Wednesday, February 10, 2010

Berkenalan dengan si murtad

Memang sedia maklum, di musim sejuk ni, siangnya lebih pendek dari malam. Dan kalau aku bekerja seharian suntuk, bersolat itu di mana-mana saja asal tempatnya bersih dan terlindung. Sudah jadi rutin, bila bekerja di hospital, bilik menyimpan barang2 adalah tempat yang paling sesuai untuk bersolat. Apatah lagi, rakan sekerja aku balik jam 1pm. Selama sejam, bilik itu kosong tanpa gangguan dan memudahkan aku untuk bersolat. Selalunya aku terpaksa memilih untuk bersolat zohor pada akhir-akhir waktu dan asar pada awal waktu kerana jam 2pm, akan ada seorang yang masuk untuk shift petang.
Minggu lepas Adi, pekerja sambilan datang awal sedikit dari biasa. Dia shift petang dan hari tu dia masuk ke bilik waktu aku baru nak bentang 'sejadah'. Bila dia tengok make-shift sejadah aku (gulungan plastik sampah hitam), dia nak keluar balik. Aku ajak dia duduk kat dalam sebab bukan lama pun hendak bersolat. Dalam 5 minit aku akan selesai. Dia terima pelawaan aku. Sambil aku bersolat, dia buatlah apa-apa yang patut. Adi ni perempuan Afrika, datang sini belajar. Jadi, aku tak de lah kalut-kalut nak solat depan dia.
Lepas solat tu kami bersembang macam biasa. Dia kata kenapa lambat aku solat jadi aku terangkan kat dia itu solat asar, sebab aku dah solat zuhur tadi. Dia terus sebut, Subuh, Zuhr, Asr, Maghreeb, Isya'. Aku angguk aje. Dia tak puas hati kenapa aku tak tanya dia macamana dia tahu semua solat 5 waktu. Aku kata kat dia, aku tak hairan pun. Ramai orang tahu pasal solat 5 waktu. Dan dia dari Afrika, mungkin dia berada dalam komuniti Muslim kat sana.
Jawab Adi, dia dulu seorang Muslim tapi sekarang sudah bertukar agama pada Kristianiti. Dia belajar mengaji pada umur 5 tahun dan khatam Quraan pada usia 10 tahun. Dia belajar di sekolah yang diuruskan oleh gereja tapi dia kuat pegangan agama waktu itu. Dia selalu tegang urat dengan paderi-paderi kat situ yang misinya hendak mengkristiankan pelajar-pelajar. Dia masih pegang kuat dengan ajaran Islam.
Aku tanya kalau dia dah tahu banyak perkara dalam Islam kenapa dia tetap bertukar agama? Adi jawab sebab hatinya percaya, Tuhan itu adalah satu. Penganut agama Kristian sembah tuhan yang sama dengan tuhan orang Islam. Aku tanya, bukankah agama tu dah terbatal selepas kedatangan Islam? Mana ada sama? Dia kata, ia tetap satu. Hmmm... aku ubah topik, jadi macamana dia terfikir macam tu. Adi cerita, satu hari tengah dia bersantai-santai, dia terfikir agama mana yang patut dia ikut. Dia bagi tiga pilihan pada hatinya. Dan yang ketiga itulah yang dia akan pilih. Satu - Masjid, dua - masjid, tiga- gereja. Dia pilih gereja.
Dia cerita lagi, mak dia dulu Kristian tapi bila kahwin dengan bapak dia, dia terus jadi muslim yang sangat taat. Pendapat Adi, seorang wanita yang berkahwin, dia sudah tidak ada agamanya sendiri. Dia terpaksa ikut agama suami. Mak dia pun pernah pi haji ngan umrah. Adi tak percaya orang yang pergi haji atau umrah ni sebab dia kata kalau dah pi sana mestilah kena berubah. Buat apa pi ulang alik tapi masih lagi buat perkara-perkara yang dilarang. Masih tak berubah.
Itu kisah dia 9 tahun yang lepas dan sejak hari tu ayah dia dah tak bayar duit belanja sekolah lagi. Dia terpaksa cari duit poket sendiri. Sekarang ni dia nak kahwin dengan pemuda pilihan hati dia. Seorang Nigerian yang beragama Kristian. Yang mencintai dia sepenuh hati dan tak pernah marah-marah dengan dia. Jadi, dia akan balik ke negara dia (aku dah lupa kat mana) dan bernikah (secara Islam) dan kemudian balik ke sini dan teruskan hidup dia sebagai seorang Kristian.
Aku tertarik dengan cerita Adi tapi pada masa yang sama aku takat angkat kening ajelah mendengar. Masih lagi sceptical tentang pasal apa dia berubah agama. Aku ingat pasal lelaki, tapi dia kata dia kenal dengan boifren dia selepas dia jadi Kristian. Okey! Aku rasa dia tak sincere bercerita dengan aku. Samada dia sekadar bercerita atau pun pada masa yang sama dia nak 'berdakwah' dengan aku. Dia bertegas dia kata apa yang tak baik berlaku di dunia ini bukan sebab agama. Dia masih lagi pertahankan agama Islam kalau ada orang kutuk, sama juga dengan agama Kristian. Aku takat senyum ajelah. Masih lagi sceptical sebenarnya.
Apapun kisah Adi ni antara beribu kisah sama yang pernah aku tahu. Seorang yang taat pada agama tapi senang-senang tukar agama dengan sebab yang paling tidak munasabah. Hati kata pi tukar agama. Hati tu kan senang jer kena kontrol dengan setan. Tak pun sebab lelaki. Tukar agama sebab nak kawen dengan lelaki beragama lain.
Bersyukur juga dapat berkenalan dengan Adi sebab ia bagi peluang untuk aku muhasabah diri. Ada ilmu tapi tidak dipraktiskan atau rasa sombong dengan ilmu yang ada, memudahkan setan 'rasuk' dalam diri. Jadi pengajarannya, jangan sombong dengan kelebihan ilmu yang kita ada sebab Allah boleh tarik ilmu tu bila-bila masa aje. Senang aje Dia nak humban kita dalam kekufuran. Mohon pada Allah supaya ditambahkan iman dan dijauhkan dari kukufuran, apatah lagi menjadi murtad yang berilmu tapi tak berakal (or vice versa) [peringatan pada diri sendiri]
Satu lagi sama-sama kita fikir gak kenapa ramai sangat wanita Muslim suka sangat kahwin dengan lelaki asing terutama yang berlainan agama. Apa yang kurangnya dengan lelaki Muslim ni? Jadi apa lagi? Inilah cabaran untuk semua!

9 comments:

KAMATO said...

cerita ini boleh dijadikan pengajaran.. dinegara kita kalau tak jaga tak mustahil generasi akan datang confius sebegitu

Anonymous said...

ramai lelaki Muslim taknak ikut ajaran Islam sepenuhnya, especially dalam meng-handle perempuan...

most of them ingat, Islam itu hanya solat 5 waktu, posa, bayar zakat, pi haji kalau bajek ada, lepas tuh pi solat jumaat, pi solat raya (kalau bangun pagi), tahlil, baca yassin, pakai serban etc...

...dorang lupa yang cara melayan wanita juga di ajar dalam Islam, cara makan, minum, pukul orang (perang), tidur, mandi, semua di ajar dalam Islam....


just my humble opinion, though.. jangan saman saya, saya takde duit... T_T

achik said...

banyak kisah yang saya baca pasal murtad ni asalnya pasal lelaki la atau pun sebab kesusahan hidup.. bila mintak bantuan [zakat katakan], tak lepas, banyak karenah birokrasi.. datang pulak golongan kristian ni bagi bantuan.. skit2 diorang cucuk dakyah.. lama2 terjebak la.. huhuhu.. nauzubillah..

khairyn said...

Salam

Kamato
Betul tu. Saya malas nak layan sebenarnya tapi bila dia kata dia pernah belajar agama, khatam umur 9 tahun lah.. tu yang saya ingat dia tukar sebab lelaki. Takut tengok generasi sekarang ni.

OJ
huhuhu... bukan takat tu aje. Faktor sosial dan culture main peranan juga. Kita kat sini biasa meletakkan lelaki tu tinggi, atas alasan ketua keluarga tapi sayang ramai orang abuse the power. Kita patut letak lelaki as equal to perempuan. You have your role i have mine gittew. Yang penting kerjasama (bak kata wonderpets kan hehehe)
You are absolutely right. Rasulullah pun ingatkan/bagi panduan bagaimana nak melayan wanita kan?

achik
ni pun tengah tanya dia apa yang buat dia tukar agama sebenarnya. Dia asyik kata sebab tuhan kita sama. Korek juga ni.
Kalau lelaki, maknanya lelaki muslim ni memang kena berubah. Ambil perkara ni secara positif, bukan memperlecehkan... errr... tak gitu? huhuhuhu

rezeki said...

salam khairyn

setiap kali selps solat diantara doa saya ialah supaya ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan tidak dipalingkan dan mati dalam kalimah syahadah dan khusnul khotimah

kerana apa , kerana Allah bisa memalingkan iman kita sekiranya Dia mengkehendakinya

semoga kita semua tetap berada dalam iman dan kalimah syahadah ketika nyawa kita dicabut kembali

Pa'chik said...

nak kata hapa... hidayah tu milik tuhan... suka Dia lah nak kasik kat sapa... syukur lah kita ni... masih lagi diberi hidayah...

achik sebut pasal zakat tu.... hihihi... aku kalau boleh... nak je gi sepak geng-geng jaga duit zakat tu... ekekek...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

errr...errr...hang pun nak kawen ngan lelaki asing gak kan..bukan ke? sudah tukar ka skarang? ayoyo??

khairyn said...

rezeki
Ya betul. Sangat takut kalau Allah tarik nikmat itu.

pa'chik
nak kata... jangan sombong la kan? sebab hidayah tu milik Allah, Dia boleh tarik bila-bila masa aje. So kenalah doa banyak2 Allah tak tarik nikmat tu kan kan kan huhuhu
Ko nak sepatu besi ke? Lagi best kalau sepak depa dengan sepatu besi tau huhuhu

Elly
Yep. Jangan lupa tau.. Muslim. German. Single. kakakakaka (eh haku serius ka?)

mamawana said...

Salam ziarah.

Sedey bila baca kes2 murtad ni. Yg jelas murtad mudah dikenali. Ni yg men sorok2 murtad. Jenerasi Muslim yg malas solat, dedah aurat, gila muzik, tagih maksiah, arak dan pergaulan bebas. Dan jauh dari suruhan dan larangan agama. Bila di tegur melenting mengaku Islam. Kasihan. Islam bukan setakat pengakuan palsu kan. Entri ni boleh di buat pengajaran.