Aku rasa sejak balik dari Malaysia bulan 10 tahun lepas, aku tak ada ambik cuti Sabtu Ahad. Jadi sempena ada orang nak belanja makan sempena hari ulang tahun,
weekends lepas aku pun ambil cuti. Seronoknya tiba-tiba tak kerja hujung minggu. Tidur memang aktiviti yang sangat menyeronokkan sampailah kepala aku sakit sebab terlebih jam tidur huhuhu.
Margaret kawan Polska aku ajak keluar
dinner hari Jumaat lepas. Sempena hari jadi yang dah lepas gittew. Lagipun dia nak kenalkan aku dengan kawan dia yang suka sangat pi Asia. Minggu lepas pulak tu asyik hujan aje. Kami janji nak jumpa jam 7pm kat stesen keretapi Central. Ada orang nak mengendeng, jadi terpaksalah bawak kan? Hehehehe... aku kena bawak si akuatik sebab nak kenal gak dengan kawan si Margaret ni.
Huhuhu... yo lah... kawan si Margaret ni kaum Adam. hahahaha... Namanya pun Adam gak. Tapi tulah, dah suka sangat dengan Asia kan? Sampai perangai pun terikut2 orang Asia. Janji dalam kul 7pm, alih-alih jam 9pm baru ler tiba. Sejuk beku kami tiga orang menunggu dia. Margaret tu dah 80 kali agaknya nak 'membunuh' si Adam ni.
Mulanya Margaret bagi aku 'kuasa' nak pilih makan apa, aku kata kita
try Italian. Dah dia tak suka italian la plak. Akhirnya kena tanya dia, nak makan apa. Dia nak makan
Asian food. Huhu.. terpaksalah kami bawak dia makan di Rumour, kopitiam Malaysia kat sini. Aku tak berapa selesa sebenarnya makan kat situ tapi tak apalah sebabkan Margaret, kami ikut ajelah. Aku dengan akuatik order teh tarik. Tapi sayang... tariknya tak hebat. Tak de buih. Ceh! Bila Margaret nampak kami minum teh susu dia kata kalau datang Poland, jangan mintak teh susu nanti orang kat situ kata kita mengandung
Huk aloh! Jadi nak minum apa? Margaret kata kat sana minum teh dengan lemon. Cuma orang mengandung aje yang minum teh dengan susu. Tapi kalau minum kopi ngan susu tak pe. Orait!
Satu lagi yang aku belajar pasal Polish ni. Pasal nama manja. Kalau benda yang comel-comel tu otomatik dia akan tukar ejaan yang belakang jadi SH. Contoh. Margaret, nama manja dia Gosha. Dan Adam pulak nama manja dia ADASH. Tu pun sebab aku tanya pasai pa Margaret tipon ADAS (S tapi bunyinya SH) bukan ADAM. Dia kata Adas(h) tu nama manja untuk ADAM. Ni panggilan kalau kita dah rapat dengan orang tu.
... (Kan Ly? Kan Ita? Kan Dura? Kan Ika? huhuhuhuhu)
Adash ni suka pi IndoChina. Dia tengah ambil kursus dalam pelancongan dan bulan 4 ni nak pi sana bawak pelancong-pelancong dari Poland. Tapi biasalah kan orang Polska ni, Vodka tu asalnya dari tempat dorang. Si Adash ni pun suka melawak. Tanya kami nak minum apa.. vodka? rum? whisky? Bila si Margaret kata kami tak minum.. dia sambunglah "I don't drink too... much." Perkh! Kagum gak lah aku tengok, dia minum segelas jah. Bukan ke Polish minum arak macam minum air oren ja? hahahaha
sesi memujuk
Macam biasa hari Ahad aku telefon mak. Kalau hujung minggu aku boleh dapat panggilan percuma, tapi masih kena bayar lah untuk sambungan panggilan antarabangsa. Harga tak mahal, cuma 1p seminit. Boleh cakap laaamaaa-laaamaaa hehehe. Banyak benda jugalah bercerita dengan mak sebab mak nak buat umrah cuti sekolah bulan ni. Seronok mak, tak sabar-sabar dah nak pergi buat umrahnya. Siap pesan kat aku suh anak-anak angkat dia (a.k.a kawan-kawan aku) pi epot sekali untuk pesanan
last minute. Tu dia... prihatin sungguh nak mendoakan untuk mereka.
Dah tu opkoslah masuk cerita plan dia nak mai sini. Aku cadang datang bulan 7, cukup sesuai sebab masa tu musim panas, tak daklah kesejukan ke apa ke. Bla bla bla.... dia tanya aku nak balik bulan berapa? Errr....
Bab ni memang aku lemah sikit. Aku tanya boleh tak aku dok luar lagi. Maksudnya tidak menjejak tanah Malaya? Mak pulak bukak cerita sedih. "Mak tak ada kawanlah." "Tak ada sapa nak hantar mak pergi ambil barang bla bla bla." Hadoi! Tapi yang ni memang buat aku tak tahan. "Nanti kalau mak mati pun tak sempat nak tengok."
Mak ni! Memang sukalah ugut aku dengan ayat-ayat mati ni. Bukan aku hati kering tapi pikir sat, kalau aku mati kat sini pun mak tak dapat tengok gak? miahahahahaha... Ajal maut di tangan Allah, tak kira tua tak kira muda, tak kira sakit tak kira sihat. Siapa-siapa saja kalau janji dah tiba, kenalah menghadap Dia.
Bukan aku tak nak balik, tapi hutang aku berlambak nak kena langsai. Bukanlah hutang dengan bank tapi hutang duit yang aku guna nak ke sini dulu. Aku nak ler kena ganti kan? Takkanlah balik dengan tangan kosong. Dah lah ada cita-cita tak nak kerja dengan kampeni kat Malaysia, ada hati nak dok goyang kaki. Lagipun hidup kat Malaysia ni kos tinggi. Nak tak nak aku kena ada kereta untuk memudahkan pergerakan. Dahlah Miss Wira sudah dijual dan yang tinggal MAE yang dah semput-semput tu. Sian MAE, takkanlah nak lanyak sampai lunyai. Memanglah aku boleh buat
freelancing ke apa ke? Tapi ... err aku ... aku .... macam teringin nak cuba nasib kat negara lain pulak. Manalah tahu rezeki banyak pula kat tempat tu.
Aku pujuk mak, kalau aku dapat kerja kat negara idaman aku tu, aku nak ajak dia dok dengan aku. Lagipun negara tu dah dekat juga dengan Tanah Malaya.. Alah... dalam 6, 7 jam penerbangan jer ahaks! Lagipun agak dekat juga dengan Saudi. Senang jer mak nak buat umrah kalau mahu. Mak taknak la pulak. Bukanlah aku ni tak berhati perut, tak sayang mak. Huhuhu.. sayang mak sangat-sangat cuma aku akan tahu kalau aku dok Malaysia memang hidup aku akan
sedentary dan
mundane. Aku bercerita pasal diri aku bukan orang lain yang penuh dengan aktiviti.
Alaaa... mak. Nak kena pujuk lagi lah ni