Wednesday, July 07, 2010

saya ada jiran...

Kami gelarkan dia Grumpy Granny.

Jiran bawah rumah yang suka ketuk dinding (kuat bukan takat bunyi 'tok tok tok' tapi dang dang dang! - perkh cuba bayangkan kuatnya mengetuk) kalau terbising sikit.

Kalau jalan kat rumah pastikan tumit tak menghentak ye. Kalau pasang tv malam-malam, pastikan suaranya tidak kuat.

Silap sikit, mulalah dia hentam siling rumah. Risau pula kalau banyak kali menghentam siling rumah tu, berlubang pula lantai rumah kami. Macamana pula tu? Boleh main cak ku cak dengan dia?

Bukan kami takut dibuli Grumpy Granny tapi malas nak berpanjang-panjang masalah. Kalau dilawan nanti dia akan panggil concierge dan concierge akan telefon rumah. Belumlah pernah terjadi pada kami, tapi pada orang sebelum kami dah berapa kali ditelefon concierge sebab katanya bising. Bising tahap mana tu tak tahulah kan. Kadang-kadang anak orang atas rumah kami yang berlari pun dia yang kat bawah kami boleh dengar. Magic tak?

Ya Allah semoga Kau jauhi kami dari sifat pemarah dan tidak sabar dari kami muda hingga kami tua. Jadikanlah kami seorang yang sentiasa mencintaiMu, menambah iman di hati dan seorang yang happening lagi happy, sporting dan disukai ramai... ahaks! #

Semoga kami tidak bertukar menjadi tua yang bengkeng macam Grumpy Granny yang ASBO

7 comments:

Ibu n Abah said...

salam khairyn..
hmmm... selalunya bangsa depa ni agak berbudi bahasa jugak.. tapi nak tabiat masing2..
sabar jer la nampaknya... tak terlawan jadinya...
Mudah2an kita tua besok tak jadi teruk macam grumpy granny tu...

Rayyan Haries Aaron Davis said...

salam akak,

i suddenly miss you.
heard u passed your exam.congrats!

rezeki said...

salam khairyn

hehehe anggap jelah dia dah tua dan fikiran pun dah kurang sikit

semoga kita esok dah tua tak sebegitu

rasanya umah khairyn sekarang ni saya pernah menyinggah dulu masa kami pi Scotland, berhenti solat tumpang kat umah kawan

masa tu ramai student kita yg buat phd duk situ

pssss jln penyelesaian , suruh granny tu duduk tingkat yang paling atas sekali hehe

Dura said...

hahaha..nenek cerewet tahap gaban ..sabar Ny sabarrrrr..lepas ni kena jalan dalam rumah ala2 balet gitu ..ahaks :)

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

yang aku ni lak kena pekakkan telinga ngan jiran atas rumah...tumbuk sambal atas lantai malam2 buta hang rasa aku nak buat apa? dah 2 hari berturut2 dia tumbuk sambal, tu belum kira ngan laki dia yg suka bertukang...sikit hari lagi dia laki bini masuk spital sbb kena baling ngan lesung batu gamaknya...adehhhhhh...sabar x aku? dah dekat setahun aku dok sini hah!! arghhhhhh

ona said...

salam...

windu lah dengan granny yang memaksa kami terjinkit2 dan bercakap seperti berbisik...hehe

sufiyyah zulkifli said...

hm...
agaknye sy ni grupmy lady.. huhu.

teringat lagi watak mrs. dubose dlm to kill a mockingbird gak. :D