru teringat abah ada tnya mak bila ko nak blek...

Mungkin saya akan biarkan dulu mesej ni sampai saya rasa kuat untuk tekan butang padam. Mungkin juga saya akan padam bila saya jumpa mak, peluk dan menangis puas-puas atas bahunya. Atau mungkin juga saya akan biar mesej ini sampai bila-bila untuk ingatkan saya supaya tidak lupa doakan kesejahteraan abah di sana. InsyaAllah saya akan sentiasa doakan abah.









Tuesday, January 20, 2009

Thank You

Terima kasih pada semua yang mendoakan ayahanda saya.

Allahyarham telah pulang ke rahmatullah pada 20 Jan 2009 bersamaan Hari Selasa 23 muharram 1430

Semoga Allah cucuri rahmat atas roh ayahanda saya.

Semoga Allah kuatkan semangat kami semua.

Haji Abu Khair bin Haji Sukor
26/05/1940 - 20/01/2009

Semoga abah tenang-tenang di sana.

p/s I just miss him so much.

Saturday, January 17, 2009

I PRAY...



I PRAY HARD



FOR YOU














AND ESPECIALLY FOR YOU













BECAUSE YOU ARE VERY SPECIAL TO ME......


I'm coming home.

Monday, January 12, 2009

Mim Alif Lam Sin

Memang dah lama tak tengok blog orang apatah lagi update blog sendiri. Memang tak ada ghairah langsung dah nak menulis blog. Entahlah kot, mungkin sebab masih lagi di awal tahun. Selalunya macam tu lah. Kalau awal tahun mood memang sewel sikit, nanti bila dah masuk bulan 3 dan seterusnya baru ok kot.

Kalau sesiapa nampak aku sekarang mesti ingat aku ni relaks aje, macam tak ada benda nak buat. Nampak aku merewang sana sini. Sat-sat pi bandar lah sat-sat pi shopping centre-lah. Hehehe. Sebenarnya aku banyak sangat kerja la ni.

  • Aku ada exam 20hb ni. Satu subjek aje. Tapi tak baca buku lagi. Sebab. Aku baca jurnal jer hehehe. Buku semua dah habis orang pinjam (baca: tu la lambat sangat nak mentelaah) (baca2: baca awal takut lupa) (baca3: malas) hahahaha.
  • Aku janji nak siapkan buku aku sebelum 2 Febuari. Tapi la ni tak siap-siap lagi. Macam kain perca, bak kata mak aku. Tampal sana, tampal sini huhuhuhu.
  • Terjemahan buku sekuel Terowong pun tak sentuh lagi. Banyak lagi nak dihabiskan.

Jadi amacam?

Meh tengok TV lah. Walaupun TV boleh buat aku rasa depressed tapi banyak gaklah ilmu yang boleh dapat dari program TV ni hehe

  1. Who's Got God's Millions? - Aku tengok dah lama. Akhir tahun lepas. Hostnya Robert Llewellyn seorang Atheist. Dia nak cari dalam banyak-banyak agama di dunia ni, agama mana yang paling kaya sekali. Dia pilih empat agama monotheistic yang paling popular di dunia. Dari Canterbury Cathedral, dia pergi ke Vatican City dan Israel sebab nak kira berapa banyak duit dan aset yang Anglican Commune, Katholik, Judaism dan Islam ada. Rupa-rupanya antara 4 agama ni, yang paling kaya adalah Islam.. erk! Aku dah lupa berapa banyak yang ada. Tak silap aku ranking ke dua Katholik, ke 3 Anglican Church dan last sekali Judaism kot.. tapi kira bukan Judaism la yang pertama. Surprise gak. Tapi tak leh pakai kot sebab si Llewellyn tak dapat nak cari confirmation berapa banyak aset yang di uruskan oleh keempat-empat agama ni. Aku bagi ** je kat doku ni.
  2. Islam and Science - Tengok dengan Mimi hari tu. Hostnya profesor Jim Al-Khalili. Nak baca seterusnya pi ke blog mimi atau ke blog cik akuatik ye. Menarik gak dokumentari ni. Prof Jim ni mak dia British, pak dia Iraqi. Apa kata Kementerian Pendidikan review balik silibus ke, jenis buku yang diajar kat sekolah, terutama tentang sejarah dunia ni. Sekurang-kurangnya pelajar-pelajar muda kita lebih kenal Ibn Sina, Ibn Batutah, Ibn Khaldun selain dari Hippocrates, Christopher Columbus atau Karl Marx. Aku bagi ***
  3. Jesus is Jew - Yang ni aku tengok semalam. Woah yang ni aku lupa siapa host dia. Sebab dok ralit menyembang jer semalam. Tapi dipendekkan cerita, host dia memang seorang non-practising Jew. Dia ada gak cerita kenapa Yahudi tak terima ajaran Christ. Macam kelahiran Rasulullah juga, mereka percaya akan datang seorang yang akan menyelamatkan mereka i.e the savior and the warrior. Tapi apabila Jesus lahir (macam dalam Nativity) di Bethlehem tu, Jesus bukanlah seorang seperti yang dorang harapkan. Depa kata Jesus bergelumang dengan gelandangan dan pelacur. Jadi macamana nak jadi penyelamat? Jadi mereka kembali kepada The Old Testament (Torah). Sejarah lagi, Jesus dilahirkan pada zaman pemerintahan Rome dan orang Rome tak suka Jews dan agamanya maka mereka dikatakan kelas bawahan aje. Lepas Jesus mati, mulalah keluar gospel sana sini yang menyesatkan. Penipu besar si Paul, tapi raja Rome bagi muka kat Paul maka berkembanglah agama ni. Seterusnya orang Yahudi memang tak ada tempat kat dunia ni. Orang Kristian memang benci orang Jews. Kira orang Yahudi memang disiksa dengan orang Kristian lah. Gitu. Aku bagi *** juga.
Dah habis cerita. TAMAT dah....

Tuesday, January 06, 2009

9th of Muharram

  • Hari ni 9th Muharram - Hari jadi aku ikut kalendar Islam.
  • Esok 10th of Muharram. Hari ke sepuluh dalam bulan Muharram - Hari Ashura'. Hari orang Yahudi puasa juga. Jadi kalau kita puasa hari 10 Muharram saja, kita jadilah macam orang Yahudi hahahaha.. Sebaik-baiknya puasalah 9,10 dan 11hb Muharram. Kalau nak puasa penuh bulan Muharram ni pun bagus gak kan. Macam tu lah pesanan ayahanda.
  • Semalam dengar protes anti-zionist di George Square. Setakat dengar ajelah. Cuma kagum gaklah dengan Scottish ni. Lebih Muslim dari Muslim. Berkobar-kobar semangat dia bercakap guna lound hailer dalam cuaca sub-zero kat Glasgow semalam. Pulak tu dekat dengan lokasi Winter Festival. Bisingla sikit. Bantahan dibuat secara aman di bawah pemerhatian dua abang polisi yang berdiri kat tepi aje. Tang ni aku suka sangat kat UK. Kebebasan bersuara atau berkumpul boleh dibuat tanpa campurtangan polisi.
  • Sangat sejuk. Sangat-sangat sejuk. Minggu ni suhu junam terus. Paling rendah -9C pagi semalam. Jalan licin. Tak ada salji kat Glasgow. Tapi jalan licin sebab sleet. Silalah hati-hati di jalan raya.
Oh, oh. Hari Ahad hari tu NGO untuk Palestine buat demo kat sekitar Glasgow. Salah satu lokasi kat depan kedai buku Borders di Jalan Buchanan. Menarik juga. Tapi macam biasalah kan, kalau protes hari minggu tu aku tak pergi tengok sebab kerja. Dapat tahu pun dah agak lewat gak. Kawan aku yang pi tengok protes tu kata, dalam ramai-ramai orang yang lalu dan singgah tengok, dia tak nampak pun sorang rakyat Malaysia.

Dia pun pelik gak laa... sebab info pasal protes tu diwar-war dan disebar-sebar kat yahoo group rakyat Malaysia kat sini, tapi dia tak nampak pulak orang Asia sama-sama kat protes tu. Ya lah, dah di war-warkan, jadi dia ingat macam ramai jer berminat nak turut serta, tak pun jadi pemerhati ke.

Dia kata, dia rasa adalah dalam 200 orang Melayu kat Glasgow ni, tapi satu batang hidung pun dia tak nampak pergi ke situ. Tak kiralah PhD ke, Masters ke. Undergrad pun tak ada. Yalah, dalam hati aku kata cuaca pun sejuk sangat, takkan nak keluar. Lagipun dari dok beku kat situ, lebih baik shopping kat Marks ke, carboot ke, beli pinggan mangkuk ke.

Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru

Selamat menyambut tahun baru 1430 Hijrah.

Azam?


Satu saja

Nak lebih belajar. Belajar bersyukur dengan apa yang aku ada dan apa yang aku tak ada. Bersyukur diberi peluang satu hari lagi di muka bumiNya. Belajar redha hanya selepas berhempas pulas mengubah nasib. Dan yang penting belajar lebih untuk bersabar.

OK semua senyum.



Oh lupa...

ini ayam tergolek yang aku buat masa Hari Natal.



hehehehe.. sila lah terliur.




TWO

Sebenarnya malas nak sembang bab ni.. tapi aku kan sangat passionate dengan bab-bab humanitarian ni terutama tentang Palestine. Berpuluh-puluh tahun sudah, tapi keadaan masih tak berubah, malah bertambah buruk. Dunia sibuk dengan genocide Hitler yang dah mati berpuluh-puluh tahun lepas.. tapi dunia konon-kononnya tak mahu lupa peristiwa itu. Kem kat Auschwitz pun dah jadi tempat bersejarah. Nak bagi dunia ingat yang peristiwa itu pernah berlaku. Tapi dunia lupa yang genocide sebenar-benarnya masih berlaku. Kat mana? Kat Semenanjung Gaza.

bla bla

sapa dah baca aku membebel... terima kasih.

Allah will not change the condition of a people until they change what is in their hearts.

Sesungguhnya setiap umat Islam itu adalah bersaudara.


Dear Allah, there goes my new year resolution!

Saturday, December 27, 2008

Christmas holidays dan aku membebel.

Aku suka Christmas. Mungkin sejak aku tadika lagi aku dah diasuh untuk 'raikan' Hari Natal ni kot hahahaha... Tak, aku tak murtad. Aku cuma suka sebab hari tu kami dapat hadiah dari Pakcik Santa hehehe.. Dia datang sambil bunyikan loceng (loceng ingatkan aku pada masa rehat... ooo agaknya tu sebab aku suka kumpul loceng sekarang ni hahahaha). Pak Cik Santa datang bagi coklat mahal-mahal, tapi sebelum aku dapat makan aku kena tanya pak aku dulu, boleh makan ke tak? Nanti pak aku plak akan tengok isi kandungan coklat tu. Kalau ada 'lard' (masa tu lah) coklat itu akan ditongsampahkan dan aku akan terkebil-kebil jer la tengok coklat tu. Lepas tu pak aku akan tukar dengan coklat Kandos. Bila Pak Cik Santa datang, kami akan nyanyilah ramai-ramai. Erk! Lagu wajib mestilah lagu 'Jingle Bells'. Masa tu mana tahu macamana bentuk 'one horse open sleigh'. Sleigh pun tak tahu apa kakakaka.

Tu lah permulaannya aku suka Hari Natal. Dah tu plak, kat TV mesti ada cerita best-best. Cerita fantasi pasal Santa Claus yang duduk kat North Pole. Pasal rusa yang boleh terbang. Cerita Rudolph hidung merah dengan kawan-kawannya si Dancer, Prancer, Dasher, Vixen, Comet, Cupid, Donder dan Blitzen. (huwahahahahha... hapal lagi nih). Lepas tengok citer-citer tu mulalah berangan (ooh! aku memang suka berangan) nak duduk kat negara yang ada salji. Perkh! Dah duduk kat negara yang ada salji ni, salji plak tak turun-turun masa Hari Natal hahahaha. Podah!

Nyway, selain dari Hari Natal tu sendiri, aku suka gak lagu-lagunya.. Nak kira aku hafal banyak lagu-lagu Christmas ni. Tau dek pak aku mesti laa kena syarah panjang-panjang. Nak buat macamana, dah aku disekolahkan di sekolah Methodist sejak umur 5 tahun. Lagu 'Silent Night', 'Oh Come Let Us Adore Him', 'Little Drummer Boy' antara lagu-lagu Church yang pernah disogok pada aku dulu. Jeng! Jeng! Jeng! Jenuh pak aku nak terangkan kat aku awat nya aku tak leh nyanyi lagu-lagu ni dengan penuh semangat.

Sekarang ni banyak dokumentari yang disiarkan di TV mempersoalkan siapa Jesus Christ dan benarkah dia lahir pada 25 December, 2008 tahun yang lepas? Siapakah 'the three wise men' yang datang membawa hadiah kepada Nabi Isa saat kelahiran dia? Tahun bilakah dia dilahirkan sebenarnya? Adakah dia Tuhan dan juga seorang lelaki pada masa yang sama?

Dan baru aku tahu, sebuah perpustakaan yang menyimpan banyak manuskrip lama mengenai Kristian terletak di biara St Catherine di kaki gunung Sinai di Mesir. Aku tahu memang biara itu antara biara tertua di dunia, tapi tak tahu pula perpustakaannya begitu moden sampai boleh simpan beratus-ratus manuskrip tua. Menarik sungguh. Kira tu lah aktiviti aku sepanjang hari Krismas. Oh! Selain bakar ayam buat makan tengahari dan malam. Sambil makan sambil nonton dokumentari pasal agama Kristian ni.

Dok kunyah-kunyah tu aku tertanya jugalah, kita ni faham ke dengan perayaan Krismas ni? Mana satu budaya dan mana satu keagamaan? Kalau kat sekolah-sekolah kat sini, masa-masa macam ni banyak dibuat pementasan Nativity. Aku tengok ramai pulak anak-anak Muslims yang ikut sama dalam pementasan Nativity. Hmm... adakah ini budaya? Sejarah? Atau bersifat keagamaan? Cik Wiki pun kata, ia bersifat dongengan. huhuhuhu. Macamana ek?

Thursday, December 18, 2008

Sakit laa


Salam untuk semua.


Kesihatan agak kurang memberangsangkan dua tiga hari kebelakangan ini. Tiba-tiba saja dilanda demam panas, selsema dan sakit badan. Sampai beli Tribod kat Woolie untuk mengurut tapi hmm... sengal badan masih tak hilang juga. Harap lampu jer biru tapi kurang umph bab-bab ngurut ni hahahaha.. Tapi bolehlah dari tak de langsung kan? Nak harapkan orang mengurut kang aku aje yang terlebih gelak. Geli!

Lagi satu, tulang coccyx aku yang tercedera dulu buat hal balik. So nak duduk lama pun jadi tak selesa. Tengah berkira-kira nak beli kerusi belajar yang agak selesa sikit dengan lumber support. Nak beli kerusi pun kena tengok harga. Yang elok sikit semuanya dalam £40 ke atas. Yang lumber support boleh dapat dalam kurang dari £10 aje. Tak tahulah sakit belakang ni disebabkan tulang coccyx saja ataupun bahu sebab hari-hari bawak beg berat. Kawasan kat tulang yang bertentangan dengan tulang buku lali pulak bengkak tiba-tiba. Sebabkan sakit kat bahagian Calcaneus dengan Cuboid. Jenuh juga sapu minyak panas. Perkh! Satu badan break down bulan ni. Dah tua jadi semua sekali suffer of wear and tear.

Hari Krismas ni aku cadang nak tengok tv aje lah. Dah tinggal berdua dengan CikSue ni, tak adalah banyak plan nak buat. Cuma nanti Hari Mengotak, kami tak naklah ikut beramai-ramai memeriahkan kedai jual barang-barang, tapi nak memeriahkan dewan menonton wayang pula hahaha. Tak tahulah ada tiket ke tidak nanti tu.

Oh! Sempena Hari Natal juga, kami beli ayam. Sekor. Tergolek. Ingat nak bakar. Buat ala-ala ayam Belanda. Tapi sebab ayam belanda tu mahal berdentum, kita bakar ayam biasa ajelah ye. Tengoklah nanti hasilnya, menjadi ke tidak.

Sebelum tu, aku tau aku dah terlewat tapi tetap aku nak ucapkan juga.

Selamat Hari Lahir CikEllyMilano. Kawan yang selalu berjaya buat aku ketawa dengan mudah sangat. Yang tolong marahkan kalau aku tak lalu nak marah. Tolong bagi idea kalau aku sudah ketandusan akal. Terutama dalam bab-bab 'mengenakan orang yang suka menipu nih!' Yang berani tegur aku kalau aku buat silap. Dan juga seorang peminat tegar MU... kelab bola England yang paling aku menyampah sekali hahahaha. Erk! Jangan suruh aku beli barang MU ek. Jijik tau, jijik!! hahaha.

Oh.. dan dari tadi aku asyik menjejaki Santa Claus kat sini.

Monday, December 08, 2008

Eidul-Adha 2008

Rindu sebenarnya nak dengar takbir Eidul-Adha yang berlagu-lagu macam kat Tanah Malaya.

Tadi, lepas kerja aku terus ke SUMSA (Strathclyde University Muslim Students Association) untuk solat jemaah Eidul-Adha. Rasa sayu bila terkenangkan mungkin ini Eidul Adha terakhir kami bersolat di bangunan ni. Katanya bangunan yang menempatkan SUMSA, Mature Students Association, Gay (as in homosexuality) Association, Restoran dan chaplaincy dah dijual dan university akan beri tempat lain untuk SUMSA beroperasi terutama untuk solat 5 waktu. Tak tahulah di mana kami akan solat raya lagi tahun depan.

Ikut sejarahnya, pelajar-pelajar Muslim Malaysia yang bertungkus-lumus nak dapatkan tempat ini dulu. Berbanding dengan universiti-universiti lain di Glasgow ni, cuma SUMSA sajalah yang cukup lengkap sebagai satu tempat beribadah dan berkumpul. Malah, siap dengan ruang dapur untuk menyediakan makanan waktu iftaar di bulan Ramadhan.

Jadi tadi, bila imam beri khutbah tentang Qurban, aku dah terasa sayu sangat. Lokasi SUMSA memang sangat praktikal bukan saja untuk pelajar-pelajar universiti tapi juga untuk penduduk Muslim yang lain yang kebanyakannya refugee atau asylum seekers yang mencari perlindungan di negara ini.

Jemaah muslimah bila tiba Eidul Fitr dan Eidul Adha memang terlalu ramai dan dari pelbagai negara ~ Afrika, Timur Tengah dan Kepulauan Melayu, berbaris dalam saf. Bertakbir dan menghayati khutbah yang diberi dalam bahasa Arab dan Inggeris. Sungguh, Allah itu maha penyayang, walaupun dalam keadaan yang sempit dan padat, setiap jemaah masih dapat mengerjakan solat sunat Eidul-Adha, termasuklah aku yang hanya dapat ruang sedikit dibucu dinding. Subhanallah!

2008, kali ketiga aku bersolat sunat Eidul Adha di SUMSA. Alhamdulillah.


Saturday, December 06, 2008

Ulang lagi

Bila aku guna enjin carian, rupa-rupanya ada 38 dokumen tentang artikel tanah runtuh di bawah nama aku sejak tahun 1995. 11 darinya memang specific kepada Bukit Antarabangsa saja.

BANGI: Physical development in Ampang and the surrounding areas has
reached its substantial stage, said geo-technicial expert and Kuala Lumpur
Infrastructure University College (KLIUC) president Professor Dr Mahadzer
Mahmud.
"Of course, we cannot stop development, but we have to control it so
that it would not cause any more catastrophic effects," he said.
Since the November 2002 tragedy that saw eight people killed after
the
two-storey house in Taman Hillview in Bukit Antarabangsa was flattened by a landslide,
Mahadzer and his team from Ikram Infrastructure Research
Centre was entrusted to do a comprehensive study on the area's slope
stability and gradient.
Their study stretched over 110-sq km area from Klang Gates in Hulu Klang
and Bukit Sungai Puteh near Cheras.
According to Mahadzer, they had proposed to the Selangor Government to
classify the areas according to the height above sea level and slope
gradient.
Areas such as Kampung Baru Ampang and Kampung Tasik are placed in Class
One category, as they are less than 75 metres above sea level, with slopes
less than five degrees.
Taman Ukay Heights and Taman Megah Jaya are in Class Two
(between 75 and
150 metres above sea level, with between five and 15 degrees gradient),
while Taman Hillview, Bukit Antarabangsa and Taman Zooview are both Class
Three and Four with slope gradient between 15 and 35 degrees.
"The problem of landslide is not alarming for those staying on top of these hilly areas.
But it is so to those living at the foot of the hills,"
he said.
For Ampang areas, he said, most of the flat lands are densely populated
and the only areas left for future development are on hilly terrain.
"With such bad experiences, it is important that we classify the land
according to the classes where Class Four is the most steep requiring
strict development regulations," he said.
He said putting aside natural landslides caused by nature, human
`intervention' is the main contribution to landslides and erosions at
these hilly areas.
He said before the guidelines for hill slope development were introduced
(based on recommendation from Ikram) by the State Government last year,
there was no proper monitoring to ensure that developers carried out
slope
stability measures at their work sites.
"Some developers blatantly cut the hills and even dumped unwanted earth
into the gully clogging the water channel which resulted in erosions and
landslides."
He said with the classification, tighter guidelines are needed before
any project could be approved.
He said besides the required Environmental Impact Assessment (EIA)
report, developers must submit comprehensive geo-technical report to the
respective local authorities.
Geotechnical report is also required in areas where erosions and
landslides had occurred even if the area is not classified under Class
Three.
"The best way is to study the whole area, and not just the development
site," he said.
"Thus, we recommended that local authorities pool these hillside
developers together so development can be carried out systematically."
Mahadzer said they also recommended only minimum hill cutting and
development should follow the original contour of a hill.
"We should maintain a low density development on these areas and only
five-storey buildings are allowed."
He added that construction sites at these areas must be regularly
monitored, adding that it is also important to ensure that there were
adequate silt traps and retention ponds to prevent mudslides or erosions.
"Now that the authorities have taken precautions regarding hill slope projects, landslides,
if they occur, would not be as serious as what we
had experienced," he said.
* THE Malay Mail is doing a series on hill slope development in
Selangor. Today's segment is on Ikram Bhd's views on hill slope
development in Ampang and on the survey on topography accuracy.
Artikel ini keluar pada 17/12/2004

Aku sebenarnya dah kehabisan kata-kata pasal hal tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ni. Siapa nak disalahkan? Alam? Salahkan alam maknanya salahkan Tuhan. Kerajaan? Atau orang yang beli rumah kat situ walaupun dah tahu kawasan kat situ tak stabil?






Gambar dicuri dari www.mstar.com.my

Semoga Allah belas pada mangsa-mangsa tanah runtuh.

Friday, December 05, 2008

Dulu kelmarin

Hari dulu kelmarin....

Dia : Tolonglah aku.

Aku : Tak boleh tongue (sambil kunyah keropok... keropok sedap!)

Dia : Tak payah telefon dia, sms aje.

Aku : Tak boleh. (Aisey kopok dah tinggal sikit).

Dia : Kau cakaplah, dia lupa ke pesan kau kat dia.

Aku : Kau ingatkan lah. (Kopok dah habis)

Dia : Kau tolonglah sms dia, ingatkan dia pesan kau sebelum kau pergi hari tu, suruh dia jaga aku baik-baik.

Aku : Bukan aku tak nak tapi TAK BOLEH. tongue (Cari benda lain buat kunyah). Ini hal korang berdua, mana boleh aku masuk campur.

Dia : Aku sedih dia buat aku macam ni. Dia buat tak peduli dengan aku.

Aku : ok. (Makan kerpok lain plak)

Dia : Hari tu besdey aku pun .. bla bla bla

Aku : Terus makan kerpok sampai habis. Telinga dah sumbat dengan fon telinga. Pasang lagu indo.. waah! Kebelakangan ni minat sungguh dengan playlist lagu-lagu indo kat imeem.

Hari semalam kelmarim

Dia : Future husband kau kirim salam kiss

Aku : Podah! tongue

Dia : Eh bukan aku yang cakap, dia yang pesan. Dia kata kirim salam kat isteri abang yang di sekotlan tu.

Aku : Tak kuasa. no talking Dah baik lah ni?

Dia : Kalau tak gaduh ok-lah.

Aku : tongue (Bekal kerpok dah habis, sekarang makan bombay mix kacang ngan muruku.. perkh sedap gak)

Uits kawan, ingat tak apa budak-budak selalu cakap?

Orang tua kalau bercinta.... BURUK!! rolling on the floor

Ni yang aku malas nak layan dia ni. Bila masa gaduh-gaduh nak suruh aku sms la, pesan la.. cukuplah aku pesan sekali dulu. Kalau dia tak nak ikut kau ketuk jer kepala dia. Susah apa hahahaha. Dah tu bila dah baik, mengada-ngada pulak tu. Isy! Nasib baik kawan antik. Lepas tu jauh plak tu.. kalau dekat, memanglah korang berdua aku basuh dengan sabun basuh cap Daz kang.Hilang kaler semua.

Aku doakan korang berdua ada jodoh, panjang pula jodohnya, tak ada aral untuk bernikah secepat mungkin dan bahagialah hingga akhir hayat supaya akan dapat menambah mudahkan hidup aku kat sini rolling on the floor

Eh! Ini doa bulan Zulhijjah tau. Dan aku kira golongan asnaf lah kan.. huhuhu.. bertambah panjang list doa aku la ni. Erk! Semoga terkabul segala doaku dan doamu ye!

Sunday, November 30, 2008

SIF

Hari ni aku agak excited sikit. Well actually banyak.

Pertama-tama, kalau anda melompat-lompat blog Melayu di Glasgow mungkin ramai bercerita pasal salji yang turun. Yep, hari ni hari kedua salji nipis turun dan suhu (sekarang kat komputer aku tulis -3) di bawah paras beku. Memang sejuk sangat-sangat. Jalan pagi tadi pun memutih saja, langit pun berkabus.


Tapi, aku bukan nak cerita pasal salju. Anda pun dah jemu dengar cerita salji tak berapa nak salji kat sini, jadi tadi pun perkara yang sama. Nanti aku update kalau saljinya melepasi atau hampir melepasi lutut tebalnya.

Yang menarik hari aku hari ni, adalah aku kerja ohhhh... biasa aje. Tapi lepas kerja, tu yang agak luar biasa. Hari ni aku hadiri persidangan Scottish Islamic Foundation di Hampden Park. Sidangnya bermula pukul 10 pagi dan berakhir jam 7 malam, tapi sebab aku bekerja aku cuma dapat hadiri selepas pukul 4pm. Alhamdulillah, aku dapat hadiri workshop yang terakhir. Berkenaan Media dan Islam. Mulanya aku join workshop ni sebab nak buat preparation untuk final essay aku untuk kelas Journo tapi not fair kalau aku kata aku tak enjoy keseluruhan workshop tersebut. Apatah lagi salah seorang speaker adalah seorang profesor dan activist prolific Dr Tariq Ramadan.

Dr Tariq ni memang terkenal di Eropah dan USA. Pendekatannya pada Islam, ada yang kata agak moden atau sekular dan lari dari tradisi Islam. Sebab ni dia kurang disenangi di negara yang mejoritinya Muslim. Lagipun dia cucu Hassan Al-Banna (Ada peminat Hassan Al Banna di sini? :)) Bagi aku pendekatan dia pada Islam dan Muslim sangat mudah sebab tu aku pun suka dia. Dia kritik komuniti Muslim yang menurut dia suka knee jerk response, defensive, passimist and not proactive dalam menyelesaikan kemelut imej Islam dan Muslim yang sudah diburuk-burukkan di mata dunia. Dan yang paling penting sekali komuniti Muslim menurut Tariq adalah pemalas. Which I agree wholeheartedly.

Kemudian, ada pula speaker ColinMcIlroy McCallum Media Monitor yang bentangkan statistik tentang ketidakadilan pandangan media di UK dan Scotland khususnya tentang Islam dan Muslim. Dia bentang statistik tentang peratusan penggunaan perkataan terrorist dalam berita. Spekaer dari BBC, Arifa Farooq pula argue yang wartawan menyebarkan maklumat. Ada satu-satu isu itu harus diberitahu pada penonton. Masalah penonton punya tanggapan sendiri bila melihat/mendengar/membaca berita. Isu pemilihan kerjaya juga disentuh tadi. Keluarga Muslim terutama di UK ni terlalu menekan anak-anak supaya memilih kerjaya popular i.e doktor, peguam, jurutera tetapi kurang dalam memberi peluang anak-anak untuk cuba-cuba bidang lain yang berbentuk kebudayaan dan kesusateraan. Natijahnya kita tidak pandai dalam soal hubungan kemanusiaan, PR dan media untuk promosikan agama kita dan membidas anasir-anasir yang memburukkan Islam dan Muslim.

Jadi tadi, aku rasa workshop tentang media matters sudah mencapai sasaran perbincangan. Ia meliputi segala aspek, dari keagamaan, tradisi, budaya, hak asasi dan juga pandangan media sendiri. Cuma yang agak terkilan masanya sangat singkat. Lima speakers dalam masa sejam saja. Sesi soal jawab pun terlalu pendek.

Sidang Scottish Islamic Foundation di adakan setahun sekali saja, dan tahun ini tajuknya "Scottish Muslim Futures" membentangkan 14 kertas kerja merangkumi aspek, Global economic crisis, media, health, sport, enterprise, policing, families in crisis, youth, scouting, education, environment, women, the peace movement and the role of mosques.


Friday, November 28, 2008

Pissed off

Bukan aku, budak-budak kelas aku.

Semuanya sebab kelas 'tangan pendek' atau shorthand yang telah dinyahkan dari silibus kursus kami. Aku pun bengang jugalah sebab tak dapat belajar tulis cacing gemuk cacing kurus cacing baring, tegak terlungkup dan terlompat. Masa aku daftar dulu, ada dalam buku brochure universiti, la ni dorang kansel pulak. Er... sebab dah kurang subjek agak-agak dorang akan kurangkan yuran tahunan aku ke? Ohhhhh.... tidakkkk!

Kursus aku di bawah jabatan Bahasa Inggeris, dan ketua jabatan ketika mesyuarat dengan wakil kelas bagitau, dorang terpaksa tutup subjek shorthand sebab kelas tu tak dapat sambutan dari pelajar. Lagi satu, pelajar (dulu) kata terlalu membebankan sebab terpaksa buat banyak latih tubi. Kemudian pensyarah aku yang mengajar sosiologi kewartawanan pun kata sekarang skill shorthand tidak diperlukan lagi. Orang dah guna teknologi macam tape/digital recorder.

Ada betulnya juga. Sebab masa aku kerja dulu pun tak ada guna shorthand ni. Tak belajar pun Pitman Shorthand, semua guna longhand atau shorthand ciptaan sendiri dan kekuatan daya ingatan. Lagi pun masa tu aku ada tape recorder (hadiah dari ayahanda aku walaupun dia tak 100% setuju aku pilih bidang ni).

Yang buat kawan-kawan aku bertambah bengang, dua-dua lelaki ni (ketua jabatan dan pensyarah) bukan pernah bekerja sebagai wartawan. Dorang tak tahu nitty gritty sebagai seorang wartawan. Tak pernah pergi assignment. Yang seorang tu pensyarah Bahasa Inggeris dan yang seorang tu tak habis-habis dengan blogsphere nya. Dia selalu jadi column writer, tapi bak kata Eamonn pun, column is not news, it's smoothy. Eamonn dengan seorang lagi wartawan yang mengajar kami, Jean kata shorthand is an important skill for journalist.

Lebih elok kalau kita ada skil shorthand ni. Macam budak kelas aku cakaplah, pita rakaman dia rosak waktu dia tengah buat interview. Terpaksa guna longhand. Tapi, dia malu jugalah sebab orang yang dia interview tanya dia kenapa dia tak tahu shorthand. Betul juga tu, kemahiran ni boleh kita jadikan back-up apatah lagi kita tak boleh bergantung seratus peratus pada teknologi. Dibuatnya rosak atau habis bateri, kita terpaksa juga ambil nota. Masalahnya, kita selalu tak dapat baca apa yang kita tulis sebab tulisan lebih teruk dari cakar ayam bila kita cuba ambil nota dengan laju.

Untuk quote kata kawan aku si Emma

This is like one episode in Friends where Phoebe was trying to teach Joey to play the guitar. She doesn't allow him to touch the guitar but they can talk about it.

How true!

Tuesday, November 25, 2008

Pemberitahuan

Hari ni 25 November, harijadi bonda yang ke 67.
Semoga hati mak gembira dan tenang selalu. Semoga Allah kurniakan mak kesihatan minda dan tubuh badan yang baik supaya mak dapat beribadah dengan selesa. Maafkan saya atas semua perbuatan dan kata-kata yang pernah lukakan hati mak. Maafkan saya juga kerana selalu buat mak rasa kecil hati. Mohon mak ampunkan dosa saya. Saya juga doa semoga Allah ampunkan segala dosa mak. Semoga Allah cucuri rahmatNya pada mak dan juga memberi rezeki yang melimpah ruah kepada mak.
Al-Fatihah untuk hajjah Mak.
Mak, kalau saya nak balik tahun depan, kosnya lebih £313 untuk penerbangan. Tapi perjalanannya mungkin lebih dari 13 jam. Saya terpaksa menaiki bas atau keretapi ke London dahulu. Kalau bas pilihan saya, perjalanan mungkin mengambil masa 9 jam. Sembilan. Songo atau sangang jam kata orang jawa. Itupun hanya ke kota London. KL kata saya. Saya terpaksa ke lapangan terbang yang letaknya lebih kurang sejam lagi perjalanan dari KL. Kalau keretapi menjadi pilihan mod kenderaan saya, mungkin ia hanya mengambil empat ke lima jam. patang/limang jam (perhatikan pertukaran 'ang' dalam tatabahasa jawa). Kemudian sejam lagi untuk ke lapangan terbang.
Kemudian saya akan menghabiskan masa selama 13 jam di dalam perut kapal terbang. Mak pernah bagi cadangan untuk saya bawa bekal mangkuk tingkat isi nasi dengan lauk AYAM kalau saya naik kapal terbang syarikat itu, tapi saya tahu cadangan mak tak boleh diguna pakai sebab tiba saja di lapangan terbang mungkin mangkuk tingkat saya akan dicampakkan ke dalam tong sampah. Ataupun makanan dalam mangkuk tingkat itu akan licin sebelum saya tiba ke lapangan terbang lagi. Mak kan tahu binatang kegemaran saya adalah AYAM.
Mak, perjalanan 13 jam itu sangat memenatkan. Kalau saya ambil saiz kerusi ikut badan saya, tambangnya juga akan bertambah selari dengan saiz badan saya itu. Saya rasa di setiap kerusinya ada diletakkan timbang kati untuk mengukur beban orang yang duduk di atasnya. Saya pun tak tahu saiz yang dimaksudkan itu mengikut ukuran Eropah ataupun Asia. Kalau Eropah mungkin agak selesa tapi kalau Asia, saya perlu meletak tambahan X lagi di hadapan XL untuk lebih 'extra-extra-longgar'. Kalau ekonomi pilihan saya, saya harap jiran di kerusi sebelah saya kecil dan comel orangnya. Tidaklah saya mahu berjirankan seorang 'gajah' berbaju 'kancil', pasti saya akan lebih tersiksa.
Sebenarnya mak, saya tak kisah pun dengan kesusahan atau kepayahan yang perlu saya tanggung untuk pulang menemui mak dan keluarga tercinta, cuma.... cuma... saya tahu mak akan kata;
"Tak payah balik, membazir duit aje. Mak sihat, abah pun sihat."
Adeh!
p/s - korang, apa lagi. Ambik la peluang naik kapalterbang ni. Tengah ada promosi ni.

Saturday, November 22, 2008

Baca buku

Update - 24-11-08

Berita Malaysia memang banyak kali buat aku tersenyum. Hari ni jer meleret-leret senyuman aku. Mula baca bakal PM yang bibir merah bak kata cik akirasuri, (erk dia tak makan sireh ek?). Dia kata dunia silap sebab tak ikut Malaysia. Hahahahaha meh aku ketawa. Wah! Terer Malaysia kan? Terer macam tu masih tak boleh tanding Singapore plak ek? Brunei ke? Belum lagi UK. Aku rasa kalau currency Malaysia dapat atasi GBP, hari ni gak aku balik. Ye lah manalah tau esok £7=RM1 ke hahahahaha. Perkh!

Oh! Minggu depan Shah Rukh Khan nak cuti-cuti Melaka. Erk... korang tak nak pi tengok dia terima datuk-ship ke?



Woah! Me friend. It's your birthday today!

Happy Birthday Zurd!



Semangat menulis blog tiba-tiba datang. Entah kenapa. Bosan ke? Agaknya kot.

Sekarang hampir tiap-tiap petang aku habiskan masa di computer lab di bangunan McCance sebab kat situ biasanya sunyi. Kadang-kadang kalau pukul 5pm, cuma ada dua tiga orang saja kat situ. Kadang-kadang aku sengsorang aje duduk kat situ sampai pukul 7pm atau 8pm. Kalau dah sengsorang tu, aku solat aje kat situ. Dua tiga kali jugalah pak guard datang jenguk. Sebab kalau tak ada orang dia akan kunci lab awal (sepatutnya lab tutup pukul 10pm).

Aku suka lepak situ sambil buat kerja sebab komputer masih lagi guna Windows XP. Laju. Masih boleh dengar lagu atau tengok youtube. Kalau kat kutub khanah, system komputer dah ditukar guna Windows Vista. Lembab. Tak boleh dengar lagu sebab sound card tak ada. Kalau tengok youtube, macam tengok wayang bisu.





Sungguh memanfaatkan setiap ruang yang ada untuk ilmu, walaupun bahan bacaan yang letakkan di situ adalah yang santai saja.

Friday, November 21, 2008

Tak sabar nyeeeerrrr....

Tak sabarnya nak tunggu tahun depan. Yang lebih tepat lagi bulan 7, bulan Julai. Bukan sebab bulan tu aku memang cuti tak kerja kat kolej, ataupun bulan tu biasanya aku ambil cuti buat budget holiday. Bulan dalam musim panas yang tak memerlukan aku memakai muffler atau sarung tangan untuk memanaskan badan (gila apa panas-panas pakai muffler?). Bukan juga sebab bulan tu memang aku sedang berhuha-huha cuti sekolah. Tak.
Sebab utamanya; bulan tu partner kerja aku sambut hari jadi. Yang ke 60. Hari rasmi dia menjadi warga tua. Hari pertama dia boleh memohon kad warga tua untuk naik bas secara percuma. Permulaan hari yang dia tidak perlu datang kerja lagi. Dan aku tidak didera dengan bau-bauan tidak enak setiap kali dia merasakan dalam perutnya ada 'puting beliung' yang bertiup.
Woah! Penderaan hidung aku akan berakhir dalam masa lapan bulan. Ohhhh... cepatlah masa berlalu.
p/s - Semakin ramai warga 'Gelasgo' yang 'terjumpa', 'termasuk', 'terbaca' blog ni. Menjadikan aku 'termalu' pulak. Masih bolehkah aku bergosip lagi ni?

Tuesday, November 18, 2008

Where was I?

I was in Palestine.

Watching small children walking four miles to go to school. The sky was gloomy and the temperature was chilling. Their threadbare jumpers were thin and their trousers were too big for them that they have to wear belt to keep them from falling to their feet. Their shoes were ripped almost to the sole. They were running, crossing the street where tankers guns were pointing at them. The one with blue trousers almost trip and fell but his friend pulled his hand. They made it to the other side. All four of them.

One of them showed me their bag, it's empty except for a tattered book and short blunt pencil. His friend showed me his, and I saw the same tattered book and another short blunt pencil. Did all of them bought the books and pencils at the same shop, I wondered. They looked at me and I was mesmerized. Those grubby faces were smiling. Those aging eyes were looking at me innocently.

I heard a screeching sound. I turned. It was a tanker. Its rolling wheels were slowly gaining speed. Towards us. The occupational army were closing in. I looked back at the children. "Where are you going?" I asked.

"To school." They yelled and ran.

They clambered into a tiny hole in the wall, pushed the sharp barb wires with their tiny hands and disappeared.

I pulled my Regatta jacket close to me. I bought it at T,J Hugh Argyle Street in Glasgow for £20. The label said that it would protect me from the elements; wind, rain and snow. But, why do I still feel the chills?

I plodded further. This time I saw a group of university students queuing at check point. They looked anxious. I asked one of them what were they waiting for. They said they were waiting for clearance to pass through. They need to go to the university because today is their final exam. They had spent almost ten years studying their degree and today exam will determine whether they will graduate or not. Looking at them, I wouldn't have guessed that they were university students. They looked more like labourers who had finished backbreaking jobs. "No, no," they said. "We had to travel miles just to go to university and study. Even worse we have very limited courses in our universities. There are no professors to teach us. We lacked of equipment and books. Yes! We don't have enough books in our library and we are not allowed to use any books from other libraries".

"Please let us pass! We have final exam today." Someone yelled.

"Only five people can pass through!" A soldier yelled back. He is young. No older than the group of university students. "You!" He pointed at the student who spoke to me.

"I suspect you carry weapons. We are going to strip search you."

Three soldiers. Young boys who maybe had just finished high school and joined the army, started manhandling the student. They intimidated him, pointing their rifles at him. He looked at them with eyes full of fear. "What have I done?" he asked. "I am a student. I don't carry weapons. I carry only books."

Despite his pleas and reasoning, he was strip searched. Down to his underwear. It was very undignified. To be stripped down at check point, in public. In front of everyone. In front of girls. Especially when the girl he secretly admired was there, watching. It was embarassing. He tried to protest. His sudden movement shocked the inexperience soldier. I heard a loud bang. The sound reverberating in the empty road. Then, a deafening silence. He stopped moving. Still. The whole world stood still with him.

I saw blood flowing onto the tarmac. Red and thick. The soldiers moved away, leaving the body of the student clad only in his white underwear lying face down on the tarmac. Stripped from his clothes, stripped from his dignity.



Jibreel said: ‘Iqra!’ @ read. The Holy Prophet replied: “I do not know how to read”. The angel repeated the same words and the Holy Prophet repeated his answer. And so it happened three times. The fourth time the angel said: Iqra bismi rabbi-ka alladhi khalaq, i.e. read in the name of your Lord who created (the Holy Quran, 95:1).

The Prophet (saw) said: "Seeking knowledge is an obligation upon every Muslim."


"They may have taken our lands but the real land to us is more than dirt and ground. It is inside us and they will never take that away from us." A palestinian.

Note : This is a work of fiction based on the talk I attended at Debate Chambers in Strathclyde Union this afternoon. The talk was organised by Stop the War Coalition. There were three speakers and all of them are university students. One is studying here while the two are from Hebron University and Birzeit University in Palestine. For the gist of the talk, you can read the sum up at Akuatik's.

nota : Adik-adik, janganlah malas pergi sekolah. Jangan malas belajar. Kita tidak ada kekangan yang halang kita belajar. Sahabat kita di Palestine terpaksa berjalan kaki berbatu-batu, menempuh halangan pagar batu pihak zionis semata-mata hendak menuntut ilmu. Tinggalkan ibu bapa dan keluarga demi pelajaran. Belajar dalam keadaan serba dhaif tanpa buku yang sempurna, semuanya demi pelajaran dan ilmu. Ikut pesan Rasulullah saw, menuntut ilmu itu adalah wajib pada setiap umat Islam. Jika sudah jatuh hukum wajib menuntut ilmu, berdosalah kita sekiranya kita berpeluk tubuh, tidak berbuat apa-apa, tidak menyumbang sedikit pun untuk membantu mereka.

Monday, November 17, 2008

Graduasi Makan Paranormal Intuisi

i

CikSue dah graduate. Dia dah selesai Masters in Tourism in Development Country. Aku dengan cik mimi pergi ke majlis graduasinya. Tengok dia terima scroll dan pakai hood naikkan semangat aku pulak. Ish terasa bilalah giliran aku nak terima scroll. Jawapan - bila aku tamat kuliah 2010 hahahaha. Tak sabar weh!

Oh! CikSue dah nak balik Malaya. Januari tahun depan. Mak dia suruh dia balik. Kalau tak ada kerja, mak dia mintak dia jadi babysitter anak adik dia. Wah! Mesti anak saudara CikSue akan jadi orang cerdik pandai sebab pengasuhnya graduate masters dari Strathclyde University di Scotland.

ii

Sempena graduasi, CikSue telah menganjurkan sessi makan-makan di Armadale Path. Maaf lah sesiapa yang tidak dijemput, sessi makan-makan tu bukan anjuran aku, jadi jemputan adalah eksklusif tetamu CikSue. Lagipun aku tak dapat nak tolong sangat sebab aku bekerja. Yelah, nak menaikkan taraf hidup akukan, terpaksalah bekerja mencuci lantai. Pekerjaan kasta bawahan, nak buat camana. Kang tak kerja tak ada duit pulak nak tanggung hidup kan kan kan

Jadi, menu malam tu adalah nasi minyak, ayam masak merah dengan sayur dalca. Tukang masaknya seperti biasa adalah cikmimi. Aku takat dapat tolong goreng ayam ajelah. Alhamdulillah makan-makan berjalan lancar walaupun hujan agak lebat juga hari tu.


iii

Macamana golongan intelek bercerita pasal hantu? Eh golongan intelek tak sebut hantu, ia disebut paranormal. Hasilnya, perbincangan pasal paranormal pun menjadi intelektual, yang dikupas dari pelbagai sudut dan diuji untuk buktikan theoreticalnya. Maka grup responden telah memberikan jawapan pelbagai kepada impromptu research method yang telah dilakukan secara berdiri di dalam dapur dinding bercat kuning. Cerita yang sukar untuk dibuktikan secara nyata telah dikongsi bersama. Huh! Tak perlu dicerita, thesis untuk ini telah ditongsampahkan.


iv

Siapa yang punya intuisi paling kuat? Aku atau cikmimi? Atau "kawan-kawan" kami sebenarnya sudah semakin rapat? Dan pandai memanipulatif untuk kepentingan diri "mereka" sendiri?
Suatu petang ketika suhu semakin sejuk lantas menyebabkan perut menganjurkan konsert sumbang. Waktu itu kepala sudah terisi dengna visual dan imejan tentang makanan. Aku mencari satu kelainan tetapi tetap mengekalkan bahan asas - AYAM.
Korek dalam almari dan jeng jeng jeng, perencah tomyam! Menu hari itu adalah menu gerai tepi jalan - tomyam ayam campur udang dengan sayur hijau (ala-ala kailan) goreng ikan masin.

Cikmimi balik dan terus ke dapur. Statement seterusnya "Ai baru aje teringat nak buat tomyam, wah! Boleh baca fikiran ai la!"

Cheh!



Tuesday, November 11, 2008

Setaraf, sekufu, sedaulat

Aku masih ada banyak lagi esei yang perlu diselesaikan, tapi ada satu perbualan dengan seorang sahabat ketika berselisih di tangga bangunan sebentar tadi yang buat aku terfikir. Apa taraf aku, siapa yang sekufu dengan aku dan aku ada daulat?
Apa interpretasi kita kalau kita diberi sebaris ayat;
"Aku penat."
Dua patah perkataan di atas punya banyak interpretasi. Ia boleh dibaca dengan pelbagai intonasi. Selamba, marah, sedih dan manja antara intonasi yang boleh digunakan. Kalau dibaca dengan perasaan marah, maka intonasinya tinggi dan implikasinya pendengar akan merasa kecil hati. Sekiranya dibaca dengan perasaan sedih, intonasi menjadi rendah tapi implikasinya mungkin "two-tailed". Pendengar merasa kasihan atau merasa sinis. Begitu juga sekiranya diperdengarkan dengan perasaan manja. Ia bergantung kepada siapa ucapan itu kita ungkapkan.
Macam juga dengan diri kita. Cara kita bawa diri kita dan penampilan kita punya banyak interpretasi. Ada orang lihat kita dan kata kita baik atau sombong, kemas atau selekeh, lembut atau degil, keras hati dan keras kepala, kuat semangat atau lembik, mudah didekati atau memilih. Terlalu abstrak. Ada yang mengambil kira "first impression" ada pula yang tak percaya langsung dengan "impression". Tapi, apa pun alasan kita melabel orang atau diri sendiri, kita semua orang yang "judgemental". Kita menilai sesuatu mengikut "values" kita, cara didikan dan pendapat kita sendiri.
Walaupun blog menjadi wadah bercerita untuk aku luahkan apa saja yang aku suka, tak semua tulisan aku adalah ikhlas. Apatah lagi tulisan ini boleh dibaca oleh semua yang boleh berbahasa Melayu (tulis dan baca), pandai IT, ada "access" kepada internet dan kenal aku secara peribadi atau tidak. Aku harus pakai guna sambungan ayat "hahaha" untuk mengurangkan nada sarkastik, butang "backspace", edit dan selalu "censor" perkataan yang disusun menjadi ayat. Semua ini atas dasar mahu mengurangkan prasangka sesiapa saja yang terbaca blog ni.
Kembali kepada persoalan, apa taraf aku, siapa yang sekufu dengan aku dan aku ada daulat?
Aku ada blog, ya. Aku ada web yang lain, ya. Aku memilih kawan, ya. Tapi, aku meletakkan taraf aku rendah dari kamu, awak, anda dan kau. Kalau harta yang dijadikan ukuran darjat, aku bukan dari kalangan berada, maka kasta aku mungkin rendah. Kalau ilmu dan pendidikan yang meletakkan aku golongan "kufu" atasan, ijazah pun aku tak lepas lagi, jadi aku masih lagi dalam golongan bodoh yang harus dipandaikan. Apatah lagi daulat, langsung aku tak ada. Cuma mak aku saja yang ada daulat atas aku (jangan bantah cakap bonda ya!). Aku juga tak punya suami untuk sempurnakan jiwa (you complete me?? cliche) aku atau anak untuk harta akhirat, maka jiwa tak stabil (??) dan siapa nak doakan aku?.
Jadi, kamu, awak, anda atau kau tak perlulah rasa aku meletakkan taraf aku tinggi dari kamu, awak, anda, kau sebab sebenarnya kamu, awak, anda, kau yang punya taraf lebih tinggi dari aku. Kamu, awak anda, kau sudah punya ijazah, sudah punya harta dunia, sudah punya pekerjaan yang stabil, duti ribu riban yang ada lebih untuk disedekahkan, sudah punya keluarga untuk berbahagia dan sudah punya anak untuk harta akhirat.
Allah sudah beri rezeki yang berlipat ganda pada setiap individu, jadi sekarang terpulang pada kita nak cari jalan untuk memaksimakan rezeki itu dan menggembirakan hati kita.
Aisey lupa nak letak...
hahahahahahahaha

Tuesday, November 04, 2008

Aduhai kawan

Maaf, agak sibuk dengan urusan kuliah.

Dan kalian akan aku tinggalkan lagi.

Kumpulan ni memang antara band dari Indo yang paling aku minat. Lagu-lagu mereka berunsur satira dan sangat menghiburkan.

Enjoy



Lirik lagu Project Pop - Bukan Superstar

Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
kau yakin ngefans karena urang keren

Sexy badannya.. Mulan Jameela
cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
dekat denganku.. dialah aku..

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kata orang ku mirip Glenn Fredly
suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~

Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masya ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Monday, October 20, 2008

Syy...

Di suatu hari, di suatu ketika, di satu pesta makan di hujung minggu. Walaupun di luar angin sejuk bertiup kencang, suasana di dalam sebuah rumah comel meriah dan hangat dengan kehadiran tetamu-tetamu. Barisan makanan yang tersusun di atas meja memberi aroma yang menyelerakan. Nasi tomato, rendang daging, nasi impit, kuah kacang dan sup ayam. Kek keju coklat yang enak juga dihidang sebagai menjadi pencuci mulut.
Di deretan kerusi bersandar kan dinding. Kak Rod datang duduk menempel sebelah aku. Dia mengeluh puas. Kuat. Dan aku tahu mengapa.
Dia merapatkan badan melekap di lengan kananku. Air mukanya serius.
“Ani.” Serunya padaku. “Nak tahu satu rahsia.”
Belum sempat aku menjawab, dia menambah. “Orang lelaki suka perempuan yang ada isi.”
Aku angkat kening (bukan ala-ala Ziana Zain). Menunduk sedikit. Bahasa tubuh aku menyatakan aku sedia untuk berkonspirasi.
“Kak Rod,” seruku pula. “Nak tahu satu rahsia?”
Tanpa menunggu dia menjawab, aku katakan. “Saya terlebih isi.”
***
Betapa aku rasa disayangi. Dibelai-belai. Dimanja-manja.
Kenapa?
Ah… sekejap lagi sambung. Aku kena sedia-sedia ke kelas.
sambungan...
OK lah aku sambung.
Perasaan dimanja dan dibelai semakin menebal. Terasa aku dikalangan ahli keluarga yang saling sayang menyayangi. Kenapa?
Sebab, tuan-puan rumah, tuan-puan tanah dan tuan-puan khemah telah baik hati membuka pintu rumah mereka mengikut jadual bekerja aku. Setiap kali bercerita tentang cadangan hendak membuat acara makan-makan, mereka ini akan bertanya dulu sama ada aku dapat menghadirkan diri atau tidak. Hasilnya, kebanyakan rumah terbuka mereka dibuat dalam pukul 3pm ke atas. Ini untuk memastikan bahawa aku dapat bersama-sama dalam acara-acara makan yang disediakan sepanjang bulan syawal.
Yang buat aku lebih terharu lagi, memandangkan aku tidak punya kereta persendirian sebaliknya kenderaan pukal di mana pemandu-pemandunya sangat baik hati dan mengambil penumpang-penumpang yang lain selain aku, tuan dan puan ini sering pula menawarkan diri untuk menjemput aku dan kariah yang seangkatan denganku ke rumah terbuka mereka. Maka, dapatlah aku menaiki kereta-kereta canggih mereka yang kebanyakannya boleh dikategorikan sebagai mini-van. Apa taknya, kebanyakannya MPV seven seaters.
Takkah ia membuatkan aku terasa di manja dan disayangi?
***
Aku sekarang punya abang. (jangan tanya macamana boleh jadi macam ni, ceritanya panjang) Abang yang mak lain bapak asing. Abang yang lemah lembut dan sering tersenyum. Abang yang sama-sama pergi 'menoreh' saban pagi. 'Kebun' pun sebelah menyebelah saja. Abang yang solo menunggu duet. (sorry gals, abang ai dah nak kawen next year).
Abangku yang punya nama akronim Institut Kerja Raya Malaysia (sekarang dah jadi kolej universiti kan?) tiba-tiba kasihan dengan aku yang terbatuk-batuk dan hilang suara sebab minum air sirap bandung eskrem soda AIS di rumah kak Rai. Macam-macam kata nasihat yang Abang beri pada aku. Abang kata aku mungkin terlalu penat. Aku sengih. Aku diam.
Tiba di lokasi kebun, Abang pun turun. Tinggalkan aku seorang dalam kenderaan pukal. Mukus di hidung bertambah. Tekak semakin perih. Yang kronik, hati yang girang gembira tiba-tiba jadi mandum. Abang buat aku rasa kasihan pada diri aku sendiri.
Nasib baik Abang bukan darah daging aku. Kalau tak, aku dah tinju Abang!

Thursday, October 16, 2008

Raya lagi hihihi

Ada pendapat yang mengatakan bahawa... aku telah beraya sakan tahun ni. Nampak gaya aku terpaksalah setuju dengan pendapat sedemikian. Sekadar menqada' raya tahun-tahun lepas yang tak sempat untuk aku beraya sakan... hahahaha..

Bagi chance la ek, tahun 2006, aku baru sampai, tak reti beraya. 2007, aku beraya kat spital sebab kerja, jadi tahun ni untuk memastikan aku dapat beraya dengan jayanya, aku telah..
a) mintak cuti kerja awal-awal
b) ponteng kelas seminggu (hohoho kelas start hari Selasa nak buat camner ek?)
c) mintak bonda poskan baju raya (lalalala - tahun ni beraya dengan baju baru)

Di sini sempat aku rakamkan gambar raya di rumah wakil Dennistoun minggu lepas. Jangan tak caya, minggu ni buat lagi. Woah! Memang beraya sakan aku ni!



Tahun ni atas 'arahan' dan 'permintaan', Rumah terbuka 'kami' terpaksa dibuat dua kali. Ini rumah terbuka atas nama 'kami' yang aku dapat tolong sikit-sikit (baca - blender cili aje) untuk jemaah dan kariah Charles Street dan Rosemount.



Menu utama hari tu adalah nasi AYAM. Dan aku adalah tersangat suka hati sebab binatang kegemaran bergelimpangan di dalam mangkuk di atas meja. Menu tambahan adalah salad buah yang diusaha oleh cik Akuatik. Laku salad buah ni.





Kariah yang hadir. Datang bertali arus. Rasanya semua ni mengadap TV kot?


Seperti biasa, tak sah kalau cik Mimi tak ada. Gambar diambil ketika beliau sedang menikmati ayam. Beliau telah terngelat sebab tertidur (masih lagi di waktu Malaysia katanya). Maka beliau telah menawarkan diri untuk tinggal lama di rumah wakil Dennistoun untuk tolong-tolong mengemas.



Macam kat Malaysia juga, waktu Raya dihabiskan dengan menonton filem-filem Melayu. Erk! Walaupun filem Melayu tersebut telah dimuat turun oleh Tuan Rumah. Filem apa ek? Tak silap aku Sepi kot.

Sekian, laporan raya aku buat kali ini.

Friday, October 10, 2008

Tua

Kesian kan?... Dia dah tua... dah 71... dah nyanyuk.



Pak aku pesan.. kalau tua-tua nanti tak nak nyanyuk, alaaa bak kata orang puteh kat sini dementia atau pun Alzheimer, selalu-selalulah buat solat malam atau Tahajud. Aku rasa dia kurang amalkan petua pak aku kot ni, sebab tu lah tetiba datang meroyan nak bagi datukship kat Shah Rukh Khan tu.

Huh ni yang aku malu nak ngaku anak angkat Melaka. Perkh! Dia pun orang Pahang gak. Orang Pahang jadi Yang DiPertua Melaka, macam tu lah. Bengong! Achum!

Oh! Oh! Aku demand Abang Denan bagi DATUK SERI kat Allahyarham Sudirman Hj Arsyad. (Doakan beliau di 'sana')

Tuesday, October 07, 2008

Open Houses

Aktiviti - makan

Tempat - Seputar Glasgow (Govanhill, Charles St, Townhead dan Cumbernauld)

Masa - 10am-9pm Sabtu dan Ahad

Menu - Hidangan Melayu.


Keterangan gambar - erk! Gambar di ambil di satu rumah saja. Rumah pasangan Abang Kush & Kak Ahnis hihihi



Hero tayang makanan


Suka ayam!



kuih raya. Tuu... biskut makmur.. huhuhu teringat biskut makmur bondaku.


The beautiful ladies.

Friday, October 03, 2008

Raya 2008



1 Syawal - Melaka, Malaysia

(Belakang) dari kiri - Aqil Aiman (15thn), Afiq Afnan (17thn) dan Afiqah Aqilah (14thn)
Duduk - Bonda dan Ayahanda
Depan - Akmar Adibah (9thn)




1 Syawal
Aku - Kota London.

Dengan Akuatik, trip yang dah lama di rancang dan tiket pun dah dibeli. Akhirnya kami berdua beraya dalam Virgin tren saja, sebab London raya 30 September.