Monday, December 21, 2009

... dan salji pun turun ....

Selamat berada di tahun baru Hijriah 1431.

Rata-rata blog dari UK mesti bercerita pasal cuaca. Yep! Sekarang ni UK sedang dilanda salji, termasuklah di Glasgow. Ini yang buat ramai Melayu kat sini teruja sebab Glasgow jarang sangat salji lebat, apatah lagi dekat-dekat nak Krismas ni. Selalunya kami akan terima salji bila dah dekat-dekat nak masuk musim bunga. Aku selalu andaikan salji kat tempat ni macam kahak keras (hahahahaha). Selalu batuk, tapi tak keluar kahak. Dan selagi tak keluar 'kahak' ni selagi itulah batuk. Selagi tak turun salji walaupun sikit, selagi itulah cuaca sangat sejuk. Begitulah kiranya!

Tahun ni, ramai juga kaki judi betting kami akan terima salji pada Hari Natal atau tidak. Berkemungkinan akan terima, berkemungkinan juga tak. Kita tengok ajelah nanti. Kalau lebat, dan tebal, nanti berbondong-bondonglah yang turun ke padang main sledge. Seronok tu. Aku suka tengok orang main salji ni tapi aku tak berapa nak minat nak bermain sama sebab dog lovers kat sini tak senonoh. Anjing depa dibiarkan melepaskan kumbuhan di merata-rata tempat dan tuan tak de pun nak scoop their dog poo dan buang di tempat sepatutnya. Eeeek.. geli. Najis mughalazah huhuhu.



Sabtu - Itik-itik masih lagi gembira berenang-renang kat kolam Binghan ni.


Sabtu - Kesian depa, tak dapat berenang-renang sebab air kolam dah beku


Sabtu - Ingatkan dia ni dah stuck, tapi sebenarnya tengah chillax!


Ahad - Tinggal tempat kecil ni aje yang masih tak beku. Thanks to the swan who chipped the ice with her/his beak.


Kalau salji turun lagi dan cuaca di bawah paras beku, kolam ni boleh jadi tempat ice skating kot. Tapi, la ni penuh dengan burung-burung ajelah huhuhu


Ahad - Kolam yang sudah beku.


SALE
Kedai buku Borders kat UK ni dah nak tutup jadi sejak beberapa minggu lepas depa dah buat jualan murah. Potongan harga sampai 60%. Naik juling biji-biji mataku. Untuk beberapa hari ni memang aku ulang alik ke Borders ajelah. Esok hari terakhir depa buat jualan murah. Sejak dari hari Sabtu hari tu semua buku dah turun sampai 80% hahahaha... Seronok tak terkata. Macam biasalah aku akan cari buku-buku mahal yang dulu aku tak mampu nak beli. Paling mahal aku beli buku dengan harga £29.99. Bayar? hihihihi tak sampai £6. Seronok? Sangat-sangat seronok.


Buku-buku yang dibeli sepanjang SALE

list -
  1. American Idol After IRaq: Competing for Hearts and Minds in the Global Media Age. Nathan Gardels and Mike Medavoy. Wiley-Blackwell, UK (2009)
  2. The Quest for Radovan Karadzic. Nick Hawton. Hutchinson, London (2009)
  3. More Dangerous Ground: The Inside Story of Britain's Best Known Investigative Journalist. Roger Cook. HarperCollins, UK (2007)
  4. The Historical Atlas of World Railways - 400 Maps and photographs chart. The networks dan span the world. John Westwood. Cartographica Press Book, London (2009)
  5. Government: Policy and Management in Local Authorities 3rd Edition. Howard Elcock.Routledge, London (1994)
  6. Shooting the Messenger: The Political Impact of War Reporting. Paul L. Moorcraft and Philip M Taylor. Potomac Books, Virginia U.S (2008)
  7. Islam's War Against The Crusaders. W.B Bartlett. The History Press, UK (2008)
  8. The Secret Life of War: Journeys Through Modern Conflict. Peter Beaumont Harvill Secker (2009)
  9. Reflections on the Revolution in Europe: Can Europe Be The Same With Different People In It? Immigration, Islam and the West. Christopher Caldwell. Allen Lane, UK (2009)
  10. Soldiers of Salamis. Javier Cercas (translated from the Spanish by Anne McLean). Bloomsbury Publishing, UK (2003)
  11. Atomic Bazaar: Dispatches From The Underground World Of Nuclear Trafficking. William Langewiesche. Panguin Books, UK (2007)
Yang tak de dalam gambar:
The Peoiple on the Street: A writer's view of Israel. Linda Grant. Virago Press, UK (2006)




KAHWIN
Akhirnya kawan baik aku sejak dari sekolah tingkatan 2 dah selamat menikah. Selamat Pengantin Baru Zurd dan Leman. Semoga jodoh kalian kekal hingga akhir hayat. Semoga tenang dan gembira hidup berumah-tangga. Aku doakan yang baik-baik untuk dia.


Mummy with her daughter love struck
Gambar - ikhsan Izinni

Sedih juga tak ada bersama meraikan hari bahagia dia. Tak dapat nak peluk-peluk dia. Nak gosip on her last day of being single. Tapi, aku tetap gembira. My mummy dah tolong pelukkan and kiss kiss anak angkat dia batting eyelashes

12 comments:

akuatik said...

excited nampak ngan buku train tu hahahah

rezeki said...

salam khairyn,

salji, best tapi tulah. setiap kali pegi sana tak penah jumpa , selalu penghjung bulan januari dan febuari baru ada

seronok tgk buku 2 tu, harga dia pun discount gila2

berapa lama break utk cuti krismas, rasanya sampai new year

mama ju, said...

Salam k.Ah seronoknya .Teringat zaman main salji dulu2.Mula2 nampak salji turun...eh apa ni macam kapas turun byk2 ni...selamat bercuti

khairyn said...

salam

akuatik - dah hang tak nak, aku pun ambik aaa, OK gak history on rail tu, tengah study route huhuhu.

Rezeki
Saya yang kat sini dah nak masuk 4 tahun ni pun tak merasa sangat salji di UK. Tak tebal sangat kat belah Glasgow ni :)
Memang seronok borong buku2. Bacanya belum tentu hahahaha.
Cuti dah start sampai mid January. Yess!!!

Mama Ju
Hehehe memang seronok tengok salji turun tapi bila dah jadi slush tu eee.. payah nak jalan. Tadi jer dah tengok 2 3 orang slip atas jalanraya huhuhuhu. Bahaya!

en_me said...

sonoknyerr kawenn kannns.. ehehe, salam dr me dikejauhannns

DeeN said...

Pergh! Kalo leh luncur atas air beku tuh kan best, hahahahahaaa..! Mau terlentang dibuatnya.

Hahaha.. lawak la cover buku tuh. sapa yg jadik model tuh? ;)

khairyn said...

en me
err... nak mencukupkan kuota ke? hahahaha. Salams untuk en me gak, jangan maraah haaa nanti lekas tua huhuhuhu

Nur
Tadi jalan pun pelan-pelan jer. Glasgow kebanjiran salji minggu ni.
Kulit buku tu memang macam tu huhuhuhu.. Ironic gittew

KAMATO said...

selamat bersalji...

kingbinjai said...

wah bessnya salji

izinni said...

nak bukuuuuuuuuu ...
nantilah hang balik ... aku pinjam semua buku hang .. hehehehe .. unless you're going to come back laa .. :))

khairyn said...

Kamato
selamat ber'sejuk' hehehe

king
bila duduk dalam rumah dan tengok salji kat luar rumah huhuhu

izinni
nanti aku bawak balik semua pas tu bolehlah ko pinjam huhuhu.. aku borong buku lagi. Kali ni fiksyen plak. 27 buah just £22 kakakaka seronok suka hati

drbubbles said...

Saja je korang (Ya, you and Atikah) display gambar buku dan list buku tu.Tak apa tak apa...ada hari ada bas..Jealousnya!