wacha!
Kadang-kadang aku fikir, lebih baik lepaskan sahaja cita-citaku. Tinggalkan sahaja impianku, buangkan sahaja angan-anganku. Biarlah aku putus asa, biarlah mereka kata aku mudah menyerah kalah. Buat apa beriya-iya bersedia untuk berjuang kalau perjuangan itu selalu menerima ledakan kata-kata pelemah semangat.
Dalam sepuluh mungkin dua yang mendorong dengan kata-kata pembakar semangat, tetapi api yang kecil ini hampir tidak mampu berdiri di dalam hembusan angin sinis yang kuat bertiup. Mungkin akan terpadam?
Mampukah aku? Bolehkah aku? Aku sudah tua! Otak mungkin sudah karat. Tumpul! Bodoh! Iya ke? Bukankah orang tua-tua dulu yang kata, belakang parang kalau di asah selalu akan tajam? Jadi, bodohlah orang tua itu. Kenapa belakang parang yang hendak di asah? Sudah hilang akal? Sudah nyanyuk? Bukankah matanya jika terus di asah akan berkilat dan tajam? Sekarang, akukah yang bodoh, atau mereka yang dungu?
Rasulullah pernah berpesan, tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Alah! Tanah Besar China dekat sahaja. Naik pesawat, tak sempat hendak berdengkur, sudah tiba. Lagipun, siapa yang boleh tidur berdengkur dalam pesawat? Tapi, kita pegang kata-kata Rasulullah bukan sebab negara China dah dekat dengan kita, ataupun kita sekarang pun dikelilingi oleh rakyat China yang datang secara haram dan bergelandangan saban malam di sini. Kita pegang kata-kata keramat itu kerana dulu orang Arab sanggup naik kapal berbulan-bulan nak sampai ke negara China. Jauh macam Timur dan Barat. Maha besar Allah, dijadikan bumi ini bulat, jadi Timur dan Barat itu tidak ada hujungnya.
Jadi, aku nak pergi menuntut ilmu lebih jauh dari negara China. Aku akan naik pesawat juga, tapi mungkin sempat tidur, walaupun aku tak tahu samada aku berdengkur atau tidak kerana kalau sudah tidur, mana kita sedar akan keadaan sekeliling kita. Lagipun mana selesa tidur tanpa tilam sejengkal dan selimut kotak-kotak aku. Kaki tersepak orang di depan, lengan terlekat orang sebelah. Namun, aku yakin aku boleh ulang tidur dan bangun hanya bila dikejutkan pramugara yang cantik molek bila tiba waktu makan dan pramugari yang manis yang menghidangkan nasi semangkuk dan air kosong secawan.
Aku dah penat bekerja. Aku sudah jerih diperlekeh orang sekeliling. Yang di atas menekan, yang dibawah cuba memanjat dan memijak. Yang di sebelah terlalu menghimpit. Aku lemas! Aku jelek dengan perlakuan manusia yang bekerja atas nama gaji dan kuasa. Aku muak bermanis mulut dan senyum meleret mendapat duit raya beratus-ratus yang kadang-kadang aku sendiri musykil dari mana asalnya dan akhirnya memaksa aku menjadikan habuan yang kuterima sebagai wang Baitulmal. Membuat amal memberi makan kepada anak-anak bukan miskin, bukan yatim piatu walaupun ada janda-janda ditempatku, setahun tiga kali.
Kali ini aku berjanji, apa yang aku buat hanyalah untuk diriku. Apa yang aku doakan hanya untuk kejayaanku. Biar aku jadi kiasu! Biar aku pentingkan diriku, asalkan aku tahu dari mana asal usulku. Keturunan dari sekepal tanah liat hitam yang kotor yang menjadikan Adam dan berpasangan dengan Hawa. Aku tidak mahu menjadi iblis yang mendoakan malaikat di Syurga tetapi lupa untuk mendoakan dirinya sendiri. Aku akan usahakan untuk tentukan hidup aku sendiri dan serahkan takdir hidup pada Ilahi.
Kalau sudah tidak ada lagi manusia di dunia ini yang sudi meniupkan semangat juang untuk aku, biarlah aku hembus sendiri. Penat pun diri aku sendiri. Letih pun aku yang tanggung. Biarlah aku penat sekarang, letih sekarang kerana susah payah aku sekarang mungkin menghasilkan kejayaan yang paling manis yang akan aku rasakan.
Jadi kalau kau panggil aku sekarang mungkin aku tidak dengar, kerana aku sudah tuli dengan kata-kata yang memualkan. Tunjukkanlah di depan mata aku sampai kau penat, kerana aku juga sudah buta.
Boleh tak aku mohon peruntukan istimewa OKU?
Selamat Harijadi untuk aku!
3 comments:
when i was 11, i had a dream. unrealized because i had to go to a great school, where the dream was safely locked up somewhere in a backup vault. at 17, i thought i was on my way, but no. things beyond your control do happen. so i had to work with a very small gaji, and over the years the gaji grew and grew and grew.. today, at a grandfather's age, i finally get my chance to unlock that vault, say goodbya to my gaji, and say hello to my first and true love.
so, why give up when you have all the time in this life?
unless you're dying from ...
...boredom! Yeah baby! Yeah!
by the way I got an instant job, as a driver for a mr president from US of A. Nope! Its not George W Bush. Wish it was him though, so I could dump him somewhere along a "sunyi" highway. Just a president of a multi-national company jer. Wish me luck! Hope can get as many as "George Washington" as possible hehehe
yoooo selamat hari jadik. Aku baru tau kau punye birthday. Bila kita nak rendezvous ni? Kita sama-sama naik lrt? bole?
Post a Comment