Wednesday, October 31, 2007

Balik Hantu Raya

Kasut baru - £4.99

Mimi dah berangkat pulang pagi tadi. Aku dengan CikSue hantar kat Glasgow International Airport. Sayu gak rasa dalam hati. Jeles pun ada jugak. Tak sabar tunggu giliran aku pulak naik kapal terbang balik ke Tanah Malaya... untuk bercuti. Yahuu! hahaha

Kira minggu ni minggu yang sibuk untuk aku dan Mimi. Aku, sebab aku kena siapkan dua essay tang kena hantar dua hari berturut-turut dan satu persedian tuturiol untuk tutor yang cerewet. Mimi pulak sibuk buat persediaan nak balik.

Dalam sibuk-sibuk tu sempat pula pagi Ahad dia buat kejutan. Nak buat makan-makan sempena raya dan sempena nak balik. Aku dah cuak dah, apa taknya, dia abis kerja jam 3.30pm dan aku pulak jam 6pm. Dia kata tak apa sebab bukan nak buat besar-besaran, cuma nak jemput kengkawan yang rapat dan single mingle jer. Huh! Dalam tak ramai tu adalah dekat 20 orang yang datang bertandang hahaha. Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar.

Hari nak balik pula sempat lagi kami menerima undangan makan malam kat rumah kawan dia. Geng yang selalu lepak kat rumah di 'Awangan' dulu. Nak tak nak kenalah pergi sebab nak menjaga hati. Lagipun kami dah rapat. Mungkin dorang akan datang lepak kat rumah ni pulak. Cuma kurang geng sorang dua lah sebab yang satu dah balik India yang sorang lagi tu err... entah aku tak berapa tahu. Lepas makan-makan, kitaorang terus balik singgah ke Awangan nak ambil weighing scale sebab Mimi nak timbang beg. Tiba di rumah, aku terus busy habiskan essay - double check - dan Mimi habiskan mengemas. CikSue habiskan tengok drama Korea pulak. Jam 10pm semua orang dah terlentok mengantuk. Aku orang yang terakhir tidur. Pukul 1.30am Mimi dah kejut nak pi airport sebab flight dia jam 5.55am. Dia terbang dengan KLM Glasgow-Amsterdam kemudian Amsterdam-KL guna Malaysian Airline.

Jenuh jugaklah menunggu di Airport tu. Dari duduk kami berdiri dari berdiri duduk balik dari duduk aku terus baring dan tidor. Aduh... mengantuk semata-mata nak menunggu kaunter KLM dibuka. Jam 3.40am kaunter KLM pun buka. Mimi tak yah beratur sebab dia dapat business class (huhuhuhu jeles jeles... lepas ni upgrade ke tak kat MAS?). Mimi halau balik sebab kami dah kuyu sangat-sangat. Aku ngan CikSue pun naik bas balik ke city centre. Memang masing-masing dah tidor dah dalam bas. Sudahlah kami berdua aje dalam bas tu, sedar-sedar jer dah sampai kat city centre. Dari stesyen bas, kami ambil teksi balik rumah. Sampai rumah terus tidor. Set jam kul 6am untuk bangun Subuh. Lepas ni tinggal aku dengan CikSue berdua ajelah sampai Mimi datang balik untuk buat PhD tahun depan. Huh! Sayu gak laa... Hari tu dia pi Mesir tapi sebab bercuti, tak de rasa sayu cam ni tapi sebab ni kira balik ke tanah air, perasaan sayu tu ada la plak.

Minggu ni plak dah secara rasminya kami di dalam musim salju. Jadi untuk 5 bulan ni perbezaan waktu dengan tanah Malaya sudah jadi 8 jam. Zohor pun masuk kul 12 lebih, isya' pun dalam kul 6pm lebih. Yang penting mengantuk pun dah jadi berlebih-lebih pulak.

p/s
aku dengan CikSue duduk diam-diam kat ruang tamu tengok Whose line is it anyway kat tele. Curtain tertutup rapat cuma ada satu mentol yang menyala. CikSue dok mengunyah burger, aku pulak menaip kat meja makan. Tak boleh bising-bising. Malam ni ramai hantu kecik, ketot dan keNOT yang lapar datang ketuk pintu dengan baldi kat tangan nak kutip makanan. Syyy...

18 comments:

Indera Kencana said...

Kalau kat sana banyak Hantu Kecik, Hantu Ketot... Dekat Sri Hartamas ni pulak ada Hantu Cantik yang naik Mercedes Benz C Class jerit2 petang semalam..
"HAPPY HALLOWEEN!!!"

Hantu betul. Nak je jerit balik kat dorang yang kita kat sini tak celebrate Halloween. Tapi.. huh!!! Awek Jepun tu... Dengan seksinya!! Hahahahaha...

Azhar Ahmad said...

Owhhh mimi dah balik rupanya. Hohoho, kamu pula bila lagi? Huhuhu

~zurd~ said...

Awat tak join depa bawak baldi sekali? depa bawa baldi kecik hangpa bawak la baldi besaq yang dok buat rendam baju tuh.. hehehe

zura said...

Trick or Treat!!!!
Kat Red104.9 ada orang cadangkan since kat Msia orang tak makan candy, kena ganti ngan dodol. Korang dok senyap2 tu tak de ke antu datang ketuk pintu?
p/s: intai melalui tingkap, di hujung dahan pokok ada langsuir hinggap...dia tak nak candy dia nak darahhhh. serrrram

khairyn said...

salam

indera,
jerit kat dia.. yo! Sexy Ghost! hehehehe.. uish tak baik, ajar orang jadi 'hantu' hahahaha.

enchek azhar
ohhh... jangan ditanya! hahahaha.. waaaa nak balik juga. Sabar sabar... err.. nanti balik jom makan sup kat Giant yg dekat dgn bandar baru uda tu.. Sedap sungguh! Tak pun kita makan kat kilang biskut. Murah tau hahahaha. Entah pak gad tu ingat lagi ke tak muka ni.

zurd
tak pun aku bawak la tab mandi. Lagi besaq ya tak?? kakaka

zura
yummy dodol! Tapi kan.. pi la mintak kat cina time dorang sambut Festival of Ghost tu.. ala ala holloween gak kan kan kan... hahahah

nUr@dDeEn said...

aloooweeeeenn!

Kalo la kat Mesia sambut camtuh, bagi beskut meri la. takpun bagi jer kuih samprit. Yum, yum! Isk. Isk. Isk.

mak lang bedah said...

Salam

Padan la kao lama x de, pegi hantar Mimi balik rupenye.

Kat sekolah anak aku ada Halloween Disco lagi..anak aku x pegi la..bukan ape..mak dia yg penakut nak hantar dia pegi mlm2..

gputeh@charingX said...

oh, aku pun nak balik jugak nanti, nak hantar aku tak?

Dura said...

Halloween ke Ny? Ko hulurkan lah serdak kuih raya yg masih berbaki tu..Tu pun kalau masih ada serdak nya lagi ler..

oooo cik mimi dah balik ke?. Tak per lah bila lagi nak berdua-duaan dengan cik sue ..tak gitu??

khairyn said...

nur,
ush tak kuasa nak bagi 'sekuk' hatta serdaknya juga. Dok diam diam ajer hahaha

mak lang
aku bz sesangat minggu lepas raya. Dah tu mimi pun nak balik so aku ngan sue pakat hantar pi airport. Hah, awat tak gi disko tu.. boleh ko pun saturday night fever sama kakaka.

gputeh
oooo mau kasi jeles sama aku ka? 'Bini' ko balik dulu, tu yang penting hahaha

dura
tak moh tak moh. aku kan ke kedekut. Sikit pun aku tak nak bagi. hahahaha. ye ye aku berdua-duaan ngan ciksue. Tapi la ni tak tido seranjang. aku tido lain bilik daaa kakakaka

Pa'chik said...

biteljus tak gi umah ko ke?
tak de nampak kumen dia neh...

Sastri said...

macam seronok plak ek halloween tu... :D

gputeh@charingx said...

bini aku balik sebulan awal heheheheh ni dok tengah kecoh nak beli topeng hantu nak bawak balik mesia untuk anak buah...nak datang dok umah aku ke semasa ketiadaan beliau pun boleh gak :))

akirasuri said...

Adeii dah berhapdet lama rupanya..

Oh! mi dah balik ek.
Kuranglah sorang aweks kat rumah tu kan :p

Erk? Kenapa tak duduk bawah meja makan jek sambil menaip tu.
kan lagi selamat dari hantu kenit-kenit tu.
ha ha ha.

blackpurple @ jowopinter said...

Sini pun sejuk juga ni. Sejuk air cond [tak relevan sungguh komen]

ELLEMILANO7 said...

kekadang aku sendiri jadi hantu...heeeeeeeeheheheeeeeeee.....ingat masa dok kat kerinchi bertiga dulu,rupanya2 kita serumah gak ngan hantu,siap tumpang mandi kat bilik dura lagi..apa punya hantu bil air ngan sewa rumah kita gak kena bayar!hahahaha...kau agak hantu apa yang duduk ngan kita dulu?

achik said...

bestnya halloween..
kat sini pun ada gak yg duk sibuk nak sambut gak..
last week baru tertengok gambar sorg aweks melayu yg seksi gilerr ai tell yu kat satu blog ni.. huhuhu..

pB said...

Kelakor sungguh ayat yang last tu.

Ni kiro dok bersembunyi ler nie ...

Sib baik satu mentol nyala dan bukannya lilin ...