Friday, December 11, 2009

What did I learn this past year?


A lot.
Perubahan kepada untuk menjadi lebih baik. Proses yang perlahan tetapi tetap positif. InsyaAllah.

Tak sampai beberapa minggu lagi kita dah nak masuk tahun baru. Bulan depan. Ulangtahun (boleh ke dikatakan ulangtahun?) setahun ayahanda pulang ke rahmatullah. Rasa sekejap sangat dah nak masuk setahun. Rindu? Sangat!

Tahun depan juga aku masuk semester 2 untuk tahun penghabisan. Sekejap aje dah nak dekat empat tahun aku belajar. Tak sangka. Masuk semester 2, hidup aku akan lebih tunggang langgang tapi harapnya tetap selesa. Jangan lupa untuk selalu muhasabah diri.

Jadi apa yang aku belajar sepanjang tahun ni?
  • Aku sudah kurang prejudis tapi aku masih lagi sinikal.
  • Masa depan aku masih kabur tapi aku enjoy hidup dalam keadaan sekarang.
  • Agama terjaga apabila aku berada di kalangan kelompok orang yang tidak beragama.
  • Aku sangat bangga dengan diri sendiri tapi aku tak boleh riak atau takkabur.
  • Aku rasa rendah diri sangat-sangat tapi aku tak boleh diinjak kepala.
  • Minum air kosong dengan banyaknya (baik untuk kesihatan diri)
  • Minum susu segar tiap hari (baik untuk otak)
  • Minum air oren - separa segar (baik untuk tambahan VitaminC)
  • Berjalan kaki (baik untuk kesihatan dan baik untuk alam sekitar)

Dan pelajaran yang paling penting

Kurang komplen.
Suhu sejuk baik untuk mengurangkan emosi marah aku hahaha!

Rezeki itu kurniaan Allah yang melimpah ruah. Aku kena berusaha. Setakat mana usaha aku, setakat itulah rezeki yang aku dapat. Bila dah dapat rezeki tu, jangan lupa pula berterimakasih padaNya. (Peringatan untuk diri sendiri)

Aku selalu bayangkan, menikmati rezeki Allah itu ibarat menimba air di laut. Kalau gayung kita besar, banyaklah air yang kita tampung, kalau kecil gayungnya, sikitlah kita dapat. Itu belum lagi kalau gayung kita tak kira besar atau kecil tiba-tiba aje banyak lubangnya.. hah! Sendiri mau ingatlah kan.

Perubahan?
Aku rasa memang banyak perubahan yang positif yang aku lalui sekarang walaupun prosesnya agak perlahan. Lebih tenang, lebih gembira rasanya. Apa taknya dalam ciput-ciput duit yang ada, err... masih lagi boleh tersenyum makan ayam hahaha

Katakanlah (Muhammad) 'Jika kau mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.' Allah maha pengampun, Maha Penyayang. (Surah Al-Imran: 31)

Aku mungkin bukan orang yang tinggi ilmu agama dan aku tergolong dalam orang yang sangat malas pergi usrah (dari zaman sekolah menengah sampailah sekarang). Semalam pun dah ponteng kelas Fiqh huhuhu. Aku pelajar pendidikan sekular hahaha.. Jadi aku mencari kebesaran Allah melalui Sains. Aku suka siri David Attenborough - Life.
Hanya Allah yang tahu, bukan?

6 comments:

akuatik said...

Akal wajib guna supaya kejadiannya tak sia-sia, tapi SOPnya kena ada..kalau tak nanti jadi cam Darwin

Semalam kelas ngaji...ni camna nak abih belajar kalau asik ponteng je ni....

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

apa yg aku belajar sepanjang tahun ni?

-rajinkan diri pi gym w'pun terpaksa!
-minum air kosong byk2 w'pun terpaksa! (nak sihat kan!)
-tahan je tgh makanan sbb terpaksa!

moral : aku mmg selalu kena memaksa diri supaya menjadi lebih baik! hahaha...boley?????

onna said...

salam,

kesimpulannyer...ini semua adalah proses penuaan..hahaha (bagi aku)...selamat MAAL HIJRAH pada 25 Dis ini...

Imran Paris said...

Well said Harny...sebak aku baca terjemahan Ayat 31 Surah Al-Imran. Harny, persiapilah diri, anda akan jd org besar esok2 nanti...percayalah. BEST OF LUCK

CM said...

salam harny

kita sentiasa berdoa moga hari esok lebih baik dr hari ni,hari ni lebih baik dr semalam...meningkat usia kita meningkat kematangan kita meningkat kebaikan kita...i lab bieu..

khairyn said...

salam

akuatik
SOP masih berfungsi dengan bail albeit RAM yang slow huhuhuh
Kelas dah lambat ler... bila dah balik tu memang la malas nak keluar balik kekekekeek

Elly
huhuhu paksa pakasa paksa
bila nak buat sukarela heheheheh

Mona
yep proses kematangan gittew
Selamat Maal Hijrah
dan Krismas Mubarak kakakakaka

Imran
Tu laa... kena muhasabah diri selalu. Ayat ni pun sesuai untuk orang KKS (Kurang Kasih Sayang) kekeke. Aku paling suka surah Ar-Rahman (Kes KKS juga) and Surah Waqiah (Bila baca translation tu aku akan ooooohhh.. ahhhhhh... bestnya!) huhuhu.
Masih lagi belajar nak jadi lebih baik ni :D

Cikgu Mas
I lab yu tuu!!
Kadang2 tu tergelincir gak... jadi nakal balik hahaha. Yep, sentiasa berusaha cuma kadang-kadang usaha tu sangat sedikit :(