Friday, December 28, 2007

Selamat Tahun Baru

Aku rasa perayaan Krismas di Glasgow lebih 'bermakna' dari perayaan Idul-Fitri ataupun Idul-Adha di Malaysia. Sekurang-kurangnya di sini masa perayaan Hari Natal, semua kedai, tutup dan perkhidmatan kenderaan awam pun cuma setiap satu jam saja, sampaikan pam minyak pun tutup. Tak macam di Malaysia, tak kiralah hari besar, banyak juga kedai yang buka. Memanglah menyenangkan rakyat yang tidak menyambut, tapi rasa... rasa... macam tak bermakna saja kalau dalam hari perayaan, kita dapat melepak kat shopping complex. Raya apa agaknya tu kan?

Hari X-Mas, CikSue beraya di London (wow!!) aku beraya di Charing X saja. Pi rumah Akuatik saja. Bini dia pun tak ada. Jadi, baiklah aku temankan dia yang keseorangan tu dalam hari-hari raya tu. Sekurang-kurangnya dapat gak berbual ke, masak-masak makan-makan ke, tengok tv ke. Itulah aktiviti kami berdua hari tu. Hari Raya, dia buat tomyam.. huh! Marvelous! Lepas makan, masing-masing melepek depan tv. Dari satu movie ke satu movie kami tengok.

Dec 26. Hari Kotak (Boxing Day). Aku dengan dia sudah siap-siap nak boxing (tinju) orang ramai yang sama-sama keluar shopping hari tu. Aku memang dah aim nak beli boots sebenarnya. Boots aku dah uzur sesangat. Tapak dah licin dan berlubang (ya Allah! Macam semekin aku ni kan?) Jadi sudah tiba masanya aku tukar boots baru. Musim sejuk tak leh pakai sports shoes, basah dan tak menutup kaki. Boleh beku kaki, jadi yang sesuai memanglah kasut boots. Dengan semangat yang berkobar-kobar kami pun naiklah bas yang menghala ke The Forge Shopping Centre, tapi sebelum tu berhenti sekejap kat Retail Park sebab member tu nak beli baju-baju anak-anak buah dia. Kat situ ada Next Clearance dan harga baju-baju dia banyak yang tak lebih £10. Baju budak-budak pun banyak yang dalam lingkungan £1-£5 sehelai.

Banyak gak la dia angkut, mau satu beg besar. Aku pulak masih lagi berlenggang kangkung sebab aku memang cuma nak beli boots aje. Lepas tu, sambung naik bas pi ke shopping centre tu. Sukalah aku sebab dapat pi Clarks Warehouse. Tapi cheh! Kedai tu tutup. Huh! Balik dengan perasaan hampa. Aku mogok hari tu tak nak beli apa-apa pun kecuali makanan. Nampak gaya, terpaksalah aku pakai lagi kasut boots uzur aku ni sehari dua lagi. Ingat nak pergi lagi hari ni tapi... macam best pulak bergulung dalam duvet. hihihihi

Update : Dec 30,2007 - 17:05
Akhirnya aku ke Livingstone juga setelah kechiwa dengan Clarks Warehouse di The Forge dan kat city centre. Tak ada yang murah dan flat heels. Akhirnya aku jumpa yang ni. Warna merah ada heels setengah inci (adeh! Mesti sakit pinggang ni kang). Harga? Huh, mau £20 gak.


Syyy... dah jalan jejauh tu takkan beli sepasang kasut jer kot?
hehehehe

Friday, December 21, 2007

Sia-sia

Aku sudah membazirkan masa menonton cerita Haru Biru. Itulah sebenarnya, membazirkan masa! Tak ada pengisian langsung. Tak ada moral-values. Kosong dan hampas saja.

Jalan cerita tak tentu arah. Skrip longgar sangat-sangat. Watak-watak semua macam baru mula-mula berlakon iklan. Sorry, aku memang susah nak ingat siapa nama pelakon tapi apa yang aku tahu, filem ni membazirkan semua 'bakat-bakat' pelakon yang tak seberapa. Oh! Mungkin aku silap. Ada pengajaran sebenarnya dalam filem ni - ajar macamana nak sedut heroin, sedut meth, warna-warna pelangi air-air beralkohol dan camera trick (kalau ada) dalam babak-babak cium cium, peluk-peluk. Mungkin yang babak yang aku suka cuma masa Eman Manan interview satu watak utama ni. Lembut aje dia kata 'Budak-budak sekarang, tak fikir panjang.'

Sebenarnya aku ada baca review dalam satu blog yang mengatakan cerita Haru Biru ni best sangat. Berani menceritakan pasal keruntuhan akhlak remaja sekarang. Tonggang arak, hisap dadah dan 'main' dengan bini orang yang sememangnya terjadi dalam hidup masyarakat sekarang. Wah wah wah! Bukan main lagi pujian orang tu pasal filem ni. Tapi, bila aku tonton filem tadi, watak-watak utama ditonjolkan sebagai orang-orang kaya atau yuppies (young professionals). Seorang kerja besar (agaknyalah), sorang aspiring model dan seorang jurugambar. Nah! Kalau betul filem ini menonjolkan kepincangan masyarakat sekarang, biar aku tanya pula. Golongan yuppies ni menonton citer melayu macam ni ke?

Baik, kalau benar nak menonjolkan cerita-cerita macam ni, mana moral valuesnya? Apa mesej yang nak disampaikan? Bagi aku tak perlu cerita-cerita macam ni. Semua orang tahu masyarakat moden dah pincang. Isu dadah, isu mabuk, isu anak luar nikah, HIV-positive, semua orang dah tahu tapi tak perlulah bagitahu macamana nak hisap heroin, macamana nak sedut asap meth! Buat apa?! Karyawan seni di tanah air dah lupa agaknya yang menonton filem mereka bukan orang-orang yang posh atau yuppies. Yang tonton filem mereka kebanyakannya budak-budak sekolah. Di bandar dan di luar bandar! Orang kaya buat apa nak tonton wayang macam ni, dorang lebih suka tengok cerita orang putih yang lebih 'berkualiti' la katakan. Lebih baik tengok I am Legend. Lagi puas hati.

OK untuk orang yang rasa suka sangat dengan cerita Haru Biru ni, korang ni memang tergolong ke dalam kumpulan manusia macam ni? Korang ni hisap dadah juga ke? Korang mabuk-mabuk? Atau korang 'bercinta' hingga 'terlanjur' dengan isteri orang? Atau korang rasa moral orang yang mudah 'bed hopping' ni sangat tinggi budi perkertinya? Atau korang kata, yang penting 'hati budinya'. Well, just remember 'what you are before shape what you are now', sayang!

Aku ingat nak tengok cerita Anak Halal pula tapi masih tak ada yang 'free'. Mungkin dah jadi trend karyawan sekarang agaknya, buat cerita yang tak ada moral macam ni. Cerita yang membenarkan 'matlamat menghalalkan cara.' Entahlah aku tak tahu. Aku bukan karyawan seni tapi satu yang aku tahu - Kid, Adriana, Suzie dan Dani - kamu semua akan dibakar dalam api neraka huhuhuhu.

Tuesday, December 18, 2007

Sunday, December 16, 2007

Dia

Aku tengok jam. Sudah 6.50pm. Lambat lagi hari ni. Berborak dengan Hisham tadi. Tukar-tukar buah fikiran. Rasanya keputusan yang bakal aku ambik itu memang tepat. Mohon Allah permudahkan jalan.

Suhu turun lagi tadi. Sudah 0C. Badan sudah selamat berkelubung tapi muka aku kesejukan. Cuma angin yang beku, salji tak turun-turun. Kecewa lagilah 'orang' tu sebab tak ada salji. Aku dah terkinja-kinja kesejukan. Bas pula tak datang-datang. Orang semakin ramai. Tapi, aku tertarik dengan seorang gadis yang datang ke tempat menunggu bas tadi.

Orangnya kecil molek. Muda, masih belasan tahun, rasanya. Berjean putih dan berbaju tebal warna putih juga. Tudung putih belang biru melengkapi diri. Dia membaca jadual bas. "6.58. We got almost 10 minutes." Katanya. Aku cari dengan siapa dia bercakap. Seorang lelaki Scot berdiri tidak jauh. Tinggi. Mungkin belasan tahun juga.

Mereka berbual. Mesra. Aku perhati dengan ekor mata. Bertambah mesra. Mereka berpelukan pula. Dan seterusnya...

Aku pun berperangai tak senonoh. One Republic masih lagi 'meminta maaf' ditelinga. Bas datang. Aku naik. Diam.

Saturday, December 15, 2007

Wokeh!

Most of the time I forgot
Now I remember...

When a door slammed shut
Somewhere Allah opens a window

I understand now why it's called

Windows of opportunity.

Yeay! Things become clearer now.

Thursday, December 13, 2007

Jom nyanyi

Aku tengah gila dengan empat lagu ni;

Apologize - Timbaland & One Republic.

This is the life - Amy MacDonald

Rule the world - Take That (from the movie Stardust)

Home - Westlife

Another sunny day,
Has come and gone away,
In Paris and Rome,
I want to go home,
Mmmmmm
Maybe surrounded by,
A million people I,
Still feel all alone,
I just want to go home,
Oh I miss you,
You know,
And i've been keeping all the letters,
That I wrote to you,
Each one a line or to,
I'm fine baby how are you,
Well I would send them but,
I know it's that it's just not enough,
The words were cold and flat,
And you deserve more,
Than that,
Another aeroplane,
Another sunny place,
I'm lucky, I know,
But I want to go home,
I've got to go home,
Let me go home
Im just to far,
From where you are,
I've got to come home,
Let me come home,
I've had my run,
Baby i'm down,
I want to come home,
And I feel just like,
I'm living,
Someone elses life,
It's like i just stepped outside,
When everything was going right,
And I know just why you could not come along with me,
'Cause this was not your dream,
But you always believed in me,
another winter day,
Has come and gone away,
In either Paris and Rome,
And I Want To Go Home,
I miss you, You know,
Let me go home,
I've had my run,
Baby i'm down,
I want to go home,
Let me go home,
It'll all be alright,
I'll be home tonight,
I'm coming back home

Huh! Bila la tu ye.. hehehehe

Saturday, December 08, 2007

Steroid dan hospital

Tadi aku kerja macam athlete baru dapat dos steroid. Laju dan (hampir) tanpa henti. Macam orang kena adrenaline rush. Banyak tenaga. Kenapa?

Sebab... pagi-pagi tadi, supervisor aku panggil kata dia terima official complaint pasal aku. Heh? Kerja aku tak bagus ke? Aku tak buat kerja ke? Seingat aku.. kerja aku memang tip top. Koridor aku tu kira kilat-kilat lip lap mengalahkan hiasan kat pokok krismas.

Rupa-rupanya komplen bukan sebab kerja aku tak siap atau pun aku tak buat kerja tapi sebab aku duduk study kat Day Room pada masa rehat aku. Heh? Masa rehat aku pun, aku kena dictate apa yang aku kena buat ke? Bukan ke masa rehat aku tu untuk aku buat apa yang aku suka? Aku nak makan ke, aku nak baring ke, aku nak tidur ke.. bukan ke semua tu aku punya pasal lah! Masa rehat aku kan? Sukahati la aku nak buat apa.. asal bukan hisap dadah, candu atau minum arak. Asalkan aku kerja balik pada masa yang ditetapkan tu dah kira baguslah kan?... Kan?

Oh rupanya tak.. Sister kat wad aku tak puas hati sebab aku duduk membaca sambil makan kat Day Room tu. Padahal dulu aku pernah tanya misi sama ada aku boleh duduk situ atau tidak, misi kata duduklah. Dorang pun selalu makan kat dalam Day Room tu. Sister tu komplen macamlah aku duduk satu hari suntuk kat dalam Day Room tu, padahal setengah jam jer waktu rehat tu. Aku pun terangkanlah kat supervisor aku, kata aku cuma study sekejap je. Supervisor aku kata Sister tak bagi aku study waktu kerja. Heh? Dan kalau aku nak study juga, aku kena pergi kantin. Hmmm... macamana korang study kat kantin ek? Boleh ke?

Aku ingat cerita tu habis kat situ jer, rupanya ada lagi. Supervisor petang kata, itu baru satu komplen.. rupanya sister tu ada 2 komplen, dia kata aku hilang selama sejam. Amboi! Satu jam ke mana aku menghilang ye? Mungkin kalau 20 minit tu adalah sebab aku solat Asar jama' ngan Zohor. Mungkin dia tak nampak aku sebab dia pulak jenis duduk kat nurse station sambil baca magazine.

Rakan setugas aku si budak India bagi tau aku dia pun kena komplen gak. Dari sister yang sama. Sebabnya pun kecik-kecik aje. Tak bagi jag air kat patients. Dia dah isi jag air tapi letak aje atas troli. Takkanlah bagi jag air pun misi-misi lain tak boleh buat? Entahlah. Aku kata kat si budak India ni yang sister ni sebenarnya racist. Kalau kami komplen balik dan guna faktor racism ni atas dia, memang nahas dia. Silap-silap boleh kena buang kerja. Maknanya dia komplen benda yang kecik-kecik sedangkan secara keseluruhan kerja kami memang tip top. Koridor aku memang sangat bersih sampai orang pun boleh guling-guling atasnya atau makanan jatuh pun, pasir takkan melekat. Habuk dari atas sampai bawah pun tak ada, bersih aku sapu. Cermin kilat menciutkan dan bersinar-sinar. Si budak India ni kalau mencuci toilet, memanglah bersih. Sampah clear.

Jadi tadi, aku kerja dengan penuh dedikasi sambil mata aku perhatikan saja sister ni. Aku tengok aje kerja dia. Huh! Makan entah berapa kali. Kalau rehat tu pun dari 1.30pm - 3pm masih lagi kat nurse station. Berborak. Aku perhatikan dia lepas tu aku perhatikan jam atas dia. Aku rasa dia perasan. Tapi aku buat tak peduli. Muka aku maintain serius. Tiap kali lalu depan dia aku akan tengok dia lepas tu aku tengok jam. Begitulah satu hari suntuk. Tadi aku 'hilang' lagi. Aku tak peduli. Aku solat jama' takhir Asar dan Zohor. Aku nak tengok dia komplen lagi ke tak? Kalau dia komplen hehehe.. terpaksalah aku pun bertindak, bukan?

Two can play this game, rite?!

Monday, December 03, 2007

Adeh

Dalam kalut-kalut siapkan esei semalam, sempat juga menelefon ke Tanah Malaya. Berborak sekejap dengan Along, bonda, ayahanda dan anak-anak buah si Afiqah dengan Adibah. Bonda dan ayahanda turun KL sekejap sebab melawat sepupu yang baru melahirkan anak sulung dua bulan lepas. Apa namanya ye.. ada Puteri dan ada Chinta. Aduhailah nama, sempena nama ibunya juga agaknya yang ada awalan Puteri. Sambil-sambil tu bonda kata dia nak bawa Adibah bawa balik Melaka (alahai bonda, rindu dengan yang satu ini agaknya...).

Macam biasalah kalau berbual dengan ayahanda, isu pertama yang diperkatakan mestilah "duit cukup?" Jawab sajalah "ada". Hahaha... kalau tak cukup pun takkanlah aku nak bagitahu dia kan?? Diam diam ajelah, usaha dan usaha lepas tu tawakkal ajelah pada Allah kan kan kan?? hahaha. Selalu isu duit memang mendominasikan perbualan antara aku dan ayahanda. Biasalah sebab aku memang dididik dari kecil untuk percaya bahawa materialistik itu penting juga, maka soal RM, Pound Sterling dan simpanan hari tua tu memang perkara yang ketiga disoal selepas "sihat tak?" Dan "sekolah macamana?"

Tapi, semalam cerita wang masuk dalam bab-bab terakhir sebab ayahanda aku tiba-tiba teruja sungguh bila bercerita tentang novel sulung aku. Ahahaha...

"Abah tak ikut mak pergi melawat Julie. Abah duduk rumah baca buku novel *tooooot*," kata ayahanda aku. Tenang saja suara dia, buat aku rasa sangat-sangat rindu. Walaupun sudah melepasi 30 tahun, tapi setiap kali dengar suara dia yang lembut dan tenang itu, buat aku rasa macam aku ni masih lagi berusia 13 tahun.

Pembuka bicara dia buat aku ketawa. Malu pun ada. Sebab rasanya dalam 40 peratus apa yang aku tulis dalam buku itu berdasarkan perasaan, fikiran dan pengalaman aku sendiri. Perspektif aku sebagai anak yang degil dan aspirasi aku untuk menjadi anak yang baik. Jadi, bila ayahanda kata dia baca novel tu, aku rasa sangat-sangat terharu. Juga terfikir apa agaknya perasaan dia bila membaca barisan ayat-ayat yang lahir dari hati aku. Sebab aku dilahirkan dalam satu keluarga yang sangat 'mahal' untuk menzahirkan kata-kata sayang dan cinta. Cukup kau tahu kasih sayang itu sudah sedia tercurah, tanpa perlu ucapan sayang yang berjela-jela. Aku faham. Tapi aku tetap lontarkan kata-kata sayang itu untuk mereka dan yang lebih penting untuk anak-anak buah aku sebab aku rasa generasi yang seterusnya ini jati diri mereka sangat rapuh.

Aku tanya ayahanda aku apa pendapat dia pasal buku tu, dia kata, "Abah baru sampai mukasurat 130."

Lagi sekali aku ketawa. Ayahanda baca 'slow and steady' katanya. "Mak tak ada jadi abah bolehlah duduk dan baca buku." Aku harap ayahanda dapat baca sampai noktah yang terakhir.

Telefon langsung bertukar tangan. Kali ini aku berbual dengan anak dara kakak aku yang berumur 14 tahun. "Kakak tak fahamlah apa yang usu cerita tu."

"Kakak dah habis baca ke belum?"

"Belum sebab gilir-gilir dengan abah-yaie." (Sepatutnya yaie saja [datuk dalam bahasa jawa] tapi ditambah abah di depannya sebab anak-anak buah ni memang manja dengan datuknya).

Alahai, kesiannya. Aku memang bagi senaskah buat Along, tapi tak sangka pula ayahanda pun berminat hendak membaca. Hai.. kena hantar satu lagi ke rumah Melaka lah nampaknya.

"Usu, mak nangis baca buku cerita usu tau." Hahaha... pecah rahsia kakak aku.

"Pasal apa pulak?"

"Entah... kakak tak tahu. Tapi kakak tengok mak nangis." Elok lah tu. Mak dengan anak sama je jadi Drama Queen. hahahaha.

"Jadi kakak pun tak habis bacalah lagi ye?"

"Belum. Kakak tak fahamlah usu."

"Kakak baca bagi habis dululah kot kalau nak faham. Tak pun kakak simpan dulu, nanti bila agak-agak nak baca lagi, kakak bacalah."

Tapi sebenarnya menurut kata 'spy' aku si Adibah yang disampaikan pada maknya, Kakak Aqilah tak nak baca buku aku sebab nama dia tak ada dalam tu. Adibah pula suka buku tu sebab ada gambar 'bear' di kulitnya. Tambahan lagi nama dia (Adibah) dan nama abangnya (Aqil) Aiman ada dalam cerita. hahahaha.

Sekali lagi telefon bertukar tangan, kembali kepada bonda pula.

"Bayarannya macamana? Bila agaknya dapat?"

Aduhai... cerita berkisar kembali kepada ringgit, pound sterling dan simpanan hari tua....



Judul: Zahrah de Tigris
Penulis: Khairyn Othman
ISBN: 978-983-43217-7-2
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM17


Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris…

Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis

www.jemariseni.com

http://bungatigris.blogspot.com

Monday, November 26, 2007

Oh!

Pagi-pagi tadi, seperti biasa, dalam bas aku mesti akan ambil senaskah tabloid metro uk. Untuk tahu serba sedikit berita yang terjadi dalam Britain dan di luar Britain. Lagipun tabloid ni free.

Macam biasa, berita untuk hari Isnin agak kurang menyengat. Lainlah kalau ada kes orang bunuh orang ke, barulah best baca. Berita muka depannya pun, cerita basi. Pasal HIV-Aids. Remaja yang tahu nak seronok saja, tak fikir pasal sakit yang belum dijumpa penawarnya ni.

Memang tak ada yang menarik perhatian aku sehinggalah aku tiba ke seksyen MetroWorld yang kecik tu hanya summarised berita-berita yang berlaku di dunia. Tengok deadline hihihi.. Malaysia lagi. Pasal sembur-sembur. Dengan FRU. Rajin sekarang ni FRU main-main air ye. Ketawa aku baca berita tu. Oh.. ada perhimpunan lagi rupanya. Kali ni bukan gelombang kuning. Gelombang apa tu ye? Nak saman kerajaan British pula. £2 trillion lawsuit. Jap... jap sapalah yang jadi mastermindnya ni?

"The rally... was held over claims that the Muslim dominated government has neglected them" - Metro-World, Metro uk pg 24
Wah serius allegation ni. Jap kenapa guna perkataan Muslim? Sedangkan bangsa/ethnic yang dimaksudkan. Kalau pun mereka rasa diketepikan, bukankah itu menunjukkan kegagalan pemimpin bangsa/ethnic yang mereka pilih?

Patutlah pak Samy Vellu kata, "the protest was an opposition 'ploy to smear the government's image'" - Metro-World, Metro uk pg 24

hahaha semuanya pasal imej.


Tak apalah, kita layan video ni dulu. Enjoys!


Friday, November 23, 2007

Escapism

Penat laaa... Kebelakangan ni aku asyik rasa letih jer. Takkanlah sebab cuaca, tapi mungkin juga. Tadi jer suhu dah turun ke 0C. Sejuknya. Nasib baik tak -3C macam kat Carlisle. Alhamdulillah satu hari suntuk matahari terang saja, tak ada hujan. Mungkin esok agaknya hujan lebat. Kalau sejuk aje tak hujan tahan juga lah, tapi kalau hujan tu adeh... lagi la aku depress. Member aku cakap ini memang musim depression. Binatang pun stress kalau dah masuk musim dingin ni. Ya kot? Aku tak tau la sebab aku tak ada kucing (huwaaaaaaaaaaa).




Jadi untuk menghilangkan depression (campur stress kerja haram + essay tak siap + essay tak siap + masalah biasa = duit) aku pun telah melarikan diri ke... ke mana ek? Hehehe... aku sudah melarikan diri ala-ala cerita Hindustan ke New Lanark. Sejam perjalanan naik tren. Keluar dari hiruk pikuk Glasgow. Bertemankan Akuatik hihihihi (orang yang rajin melayan kemerengan aku dan sering meluahkan perasaan apabila menghadapi sedikit masalah bebelan dari 'isteri' terchenta [kwang kwang kwang]).

Perjalanan dari Glasgow ke New Lanark mengambil masa kira-kira sejam. Tadi, lepas kerja aku pun berlenggang-kangkung ke Glasgow Central Station. Kami ke Lower Level dan naik tren pukul 9.45am di Stance 14 (tulis ni untuk reference, kot-kot mana tau aku nak ke sana lagi untuk sesi escapism yang ke dua ke). Tren ni berhenti di perhentian terakhir di bandar Lanark. Comel jer pekan dia tapi cukup serba serbi termasuk kedai £1 pun ada. Terus menapak ke Tourist Information Centre untuk ambil peta dan tanya bas ke New Lanark. Orang yang jaga kaunter tu kata bas akan tiba dalam 11.30am. Tengok jam, ada lagi dalam 45 minit. Nak pergi ke mana? Ambil keputusan pergi je ke Sommerfield untuk cari makanan. Hehehe.. beli crisps, roti ngan coklat huhuhu semua kira comfort food yang sesuai untuk membesarkan diri dalam musim sejuk ni.




Cuaca di Lanark rasanya sudah turun ke -1C atau -2C agaknya. Pekerja-pekerja majlis perbandaran sibuk tabur garam untuk elakkan jalan licin sebab frost. Lopak-lopak air pun dah beku. Aku nafas pun je keluar wap-wap panas. Tapi yang syok matahari memancar-mancar dan langit biru. Ohhhh... happy nya! Orang kat sini pun baik-baik belaka. Mungkin sebab orang kampung kot. Depa "hai!" kami pun "helo!" Dua dua sengih hahaha. Bas 135 yang ditunggu pun tiba. Nama bas tu bas Steward. Warna putih. Bas mini. Aku gelarkan Steward Little.

Pakcik yang bawak bas tu pun friendly. Dia kenal semua penumpang dia kecuali kami ni yang muka lain. Tapi dia tahu tourists sesat. Ya lah orang datang ke New Lanark waktu summer, kitaorang pulak datang time winter. Dari bandar Lanark ke New Lanark ni lebih kurang 10 minit perjalanan. Tambang pun cuma 60p jer. Tapi aku dengan Akuatik tak berjalan kaki sebab tak pasti tempatnya di mana, kang tersesat sana sini pulak kang, susah. Ikutlah kami dalam bas ngan pakcik driver yang kenal semua orang sampai ke jalan mati. Destinasi dia yang terakhir memanglah di bas stop tak bertanda di New Lanark.


Kalau nak diikutkan dari citarasa orang-orang di Tanah Malaya, mungkin New Lanark ni tak ada apa yang menarik sebab tak ada shopping complex. Tak ada barang-barang berjenama besar, tak ada carboot. Yang ada pun cuma Gift Shop untuk pelancong yang datang ke sini. Tapi New Lanark ni antara empat dalam list World Heritage di Scotland, berjaya menarik lebih kurang 400,000 pelancong setiap tahun ke sini untuk? Untuk menikmati pemandangan sungai dan bangunan-bangunan lama bekas rumah-rumah pekerja dan kilang kapas abad ke 18 dan 19. Memang pemandangan yang cantik. Sungguh.


Yang terkenal di sini seorang pengusaha kilang kapas Robert Owen yang revolutionise kan layanan kepada pekerja-pekerja kilangnya. Kilang kapas beliau memang self-sustainable dengan elektrik yang dijana melalui waterwheel dan kemudian ditukar dengan turbine. Dia juga membina rumah-rumah pekerja yang sempurna, beri perhatian kepada anak-anak pekerja dengan memberikan mereka pelajaran. Masa tu, dia seorang saja mill owner yang buat kebajikan macam ni pada pekerja-pekerja sedangkan di tempat-tempat lain, pekerja-pekerja dilayan dengan teruk dan tinggal di rumah yang tidak sempurna.


Oh! Alahai, Robert Owen mengingatkan aku pada John Thornton. Abang cinta hatiku Love ya!













Pukul 2pm kami sudah kembali ke Glasgow. Akuatik kerja petang, jadi tak boleh la berlama-lamaan di New Lanark. Pusing-pusing bandar Glasgow sekejap. Buat apa yang patut, lepas tu aku balik rumah. Letih tapi aku suka hati.





















Yang lebih buat aku gembira - aku berjaya berjalan setengah hari dengan belanja tak lebih £10.


Tiket tren Glasgow-Lanark pergi balik = £5.85
Tiket bas Lanark-New Lanark pergi balik = £1.20
Jajan = £2.20

Pengalaman = Priceless. hihihihi

Wednesday, November 14, 2007

Nak ketawa ke nak nangis?

Sudah lama tak buat catatan yang bangga diri, takbur dan riak macam entry kat bawah ni hahahaha. Seronok jadi syaitan sekali sekala.

Mungkin untuk waktu yang terdekat, kita akan terus bincang isu politik. Demokrasi, kebebasan bersuara dan usaha-usaha menipu yang dalam zaman digital ni - sudah tidak boleh diterima pakai lagi.

Aku? Aku masih lagi macam dua hari lepas. Tidak produktif dalam hal-hal pembelajaran buat masa sekarang. Tapi masih lagi maintain kepandaiannya (hahahha.. takbur lagi!). Masa dihabiskan dengan menyelesaikan kerja haram aku. Ya aku bagi tempoh sampai hujung minggu ni nak selesaikan kerja haram ni. Selagi tak selesai selagi tu kerja-kerja halal aku yang lain pun tak selesai. Cepat-cepat! Selamat maju jaya!
Tapi biasalah kan, sebabkan gelombang kuning (bukan jaundice - walaupun anak nurul izzah kena jaundice err semoga cepat sembuh) yang melanda, dengan aku sekali asyik dok melompat dari satu blog ke satu blog, dari satu webpage ke satu webpage. Tapi youtube juga menjadi idaman kalbu.



hehehehe

Polis kata jangan.

eh ada kerja plak.. sat lagi lah sambung

Monday, November 12, 2007

Are You Ready?

Huh! Hari ni rasa tak produktif langsung ... er.. dari segi pembelajaran bukan dari segi yang lain-lain. Padahal esok ada tutorial yang memerlukan aku bersedia tahap maksima. Bab baca buku ilmiah untuk aku hari ni memang kurang produktif tapi bab lain aku sangat produktif; contohnya tidur, makan, buat kerja haram dan bertenet. Yep! Satu hari suntuk aku duduk di khutub khanah sambil bertenet tengok perarakan baju kuning (Digi nak tukar kaler korporat ke lepas ni? Jukebox dapat promo percuma lah.. ke lepas ni kedai kasut ni pun nak kena tukar warna korporat?).

Dari situ aku tengok la jugak wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin. Hahahaha! Nasib baik aku di khutub khanah menonton dan mendengar menggunakan earphone, kalau tak memang dah guling-guling aku gelakkan jawapan dia tu. (Korang pi lah tengok kat blog Pa'chik naaaa.. dia letak clip youtube). Buat malu bekas-bekas wartawan aje. Ye, dia ni bekas wartawan Utusan Melayu. Tapi jawapan yang dia berikan pada wartawan Al-Jazeera tu tak melambangkan dia pernah belajar ilmu kewartawanan dulu. Emosional tak tentu hala! Biasalah wartawan, soalan mestilah berunsur provokasi. Itulah lesen wartawan sebenar. Kalau tak berani bertanya secara live tak payah jadi wartawan, jadi ajelah blogger, menulis di sebalik pseudonym. Dan kau tak payah jadi menteri kalau tak berani hendak menjawab soalan! Bukankah kau punya diploma kewartawan? Kau patut tahu semua ni!

Kemudian aku tonton pula interview Al-Jazeera dengan Jeff Ooi pula. Aku suka soalan-soalan dia dan aku suka juga jawapan-jawapan yang diberikan. Tapi, aku tak puas hati bila baca credit di bawah skrin, Jeff Ooi - Journalist. Journalist??? Apa lesen dia ada kata dia seorang journalist? Mintak mahap enchek enchek semua. Seorang blogger tidak layak mengaku dirinya journalist. Dia tidak ada kad kuasa dari mana-mana badan atau organisasi media dalam negeri atau internasional. Dia bukan ahli National Press Club (Malaysia) mahupun anggota International Press Association, jadi dia tak ada hak untuk memanggil dirinya seorang wartawan.

DISCLAIMER : This is my two cents and I DON'T CARE if anybody doesn't agree with me. I'm a Journalism student and I WAS a JOURNALIST and still own a Press card thus I have the right to comment on this. YEAH! AND THIS IS MY BLOG.

Lepas makan tengahari dengan Akuatik dan bincang pasal perarakan kuning, kebodohan Zainuddin Maidin, lawak-lawak tak berapa nak cerdik dua orang lelaki teratas anak beranak dalam negara dan avatar ym dia yang sekarang dah bertukar jadi gambar otromen pula, aku pun sambung browse internet lagi. Tengok-tengok gambar pula. Kali ni aku tengok gambar perhimpunan kuning di London. Oh! Kat London pun dorang buat gak. Ni kira anjuran Parti Keadilan la ni kot (tak berapa sure). Tapi perhimpunan ni dibuat kat depan Malaysian Hall. Kira amanlah. Lagipun orang kat London dah cemuih dengan perhimpunan/perarakan ni.

Sat tadi aku dengan CikSue pun bincang-bincang pasal benda ni. CikSue emosional sikit bila bincang bab politik dan bercerita pasal kebengapan si menteri ni. Tak cerita lagi kat dia bila aku baca berita kata mostly yang rowdies kat perhimpunan tu.. orang-orang Pantai Timur. Mau dia melenting lagi kang. Hahahaha...






Anyway..
Check list untuk esok
a - thermal wear - check.
b - jumper - check.
c - wool socks - check.
d - coat - check.
e - gloves - check.
f - muffler - check.
g - boots - check.

Suhu turun lagi malam ni. Malam semalam 1C. Pagi tadi keluar pun tengok ada frost atas kereta-kereta yang dipakir tepi jalan. Lopak air kat tepi library tadi pun beku sampai jadi icicles atau popsicles. Rasanya malam ni boleh turun -3C kot. Maknanya esok aku bakal jadi snowman eh snow-woman bergerak kot. Alahai!

Lupa - Glasgow menang tuan rumah Commonwealth Games 2014.

Friday, November 09, 2007

Orang Angkasa?

Bernama.com


Am 05 November, 2007 23:32 PM
Angkasakan Tamadun Bangsa Melayu, Kata Najib Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini


KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bangsa Melayu perlu meneruskan perjuangan ke arah mengangkasa dan mengantarabangsakan tamadun bangsa.

Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu bertujuan menggemilangkan atau memartabatkan sesuatu daripada apa yang sudah dicapai ke tahap yang lebih tinggi dalam persaingan global kini.

Katanya bangsa Melayu yang sudah sekian lama "berkampung di hulu dan membumi di darat" perlu menerokai proses pengantarabangsaan dan pengangkasaan yang kini sudah sampai ke tahap kedua-dua saranan berkenaan.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata `Bangsa Angkasa' atau 'space nation' sentiasa mempunyai impian tertinggi dan mempunyai tamadun yang hebat dengan hasrat pada satu ketika kelak peradaban yang dibina mampu mencapai tahap terbilang, setinggi dan seluas angkasa selain menjadi rujukan dan tanda aras kepada seluruh dunia.

"Dalam persaingan global sekarang ini tidak cukup dengan mengantarabangsakan Melayu. Oleh itu, tamadun bangsa Melayu dan bangsa Malaysia akan terus kita angkasakan. Semuanya bermula dengan impian besar, impian yang kini semakin menjadi realiti.

"Kita perlu menggali sains dan teknologi, memiliki pengetahuan dan kemahiran, menguasai pelbagai bahasa, menjana ilmu, mengukuhkan iman, berbudaya cemerlang dan bercita-cita setinggi angkasa," katanya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang membawa tema "Mengangkasa Tamadun Bangsa".

Beliau berkata istilah "mengangkasa" yang dimaksudkan ialah suatu pencapaian setinggi mungkin yang dijadikan wawasan dan bukan sekadar terbang ke angkasa atau naik ke langit, tetapi melambangkan usaha sehabis baik untuk menjadikan impian yang dianggap mustahil dapat menjadi realiti pada suatu masa nanti.

Pada masa ini, katanya, orang Melayu berada pada satu tahap dan seharusnya pada hari esok dan lusa, tamadun setinggi angkasa itu sepatutnya sudah berada di depan mata.

Beliau berkata perancangan seterusnya memerlukan "peta jalan dan batu tanda" yang hebat dan pelaksanaan yang cekap bagi memastikan kegemilangan.

Najib berkata untuk mengangkasa tamadun bangsa, lima teras diperlukan iaitu bangsa glokal yang berminda kelas pertama sebagai peneraju, ilmu dan pendidikan sebagai landasan pembinaan, agama dan budaya sebagai asas peradaban, pertumbuhan dan pengagihan ekonomi sebagai kekuatan dan kestabilan politik sebagai prasyarat.

"Memiliki sejarah peradaban yang gemilang itu penting, tetapi yang lebih utama ialah zaman ini dan akan datang itu mestilah lebih gemilang. Nostalgia warisan lepas adalah untuk teladan dan sempadan," katanya.

Mengungkap kembali ucapannya pada majlis sama tahun 2005, Najib berkata Melayu Glokal iaitu yang berakar nasional dan berakal internasional adalah satu dimensi baru yang menuntut lonjakan ke hadapan dengan memperkukuhkan daya saing untuk berlumba menjadi yang terbaik di pentas dunia dalam pengantarabangsaan tamadun bangsa.

Katanya apa yang paling penting untuk menjadi Melayu Glokal ialah melalui minda yang diasah dan diasuh dengan sempurna, bermula daripada otak yang sihat yang membentuk minda, akal dan pemikiran yang merupakan kunci untuk membuka pintu kejayaan.

"Jika kita ingin maju, gunakanlah kapasiti minda ke tahap maksimum untuk bertarung di gelanggang dunia. Sesungguhnya, pertarungan pada masa kini dan masa hadapan merupakan pertarungan minda," katanya.

Katanya peristiwa Israk Mikraj di mana Nabi Muhammad s.a.w diangkat Allah s.w.t ke langit Sidratul Muntaha, sewajarnya mempesona imaginasi dunia, untuk meneroka sesuatu yang belum terfikir oleh manusia.

Sebagai contoh literal maksud mengangkasa tamadun bangsa, Najib berkata tepat pada 9.21 malam, 10 Okt 2007 lepas seluruh negara dan dunia Islam seharusnya bergembira kerana dikurniakan seorang angkasawan, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha

Katanya Dr Sheikh Muszaphar disifatkan berjaya sebagai angkasawan meneroka alam ciptaan Tuhan, mengharumkan nama Malaysia dan menjadi orang Melayu Islam pertama berada dalam bulan Ramadan dan Syawal di angkasa lepas.

"Kita akan terus melangkah ke era penerokaan baru untuk memahami ilmu dan teknologi aeroangkasa. Usaha ini bukan sekadar menghantar seorang angkasawan, tetapi adalah simbol impian satu bangsa yang boleh mencapai kejayaan setinggi bintang," katanya.

Kejayaan ini juga memberi semangat bahawa sebenarnya anak Melayu, anak Malaysia mampu mencapai ke puncak pelbagai kegemilangan dan semoga ia akan terus menjana motivasi dalam kalangan anak bangsa, menjadi idola generasi muda dan teladan rakyat Malaysia untuk menempa nama dalam semua bidang agar menggenggam kemanisan kejayaan perjuangan, katanya.

Menyentuh pembangunan tamadun, apabila diutarakan hasrat mengangkasa hadarah atau tamadun ia adalah sejajar dengan gagasan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang gagasan Islam Hadhari iaitu pendekatan Islam yang menekankan aspek tamadun, katanya.

Najib berkata jika diteliti dalam perjalanan membina peradaban 50 tahun negara dan 61 tahun UMNO ternyata jalan-jalannya tidaklah terlalu mudah dan tidak juga terlalu sukar.

Beliau berkata ketika berada di persimpangan, pemimpin negara telah membuat pilihan yang tepat iaitu tidak mabuk kuasa tetapi lebih mengutamakan permuafakatan demi membina negara majmuk ini.

Najib berkata penyambung warisan iaitu generasi baru kepada pejuang dan rakyat zaman merdeka sedang meneruskan perjuangan untuk 50 tahun kedua pembinaan negara umpama sebuah larian berganti-ganti yang panjang yang kini berada di tangan kiri dan kanan setiap pemimpin, yang besar atau kecil dalam dewan serta di luar sana.

"Jika saya katakan pewaris pejuang dan pembina peradaban itu adalah kita semua, ya benar, kitalah orangnya; Mamat dan Dollah, Timah dan Joyah, Sabran dan Suparman; Fidah, Hisham dan Ani; Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban.

"Persoalannya, adakah kita sudah bersedia, untuk mendukung amanah menggalas perjuangan mengangkasa tamadun bangsa?" soalnya.

Katanya membina peradaban memerlukan usaha yang berterusan lantaran itu, minda Melayu perlu dipacu dengan pembelajaran dan latihan mengenai pemikiran positif, kreatif, lateral, proaktif dan inovatif.

Ia dicernakan melalui pengubahan minda Melayu melalui kepimpinan transformasi, bekerja sebagai satu pasukan, menjayakan agenda Melayu, melalui pegangan akidah dan terus membina generasi muda, iaitu resipi untuk kekuatan mental bangsa Melayu Glokal yang berminda kelas pertama.

"Percayalah bahawa umat Melayu boleh maju. Percayalah bahawa kita boleh berjaya. Kita boleh maju dan berjaya untuk mencapai apa sahaja citra dan cita-cita mulia. Syarat utamanya ialah melalui ilmu dan pendidikan.

"Oleh itu, pelaburan terpenting sesebuah keluarga Melayu bukan untuk memiliki tanah, rumah dan kereta besar sahaja. Namun, yang nombor wahid adalah untuk memastikan anak-anak, cucu-cicit kita menguasai ilmu dan berjaya dalam pendidikan setinggi mungkin," katanya.

Najib juga mengungkapkan serangkap pantun enam kerat:

Aman, makmur, harmoni,

Tamadun bangsa, diangkasakan,

Di tanah air tercinta ini,

Satu idealisme perjuangan,

Mari bersama kita renungi,

Tanpa noktah, tiada kesudahan.

-- BERNAMA
Copyright © 2007 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels


Ini kot yang dikatakan Bangsa Angkasa?

Tuesday, November 06, 2007

amacam?


Aku terasa macam nak 'rave and rant' (Sas, pinjam sat naa) sebab la ni aku terasa ada sedikiiiit sakit hati dengan sejenis makhluk. Segelintir je. Namanya manusia.

Tak besar mana pun masalahnya cuma... ya cuma... aku menyampah dengan penggunaan tatabahasa - Bahasa Inggeris yang tidak tepat. Uit! Aku bukanlah cikgu Bahasa Inggeris dan bahasa aku pun caca marba dan tunggang langgang. Aku pun suka 'rojakkan' atau 'salad' kan bahasa aku. Tapi aku suka.. ya suka sangat-sangat kalau aku tulis dalam bahasa penjajah, penggunaan bahasa dan tatabahasa aku betul walaupun tak 100% tepat sebab aku ada masalah grammar.

Tapi kan kan kan... betul ke kalau kita guna bahasa Inggeris tu kita kelihatan lebih 'intelligent'? Lebih bijak dari orang pandai? Ya lah, kita guna bahasa omputeh, maknanya kita ni lebih 'advance' lah dari orang sebangsa... ya ke begitu? Lagi lagilah kalau menulis tu untuk 'membidas' melawan atau berdebat tentang politik (eh! Contoh jer ni) - bukan apa aku ni sekejap tadi ada la melompat-lompat ke blog yang ada kat PAUTAN aku tu. Tiba-tiba aje bila aku baca satu komen mamat tu kat satu blog dalam pautan aku tu... aku mula memikirkan tentang 'sampah'. Hahaha... bukan apa itu blog orang, jadi aku tak nak lah komen lebih-lebih. Ini blog aku jadi sukahati kepala kotak akulah nak buat apa kan.

Oh balik pada komen tu tadi ye. Dia KOMEN dalam bahasa inggeris. Wah! Ada inisiatif kata aku. Bagus. Aku suka orang mencuba ni. Tak takut. Berani. My kind of person! Tapi kan kan kan.. aku terus malas nak baca bukan sebab isinya 'sampah' tapi penulisannya juga aaaa 'sampah' yang susah nak kitar semula. Sudahlah tatabahasa tunggang langgang, kata kerja kata nama bercampur-campur. Ejaan pun lari. Hah! Yang ni aku memang tak boleh terima. Berapa banyaklah kamus ada kat tanah malaya ni. Kamus dwi bahasa, kamus dewan, collins, wordfinder, ada gak online dictionary bla bla bla.. Sila gunakan dan jangan malas.

Nasihat aku... sungguh ikhlas ni. Just stick to what you KNOW. And always IMPROVE yourself. Sebenarnya kalau kita nak tahu, bangsa yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri adalah satu bangsa yang berjaya. Tak percaya tengoklah;
1. China (semakin maju)
2. UK dan US (rasa diri dah maju)
3. India (akan maju)
4. Germany (aku maju-majukan ahaks)
5. Jepun
6. Siam (berjaya menolak penjajahan- dululah)
etc etc

Sekian terima kasih.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Monday, November 05, 2007

Nov 5

Hari ni cuaca baik.. walaupun siang tadi hujan. Lebat. Sekejap lepas tu cerah pula. Sampai petang. Sampai malam. Tak hujan. Alhamdulillah.

Tapi rasanya keadaan ni tak lama kot. Dalam akhir minggu ni mungkin akan mulalah hujan lebat, angin sejuk dang gales. Yup! The mighty gales yang boleh buat semua orang jalan terhuyung-hayang macam orang mabuk. Hmmm... tapi kat rumah aku ni dekat dengan pub La Cala. Tak gales pun ramai gak orang jalan terhuyung-hayang terutama bila malam hari minggu..

Apapun..
Pertama-tama
Maaflah sebab lama tak update. Kombinasi sibuk dan tak tahu apa nak ditulis lagi. Maknanya hidup aku sekarang ni agak 'mundane' dan sudah kurang 'exciting' (mungkin bagi sesetengah orang - bagi aku tetap exciting cuma rasa malas nak kongsi kekekeke). Kang aku bercerita pasal essay aku yang melambak tu kang, tak best lah pulak. Nak cerita sedey hidup aku ni... ish buat apa. Semua orang dah tau aku ni sengaja cari bala datang sini hahahaha. Tak 'sadar diri' kata satu orang tu kat aku. Ye ye.. aku ngaku memanglah tak 'sadar' diri. Oh terima kasih la kat orang tu sebab 'remind' aku selalu. Always think positive .. ye tak!

Kedua-dua
Aku kompius.. awatlah Lecturer workshop aku si Eamonn dok perhatikan aku selalu. Penuh dengan curiga. Macam ada sesuatu dalam fikiran dia, nak tanya aku. Tapi, tak tertanya.. huh! Tak ada kena mengena dengan asbab kenapa aku tak update blog hehehe. Aku cuma rasa dia dah tahu siapa yang dok link kan website dia. Aku lah tu... hihi

ketiga-tiga
Hari ni November 5. Kalau kat tanah Malaya, waktu aku update ni korang semua dah Nov 6 hehe. Sesiapa yang harijadinya jatuh hari ni atau Nov 6 aku ucapkan selamat hari jadi lah. Sebab korang bertuah malam ni. Ada bunga api berdentum dentam sejak tadi. Oh! Sebenarnya hari ni hari Guy Fawkes night. Aku rasa tahun lepas pun aku ada cerita pasal Guy Fawkes ni kot.




Sorrylah rakaman kurang memuaskan. Asyik salah tekan butang aje hehehe... dah tu guna kamera fon jer. Tadi tu berdentum dentam... dok cari kamera tak jumpa. Bila dah sedia nak ambik gambar.. hehehe dah tiba ke penghujung. Dapat sisa-sisa bunga api jer. Lagipun dah duduk rumah rendah ni... pandangan bukan lagi saujana mata memandang. Terhad.

Wednesday, October 31, 2007

Balik Hantu Raya

Kasut baru - £4.99

Mimi dah berangkat pulang pagi tadi. Aku dengan CikSue hantar kat Glasgow International Airport. Sayu gak rasa dalam hati. Jeles pun ada jugak. Tak sabar tunggu giliran aku pulak naik kapal terbang balik ke Tanah Malaya... untuk bercuti. Yahuu! hahaha

Kira minggu ni minggu yang sibuk untuk aku dan Mimi. Aku, sebab aku kena siapkan dua essay tang kena hantar dua hari berturut-turut dan satu persedian tuturiol untuk tutor yang cerewet. Mimi pulak sibuk buat persediaan nak balik.

Dalam sibuk-sibuk tu sempat pula pagi Ahad dia buat kejutan. Nak buat makan-makan sempena raya dan sempena nak balik. Aku dah cuak dah, apa taknya, dia abis kerja jam 3.30pm dan aku pulak jam 6pm. Dia kata tak apa sebab bukan nak buat besar-besaran, cuma nak jemput kengkawan yang rapat dan single mingle jer. Huh! Dalam tak ramai tu adalah dekat 20 orang yang datang bertandang hahaha. Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar.

Hari nak balik pula sempat lagi kami menerima undangan makan malam kat rumah kawan dia. Geng yang selalu lepak kat rumah di 'Awangan' dulu. Nak tak nak kenalah pergi sebab nak menjaga hati. Lagipun kami dah rapat. Mungkin dorang akan datang lepak kat rumah ni pulak. Cuma kurang geng sorang dua lah sebab yang satu dah balik India yang sorang lagi tu err... entah aku tak berapa tahu. Lepas makan-makan, kitaorang terus balik singgah ke Awangan nak ambil weighing scale sebab Mimi nak timbang beg. Tiba di rumah, aku terus busy habiskan essay - double check - dan Mimi habiskan mengemas. CikSue habiskan tengok drama Korea pulak. Jam 10pm semua orang dah terlentok mengantuk. Aku orang yang terakhir tidur. Pukul 1.30am Mimi dah kejut nak pi airport sebab flight dia jam 5.55am. Dia terbang dengan KLM Glasgow-Amsterdam kemudian Amsterdam-KL guna Malaysian Airline.

Jenuh jugaklah menunggu di Airport tu. Dari duduk kami berdiri dari berdiri duduk balik dari duduk aku terus baring dan tidor. Aduh... mengantuk semata-mata nak menunggu kaunter KLM dibuka. Jam 3.40am kaunter KLM pun buka. Mimi tak yah beratur sebab dia dapat business class (huhuhuhu jeles jeles... lepas ni upgrade ke tak kat MAS?). Mimi halau balik sebab kami dah kuyu sangat-sangat. Aku ngan CikSue pun naik bas balik ke city centre. Memang masing-masing dah tidor dah dalam bas. Sudahlah kami berdua aje dalam bas tu, sedar-sedar jer dah sampai kat city centre. Dari stesyen bas, kami ambil teksi balik rumah. Sampai rumah terus tidor. Set jam kul 6am untuk bangun Subuh. Lepas ni tinggal aku dengan CikSue berdua ajelah sampai Mimi datang balik untuk buat PhD tahun depan. Huh! Sayu gak laa... Hari tu dia pi Mesir tapi sebab bercuti, tak de rasa sayu cam ni tapi sebab ni kira balik ke tanah air, perasaan sayu tu ada la plak.

Minggu ni plak dah secara rasminya kami di dalam musim salju. Jadi untuk 5 bulan ni perbezaan waktu dengan tanah Malaya sudah jadi 8 jam. Zohor pun masuk kul 12 lebih, isya' pun dalam kul 6pm lebih. Yang penting mengantuk pun dah jadi berlebih-lebih pulak.

p/s
aku dengan CikSue duduk diam-diam kat ruang tamu tengok Whose line is it anyway kat tele. Curtain tertutup rapat cuma ada satu mentol yang menyala. CikSue dok mengunyah burger, aku pulak menaip kat meja makan. Tak boleh bising-bising. Malam ni ramai hantu kecik, ketot dan keNOT yang lapar datang ketuk pintu dengan baldi kat tangan nak kutip makanan. Syyy...

Tuesday, October 23, 2007

Selamat Hari Raya 2

OK la ok la... aku dah cuti lama sangat.


Meh aku letak gambar raya ni dulu. Kalau ada sesiapa yang berkenan dengan sesiapa dalam gambar tu bagitau jer kat aku, nanti aku tolong siasat dah berpunya ke belum. Kalau kuota masih ada kosong pun aku bagitau la. Kalau nak jadi 'cradle snatcher' pun buleh. Tu yang kenal aku tu.. ha diam diam aje la ye, aku dah cukup femes. Takyahlah korang nak femeskan aku lagi naaa.

pssssttt aku yang pakai baju merah tudung pink pegang ketupat tuuuuu.... hahahahha



errr... selamat hari raya ye... maaf lahir batin. Kalau ada silap dan salah, keji dan umpat, mohon dimaafkan ye.

Makan ke puasa hari ni?

Thursday, October 18, 2007

Selamat Hari Raya

Aduh! Lamanya bercuti raya... mengalahkan orang bercuti di Tanah Malaya pulak ek? hehehehe. Bukan apa, sekarang ni October Week, maknanya kolej tempat aku kerja tutup seminggu. Tu yang aku rasa macam nak relax bebanyak jer tu. Tapi, tak relax pun sebab minggu ni minggu tutorial. Huh! Penat otak aku bekerja keras hehehehe.

Hmm... terperanjat Cik Sue kena 'kerja keras' hari Raya Pertama. Satu hari dia pulun 9 rumah hehehe.. entah berapa toilet rumah orang agaknya dia lawati gak kan. Yang aku pulak, glamer sekejap kat wad hospital tu. Kat (hampir) semua orang aku bagitau yang hari ni Eid. Sibuklah dorang tanya Eid tu apa? Aku kata festivity dan 'feastivity' gak laaa... makan dan makan dan makan. Dorang tanya buat apa kalau Eid ni. Aku kata hari ni semua orang MESTI makan, tak boleh dah puasa. Tuhan tak bagi. Sebab dah sebulan Dia suruh puasa jadi hari ni Dia suruh makan. Tapi... ye tuan tuan dan puan puan encik encik dan cik cik sekalian, sebelum makan tu buatlah special prayer. Sekejap jer, waktu pagi. Itu time nak bagitau pada Tuhan kita ucap terima kasih, syukur kita dapat makan dan belajar menghayati bulan Ramadhan dan bulan Syawal sekarang ni. Pada masa yang sama juga nak berkenal-kenalan sesama Muslims yang bertebaran di muka bumi ini.

Begitulah aku yang berpakaian raya kuning dan biru bercerita dengan penonton-penonton aku pasal Eid ni. Adalah gak aku jamu dorang ngan kuih yang aku paksa Cik Sue gulung malam sebelumnya hehehe. Aku ada bawa bekal pulut kuning (yaaaa kuniiing sungguh warnanya) dengan rendang daging alternatif aku tapi tak moh lah bagi kat dorang sebab daging kan mahal dan aku kan kedekut lalalala.

Petang tu aku kena buat extra time dua jam. Alaah... bos kata lap lap sikit, sapu-sapu lepas tu kalau dah siap boleh balik. Jadi buat kerja laju-laju dalam sejam setengah dah siap. Aku pun call Cik Sue tanya dorang kat mana. Oooo.... masih beraya lagi. Buat keputusan yang aku akan join beraya. Salin baju dan terus naik bas pi kat tempat berkumpulnya komuniti Melayu di bahagian Selatan Glasgow. Text kat bos kata aku balik awal nak mintak dia clock out, bos jawab dia dah nampak dah aku jalan dengan baju kurung kaler terang tu. Alamak!

Tiba di destinasi, waktu tu dah jam 7pm. Tapi tak pe, demi semangat raya, aku beraya juga. Nasib baik Cik Sue ngan Akuatik juga 'wanitha' seorang tu pun ada nak temankan aku beraya. Jadi hari raya pertama yang lepas, aku dapat beraya di 4 buah rumah. Yeay!

oh oh... rupa-rupanya ada orang cari Khairyn ye? hehehehe.. InsyaAllah jumpa di Central Mosque. Itupun kalau tergerak hati nak datang la ye, sebab kerja sekolah dah melambak-lambak nak kena selesaikan sebelum akhir bulan. Adoi!

Thursday, October 11, 2007

Tuesday, October 09, 2007

Dua

Ada dua perkara yang ada signifikasi besar jadi minggu ni.

1 - Anak buah aku yang sulung kata dia jadi mangsa buli kat sekolah teknik, tapi dia tak nak beritahu mak dia atau nenek ngan atok dia. Dia cuma beritahu aku, itupun mak aku cerita yang locker dia kat asrama kena kopak dan baju melayu yang baru dibelikan dengan harga RM50 sepasang, hilang. Dia kenal siapa yang curi baju dia tu tapi dia tak beritahu cikgu. Dia kata tu semua budak Form 5 punya kerja. Saja jer nak tunjuk lagak. Perkara yang kecik-kecik pun nak belasah adik-adik junior.

Dia kata lebam-lebam badan jugalah kena belasah. Alasan, sebab tak senyum dengan senior. Tapi pandai gak, tak belasah muka sebab nanti lebam kat muka cikgu nampak. Amboi-amboi senang-senang jer bagi alasan nak belasah anak orang. Bila aku suruh beritahu mak dia, dia tak mahu. Dia kata nanti mak bising, suruh tukar sekolah la, jumpa cikgulah. Lagipun tahun ni dah nak habis. Dia kata bila dia dah naik Form 5 dia takkan buat macam tu pada adik-adik juniors. Dia jaga budak-budak Form 4 tu nanti.

Anak buah aku tu bukanlah di dalam golongan adik-adik yang kecik dan ketot atau keNot. Dia ni dalam golongan yang tinggi menjulang. Aku rasa dah cecah 6' tinggi. Kasut pun dah masuk saiz 13 kot. Tapi, dia tak melawan bukan sebab dia takut, cuma dia kata dia tak suka panjang-panjangkan cerita. Nanti kena panggil dengan cikgu lah, kena bagi statement lah. Alasan dia, dia pi sekolah tu cuma nak belajar aje. Dia nak masuk unversiti dan ambil jurusan mechanical engineering ataupun mechanical design pas tu nak mintak kerja dengan Petronas. Dok kat pit F1.

Tapi biasalah aku kan, susah nak simpan rahsia. Pagi tadi aku dah call kakak aku. Cerita pasal dia. Laaa... kakak aku ni pun satu. Tak kuat hati betul. Masuk jer cerita badan Afiq dah lebam-lebam, kakak aku dah sebak dah. Dia ingat lebam-lebam tu sebab main ragbi. Aku kata lebam ragbi ngan lebam kena pukul tu lain. Dan dan tu nak telefon cikgu Afiq bagi tau. Terpaksalah aku tenangkan dulu, sebab aku risau tindakan cikgu tu pulak bakal mengundang retaliation di kalangan pembuli-pembulinya. Kak aku terus ada idea, mintak cikgu cek badan budak-budak Form 4 ni. Kot mana tau ada yang lebam-lebam.

Aku pun risau juga. Banyak kes aku baca budak jadi mangsa buli sampai komalah sampai cacatlah. Aku harap tak jadi apa-apa yang serius kat anak buah aku si Afiq ni. Tapi kalau cedera teruk... siaplah cikgu, sekolah, jabatan, kementerian pendidikan, budak pembuli tu, mak bapak budak pembuli tu. Jaga korang! Aku saman korang pas tu aku upah pulak mana-mana geng underground belasah korang gak. Aku ni baik orangnya. Tak pilih kasih. Semua aku pulun sama rata jer.

2 - Dah sejuk hati aku ni. Aku terima tetamu malam tadi. Jadi, ura-ura nak buat nasi AYAM terpaksa dibatalkan sebab ayam tinggal 5 ketul aje. Aku tukar resepi. Buat tomyam AYAM, ikan makerel bakar dgn blackpepper, sayur campur. Dessertnya pulak aiskrim kon (yg dah ada dalam peti) dengan carrot cake yang tak abis-abis lagi. Buat lepak-lepak, aku bancuh air Neslo untuk tetamu. Ingatkan tetamu aku datang berdua, rupanya sorang diri aje. Tak apelah.

Tetamu aku dari hari tu suruh aku datang pi jumpa dia. Masalahnya, masa yang tak kena. Samada aku ada kelas atau aku kerja. Jadi terpaksa bertangguh-tangguh nak datang pi jumpa dia. Akhirnya dia terpaksa mengalah, datang jumpa aku kat rumah.

Tiba aje di rumah, salam-salam. Kiss kiss pipi kanan dan kiri, tetamu aku hulurkan envelope. 'Inilah barang yang aku nak bagi kat kamu,' katanya. 'Heh? Amenda ni?' Aku bukak kelepet envelope. Dalam tu bersusun duit £10. 'Kamu ada hutang ngan aku ke?' Tanya akulah. Dia jawab, 'tak ada memang niat nak bagi kat kamu.' Aku tenung muka dia. 'Banyak sangat ni!' Dia balas, 'Tak ape, ambik ajelah.' Alhamdulillah, kata aku dalam hati. Rezeki Allah bagi dalam pelbagai bentuk dan rupa.

'Maknanya aku dapat zakat la ni?' aku tenung lagi muka dia. 'Hah! Ambik je. Memang aku niat dah ni.'
Tak sangka. Malam tadi aku terima zakat. Tapi banyak sangat zakat yang aku terima dari satu hamba Allah ini. Beratus ratus RM. Aku doakan dia Allah beri ilham yang banyak-banyak untuk dia habiskan PhDnya sebelum bulan 3 tahun depan. Aku mohon pada Allah supaya dipermudahkan urusan dia di sini. Supaya dia dapat balik cepat. Sebab dia memang dah tak tahan nak duduk sini lagi. Dia nak balik!!

Friday, October 05, 2007

Ayam vs Ikan

Ya ya, bagi aku ayam memanglah binatang kegemaranku, tapi kadang-kadang nak jugalah tukar selera kan? Tapi macam kita sedia maklumlah, binatang-binatang lain selain dari ayam tu, agak mahal harganya. Tatkala diri merasa kaya dan raya, barulah boleh merasa makan binatang-binatang halal yang lain ataupun binatang yang ditangkap dari laut. Binatang-binatang laut pun, kalau ikut kasta harga, udanglah yang paling rendah. Kalau tak udang, mussels (kupang) tu boleh tahan jugalah harganya. Jangan haraplah nak makan Si Lembut sotong sebab harganya mahal, scallop apatah lagi, begitu juga ikan-ikan laut dalam ni. Kasta harga ikan pula, yang paling rendah tu mestilah makeral (ikan sadin jer). Haddock, Salmon, Trout huhuhu... kalau kat Tesco tu kira beli sekali sekala ajer lah.

Minggu lepas, Akuatik belanja ikan Trout. 2 ekor. Beli di Asda. £4 untuk dua ekor tu. Dah siap buang tahi. Tinggal masuk dalam oven. Bakar. Aduh... sedapnya makan ikan Trout bakar cicah dengan kicap cili potong. Sejak hari tu pun aku dah kepingin nak makan ikan saja. Tiga hari lepas aku beli fish and potato no no bukan fish and chip, ini ikan haddock (kot?) dengan mash potato dan dibakar dalam oven. Sosnya cream herbs. Sangatlah tak sesuai dimakan dengan nasi. Tapi, memandangkan harganya cuma £1, aku pun beli sajalah.

Tadi pula, aku memusing bandar Glasgow sorang diri. Rosie cadangkan aku pergi ke Aldi kalau nak beli barang basah (sebenarnya dia cadang aku pi sana tanya kerja). Jadi dari khutub khanah tu aku menyusur ke Castle Street, melintas ke Duke Street kemudian masuk ke High Street. Adalah dekat 2km jalan mencari Aldi ni. Dah jumpa aku ngelinter aje kat dalam tu. Beli jugalah instant noodles 2 peket, butter 1 tub, pisang satu sikat dan smoked makerel. Dalam hati terfikir, nak ikan lain boleh tak?

Keluar dari Aldi, aku menyusur pulak ke Trongate. Kat hujung jalan tu ada kedai jual ikan dan arnab (hahaha.. betul! Kedai tu jual arnab mati). Kedai ni namanya Fish Plaice (ejaan betul ye). Kira ala-ala pasar basah gitu. Lantai pun basah giler. Ni pasar ikan versi kecik, ketot dan keNOT. Rambang mata aku tengok ikan-ikan kat situ. Ada Salmon, seabass, trouts, tenggiri dan jenis ikan yang aku tak kenal nama tapi gerun la tengok rupanya. Selain dari ikan, kedai ni pun jual seafood yang lain macam mussels, ketam, sotong. Daging darat macam ayam dan segala isinya pun ada dijual. Oh aku dah sebut arnab tadi kan?

Pusing punya pusing dalam kedai tu, akhirnya aku mintak adik yang handsome lagi macho dua ekor ikan trout. Dia jugak yang bersihkan ikan-ikan aku. Harga dua ekor ikan sederhana besar tu cuma £2.99.

Ya ya... lain kali kalau aku nak cari ikan lagi, aku akan berjalan ke hujung Trongate ke Fish Plaice ni saja.

Pix nantilah aku upload. Itupun kalau aku ingat la ye. Almaklumlah kalau buka tu dah tak pandang lain kecuali ahli-ahli yang tersusun dalam pinggan jer lah.




Sebelum


Selepas dibakar dan dibuat kicap cili yumm sedapnya!

Wednesday, October 03, 2007

Mari Membaca

Mari Kita baca suratkhabar percuma hari ni.
hehehehe. Yang dok berangan nak panggil Beyonce nyanyi tu apahal? Kan tak pasal-pasal femes lagi rakyat negarakukuku..
(Sila klik untuk imej yang lebih besar)




Oh hari ini kali ke dua Get Lost Mission berjaya dilaksanakan.
Mulanya kelas Personal Troubles, Public Issues dikatakan di Bilik P514 di Graham Hills. Kami pun berbondong-bondonglah menunggu di luar pintu. Tengok keliling, laaa... kenapa macam lain je budak-budak ni. Tak pelah, lagipun kelas besar, mana nak ingat semua muka dorang.

Masuk. Duduk. Tak puas hati. Tanya budak depan, ini kelas apa?

Chemistry.

hahahahaha... salah lagi!

Sorang kawan kata, rasanya di Stenhouse Building.

Hah? Stenhouse tu atas bukit. Kitaorang sekarang di tengah-tengah bukit. Nak panjat bukit lagi ke? Tak pe takpe.. kita lalu Colville Building. Naik lift. Lepas tu jalan je ke Stenhouse.

Sungguh. Tiba saja di dewan kuliah Stenhouse, tiga-suku dewan dah penuh. Co-ordinator Colin Clark (dia ni best) dah bagi lecture dah. huhuhu.. tersengih-sengih aje la kami. Takpe takpe.. bukan kumpulan kami saja yang sesat.

Cukuplah aku katakan sekarang yang Fasa ke dua untuk misi Get Lost aku, telahpun sukses!!


update :
Jap.. jap kalau polis buat police report terhadap wartawan/media kerana melaporkan berita palsu, maknanya wartawan/media pun boleh police report/saman terhadap polis sebab memberi berita palsu juga kan kan kan.
The non-exist free Press in Malaysia hahahaha

Monday, October 01, 2007

Mula

Kelas Tahun 2 mula hari ni.

Minggu ini aku lancarkan misi "Get Lost Mission". Kalau bahasa kasarnya err.. berambus. Tapi kalau ikut bahasa literary Misi menyesatkan diri. Macam biasa banyak sangat bangunan kat universiti ni yang aku belum kenal sepenuhnya. Antara tiga universiti besar di Glasgow ini, universiti aku ni lah yang paling buruk sekali.

Kalau Glasgow Uni tu nampaklah senibina lama yang sudah beratus tahun. Kalau Caledonian University (Cali bagi orang sini) nampaklah modennya. Aku suka lepak kat library Cali ni sebab posh dan boleh duduk-duduk sambil minum-minum kopi. Alah, takat satu cawan kopi orang belanja tu memanglah seronok. Oh ye, harga kopi kat universiti-universiti ni pun bergantung pada ranking. Kopi paling mahal sudah pasti lah kopi di Glasgow Uni, kedua mahal tu kat uni buruk aku ni dan yang paling murah di Cali, siap dapat susu percuma lagi.

Oh ye, macamana dengan misi menyesatkan diri tadi? Berjaya! Sukses! Aku berjaya menyesatkan diri dan rakan-rakan pagi tadi. Dalam Web dikatakan kelas Journalism diadakan di Colville Building, rupa-rupanya dorang tukar tapi tak update di WebCT. Untuk semester pertama kelas di Graham Hills, bila semester ke dua baru di Colville Building. Cheh! Nampak gaya menurun bukit lagilah aku ni. Kureng best turun bukit ni sebab kalau musim sejuk, asyik hujan saja. Risau ai yu!

Huh! Lepas ni jadual hari Isnin aku akan padat sampai tak sempat makan. Ya lah dalam bulan puasa ni tak apalah, tapi nanti lepas bulan puasa hehehe.. buat puasa enam.. lepas bulan Syawal, aku nak kena puasa sunat kot?

Sebab? Hari Isnin, lecture mula jam 11am-1pm. Tengok dari cara Brian McNair bagi syarahan tadi, rasa-rasanya dia tak nak bagi rehat hatta lima menet pun. Dari jam 1pm-3pm pula aku ada workshop dari lecturer Eamonn O'Neill. Oh dia ni pun lecturer untuk Investigative Journalism - program Masters yang baru diperkenalkan di universiti aku ni.

Tak pe, tak pe... aku dah berkira-kira. Sekiranya lepas bulan puasa dan perut aku minta diisi masa itu juga, aku akan makan depan muka Eamonn ni. Bukan ke tadi dia kata "Journalists are a bunch of unique and crazy people."

Macamana agaknya kalau aku makan nasi lauk ayam masak lemak depan dia ek??

Friday, September 28, 2007

Salam

Salam Nuzul Qur'an.

Seminggu tak ada sambungan internet, semuanya kebosanan. Tengok tv pun, gambar berkerekot-kerekot. Guna indoor antenna la katakan. Konon tak mahu kena detect sebab nonton tv tanpa lesen. Cukup jam 10pm semuanya sudah melepek keletihan. Letih mengangkut barang-barang berpindah rumah masih tak hilang lagi.

Bila dah pasang internet, telefon, kabel tv, pun semuanya masih kebosanan. Rupa-rupanya sambungan internet tak ada wireless, kena guna kabel la pulak. Jadi kena balik ke rumah lama ambil router 'Awangan'. Pasang di rumah baru. Dah terlanjur ke sana, terus aje bayar duit rumah, duit cukai, duit api dan air dan duit duit duit. Macam bukak paip duit pula tadi. Laju aje meluncurnya.

Jadi tadi, mulalah melayari suratkhabar-suratkhabar online untuk catch-up berita-berita di tanah Malaya dan tanah Ratu. Banyak rasa tak puas hati yang keluar tapi... malaslah nak komen. Sudah pasti berita Allahyarham Nurin Jazlin yang sebabkan panas aje jiwa aku ni. Jengok ke blog orang lain, hmm... ramai yang sudah buat komen-komen dan spekulasi. Ada yang aku setuju dan ada juga yang tak setuju. Manusia ini berbagai-bagai ragam kan? Aku bandingkan kes itu dengan kes Madeleine McCann yang hilang tak jumpa-jumpa lagi tu.

Baca pula kisah pertembungan antara Burmese military junta dengan monks. Keadaan bekas koloni British semakin kucar-kacir. Baca juga tentang wartawan jepun yang terkorban. Terfikir, bila pula giliran Malaysia?

Tak apalah.. err... dengar ajelah lagu raya sedey ni. Ni khas aku tujukan buat Akuatik. Aku dah kata, dia memang layak dapat zakat. Asnaf. Dah lah fisabilillah, anak yatim piatu pulak. Korang semua doakan ajelah untuk dia (dan aku) supaya rajin-rajin belajar, kuat semangat dan akhirnya dapat segulung pengiktirafan pendidikan yang sempurna dan bertaraf star star star star star dari University of Strathclyde, Glasgow UK.

p/s - aku dah kata, doa korang sangat mustajab. Apatah lagi dalam bulan ramadhan yang mulia ni.

p-p/s : Harris sudah bertambah sihat dan Mona semakin ceria dan kuat semangat. Ohhhhh... terima kasih lah kat korang semua ye.




Thursday, September 20, 2007

Cerita tubuh badan.

update :
Akan tiada di dunia maya buat beberapa hari disebabkan berpindah rumah. Servis internet akan hanya dipasang pada hari Khamis petang waktu Glasgow. Sekian, terima kasih.

Di suatu malam. Di dalam bilik. Semua ahli bayt berkumpul. Bercerita. Mengenai tubuh badan. Bertukar-tukar pengalaman. Bahagian mana yang terkehel, terseliuh dan ter-patah. Uih! Ganas-ganas rupanya anak-anak dara di 'Awangan' ni. hahahaha

Akuatik :
Aku rasa kalau di x-ray badan aku ni, semua tulang-tulang dah lari dari paksi asal. Jatuh pokok, jatuh motor, jatuh tangga - tak usah ceritalah. Gaya bebas semuanya! Patah kaki, tangan, tulang tongkeng pun ada. Pernah aku kena hempap buah nangka lagi. Aku dah pengsan rasanya tapi kakak-kakak aku kata aku meracau macam orang kena rasuk. Aku mana sedar. Tau-tau aje dah terbaring atas kusyen. Dulu aku pernah jatuh motor, masa keluar pagi-pagi nak beli ikan. Tau-tau aje aku dah terbang macam superman. Tersembam. Nasib baik klinik sebelah kedai jual ikan aje. Keluar dari klinik terus beli ikan. Jalan kaki balik rumah. Doktor ada bagi aku emergency letter suruh bawak pi hospital tapi memandangkan tak ada orang nak hantar aku pi hospital hari tu, aku pi lah esok hari. Doktor tanya aku, aku tau tak apa tu emergency letter? Huh! Lawak.

Cik Sue :
Oh aku pernah patah tulang bahu. Entah macamana jadinya aku pun tak berapa ingat. Yang aku tau masa tu tangan aku dah tak boleh turun dah. Tak pergi hospital, mak aku bawak pergi bomoh tulang aje. Bomoh tu pun urut aku. Dah lah aku ni penggeli, tapi sakit pulak urutan dia. Apa lagi berselang seli ketawa dengan menangis la dibuatnya. Itu cerita patah tulang. Masa kerja aku kan jarang ambil MC cuma bila dah tak tahan jer aku pi klinik bawah tu. Sebabkan satu penyakit ni, aku kira fames jugaklah dikalangan dua doktor kat klinik syarikat tu. Oh awak ke yang sakit sampai tidur kat sick bay hari tu. Aku jawab ya ya.

Cik Mimi :
Ni kaki mi ni kecik sebelah. Ligamen koyak. Masa main netball. Entah landing macamana terus terkehel. Bangun jatuh, bangun jatuh. Pi operate la tapi kaki ni tak kuat sangat sebab jarang 'dikerjakan'. Doktor kata kena masukkan besi. Tapi harga operation tu mau dalam RM10,000. hahaha. Ini belum lagi cerita pasal tulang belakang yang 'melentik' ni. hahahaha.

Aku :
Huh! Kalau aku ni tulang-tulang kat badan ni pun dah tak sesempurna dulu kot. Setiap sendi dah merasa terkehel dah ni. Kalau ikut sejarahnya tulang tangan kiri yang terkehel dulu. Jatuh dari tingkat atas. Mak aku kata 'daulat' dia. Sebab aku nakal sangat. Dia suruh ambil telekung aku buat-buat tak mahu. Siap pakat dengan ayah aku. Last-last masa turun anak tangga tu, aku terpijak telekung tu terus jatuh. Masa jatuh terfikir dalam hati huh! macam ni agaknya superman terbang. Landing je, aku terus bangun. Mamai. Cari katil. Terus pengsan atas katil. Mana aku tau aku pengsan? Sebab aku mula masa jemaah di surau dekat-dekat rumah aku yang baru nak mula rakaat pertama dan aku sedar bila dorang bagi salam. Mula tak nangis tapi nampak aje muka ayah aku yang concern tu aku terus nangis. Huh! Macam Cik Sue juga, aku ni penggeli. Mengurut dengan arwah makcik aku, air mata aku berjejer-jejer sakit sambil mengekek-ngekek ketawa. Pergelangan kaki aku toksah cerita lah, dah berapa kali terseliuh dan terdengkot-dengkot jalan. Yang aku ingat aku pernah terseliuh kaki dan pi klinik Idham kat Melawati. Balik tu bukan terus balik rumah tapi pi shopping complex kat Wangsa Maju. Dengan terdengkot-dengkot. Jari kaki pernah patah sebab terlanggar mesin basuh. Aku biarkan aje, eh! Elok juga. Tapi yang paling kronik bila aku jatuh dan cederakan tulang punggong aku. Huh! 12 hari aku jadi orang Roman.

La ni semua orang dah mengadu sakit-sakit badan. hahaha... tanda dah tue ek?

Tuesday, September 18, 2007

Sunday, September 16, 2007

Buka puasa

Aku ingat-ingat meriah juga masa buka waktu di Tanah Melaya dulu. Memandangkan dapur aku merata-rata, jadinya menu aku semedang menu tunjuk aje. Yelah, orang workaholic la katakan (perasan sungguh). Tapi memang menu tunjuk aku tu tak adventure. Selalunya menu yang sama aje setiap hari. Bukan apa, kalau aku cuba menu baru dan dibuatnya tak sedap, kan ke membazir?

Masa duduk di satu bukit dulu, menu aku air tebu, nasi ayam (hahaha ibu ayam sudah mari) kuih keria. Masa duduk kat satu apartment ni, menu aku air tebu, nasi lemak kukus melaka, kuih keria hahahaha. Kalau ikut housemates aku yang dulu-dulu tu memang dah arif sangat la menu buka puasa aku ni. Kalau tak keja dan rajin, aku buat spaghetti bolognese je. Kalau lebih rajin haa.. lain la menu aku buka hari tu.

Tapi yang lebih sadis, bila masa aku terpaksa berbuka ketika dalam assignment. Biasalah bila bulan-bulan puasa, syarikat besar-besar suka buat 'amal jariah' bagi anak-anak yatim makan, hibur dengan artis-artis yang baru nak naik ni. Tapi amal jariah dorang ni suka diwar-warkan kat tv ngan suratkhabar. Jadinya tak semena-mena aku pun jadilah anak-anak yatim yang makan kat meja bulat, sambil dengar orang nyanyi atas pentas.

Antara cerita-cerita sadis berbuka.
1. Dengan sepeket kecil rice krispies dan setengah botol air mineral sebab tersangkut dalam jem dengan photographer.
2. Sepeket buah kurma dan sebotol mineral, rasanya tu perkara biasa kan??
Tapi yang tak boleh tahan bila mana suatu hari aku terpaksa aku terpaksa mencover satu assignmen petang PC (press conference) pasal kuil yang baru siap dengan patung sitting buddha di Sentul. Huk aloh. Nasib baik tok sami tu tahu itu bulan ramadhan, disuruhnya aku tapau segala makanan bawak balik kakakaka.

Walaubagaimanapun, satu cerita yang aku tak buleh lupa bilamana aku dipaksa mencover satu assignment makan malam yang dianjurkan oleh satu persatuan india. Dalam kad jemputan ditulis pukul 7pm, jadi aku sampai penuh semangat, ingat nak makan solat maghrib, dapat info dan balik. Dibuatnya pukul 7.30pm majlis tak mula pun, dah siap solat maghrib, majlis tak mula lagi. Aku dah kembong dengan air teh cina bergelas-gelas, kacang berpiring-piring, majlis tak mula lagi. Aku nak info depa tak bagi sebab nak suruh jugak aku tunggu sampai majlis mula. Sampai dekat pukul 8.30pm majlis tak start lagi, aku dah angin satu badan. Ya angin sebab yang masuk dalam perut cuma kacang tanah dengan teh cina tawar hebiaq tu. Apa lagi aku bahasa kan penganjur tu, ingatkan dia yang ini bulan ramadhan dan kami ni Muslim. Bukan hadap sangat nak makan tapi apa salahnya hormat tetamu sikit.

Disebabkan aku memang pekerja yang berdedikasi, aku buat juga story tu. 5 para jer (paragraph takat caption story jer la). Protes. Sebutir nasi pun aku tak sentuh. Balik ofis buat story, pi gerai bawah makan malam sengsorang. Hush!

p/s : minggu depan mungkin aku sudah duduk rumah baru yeay!


sebenaqnya yang sadisnya, orang lain dok stuck dalam jem sebab berlumba-lumba nak balik rumah. Lepas tu warga Islam kota sudah boleh berehat-rehat dan bermalas-malas. Aku pulak terperangkap sebab on the way nak gi assignment. Ish ish ish. Kalau dah namanya assignment, tak tentu lagi aku balik opis pukul 8.30pm. Mau paling awal pun 9pm. Yang ralatnya, aku nanti mesti tak sempat terawikh kat surau ofis aku tu. Kalau aku balik awai, sempat aku terawikh pas tu aku sambung balik kerja, tapi kalau dah lewat tu - burn dah satu malam. Tu yang aku rasa sadis sangat puasa aku di Tanah Malaya hahahaha

Friday, September 14, 2007

Hohohoho

Dua tiga hari ni memang mempunyai kesibukan yang terlampau. Mana nak kerja, mana nak sedia duit, mana nak pindah rumah. La ni pulak kat rumah ada enam ahli bait hahaha.. penuh. Lagi sekali aku rasa macam nak jadi Dewi Durga ni. Rasa macam tak cukup kaki dan tangan hahaha.. oh lupa, mana nak fikir menu untuk buka puasa lagi hohoho. Baru pukul 11am tapi dah fikir menu pulak ek? Huh!

Hari ni pulak tersengih-sengih tengok ini hahahaha. Kesian laa tengok mamat ni. Ish! Patut tengok ni! Mesti ada yang tersengih-sengih atau kalau yang terlampau, ketawa guling-guling sebab tengok si mamat ni yang terpaksa menjawab soalan.

http://news.bbc.co.uk/1/hi/programmes/hardtalk/6992908.stm

Ya ya, dibulan penuh keberkatan ini, marilah kita bersedekah dengan senyuman lalalalala

updated:
oh yang ini perlukah kita gelak??



Wednesday, September 12, 2007

Fisabilillah




"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"


Ada 8 asnaf zakat iaitu.
  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Riqab
  6. Gharim
  7. Fisabilillah - (aku, CikSue dan teman seranjangnya [bekas teman seranjangku])
  8. Ibnu Sabil
Di sini zakat fitrah seorang bersamaan £3.

Hayati kepentingan zakat untuk 8 golongan asnaf ini. Sesungguhnya dengan membayar zakat, ia dapat menyucikan harta. InsyaAllah.

Sila masukkan wang zakat anda ke akaun HSBC atau Llyods TSB di atas nama saya ye.. Terima kasih hahahaha




Updated :
Ayam-ayam Glasgow ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dengan ucapan "oh! Ayam-ayam Tanah Malaya sudah naik harga ye sekarang? Tapi tetap tidak dapat menandingi harga pasaran kami di sini." Nam stengah! Nam stengah! hehehe



Tuan-tuan ayam sedang menikmati hidangan berteman buku yang dikirim. Terima kasih Kak Su.

Tuesday, September 11, 2007

Dekat sejam juga menunggu si dia keluar dari balai ketibaan. Nampak saja terus lambai-lambai. Si dia tersengih-sengih. Yalah walaupun bukan pertama kali jumpa aku kat sini, tapi ini kali pertama turun flight di Glasgow International Airport. Tersengih-sengih dia nampak aku. Laaa... aku pun tersengih-sengih juga kan. Nasib baik tak terlompat-lompat.

Tiba saja di rumah, terus buatkan sandwich untuk dia. Ingatkan nak masakkan nasi tapi takut dia kepenatan sangat nanti tak ada selera pula nak makan. Alhamdulillah berselera juga dia makan. Lepas mandi solat zohor ngan asar, aku suruh dia tidur. Dalam bilik. Yang dah aku kemas secantik-cantiknya dan seharum-harumnya. Tapi biasalah masih lagi jet lag, tapi aku biarkan aje dia rehat dulu. Sambil-sambil tu aku terus ke dapur masak. Lepas makan, aku suruh dia tidur terus. Hilangkan jet lag. Alhamdulillah pagi ni dia sudah segar bugar. Rasanya nak keluar berdua-duaan tapi cuaca tak berapa baik, mendung dan hujan. Mungkin petang-petang sikit, bila matahari sudah keluar barulah kami keluar agaknya.

Hehehe
Cik Sue ni akan buat masters dengan aku di Strathclyde. Setahun dia akan kongsi bilik dan katil dengan aku. Maknanya dia qualify jadi teman seranjang aku selama 12 bulan. Cik Sue ni lah si dia yang aku kata dulu nak datang sini. Yang aku cerita lepas aku borak ngan ayahanda aku pasal nikah jarak jauh. Dia jugalah yang aku tak boleh bawak beraya sebab aku bakal kerja Hari Raya. Cik Sue ni memang aku kenal dah lama. Kami kerja satu syarikat dan kami pernah jadi rakan serumah bertahun-tahun lamanya.

Oh... maafkanlah aku atas segala kekeliruan tu ye. Saja nak gembirakan hati orang yang ingat aku nak sambut 'si dia' yang berlainan jantina hehehe. Eh! Tapi apa salahnyakan kalau ramai yang mendoakan aku mendapat jodoh. Eh, doa korang kan mujarab. hahaha

Monday, September 10, 2007

cerita ceriti

Sabtu
Bangunan hospital Beatson Oncology Centre ataupun Beatson West of Scotland Cancer Centre ni baru jer siap. Kira cantiklah bangunan dia. Setiap tingkat tu ada warna tema masing-masing. Setiap ward pun ada warna tersendiri. Ward aku warna hijau muda (maaflah, bukan warna hijau Pas hahaha), tapi tetap segar dipandang mata. Oleh kerana bangunan baru, peralatannya pun serba-serbi barulah.

Tapi kan... aku tak tahulah macamana diorang bina bangunan ni? Main tampal je kot. Serba serbi mudah tertanggal. Sudahlah kerusi pun banyak yang dah patah kaki. Tempang pun ada. Yang tercabut terus pun ada. Dinding pun ada yang dah terongak di sana sini. Pemegang pintu apatah lagi.

Hasilnya, hari Sabtu hari tu, aku terkunci dalam toilet wakakakaka. Dok pulas-pulas tombol kunci, tapi kuncinya tak gak gerak-gerak. Ish! Ada orang yang dok lepak dalam toilet ni kang. Aku ketuk-ketuk tak ada orang dengar. Akhirnya aku gegar pintu bilik air tu sampai la aku dengar sorang misi ni kata "OK I'm coming, don't panic." hahaha aku tak panik cuma aku nak buka pintu ni jer. Bila dah terbukak masing2 ketawa besar. Aku kata kat dia, aku tak kisah dok dalam toilet tu lama-lama tapi kerja aku tu sapa nak buat? hahaha. Lepas ni aku tak moh dah masuk toilet staf tu. Biarlah kalau tak tahan, aku masuk jer toilet untuk orang cacat, sekurang-kurangnya ada tali emergency yg boleh aku tarik kalau dalam keadaan cemas hahaha.

Ahad
Minggu ni aku kerja 10jam terus. Alhamdulillah buat kerja tempat dulu. Upper Ground Floor dan Front Hall. Kalau dulu buat dua tingkat ni dalam masa 6 jam, minggu ni aku diberi masa 4 jam saja nak habiskan semuanya. Rasa macam blender pun ada. Full blast. Pusing! Bagusnya, supervisor baik hati. Habis kerja kul 7pm dah boleh balik. Sampai rumah dah neenong neenong. Keletihan. Tengok cerita Lord of The Ring pun sampai tertidur kat tengah-tengah filem. Sedar-sedar jer dah perang...

p/s
Tak sabar hendak menyambut si dia yang dijangka tiba di Glasgow International Airport pada jam 12.30 sebentar nanti. Bakal teman seranjang yang bersama-sama dikala susah dan senang. Teman ketawa dan menangis. Teman mengusik dan bermanja. Ish! Berdebar-debar rasa hatiku.

Friday, September 07, 2007

Duit lagi

Baca list bajet 2008

bla bla bla... oh tak yah bayar yuran sekolah bla bla bla, oh cikgu-cikgi dapat elaun lagi ek? Kerja kuat ye cikgu! Oh! Sekoah Cina ngan Tamil pun dapat bantuan gak ye.. ish ish ish.

"Effective September 2007, the Government will increase the COLA for students in the United States, United Kingdom and Canada by up to 97%, almost double the current rate."

Oh kawan-kawanku di sini sekalian. Ketahuilah betapa aku mencemburui kamu.

hahahaha... adeh!

Eh! Bagi multiple entry visa untuk Cina ngan India ni boleh ke meningkatkan pelancong ke sini? Atau menambahkan lagi penawaran 'ayam-ayam tak halal' yang sememangnya sudah banyak berkeliaran sekarang ni? Atau nak menambahkan permintaan daging-daging warna merah jambu tu? Almaklumlah potong sekor, bolehlah tahan untuk makan lima hari kan?

Thursday, September 06, 2007

Sebab pa?

  1. GHA (Glasgow Housing ASSociation) taknak kawan. Dua kali hantar application kena reject. Dia kata tak cukup syarat. Dia kata tak de finance affidavit. Cheh! Buhsan!
  2. Kena bayar Council Tax. Tuan rumah dah keja jadi rumah ni kena cukai. Kena bayar bil air juga. Dahlah bil api tinggi menjulang, lagi-lagi nak masuk musim sejuk. Mesti nak pakai heater. Lepas tu nak kena bayar bil air pula. Susah juga ni.
  3. Dah dapat hint-hint dari tuan rumah, kalau susah-susah takpelah cari rumah lain, nanti saya tolong cari-carikan.
  4. Ya tak ya kena cari juga housemate baru, sebab housemate sekarang sudah dipanggil pulang sebelum disuruh datang lagi. Adeh! Orang berkuasa di universiti dia masih kurang cerdik.
  5. Cuma ada dua bas servis dari sini ke bandar. Pernah beberapa kali menunggu sampai setengah jam bas tak sampai-sampai. Pernah kena naik teksi pergi kerja. Pernah menunggu begitu lama pada bulan puasa, dan bila berjalan kaki pulang tuuuu dia lalu. Oh! Hatiku sangat sakit.
Itulah sebab-sebab mengapa perlu pindah rumah. Walaupun harga rumah baru agak sekali ganda dari harga rumah sekarang tapi sekurang-kurangnya atas nama sendiri dan servis bas memang banyak. Mungkin akan jadi satu-satunya 'Rumah Malaysia' di situ sebab ramai anak bangsa berkumpul di dua kawasan femes (Satu kat kawasan rumah lama di East dan satu di kawasan femes di South). Tapi tak pe, raya ni pun aku tak beraya. Aku kerja. Ikut hati yang merajuk, aku nak kerja dari pagi sampai malam. Biar tak beraya terus!

Oh cik Elly, memang agak jauh dari Tesco tapi kat situ dekat dengan Sommerfields ngan Iceland. Nak gi Tesco buleh, kita naik dua bas.
Oh ini juga lah yang buat aku serabut beberapa hari. Nak pindah masuk rumah dan nak masuk sekolah balik. Tapi yang best, tuan rumah aku tu baik orangnya. Dan dia bukan orang Paki yang susah nak harap tu.

p/s : Barulah aku sedar nikmatnya tidur berdua. Seranjang. Lebih-lebih lagi musim sejuk bakal menjelma. hahaha