Saturday, September 05, 2009

Beras

Tadi masa dalam perjalanan balik dok citer pasal makanan ngan Effa. Huhuhu.. ini memang topik semasa dan err... nak citer apa lagi kan? Takkanlah nak ngumpat dalam bulan-bulan posa ni hahahaha
Kali ni topik makanan berkisar pasal beras aje. Bandingkan kualiti beras kat Malaysia dengan beras basmati yang kami makan hari-hari kat sini. Aku ingat dulu masa mula-mula dok kat UK ni, aku rasa macam orang kaya jer hari-hari makan beras jenis basmati. Panjang, peroi dan kalau digoreng memang cantiklah nasi tu. Nak tanak nasi dari jenis beras basmati ni pun senang, tak berkanji sangat. Masa mula-mula dok sini, beras tu dalam 60p sekilo kat Tesco tapi sejak krisis makanan dan cuaca yang tak menentu kat sub-continent tu, harga beras basmati dah melambung dalam £1.40 sekilo. Cuba tukar ke beras long grain tapi aduhai... rasanya tak sesedap basmati.

Masa aku balik Malaysia awal tahun hari tu, dan kembali makan nasi dari beras yang biasa mak gunakan, memanglah rasa payah nak lalu kat tekak. Bukan sombong. Cuma aku terasa sangat yang orang Malaysia disogokkan dengan beras yang berkualiti rendah. Nak beli beras kualiti tinggi, harganya pulak melambung-lambung. Aku rasa macam rakyat marhain di Tanah Melaya ni ditindas sangat-sangat la pulak.

Bila dah dibiasakan dengan beras basmati ni, aku jadi sayu tengok nasi yang berketul-ketul yang mak makan hari-hari. Nasi tu aku tengok macam layak dibuat nasi himpit jer, bukan nasi untuk makanan biasa. Berketul-ketul dan berkanji jauh bezanya dengan basmati yang aku makan hari-hari, peroi dan tak berkanji sangat, walaupun itu jenis basmati low grade yang aku beli kat Tesco aje. Bayangkanlah kalau aku beli yang high grade atau second high grade. Beras tahap orang millionaire kat Mesia kot.

Effa kata nampak gaya kita kena bayar zakat fitrah lebih sikit sebab kita makan beras lebih baik dari kat Malaysia. Hmm... mungkin juga. Tapi kat sini zakat fitrahnya £3 err... campur tolak kali bahagi lebih kurang RM18. OK ke?

Dokumentari

Hari tu aku tengok dokumentari tajuk Future of Food yang berkisar tentang masalah krisis makanan dunia. Dijangkakan masalah ini akan meruncing sekitar tahun 2050.dan akan berlaku femine satu dunia sebab bekalan makanan yang tak mencukupi. Pertengahan kurun ini, jumlah penduduk dunia akan mencecah 9 billion. Macamana nak bagi makan?

Negara-negara kaya dah mula nak beli tanah kat negara-negara miskin macam kat Afrika untuk menampung bekalan makanan untuk penduduk mereka. Contohnya Qatar nak beli tanah kat Nigeria. Kalau kerajaan Nigeria benarkan, apa kes dengan penduduk mereka sendiri?

Lain cerita kat Havana Cuba. Sekarang ni depa berjaya produce 90% daripada sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kegunaan sendiri. Cuma 10% yang diimpot. Macamana berjaya? Mereka gunakan setiap tanah yang kosong untuk bercucuk tanam. Hebatkan?

Kita? Simpanan bekalan makanan pun tak ada. Rasanya 90% bekalan makanan, kita impot dari negara jiran. Dari beras, sayur-sayuran sampailah makanan laut.. hampir semua kita impot dari Thailand atau Indonesia. Heck! Even Singapore!

Aku nak ucapkan tahniahlah pada Mahathir dengan mentornya si Margaret Tatcher yang atas idea bernas yang nak propel negara masing-masing ke arah kekayaan dengan menukar tanah-tanah agriculture ni jadi tanah industri. Dulu sawah yang saujana memandang dengan padi yang menguning sekarang ni dah bertukar jadi deretan rumah yang pelbagai warna. Takpun jadi bangunan kilang yang tak habis-habis pollute setiap elemen alam.

Tahniahlah! Sebab walaupun dah berpuluh-puluh tahun cuba nak jadi negara industri, sampai sekarang masih tak berjaya lagi. Korea yang belakang dari kita pun sekarang ni dah maju, cuma kita saja kat takuk tu.. Betul-betullah macam kisah Pak Kadok. Akhirnya dua-dua tak dapat. Industri tak berkembang maju, tanah terlelong macam tu aje. Nampak gaya lepas ni makan batu ngan simen aje la kan sebab tanah tak de nak buat agriculture.

Memang Betullah janji Allah. Kita sekarang ni hidup kat akhir zaman. Planet kita dah melarat sangat. Tapi, tu lah kata mat salleh;

This planet is for our children and generation.

Takkanlah kita tak nak tinggalkan 'wasiat' untuk dorang kan? Kan?

p/s
Hos rancangan ni George Alagiah (pix). Tak tahulah orang kat Mesia boleh tengok dokumentari ni. Tapi ini linknya.

11 comments:

Zuraini said...

Salam...

berusaha utk berubah demi kebaikan mmg tak salah, tapi bila kita melawan apa yang telah ditetapkan oleh Allah itu yang menjadi masalahnya...

tu yang peliknya, dari negara pertanian boleh bertukar kononnya nak jadi negara perindustrian... tapi akhirnya tak ke mana pun...

akuatik said...

aku rasa mesia kena jadi macam cuba baru la sedar, terantuk kejap baru la tersedar kot...ada tengok episod pertama dia tak? tahap paling minimum orang havana tu makan apa yang depa ada, beras ngan kekacang saja yang dibeli..kopi tanam sendiri, pisang tanam sendiri, telur daripada ayam yang dibela.

pastu yang mempu membayar pulak beli berlebih-lebihan then buang bila tak abih...sebab tu jadi krisis

CM said...

salam ryn

bagus n3 ni,bernas ideamu...tapi sapakah mamat yg berdiri segak berbaju kelabu tu???

Dura said...

Entri yg tersgt bagus sebab masih berkisar pasal makanan ...aku suka :))

Aku suka mahathir ..aku khatam byk kali buku dia .. dia byk muka mata aku sbg org melayu ( w/pun sebelah arwah mak aku ada keturunan cina) .. dia ada byk idea yg kdg2 org tak paham ..w/bagaimana pun ada jugak ideanya yg aku tak berkenan ..antaranya yg kau mentioned kat n3 ni..tapi malaysia masih belum terlambat ..masih byk tanah kosong yg terbiar . contohnya tengok saje di Negeri sembilan..byk tanah kosong terbiar. salah satunya sebab amalan adat perpatih yg memberikan hak lebih pada anak pompuan. Bila anak cucu pegi jauh merantau tanah kampung terbiar begitu saja. Salah sorang nya aku .. aku kena balik kampung ni tanam tebu ..paling kokak pun boleh minum air tebu bulan puasa..FREE tak payah beli :))

13may said...

menarik la entri nih.

Suka aku baca :)

khairyn said...

salam
neen
Buat kerja tanpa perancangan masa depan, inilah jadinya. Tapi kadang2 wawasan terlalu jauh tapi kapasiti tak memadai pun tak jadi juga

akuatik
Betul. Tapi hari tu pun dah ada krisis makanan still tak sedar2 lagi kan?
Aku tengok gak. Best gila tengok dorang tanam sayur ngan buah.
Kat sini baru satu hari lepas due date je dah bin. Sayang sangat tengok dorang membazir makanan. Tu belum lagi tang ikan yg kena potong kepala.. why? sebab org kat sini hatinya delicate sangat. Tak leh tengok ikan yang full body gitu.. kena potong fillet baru boleh jual. Satu pembaziran

khairyn said...

Dura
Aku pun suka Tun M ni sebenarnya. Wawasan dia memang ke depan. Tapi his success is also his downfall. Sebab dia nak berkuasa sangat, dia yg introduce yes men dikalangan kabinet dia. Tak de sorang pun berani bangkang atau berani tegur sebab kalau try buat camtu alamatnya kena buang kabinetlah.
Budaya yes men dan kipas mengipas untuk selamatkan diri masing2 ni dah terbawa-bawa sampai hilang intergriti. Yang penting poket penuh.Tang ni yang aku marah sangat dengan Tun M.
Kalau nak buat industry, kita harus full force tapi orang top2 ni masing2 nak tunjuk power. Yang kena tekan rakyat marhain la. Contoh idea Bakun w/pun an environmental disaster, ia sangat perlu untuk hydro energy negara ini, so he went ahead. I agree. But what happened now? Projek terus terbengkalai and it became a massive environmental disaster.
Selagi tanah dalam nama kita, biarkanlah terbengkalai dulu, jangan dijual pada developer untuk buat rumah. Macam arwah ayah aku pesan, elok ada tanah ni. Kalau tak ada makanan boleh tanam ubi buat makan anak2. Secara tak langsung arwah pak aku dah foresee krisis makanan ni ahaks!

May
Wah lama tak menjenguk ai kat sini? Apa khabar yu?
Sedikit untuk muhasabah diri

khairyn said...

cikgu mas
alahai.. tertinggal pula buat cikgu terchenta ni ahaks!
Mamat segak berdiri tu namanya George Alagiah. Pengacara rancangan dokumentari ni. Err... suara dia best. I laike! hehe

achik said...

tahun lepas utk paper Teknokrat group saya buat assignment pasal krisis makan dunia..

err kita ni terlalu tumpukan kat sektor industri.. padahal kalau ada masalah ekonomi, sektor industri yg mula2 down..

lecturer saya kata, kalau krisi makanan makin teruk.. at least negara lain makan potato chips, yg kita makan la microchips.. ;p

khairyn said...

achik
hahaha.. sungguh benar kata lecturer tu. Tak pun kita makan ajelah kelapa sawit hehehehe

Bila tengok docu tu terasa sebenarnya isu ni sangat meruncing. Yang paling sakit hatinya negara yang kononnya negara maju ni, rakyatnya sangat suka membazir. Selalu sangat membazir makanan hanya sebab sudah sehari lepas due date.

malia said...

sama la pendapat dgn penulis.. ada org mesia marah kalau kiter cakap gini.. tapi kiter rasa kesian dgn nasib kita di mesia nanti.. tengok mak yg sakit diabetes pun cukup kesian, dulu mampu lagi beli basmati atau herba ponni utk mak.. sekarang harga naik melambung even long grain, pun tak mampu nak beli.. last2 mak terpaksa makan beras biasa.. makan ubat tak habis2..
ironically, basmati kat UK, USA, canada juga di import macam basmati kat mesia, import.. semua negara ni tak produce such rice tapi mengapa harga kat mesia sgt mahal tapi harga kat sini UK sgt murah? transportation cost harus mahal di UK sebab petrol ikut harga market dan dalam £ tapi masih rakyat biasa makan beras berkhasiat hari2..
seeloknya beras berkhasiat macam basmati ni tak harus jadi barang mewah kat mesia, sian org2 yg perlukan beras berkhasiat utk terus berjuang melawan certain penyakit.. tapi ada org mesia marah kiter kalau kiter compare camni, konon katanya jgn compare durian dgn apple la bla bla bla.. kecewa kiter.. but then kalau compare harga mercedes kat UK dgn mesia bukan sama jugak ke? tapi apa pun begitu la .. moga inflation dapat di atasi hendaknya.. amin...