Friday, April 13, 2012

Belajar bertamadun


Dah lama tak ke muzium, jadi bila dapat tahu Muzium Kesenian Islam adakan pameran istimewa mengenai Islam, tu yang ambil masa untuk melawat.
Bayaran masuk cuma RM12 untuk dewasa. Parking pula free. Masa aku pergi pun, orang tak ramai. Sengaja pilih hari Jumaat sebab lepas melawat muzium, boleh terus pergi kerja. 
Rasa aman sungguh kat muzium ni. Kebetulan masa sedang melawat tu, hujan lebat di luar. Syahdu aje rasanya hahaha.
Yalah, kalau di Madrid tu aku boleh menghabiskan masa berjam-jam melawat Museo del Prado dan tengok dari satu lukisan ke satu lukisan yang gory dan menyeramkan. Belek lukisan Jesus yang ada luka di rusuk sat-sat sebelah kiri sat-sat sebelah kanan.
Belum lagi ke Museo Bella Artes di  Seville. Nasib baik dapat masuk percuma sebab datang awal. Tak cerita lagi ke muzium Louvre yang masuk cuma nak cari gambar Mona Lisa sebab dah muak dengan arca dan patung yang bersepah kat Eropah.
Itulah, kalau dah melalui itu semua, takkanlah aku tak ambil masa untuk melawat muzium di tanah air sendiri kan? Muzium kesenian Islam pulak tu hehehehe.

Okey mari kita biarkan gambar berbicara.

Lamp holder
Cast bronze with openwork and engraved decoration
Andalusia, Spain
10th AD


One of the best museum gift shops I've ever been to

Salah satu model masjid di dunia. Sangat teruja

Kiswah Kaabah

Belum pernah tengok Isfahan, ada rezeki nak jugalah ke sana :)


Wooden beam with inscription
Probably Nasrid, Spain
14th AD

Al-Quran mini. Perlu kanta pembesar untuk membaca

Terperangkap dalam muzium waktu hujan lebat adalah sesuatu yang sangat mengujakan
Keluar dari muzium dengan satu perasaan yang sangat puas. Memang tak ramai orang kat muzium ini, jadi aku boleh melihat-lihat dengan tenang. Cuma keadaan agak bising sekejap tadi bila budak-budak sekolah rendah melawat sambil berlari ke sana sini. 
Bagus betul dedahkan mereka dengan seni Islam dalam keadaan umur mereka yang masih muda. Walaupun mungkin mereka tidak faham sekarang betapa pentingnya artifak yang dipamerkan di muzium sekarang, tetapi sekurang-kurangnya ada usaha untuk menanam rasa cinta kepada seni Islam dan harapnya di masa akan datang akan dapat tanamkan rasa cinta kepada sejarah tamaddun Islam itu sendiri.
Insya-Allah :)