Monday, September 14, 2009

Gembira Suka Hati

Aku sangat-sangat gembira suka hati hari ini.

Sebab?
Aku dah habis bayar yuran uni untuk sesi lepas hahahaha... Settle dah installment payment untuk yuran £9,000 setahun tadi. Alhamdulillah. Sekarang ni aku papa kedana. Duit cukup-cukup untuk bayar bil elektrik, pemanas, tv, telefon dan talian internet untuk bulan ni. Lega!
Sat lagi bolehlah pi finance counter ambik surat yang mengatakan aku dah selesaikan semua pembayaran dan bawak pi bilik international student plak untuk dapatkan surat scholarship untuk sesi 2009/2010.
Yay! Selepas tiga tahun kerja tunggang terbalik nak bayar yuran, lepas ni aku boleh kerja senang hati untuk simpan duit pulak. Yahuu!
Thank you Allah for giving me the strength both mentally and physically to come thru. And for the best friends that you have bestowed upon me. I am truly blessed! Thank You! Syukur.. phew!

13 comments:

Anonymous said...

alhamdulillahh, muger ceria selalu di perantauannnns.. ghiteww

Dura said...

Alhamdulillah..masa untuk hepi2 ..dan pusing2 mesia..selamat sampai ke melaka dan beriang ria di hari raya .. I like !

CM said...

salam ryn

rezeki ramadhan tu tahniah,balik melaka jgn lupa pekena ketupat rendang yer...

rezeki said...

Salam ryn,

alhamdulillah, semua dah selesai ,lps ni selesalah sikit dan boleh tumpukan pada pelajaran . Tentu rasa puaskan pasal keluar duit sendiri.
Ramai pelajar phd yg ditaja oleh majikan masing2 balik tanpa lengkap pengajian mereka dan mendapat phd. mrk tak rasa apa2 pasal mereka di sana ditaja sepenuh nya dan gaji pun penuh.

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

9,000 pound ye...mmmm kalau kat msia kerja siang malam pun x dapat nak bayar yuran setahun byk tu kan!...xpe, balik msia hang tetap kaya sbb hang ada pound sterling!

Dura said...

Betul tu Elly ..antara semua geng2 kita cuma Harny ajer yg ada pound sterling ..wahhhh gitu kan :)

khairyn said...

Salam

Enchek Me,
Ya, anak perantau yang ni tengah gembira sekarang :))

Dura
Miss you!
Nanti kita raya sama-sama ek. Tak payah tunggu 1 Syawal, hari-hari kita raya hahaha.. So how's the kuih?

Cikgu Mas
Huhuhu.. Alhamdulillah dapat bayar sampai habis yuran uni ni.. So sekarang ni projek kumpul duit untuk the best destination in the world huhuhuhu

Elly
Ya betul! Ni yang aku sayang nak tinggalkan Glasgow ni. Aku doa semoga rezeki ni berkat huhuhu.. Memang balik aku bawak ££, tapi takat £50 jer hahaha. Gue dah sengkek dong!

Dura
Haa... ko tertinggal sorang. Marina pun ada ££ gak. Gini jer la, dalam banyak2 kawan kita, ko sorang jer ada USD amacam? hahaha

Dura said...

Projek kuih ok..buat 3 trays tat nenas.. dah nak habis dah.. sebab ramai tukang rasa hehehe.
Ya betul betul marina pun ada ££££ yg beribu ribu lemon jugak :)
US$ masih merangkak lagi lah Ny..tak tau bila boleh kejar itu £ lah ..ngan canadian dollar pun dah nak sama taraf dah ..kena tanya encik hussain ni apa dia punya plan utk menaikkan taraf US$ :))

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Khairyn,

Terharu betul baca entri kali ini.Semangat yang kita ada untuk mengatasi segala cabaran dalam hidup apabila dikongsi di dalam blog ini bisa membuatkan orang lain yang membacanya turut terinspirasi.

khairyn said...

salam
Rezeki
Memang rasa puas sebab rasa barakah belajar dengan hasil titik peluh mengemop, membersih toilet orang hari2 :)
Memang hidup saya tunggang terbalik sepanjang 3 tahun di sini tapi kemanisannya tetap terasa. Syukur pada Allah diberi peluang untuk merasa hidup yang penuh pengajaran ni. Saya sering diajar dan belajar di sini. Semoga terus dapat menjadi pelajar Allah yang sentiasa bersyukur dan sabar dengan didikanNya :)

Dura
Projek chocolate brownies aku belum bermula lagi ntah nak buat ke tak sebab tuan rumah nak betulkan dapur so aku kena alih barang2. Tu yg tetiba hilang mood nak membakar kuih apatah lagi kuih2 remeh macam tat nenas haha.
Samalah macam ££ entah bila-la nak naik balik. Masa aku datang hari tu RM7-£1 sekarang RM5.8-£1 banyak bezanya tu... huhu.. Rasanya aku kena cari kerja kat Bahrain la kot baru RM10-Dinar1 kekeke

DrBubbles
Sama juga macam awak. Siapa sanggup berkerja keras jadi badut semata-mata nak menggembirakan hati anak2 yatim? Pahala awak tu dah memang berlipat ganda :)
Semoga anak2 generasi akan datang punya semangat jati diri yang tinggi dan sanggup bersusah payah semata-mata untuk cita-cita dan mencari redha Allah dalam hidup.

rezeki said...

Salam Ryn,

for your information :jenazah mariam dr korea tiba di KT pada tengahari semalam . masa tu keadaan hujan lebat sgt kat KT, dimandikan,dikapankan dan di solatkan di masjid jamek KT. Dikebumikan di tanah perkuburan kg. makam.
Semoga Allah menempatkannya di kalangan org yang beriman

Al fatihah

Unknown said...

aku pun tabik kat ko ler. gigih sungguh ko. teruskan berjuang!

Selamat hari raya idulfitri buat harny n kawan-kawan. minta ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, tersinggung rasa selama ni.

Beraya elok-elok ye.

khairyn said...

salam
rezeki,
Semoga Allah belas padanya. Rahsia Allah kita tak tahukan?
Semoga kisah allahyarham nenek Maryam menjadi iktibar pada kita semua. Semoga kita tidak biarkan saudara2 kita ditarik ke dalam kemungkaran :(

Ainin
Aku buat apa yang aku mesti buat. Thanks atas dorongan. Ya aku akan berjuang lagi!!! hahaha
Semoga kita semua gembira di idulfitri hehehehe
Zakat fitrah dah settle ke belum? hahaha