Tuesday, November 03, 2009

Melepasi bumbung

Hari ni sebenarnya stress level dah memang melompat through the rooftop. Tapi, macam biasalah orang hipokrit macam kami ni mana nak tunjuk yang kitaorang ni sebenarnya tengah stress gila. Nampak aje sengih sana sengih sini, tapi dalam hati ya Allah! Macam nak terkopak dah jiwa raga ni. Tambah lagi dah rasa rindu sesangat nak solat, nak mengadu (okay, okay, fitrah seorang perempuan ya!)

Bekal nasi hari ni (yang dah bercampul gaul tertonggeng sana tertonggeng sini)
Nasi putih, tumisan sayur campur, janggut sambal dan kicap. Yum! (chef cik mimi)

Macam biasalah masalah aku, masalah belajar aje. Cuma sekarang ni status aku sebagai pelajar macam kabur lagi. Tang Journalism Department tu aku dah settle kan dah, sekarang ni Sociology masih tak tentu arah lagi. Aku dah emel head of department tapi sampai sekarang tak dapat jawapan. Kang tak boleh sit for exam kang aku gak yang susah... adoi!

Yang kedua of course lah masalah assignments aku. Ada dua yang aku dapat extension date. Tadi aku dah rasa macam nak tarik-tarik rambut sebab aku tak tahu nak buat macamana. Mungkin sebab resah sangat sampai aku tak nampak the obvious solution. Soalannya :
Using digital sources (i.e blogs, discussion groups, twitter etc) identify a potential fresh NEWS STORY which has caught your attention. Write a report of between 500-750 words explaining: What the story is? How reliable your digital sources are? How you would then research it further?

- Jenuh aku dok menggodam blog sana blog sini, tengok discussion groups kat Glasgow, pas tu dok garu-garu kepala. Camner ni? Aku nak buat news apa? Dua hari mencari tak dapat jawapan. Kes apa nak buat ni? Tetiba tadi baru ilham mai... adoi....
Ilham - nasib baik ada orang mati minggu lepas. Boleh la buat story pasal dia. (Dah kering balik dah kot hati aku ni)

Soalan ke 2:
Listen to a radio documentary or watch a television documentary (of at leat 30 mins duration) and then write a report in form of BLOG about it: What the programme was about? What the main revelations and arguments were? Whether it 'delivered' solid journalism or not? Your report should include links to relevant sites connected to the issue and should be approximately 500 words in length.

- Blog, tak de hal. Aku selalu tulis blogkan? Boleh je. Issue plak? Perkh nasib baik hari tu aku ada tengok documentary pasal racism. Memang boleh buat pasal ni lah. Masalahnya 500 words jer. Macamana nak concise kan benda ni? Adeh! Kena ada sites connected dengan issue ni plak. Perkh.

Kerja plak
Kan aku dah beritahu pasal supervisor aku yang gila spera tu. Minggu lepas dia tak bagi aku kerja pas tu plak dia siap kata kat member aku sorang lagi manager mungkin tak nak bagi aku kerja lagi kat situ sebab aku ponteng 2 minggu. Hahahaha... Dia ni dah boleh masuk dalam soalan assignment aku no 2. RACIST. Memang dia ni tak berapa suka pendatang kerja kat situ, kalau boleh nak orang dia aje kerja. Aku faham. Kat Mesia pun macam tu gak tapi tu la dalam faham-faham tu pun aku tetap sakit hati.
Mimi dah dok usha aku soh berenti kerja weekend. Dah dua tahun lebih aku asyik kerja weekend jer, mehlah rehat kat rumah time weekend. Hahahaha... jawapannya kalau aku berhenti kerja weekend ni dia akan membantu meningkatkan masalah yang seterusnya...

Masalah kewangan.
Sekarang ni aku cuma ada kurang dari £50 dalam bank dan keadaan ini akan berterusan sehingga Jumaat depan. Tapi tak pe, ada lagi cash kat tangan.

Percaya tak?

Silalah percaya.

Stress level aku sekarang? Bak kata kawan aku tadi yang sama-sama stress dan tiba-tiba mahu mengajak aku bershopping mengurangkan stressnya - " Stress aku dah nak cecah alang rumah."

18 comments:

hajah zainab bt abdullah said...

salam khairyn,

jangan stress sangat! relax...take your time...heh3.

Ibu n Abah said...

khairyn,
masalah belajar...sekian
masalah bekerja..sekian
masalah orang sakit...sekian

akak rasa, eloklah masalah belajar tu daripada masalah sakit mcm akak ni...
(bukannya apa.. saja nak bg semangat..)

rezeki said...

salam khairyn,

memang selagi kita bernafas di bumi Allah ni, selagi itu akan ada masalah yang perlu kita tangani, membuatkan kdgkala kita rasa tertekan selagi tidak diselesaikan, tu yg berkerut memikirkan. Nampak saja senyuman di wajah, tapi dok kat kepala dan hati ni tgh memikirkan jalan penyelesaian.
bak kata apek, hidup susah, mati pun susah ngeh,ngeh,ngeh

Itulah dugaan dan cabaran Allah kepada hambanya dan jalan penyelesaian mcm khairyn kata " mohon pada Allah SWT " agar diberi petunjuk utk menyelesaikan dan dipermudahkan.

saya pun tgh stress ni mengenangkan manusia yg tidak bertimbang rasa yg suka menindas dan menggunakan kuasa yg ada pada mrk, mungkin dia lupa
Rezeki seseorg tu, Allah SWT yang menentukan. Redha je lah

Alhamdulillah

izinni said...

dah huluq kontrak perempuan belanda tu ..insyaAllah lepas ni ko tak berapa nak sesak sangat dah. at least ada la sikit dari takde. kalau ada lagi aku akan huluq. pelan2 ... ko dah lama tak stress sebab joli kat malaya. but again ... sejak bila ko tak stress? hahahaha .. stress akan buat kita lebih jaya dan genius! heheheh

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

ye ler...dulu pun kerja hang kat malaya ni pun lagi stress kan..mencecah bumbung rumah 20 tingkat kita tu dulu...tp hang punya stress x leh lawan ngan aku punya sbb aku kalau stress dok membebel siang malam smpi aku sendiri dengar pun bertambah stress!hahaha...hang nak join club minah stress tu ka? kwang3

mama ju, said...

Hidup ini memang byk masalah dan cabaran....sabar je K...mama tak dpt nak tolong.........mencurah rasa tu pun rasa hilang 1/2 masalah...

mama ju, said...

Sambung sikit,janggut sambal tu apa?

Ainin Naufal said...

beb, peperangan masih sengit.
fighting!

yginsaf4 said...

yummynyerr bekal nasi tewww..

Uncle said...

Dear Khairyn.
Kadang-kadang hasil kerja kita lebih baik bila under stress...tapi kalau stress memanjang pun tak elok jugak...apa kata kalau Khairyn tak buat apa2....errrr, am I helping in any way?

khairyn said...

Salam

Mama Zainab
Time is my biggest enemy buat masa ni huhuhu... 2 assignments due end month, another 2 due tomorrow. Tak pe dah mengadu kat BIG BOSS dan dah kurang dah stress hari ni.

Ibu n abah
Maaf saya kurang peka. Tu lah asyik dok fikir masalah sendiri.. rasanya tak adalah besar mana pun. Masalah2 biasa.. belajar, duit bla bla bla sampai tak peka dengan keadaan sekeliling huhuhu. Boleh tanya? Akak sakit apa ye?

Rezeki
tu lah kadang2 bila dah settle satu masalah tu dan renung balik, haish! Bukanlah besar mana pun masalah tu, saya je yg suka besar2kan masalah. Ujian Allah nak tengok kita ni sabar ke tidak huhuhu. Tapi tu lah bila dah mengadu kat Big Boss memang rasa legalah juga. Baru nampak jalan yang hari tu nampak kelam jer hahaha
Saya memang tak suka sangat kerja ngan manusia yang tak ada 'akal' ngan tamak haloba huhuhu

Izinni
hehe buat masa ni aku kena kurangkan kerja2 haram sebab kena dulukan amanah yang besar ni. Kang tak termampu nak membawanya. Tak moh la aku jadi tamak haloba kekeke. InsyaAllah rezeki ada. Terutama untuk orang yang selalu 'teraniaya' macam kami ni sob sob sob

Elly
Aku kalau stress dan jumpa orang yang tengah stress, otomatik stress aku jadi tenggelam gitu. Tak reti aku nak teriak2 ni huhuhu. Habis tinggi aku tido jer la kan? adoi. Semalam tido dari kul 3pm sampai kul 8pm. Camner tu?

khairyn said...

mama ju
terima kasih. Memang ni lah medium nak release rasa kat hati walaupun sebenarnya tak release habis pun. Simpan untuk bekalan masa hadapan hahahaha
Thanks atas tanda ingatan. Nasihat tu pun dapat kurangkan stress ni.

Ainin
Bak pesan orang indon kat heroin aku. Selagi hidup selagi tu lah tak berhenti berjuang. Aku kena pastikan aku menang round ni. Adoi!
Janggut sambal hehehe... sambal sotong tang kepala dia tu.

En Me
Bekal tu memang sangat sedap terutama tang sambal janggut tu hahaha

Dear Uncle
Yep I do work best under pressure tapi ada masalah2 sipi yg lain yang memberatkan kepala. I wish I could just do nothing but I dont have that luxury hehehe
When life push you flat on the ground the only way is to get up again - perkh ni ambik kat buku Harlequin mana ntah

iina said...

Aku tumpang simpati dan tumpang stress study gak.. Oleh itu bila agaknya aku nak dapatkan buku ko tuh.. so bertambahlah duit simpanan ko sikit kan ;)

You go gal.. InsyAllah.. Allah akan permudahkan semuanya

Dura said...

Adoi lah Ny ..ni memang stress dah tahap gaban ni..aku nak nolong ko bukan sebab jauh..tapi x tau nak tolong tahap maner.. camni ajer lah..dolu dolu masa student kalau stress tahap gaban camni..aku akan makan makan dan makan..pas tu gi window shopping..bila kaki dah letih..balik rumah tido..
p/s camner next yr punya plan nak dtg houston?

Imran Paris said...

Harny,

Aku gelak giler baca cite kau ni, ada ke patut kau kata "nasibbaik ada org mati minggu lepas...boleh buat story"....tak baik tau...hahahaha, evil laugh tu.

Eh...jgnlah stress2, relax cool...of course easier said than done :-)

ona said...

salam beb,

kalau tak stress bukan lah ex reporter..hehe...sabor n lepak jer..buat bodo jer..lama2 ilanglah semua masalah tu..hehe

ona said...

salam beb,

kalau tak stress bukan lah ex reporter..hehe...sabor n lepak jer..buat bodo jer..lama2 ilanglah semua masalah tu..hehe

khairyn said...

salam

iina
stress yang tak habis-habis sampai habis belajar hahha.. pas tu kita tukar stress lain plak.
Nak buku? Aisey hari ni aku tak bawak plak.. ok nanti kita buat date ek
InsyaAllah dipermudahkan segala urusan untuk kita di sini.

Dura
Cara aku settle mudah jer. Tidur hahaha... tapi bangun stress tu ada balik. Tapi dah settle dah alhamdulillah.
Woit makcik awat blog tetiba private? Invite aku laa.. nyway, aku nak mintak address ko, Nak buku tak?

Imran
Aku kena jadi 'journalist' balik la ni. Hati bagi kering hahaha... Ya ya nasib baik orang mati, nasib baik orang kena letup, nasib baik bangunan tumbang, tanah runtuh... dah boleh kumpul story sampai seminggu hahahaha.
I'm cooler now in fact dah nak freezing huhuhu

mona
tu aaa.. pas tu aku terus la muhasabah diri.. tengok problem eleh... kocik jo.. gempak jer lebih hahaha