Hati penuh cinta
Kuliah agak lewat dari yang dijadualkan sebab shaikh terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Glasgow tapi sebaik saja beliau memulakan kuliahnya, rasa masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Shaikh terangkan tentang permulaan sambutan Valentine iyang dikenali sebagai Lupercalia yang bermula pada zaman Rome dulu. Kemudian cerita yang ramai orang tahu pasal St Valentine. Dan kenapa kita tak boleh sama-sama meraikan sambutan Valentine ini. Aku rasa ramai dah tahukan sebab apa. Hendak menunjukkan rasa kasih dan sayang itu tidak salah tapi bukan pada hari Valentine.
Muslims don't know their religion. Either do anything or do nothing. They become two polar extreme, yet the best is to take the middle path.
Kuliah diteruskan dengan peringatan tiada istilah pre-marriage relationship, boyfriend atau girlfriend dalam Islam. Tiada hubungan fizikal sebelum nikah. Perhubungan yang sebenar bermula selepas nikah. Cinta kepada isteri atau suami bukan setakat cinta tetapi mercy. Mercy dalam ertikata mengasihi isteri atau suami dengan hati yang tulus. Banyak contoh Rasulullah s.a.w yang kita patut ikut untuk mengekalkan hubungan kasih dan cinta dengan pasangan masing-masing. Perkahwinan itu adalah ikrar kita kepada Allah, jadi ia satu ikrar yang tak boleh diambil enteng.
Marriage should not be based on superficial/love relationship. Follow the Rasulullah s.a.w advise. We look for partner to Jannah. It is a sacred union.Mungkin sesetengah orang fikir, tak perlulah ambil tahu hal-hal yang remeh temeh tapi itulah yang penting dalam perhubungan halal suami isteri. Perkara-perkara yang 'remeh' inilah yang jadi amalan Rasulullah s.a.w. Baginda tidak pernah masuk ke rumah tanpa senyuman manis. Baginda akan bertanya, apa yang isi rumah mahu dia lakukan, kemudian baginda akan terus melakukan kerja-kerja rumah.
Itu Rasulullah s.a.w, lelaki terpilih yang dibahunya terpikul beban yang sangat besar. Tanggungjawabnya pada seluruh umat dan nyawa baginda sendiri sentiasa terancam. Shaikh ingatkan kenapa kita yang tanggungjawab kita tidak sebesar Rasulullah s.a.w, tak boleh lakukan apa yang baginda lakukan? Bukankah itu juga satu sunnah?
Shaikh bercerita hubungan baginda Rasulullah s.a.w dengan isteri-isterinya. Jangan sesekali malu hendak memuji isteri/suami atau membela mereka. Aishah R.A, isteri kesayangan baginda juga turut cemburu dengan Khadijah kerana baginda sering menyebut nama Khadijah. Tapi, baginda tetap menyintai dan sabar dengan Aisyah R.A.
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah insan yang paling baginda sayang, baginda menjawab Aisyah R.A. Lelaki itu membalas, maksudnya, siapakah lelaki yang baginda paling sayang. Rasulullah s.a.w menjawab ayahanda Aisyah R.A.Shaikh terus bercerita tentang kesabaran baginda melayan isteri-isterinya terutama Aisyah R.A. Kesabaran Aisyah mendengar bebelan ayahandanya yang marah Aisyah R.A memaksa mereka berkhemah di tengah-tengah padang pasir hanya kerana anaknya kehilangan rantai kepunyaannya sedangkan waktu itu Rasulullah s.a.w sedang lena tidur berbantalkan peha Aisyah R.A. Rasulullah s.a.w yang mendengar nasihat Ummu Salamah sebaik saja selesai menandatangani perjanjian Hudaibiyah.
Sedang Shaikh berceramah di hadapan, bercerita tentang kisah Rasulullah, aku dengar keluhan adik-adik di sebelah dan belakang "aww.. so sweet". Sifat-sifat terpuji inilah yang orang moden katakan 'romantis' tapi romantik sekarang ini dah terkeluar dari landasan syariat yang sebenar. Romantis bukan berpeluk-peluk di khalayak ramai atau memberi jambangan bunga dan coklat pada 14 Feb. Bukan juga tengking-tengking atau tangan-tangankan semata-mata nak tunjukkan kasih sayang. Bukankah Rasulullah s.a.w sebaik-baik contoh?
Sedar tak sedar sudah sejam masa berlalu. Seperti biasa habis kuliah mesti ada sesi soal jawab tapi kami tak tunggu. Bagi aku kuliah ini memang sangat bertepatan masanya kerana aku perlu menaikkan paras 'cinta' dalam jiwa. Alhamdulillah akhirnya aku melangkah keluar dari dewan kuliah dengan rasa cinta yang melimpah ruah.
16 comments:
ai lap yu tuuuu .... hahahaha
thanks for sharing. alangkah bagusnya ada ceramah2 begini kat sini.
Selamat bercinta. :)
(Lama betul aku tak bercinta kat sini kan?)
Haha!
huh ralit betul baca tak sedar dah habis...
ada ceramah ustaz azhar kat yutiub pasal ni... pas tu... ada la makeluk yang tak puas ati... marah-marah... dasar munapek ni susah... ade je nak menyanggahnya kalau dibawak datang hukum yang derang tak berkenan...
salam...
rasulullah mmg contoh terbaik bg kita sebagai ummatnya..
seronok baca entry ni..
slam khairyn
semoga kita dapat menjadikan sunnah rasulullah ini amalan kita , insyallah
Salam Khairyn,
lama betul x melawat khairyn, semoga sihat walafiat di rantau orang
salam khairyn
dah nama pun penulis.apapun yg ditulis sangat menarik untuk dibaca..
salam,
mudah2an kita semua termasuk penulis menemui cinta dan partner untuk ke Jannah...amin....
org ikut sunnah rasul bila bab nak kawen 4 jek, yg lain2 x nak lak ikut!
Salam
Izinni
I lap yu tuuuu... Sayang menyayang janji di kenang puncak kasih berpanjangan... yaaa sila sambung! hahahaha
Naj
ohoh.. aku pun dah lama tak bercinta ke sana.. ye
king
podah! hahaha
Pa'chik
betul sesangat. Nak suruh jadi baik pun susah huhuhu
farid
lebih indah apabila kita berjaya menghayatinya kan? Ceramah tu memang sangat best sebenarnya. Simple dan jelas. Sesuai dengan targetnya - anak2 muda
rezeki
Salam.InsyaAllah. Kadang2 ni pepatah/bidalan melayu ni patut dilupuskan saja. Atau kita yg silap intepertasi? Sayang isteri tangan2 kan? huh!
Ayah Zain
Salam, alhamdulillah sihat. Cuma sedikit sibuk dgn kerja sekolah.. hahaha macam biasa lah tu!
CM
salam. Masih bertatih. hehehe. Ada masa hentam keromo juga :)
ona
amiinnnn! Untuk ko juga. Semoga sama2 kita aim untuk itu :)
Elly
betul!!! Tang sunnah yang lain tu tak tahu langsung :(
Salam,
Pertama kali menjelajah kat sini.
Terimakasih,tulisan yang menarik.
Semestinya anaknda belajar kat Glasgow.
Ayah doakan sukses.Sehat.Selamat.
Wassalam.
loh .. kok nyanyi pulak! hahahaha
oooooo .. lihatlah diriku yang kehilangannnnn .. tanpa kasihMu sayang siapalah akuuuu
betul la lirik tu kan .. tanpa kasihMu Ya Allah, siapalah kami ...
punyalah sayang Dia kat kita, kita banyak buat dosa pun Dia dok bagi kita bernafas sedut udara Dia free hari2. kan kan kan ... :(
Salam, kak!
Cinta sesama manusia tidak kekal melainkan yang kekal hanya cinta padaNYA.
Yg peliknya walopon tahu hari valentine tuh signifikan kepada apa, tp masih ramai manusia yg beragama Islam ketegaq nak meraikannya. Tahu tapi masih buat. Isk!!
Esok2 saya datang utk ber'cinta' lagi kat sini ya. Papai! ;)
Salam Ayahanda
Terima kasih atas du'a
Ya sekarang ni masih berada di Glasgow :)
Izinni
Ya Dia sangat sayang kita :)
Dan kita kena berusaha untuk sayang Dia dengan lebih baik lagi kan kan kan? lalalala
Nur
Rasanya sebab kita mudah terikut-ikut. Lagipun dah sangat komersil. Yang untung bukan kita tapi tokey2 bunga, restoran, kedai jualan yang lain :(
Post a Comment