Cikgu Gembira
Semalam hari guru. Semalam gak tarikh hari lahir anak buah aku yang sulung.
Hari cikgu ni mengingatkan aku pada beberapa orang teachers yang brave enough yang telah mengajar kami yang scary ini. I mean that’s why parents sent their children to schools to be educated because … hey, why not let the teachers handle them! By luck, these kids will be educated! Gitulah, kata aku.
Aku start sekolah lewat 70an (tak pe, memang aku dah tua pun). Kindergarten 2 tahun. Gila! Aku masuk kindergarten umur aku 4 tahun. Tu lah, aku ni memang scary sampai mak aku pun tak sanggup nak mengadap muka aku 24/7, so dia kata better send her to kindergarten so that I can have some peace and quite at home.
Tak delah dramatik macam tu sekali. Aku ni sebenarnya loner. Kat rumah, kawan-kawan aku cuma Ultraman, Tom & Jerry, Mickey Mouse dan yang sewaktu dengannya. Jadi, mak aku naklah aku kawan dengan species yang sama dengan aku – the homo sapiens, sebab itu dia hantar aku ke kindergarten so that I can mingle with my own human friends. Tapi sebenarnya mak aku tak tahu, kawan-kawan kat kindergarten aku tu pun Ultraman, Spiderman, Superman, Kapten Amerika, The Fab 4. Jenis penyelamat dunia yang berani mati. Tulah! Mak aku tak tahu semua tu. Superheroes tu pun jenis pandai sembunyikan identiti. Bila kat rumah masing-masing jadi the adorable 5 or 6 year olds. Masuk aje kat pagar kindergarten tu, masing-masing pakai their superheroes capes and up up and away to save the world from alien invasions.
Dalam tahun 80an, pelajaran aku diteruskan diperingkat uniform kemeja putih dan pinafore biru gelap. Memandangkan aku sudah tahu membaca waktu tu, cikgu-cikgu selalu ignore kan aku. Depa jarang bagi perhatian kat murid-murid yang dah tahu membaca. Perhatian lebih pada budak-budak yang baru nak mengenal ABC. Yang aku pulak, sebab bahasa pengantar kindergarten aku bahasa inggeris, aku selalulah betulkan cikgu aku. A is not for Ayam. A is for Angel… like me!
Bila cikgu aku bengang, dia akan ignore aku lebih. Aku okey je sebab aku kan ke loner, kawan pulak dengan superheroes. Superheroes pulak kena selalu sembunyikan identiti… (where is this going?). Anyway aku bukan setakat loner, aku juga a shy pupil. Keputusan peperiksaan aku mesti tak lebih dari tempat ke 4, sebab kat sekolah aku dulu, sapa dapat tempat 1,2 dan 3 dalam exams kena naik ke podium amik hadiah. Aku malu, sebab tu aku pastikan aku tak perlu naik podium amik hadiah. Infact, aku maintain dapat tempat ke 4 dalam kelas sampailah aku Darjah 5. Tahun tu aku dapat tempat ke 20 dari 24 dalam kelas. Still tempat ke 4 gak, 4 dari corot.
Bila aku naik tingkatan 1-5, aku still maintain kawan dengan superheroes cuma masa tu dah advance sikit. Kengkawan aku macam Mospeda, Kesatria Baja Hitam, Transformer, Chips, Thunderbird, McGyver dan yang sewaktu dengannya. People skill aku pun dah bertambah baik. Aku kawan dengan ramai jenis manusia macam rockers, tomboy, girly type, the nerds, the no cares type, troubled kids from troubled families dan yang sewaktu dengan aku – minah blur.
Apa-apa pun jenis kawan yang aku kawan waktu tu, kami ada satu cikgu yang kami memang look up betul at that time. The teacher taught Science when we were in Form Two and later Chemistry when in Form 4 and 5. Dia memang the best teacher. She can handle any type of student. Yang rocker boleh, girly type alah tak susah. Tomboy, lagi dia suka sebab senang nak suruh buat experiments, jenis tak penggeli. The nerds – of course lah, senang catch-up. The no-cares, tak kisah asalkan bagi perhatian dalam lab. Troubled kids, ha time ni lah depa boleh balas dendam buat experiment sampai meletup-letup guna penunu bunsen. Minah blur… hmm… yang ni ada problem sikit, tapi still… maintain!
Cikgu aku yang ni memang cool. Bukan setakat pandai komunikasi dengan pelajar, dia pun cantik orangnya. Dia tak kritik pelajar, dia tegur. Dia bagi kebebasan pada pelajar nak buat macamana asalkan by the end of the class, semua pelajar dia dapat tangkap pelajaran yang diberikan. Dia tak kisah pelajar dia questioned her methods ataupun answers yang diberikan, tapi dia encouraged pelajar dia to come up with their own reasons. Weh! At this 80s and 90s era, her method of teaching was considered quite advance.
Kalau cikgu-cikgu yang lain mesti kata murid kurang hajar, but not for her. Dia tak kisah pun asalkan apa yang kita kata tu ada betul dan logiknya. She taught us to be creative. Not just in Science or Chemistry tapi in other aspects of life jugak.
Aku harap cikgu-cikgu sekarang ni tak delah spoon fed students diaorang lagi. Kalau tidak macamanalah murid-murid nak jadi creative. Budak-budak sekarang ni nak larikan diri dari sekolah pun tak kreatif, apatah lagi nak survive dalam dunia ni. Tengok graduan sekarang pun, tak reti nak bersaing langsung. Sebab? Mereka dah dilatih untuk cuma menjawab soalan saja. Agaknya kalau kita pusing sikit soalan-soalan tu, mesti tak reti nak jawab dah. Bila dah jadi macam ni, tak bermaknalah gulungan ijazah diaorang ni.
Sepanjang hidup aku memakai uniform sekolah, aku cuma boleh ingat a handful of teachers yang bersungguh-sungguh mendidik dan memastikan anak-anak muridnya jadi orang yang berjaya. Walaupun ramai nama mereka yang aku dah tak ingat, tapi aku tetap ingat jasa mereka dan benda-benda yang mereka buat sepanjang mereka jadi cikgu aku dan meninggalkan kesan dalam memori aku sampai sekarang.
Kalau di kindergarten, aku pernah dirotan oleh satu cikgu perempuan ni sebab misspelled, sampai sekarang aku ingat ‘kindergarten’ is not’kindergarden’. Kalau di sekolah rendah pulak ada cikgu ni selalu datang sekolah dengan zip belakang terbuka, sampai sekarang aku ingat untuk zip baju aku kemas-kemas.
Dan kat sekolah menengah pula, ada satu cikgu sering ingatkan pelajar perempuan ‘kalau kamu dah kahwin nanti, and suami kamu marah-marah, jangan terus lawan cakap dia walaupun kamu tahu, kamu dipihak yang benar. Kamu diam saja, tenang. Bagi dia lepaskan geram dia. Kamu diam. Kamu masak sedap-sedap, kamu bagi dia makan. Bila dia sudah tersandar kekenyangan kamu counter attack – Abang tadi silap. Sebenarnya begini bla bla bla’
Good examples dari cikgu-cikgu yang lain aku dah ikut, tapi dari cikgu seorang ni aku belum buat lagi. Aku belum ada orang yang aku nak practice kan yet… Abang? Hahahaha
Happy Teachers Day.