Sunday, November 29, 2009

Cerita Babi dan Kasut


Oh oh ternampak sesuatu ketika selesai solat Eidul Adha hari Jumaat lepas.

Babi

Bukan binatangnya, tapi kulitnya selepas diproses. Yang dibuat alas kasut. Yang ada tiga dot macam piramid tu.

Waktu aku sedang nak menyarung kasut Umbro-ku yang dah capuk-capuk tu aku terpandang sepasang kasut kulit warna hitam bertumit yang diletak di sebelah rak kasut. Bahagian dalam kasut tu menarik perhatian. Tiga dot berbentuk piramid. Sah! Kulit babi.

Haish! Aku tunggu punya tunggu, tuan kasut tak muncul-muncul. Jam dah menginjak hampir ke 10.40am dan aku ada kelas pukul 11am. Macamana ni? Tanya sisters, kenal tak kasut siapa tu, mereka pulak tak faham bahasa Inggeris. Haish!

Hendak tak hendak aku keluar ajelah dari Masjid. Semoga Allah ampunkan dosa aku.

Mari kita sentuh satu isu di sini. Tanggungjawab.

Sabda Rasulullah s.a.w:
Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun.

Maka, sudah menjadi tanggungjawab mereka yang ada pengetahuan berkongsi pengetahuan itu dengan yang tidak tahu. Kita semua sudah sedia maklum. Juga menjadi tanggungjawab mereka yang tidak tahu untuk belajar supaya lebih tahu dan berpengetahuan. Sayangnya aku tak dapat nak berkongsi pengetahuan dengan si empunya kasut, sebab tuannya tak muncul-muncul dan waktu yang mengekang.

Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang mengajak pada kebajikan (Islam), memerintahkan yang makruf, dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung. (Qs. Ali-Imraan [3]: 104).

Ingat ye adik-adik. Hati-hati kalau mahu memilih pakaian atau aksesori. Kadang-kadang kita terlepas pandang atau ambil enteng bahan-bahan yang digunakan. hanya sebab barang-barang tu cantik dan menarik, hip dan up to date. Jangan suka buat derk atau tak mahu ambil tahu, nanti kita yang rugi. Pergi solat sunat Eidul Fitri atau Eidul Adha yang datangnya setahun sekali untuk rebut amal ibadah tapi pakaian yang kita gunakan tu pulak mempunyai najis mughalazah. Haish!

Ohkek, kami nak pi beraya. Tata!

5 comments:

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

sbb tu aku tersgt ler susahnya nak beli kasut kalau pi obersi sbb takut aku main amik jek, bila dah berkenan kang takut lak lupa diri smpi terpegang sbb x perasankan 3 dot tu...org yg beli tu pun xde ler perasan yg kasutnya tu drp kulit babi yek! dia pun main hentam beli je sbb dah berkenan sgt!

Pa'chik said...

babi sungguh kasut tu... kikiki... :P

onna said...

salam,

selamat hari raya qurban...

beb,

jadik tak plan bulan mac tahun depan...

Dura said...

pak cik clark memang byk sedara ngan ba alif ba ya ..hehe..w/pun kasutnya comel2 gitu terpaksa le tutup mata sebab x nak kawan ngan sedara pak cik clark yg sekor ni :) tapi memang betul tu Ny ramai org tak tahu pasal 3 dots piramid ni ..

DeeN said...

Sangat bahaya sekarang. Benda haram semakin bermaharajalela. Kadang disedari, banyak jugak yg tak perasan dan tak mahu berusaha utk perasan & ambil tahu..!