Wednesday, March 10, 2010

Pemberat ghaib

Aku : Nak tanya sikit
Dia : Ok
Aku : Apa rasanya kena tindih?
Dia : Tak boleh nafas, tak boleh gerak, tak boleh cakap walaupun mata terbukak.
Aku : Macamana tu? I mean rasa macam ular masuk dalam badan atau rasa macam ada a sack of patatoes kat atas badan kita.
Dia : A sack of potatoes. Kenapa?
Aku: Huhuhuhu

Sejak zaman sekolah dan duduk hostel aku tak pernah rasa macamana kena tindih. Cuma sekali aje aku rasa macam ada makhluk atau entiti kata cik Atikah yang mengular masuk dalam badan. Masuk dari jari hantu tangan kanan, terus tekan pergelangan tangan dan naik hingga ke siku. Masa tu aku mampu tarik tangan aku dan pusing mengiring. Dek kerana terlalu mengantuk, aku buat tak layan aje.

Malam tadi jadi lagi sekali.

Aku tidur mengiring belah kanan. Kali ini aku terjaga sebab aku macam nampak cahaya bersinar-sinar di balik kelopak mata (yo lah aku tidur tutup mata bukan bukak mata huhuhu). Kendian aku rasa macam badan aku ditolak ke bawah. Rasa macam tilam tu depress sebab kena tolak. Bukan rasa ada tangan yang menolak tapi macam satu benda berat yang diletakkan atas badan aku huhu. Pelan-pelan tekan gitu. Mulanya aku malas nak layan tapi makin lama makin dalam 'dia' tekan. Dalam mengantuk tu tak fikir apa lagi dah, yang terlintas cuma surah Al-Fatihah jer huhuhu.. Aku rasa macam aku bukak mulut membaca tapi bacaan tu macam herot berot jer. Macam orang mabuk tengah bercakap. Namun tetap kugagahi jua! Ya, semangat kena kuat ye adik-adik. Tiba jer ayat ke 5

- إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
Aku rasa badan aku ringan balik. Terus sambung baca sampai habis dan cahaya terang tu masih berpusing-pusing tapi lama-lama hilang sebab aku dah lena balik huhuhu.

Tu yang aku tanya dia tu macamana rasanya kena tindih. Sebab aku tak pernah kena lagi yang kaw-kaw punya. Dia ni pulak memang dah selalu sangat kena.

Aku : Ai rasa jinn you dah cross over masuk my room lah
Dia : huhuhu... sebab malam-malam surah al-Baqarah berkumandang kat sebelah telinga (dia pasang surah al-Baqarah kuat-kuat dari lapitop)
Aku : Kot sebab ai selalu sangat baca surah Al-Rahman. (tu 'dia' nak ngetest tu kot)
Dia : hahahahaha
Aku : Nampak gaya lepas ni ai kena pasang gak lah surah Al-Baqarah berkumandang dalam bilik. Bagi panas sama dia.
Dia : Huhuhuhu

Hari tu, lampu kat bilik aku terpadam sebab electric trip kat rumah. Memang bergelaplah separuh dari rumah tu. Dah tu malas nak tipon tuan rumah jadi terus bermalap (sebab ada lampu study dengan lampu tidur) sampai sebulan lebih. Minggu lepas, tuan rumah datang sebab nak tengok bilik air dengan dapur, jadi dia betulkan sekali switch yang rosak tu. Rumah dah kembali terang. Bukan takat tu jer, cik Mimi jarang ada kat rumah jadi bilik dia pun selalu kosong. Huwaaa... aku sering ditinggalkan. Chewah!
Atau....

Mungkin juga aku selalu baca cerita seram yang tak boleh nak percaya dari ilahkhatibrani hihihihi...

Oh by the way, aku belum lagi nampak hantu Scottish ni jadi tak boleh di pastikan samada dia memakai kilt atau tidak.

sekian, terima kasih.

13 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda,

Sebelum tido ambil ayiak sembahyang.
Masa tido bacalah apa2 saja ayat sampai lena.
insyaallah dia tak datang mengganggu.

Wassalam.

Mimiamilia said...

Saya tidak bertanggungjawab di atas kenakalan jin itu :P

achik said...

uish.. saya x penah kena & mintak2 xkan kena.. huhuhu..

onna said...

salam,

kat tempat omputeh pun ada hantu..aku ingat kat Malaya jer ada maklum hari2 tv kat malaya ni asyik siar citer hantu sampai budak2 pun percaya tahyul n syirik...

tapi tempat omputeh tu aku rasa antu pun takut dengan omputeh tu sendiri yang perangai lebih dari antu...hehe..macam kat mesia gak...manusia yang tak sedar depa antu...

Naim said...

ya, kalau jin itu tindih, rasa sesak nafas juga.... kadang2 kita dilihat rakan terbuka mata... (tapi sebenarnya kaku)...

jadi sebelum nak lelapkan mata, baca dulu ayat kursi.

@naimisa

akuatik said...

'pendamping' mimi tu sekadar satu saja daripada 9% keseluruhan jinn tu..kalau bukan dia pun bertimbun2 lagi yg ada...apesal pulak nama aku dikaitkan dengan entiti ni hahahahaha

mana gi ruqyah ko tu..lupa eh? patutla ada sebungkus guni kentang berminat ngan ko hehehehehe

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

sbb hang citer psl jinn kat dalam fb, pastu aku hantar ler jinn tu kat hang, kata nak wat kawan...boleh ler dia temankan hang study tiap2 malam, kalau malas pi kerja pun hang leh hantar dia gak tapi gaji hang makan sorg...best x?

khairyn said...

Salam

Ayahanda
selalunya saya solat Isya' bila dah nak tidur jadi dptlah tidur waktu masih dalam wudu'. Mungkin malam tu sudah letih sebab menghabiskan kerja sekolah sampai lepas tengah malam :)

Mimi
Huhuhu... dia sudah terlepas 'sangkar' hihihi

achik
yang bestnya kan, kat Mesia memang tak pernah kena. Tapi first time kena masa kat Rome, pas tu kena sakat kat Madrid. Ai rasalah kan yu, ai ni diminati oleh jinn dari Eroba gittew hahahahaha

Mona
Tu aaa... ingat masa kerja dulu. Org kata malam2 jgn pi ladies yg kat belah belakang tu sebab ada hantuuu... tapi sepanjang aku kerja midnite shift and kalau dah nature call tu, aku pi jer.. tak de apa pun? Setakat ni pun aku kena sakat bisu jer, kot la 'dia' cakap scottish ke apa ke kan kan? tak de la plak huhuhu

Naim
Alhamdulillah tidur pun mengiring XD. memang 3 qul sebelum lena tu.. tak tahu sangat bagaimana fenomena kena tindih ni sebab tak pernah rasa ditekan satu badan :)

akuatik
aku rasa sebab aku ada berborak pasal 'kucin' dengan Gosha kot, tu yang 'pendamping' mimi terminat kat aku. Satu spesis lain keluarga la katakan. hari tu bila aku sebut makhluk, ko kata entiti. Yang mana satu betul ni? hahahaha.
Aku baca 3 qul mlm tu sebelum lena tapi maybe dah ngantuk sangat 'grammar' tunggang langgang kot huhuhu.

khairyn said...

Elly
Ko hantar jinn tu suh belajarkan untuk aku tapi awat dia plak nak tidor atas aku.
Aku dah check package. Kata kalau tak puas hati boleh pulangkan dalam masa 2 minggu so aku nak pulang balik jinn ko sebab aku tak puas hati dengan servis yang diberikan.
Sekian, terima kasih
hahahahaha

DeeN said...

Rasanya jin sana tak sama ngan jin kat Malaya kot. hehehe...
Tak penah jugak kena tindih, tp kata kawan yg penah kena, mmg time kena tuh cam berat gila. Nak cakap pon sore tak kuar. Huhuk.. seram ar.

rezeki said...

salam khairyn

dedulu pernah merasa pengalaman sebegini, separuh nyawa juga nak lepaskan hempapkan tu hehehe

lain kali kalau sempat , masa dia tindih , khairyn tanyakan team bola mana dlm EPL jin tu sokong heheheh

Unknown said...

aku pun kadang2 layan gak cerita misteri ilahkhatibrani tu. haha.

mamawana said...

Salam caiyang...

Antara percaya dan tidak. Dunia teknologi semakin moden entiti halus ni pun semakin moden. Dia boleh terbang susup sasap masuk dlm tubuh badan dlm aliran darah sekalipun tak kira di bumi manapun...golongan iblis dan syaitan ni suka nyakat dan merosakkan cucu cicit adam.

Mama pernah nampak (pelbagai rupa), dengar (macam2 bunyi kat toilet)dan rasa dihempap gitu (masa tidur sorg2 masa bujang. Senjatanyer segala ayat2 suci yg sempat dibaca oleh mulut yg herot berot tuh. Memang mencabar dan menyeramkan. Sesungguhnya aku berlindung dgn Allah dari syaitan yg direjam.