Okey aku rasa tahun ni aku kena menulis balik. Aku
rasa kehidupan yang slow pace kat sini buat aku jadi semakin malas nak menulis.
Bukan setakat aku dah hilang anonymity, aku memang dah ketandusan idea untuk
menulis lagi.
Apa lagi nak tulis?
Mungkin kalau masa kat Glasgow dulu, aku bebas
tulis luahkan isi hati sebab mungkin dari segi bahasa, aku menulis dengan
bahasa Melayu yang orang lain tak faham dan aku bebas kritik sebab tak ramai
orang kenal siapa aku. Tapi, bila dah kat sini, dah ramai orang kenal siapa
aku, aku jadi malas nak menulis. Apabila menulis secara anonymity, aku rasa
bebas untuk keluarkan buah fikiran tapi bila anonymity aku dah hilang, aku jadi
macam orang tak ada pendirian.
Takkan aku nak menulis fasal Brunei, fasal
Sultan yang aku tak setuju? Mungkin aku akan kena bomb dengan orang yang sayangkan
Sultan. Tapi kadang-kadang dalam aku tak ada pendirian ni, simpan dalam hati
rasa tak puas hati lama-lama pun boleh sakit, kan? Lagipun dalam dunia tanpa
sempadan ni, maklumat di hujung jari anda aje, kan?
Kawan aku nasihat, yang dah lepas tu lepas la,
kau tak payah ungkit. Mungkin dia dah berubah sekarang. Jawab aku... aku pun
bukan orang baik pun. Sentiasa ada juga buruk sangka dalam kepala... Aku tetap
kata perubahan itu perlu dari atas bukan dari bawah.. Haish!
***
Apa cerita kawan ni?
Berapa kuat sayang korang pada kawan? Bagi aku
mencari kawan tu macam mencari suami juga. Kita nak yang terbaik. Kita nak yang
ikhlas dengna kita. Yang boleh membantu kita dalam susah dan ketawa sama-sama.
Aku orang yang mudah mesra dengan orang tapi
aku sangat susah nak rapat dengan seseorang. Dan aku sangat bersyukur selepas
berbulan-bulan di sini akhirnya aku dapat seorang kawan yang sangat rapat.
Dengan cepat. Kami click, walaupun berbeza personality. Macam aku selalu kata,
aku ni bukan orang cerewet. Jenis menurut aje.. selagi aku tak kisah aku senang
ikut rentak orang. Bukan bermakna aku tak ada pendirian langsung Cuma jenis tak
kisah. Tak cerewet. Tak banyak songel.
Tadi kawan aku cerita persahabatan dia dengan ‘kawan
baik’ dia tegang Cuma sebabkan satu perselisihan faham. Sebab terlalu marah,
dia tinggalkan kawan dan jalan kaki dalam panas matahari sambil menangis.
“You... I am so disappointed, just because of
one small thing, she’s so mad and told me not to see her again.”
Menangis.. sungguh-sungguh.
Sekejap.. aku kalau kecewa dengan kawan, aku
akan bengang habis-habisan. Aku akan membebel, marah dan mungkin juga akan
terjadi perang mulut dengan kawan yang itu. Tapi menangis sungguh-sungguh? Erk! Buat aku terfikir ini betul-betul kawan ke
atau lebih dari kawan?
“Please I don’t know what’s your perception
towards me going to be, now that you know.”
Erk! Kawan? Lebih dari kawan? Ada hubungan?
“I don’t know what kind of relationship we
have. What I know I pity her and I just want to help her (because she is
suicidal).”
Aiyoh! Kadang-kadang orang akan ambil
kesempatan atas vulnerability kita. Ya kita boleh baik dengan orang, kita boleh
ikhlas, tapi apabila seseorang mula ambil kesempatan atas kita, jadi abusive
dan tak hormatkan kita... perlahan-lahan kita perlu jauhkan diri dari mereka.
Sakit memang sakit untuk jauhkan diri tapi
kalau terus-terusan disakiti.. itu bukan persahabatan.