Saturday, June 26, 2010

Pulang...

Err.. salam


Bukan pulang ke tanah air. Pulang ke tempat mula-mula tinggal di Glasgow huhuhu.

Maaf lama tak update blog ni. Sekarang sedang cuba habiskan buat terjemahan sekuel untuk Terowong (Tunnel). Tajuk buku yang ini Deeper. Ada lebih 600 mukasurat dalam buku ini dan Puan Editor hendak pada 15hb depan. Jadi tengah berhempas pulas siapkan yang ini sebelum habiskan projek seterusnya. InsyaAllah.

Rumah masih lagi tunggang langgang. Kami berpindah balik ke flat PPRT huhuhuhu. Dari poskod G31 kami ke G21 pula. Kenapa? Sebab akhirnya Cik Mimi dapat masukkan nama sebagai salah seorang warga "rakyat termiskin" hahahaha dan layak tinggal menyewa di PPRT. Dapatlah jimat dalam £100 seorang untuk duit sewa. Rumah yang ini ditingkat 11, rendah enam tingkat dari tingkat yang dulu. Tapi, masih lagi dapat pemandangan yang menarik. Apatah lagi Tesco bertambah dekat. Boleh membeli belah bila-bila masa. Kalau ikut pengalaman dulu, kami membeli belah biasanya jam 6.30-7am pagi. Tesco besar 24 jam.
Dah nak masuk tiga minggu tak hujan di Glasgow. Musim panas yang kering. Jarang berlaku sampai mungkin jabatan air akan ambil tindakan 'kemarau' kalau paras air di empangan tak naik-naik lagi. Mendung hari-hari tapi hujan tak turun. Sekarang cuba berjimat cermat dengan air.

Alhamdulillah, dah dapat keputusan peperiksaan. Lulus. Akan convo pada 12 Julai. Insya-Allah. Tamat sudah kembara ilmu sekular di sini. Empat tahun. Satu jangkamasa yang panjang. Perasaan? Ada pasang dan surut. Jadi rahsia antara aku dengan Allah. Dia saja yang faham.

Emak dah beli tiket untuk ke sini. Lepas ni boleh jalan-jalan sekitar Glasgow, ke London kemudian ke Paris mungkin boleh juga singgah jenguk Imran dan new addition si Iman. Terus ke Amsterdam dan bertolak ke Malaysia. Aku? Dari Amsterdam akan pulang ke Glasgow. Sendiri.

Semoga Allah beri lebih rezeki dan mudahkan laluan emak ke sini dan perjalanan kami. InsyaAllah.

Tuesday, June 01, 2010

Protes

Isnin 31 May 2010 - Bank Holiday

George Square
Jam 5pm
Protest on Israel Massacres Internationals taking Aid to Gaza

Tiba ke George Square lewat 5 minit dan orang pun sudah ramai memenuhi ruang berdekatan dengan cenotaph ataupun tugu memperingati warga Glasgow yang mati pada perang dunia pertama. Para wartawan yang datang membuat liputan pun sudah sibuk dengan kamera masing-masing. Lebih 100 orang hadir pada demonstrasi hari ini. Kira kehadiran memang memberangsangkan memandangkan protes ini dirancang dan diadakan tidak sampai pun setengah hari. Pemberitahuan pun hanya melalui lisan dan rangkaian media sosial seperti Facebook dan grup email.

Bangga betul dengan grup Stop the War Strathclyde University. Tiap kali ada protes atau demonstrasi, tak pernahnya tak ada. Banner ni lah yang dibawa ke hulu ke hilir jadi pembakar semangat pelajar-pelajar universiti Strathclyde. Bangga jadi pelajar dan sekarang bekas pelajar University of Strathclyde, Glasgow Scotland!

Bangun menentang penindasan! Scottish nasionalis sangat tidak suka dengan kerajaan British yang meyokong tindakan Israel menahan bantuan masuk ke Gaza. Mereka menyeru rakyat supaya menyokong Hakim UN Judge Goldstone untuk menyeret Israel ke Mahkamah Kriminal Antarabangsa atas errr... in English ye "for its crime againsts humanity and strip Israel of all its nuclear weapons. They also urged Scottish councils, universities and other institution to boycott all Israeli produce (the rape of all Palestinian lands) and institutions linked to the Israeli state.

We are with you.

Generasi muda yang bersemangat tinggi dan berjiwa besar.

Khusyuk.

Terus berarak di George Square.

Bila dah ramai-ramai begini, mesti ada yang tak puas hati. Tindakan pantas pihak polis mengawal keadaan. Alhamdulillah anggota polis di sini cool dan mereka hanya memerhatikan tindakan protesters. Hanya akan bertindak sekiranya keadaan hampir berada di luar kawalan.

Srikandi-srikandi yang membenci penindasan. Semoga semangat yang berkobar-kobar terus menyala dan semoga dapat terus 'berjihad' ke jalan Allah. InsyaAllah.

Protes yanag sama juga di adakan di bandar-bandar besar Scotland semalam:

Edinburgh- at the Foot of the Mound, Princes Street

Dundee- City Square

Aberdeen- St Nicholas Square

Moffat- 2 Holm Street

Inverness - the Townhouse

Banff - at Low Street, Council Buildings