Friday, March 19, 2010

Hilang

Aduh! Sedihnya hari ni. Beg duit hilang. Cari-cari tak jumpa. Dalam beg sandang tak ada, kat rumah pun tak ada. Yang lebih sedih, baru hari ni perasan beg duit tu hilang. Tadi, masa nak membeli barang baru perasan beg duit tak ada dalam beg sandang tu.
Sedih tu bukan pasal duit tu sangat.. Yalah memang ada £40 note English kat dalam beg tu, sebab nak pi buat pas bas hari Sabtu ni, tapi lebih sedih sebab kad pengenalan, lesen memandu Malaysia, kad library semua ada kat dalam beg duit tu. Kad bank dengan kredit kad tu tak berapa kisah sangat sebab kad-kad tu semua ada pin dan aku tak simpan pin-pin tu semua dalam beg duit. Hailah pencuri! Kalau nak mencuri pun, ambil sajalah duit dan tinggalkan barang-barang lain yang tak berharga bagi kamu tapi sangat berharga bagi mangsa weh! Nak buat kad library kena bayar £10. Tu, lesen Malaysia dengan kad pengenalan... dah hilang nak buat baru.. tapi kena balik Malaysialah nak membuatnya. Sedih sangat ni.
Aku suspect, ada pencuri yang telah ambil beg duit tu masa aku kat SUMSA solat zohor dengan Asar. Mungkinlah kot, sebabnya aku sengsorang aje kat bahagian muslimah dalam masjid semalam. Silap aku juga sebab tinggalkan beg sandang aku kat dapur bahagian Muslimah. Tapi, aku memang tak terfikir langsung. Cuma, lepas tu baru hati aku terdetik, bahaya gak tinggalkan beg aku kat situ sebab tak ada orang kat dapur masa tu. Tapi, idaklah aku check samada beg duit aku masih ada lagi dalam beg sandang tu atau tidak. Haish!
Ini bukan kali pertama jadi kejadian mencuri dalam masjid SUMSA cuma ia taklah berapa kerap. Si Akuatik pun dah kena. Dalam £30 juga hilang. Kes macam aku gak, tinggal beg kat dapur. Tapi tulah, kalau nak jadi tu memang nak jadi juga. Hari tu aku boleh lupa pi letak beg kat dapur. Kisahnya aku pun tengah makan jadi beg tu aku letak kat sebelah. Lupa nak letak kat tempat solat sebab biasanya memang aku akan letak kat tempat solat tu.
Jadi, tadi pi lah tengok CCTV kat bilik imam. Tak perasanlah pula kalau ada orang lain yang lalu lalang dan masuk ke tempat muslimah. Brother bagi tahu mungkin untuk elak kejadian ini berlaku lagi, depa kena letak CCTV kat tempat muslimah pula. Sebab asal dorang tak letak CCTV kat situ adalah aurat dan privasi. Aku usulkan letak aje 2 CCTV kat situ. Satu kat dapur dan satu lagi kat ruang solat tapi access untuk menonton footage hanya boleh dibuat oleh ketua muslimah dan dilindung dengan password sekiranya berlaku kecurian lagi.
Aku tak buat laporan polis lagi. Kalau buat laporan pun mungkin setakat Lost and Found ajelah kot. Kang buat laporan stolen, polis akan datang dan siasat dan footage CCTV tadi tak adalah pula dapat menentukan adanya 'pencuri' yang telah masuk ke bahagian Muslimah. Esoklah kot aku buat laporan Lost and Found kat balai polis.
Sedih sesangat... aku doa semoga aku dapat balik semua kad-kad yang tak menguntungkan pencuri tu. Yang penting kad library, dan pengenalan diri Malaysia. Duit tu kalau tak dapat balik pun tak apa, aku redha dan halalkan duit tu.
Inilah kifarah Tuhan pada hambaNya. Untuk tiap solat yang tidak terjaga, untuk tiap hati yang terluka, untuk amalan yang hilang istiqamahnya. Kifarah Tuhan untuk insan lemah dan leka seperti aku. Untuk hamba yang mungkir taubatnya. Ya, aku terima. Aku redha.

pemikir fakir

9 comments:

rezeki said...

salam khairyn

sian, dh takdirnya begitu

sabar jelah, next time, berhati2 , pencuri ada dimana2, di depan baitullah pun ada pencuri dan pencopet

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda,

Insyaallah kalau itu masih lagi rezeki anaknda benda itu akan dapat semula.

wassalam.

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

nak aku membebel kat blog lak ke...????? Ny, skang ni orang tak kira kat surau ke kat masjid ke mmg ada je yang panjang tangan, tapi tu ler nak wat camne kalau nak jadi tu jadi gak kan...mungkin ada benda yg buatkan kita lalai maka Allah tarik cara gitu...aku ni pun asyik terlalai sbb dari dulu janji nak sedekahkan kat anak2yatim bila ada duit lebih sikit tapi sampai skang tak gak bagi..nasib baik aku teringat semalam makanya aku harus tunaikan segera..insyaAllah esok gak aku pergi! (patut ler hati tu sentiasa je tak aman & duit lak selalu je tak cukup)

Ni kalau balik msia kiranya aku berjalan ngan boyan ler yek? deyyy boyan pun dah ada pas daaaa...tu namanya nak suruh balik msia ler tu sbb nak kena wat ic baru :-p

QUDS REALCLOCKWISE said...

Inilah kifarah Tuhan pada hambaNya. Untuk tiap solat yang tidak terjaga, untuk tiap hati yang terluka, untuk amalan yang hilang istiqamahnya. Kifarah Tuhan untuk insan lemah dan leka seperti aku. Untuk hamba yang mungkir taubatnya. Ya, aku terima. Aku redha......
hati aku la yg terluka tu derrr.
cepat mintak maap.

khairyn said...

salam

rezeki
memang redha itu bukan rezeki saya. Allah nak bersihkan rezeki saya sebelum dia jemput saya ke rumahNya. :)

Ayahanda
cuma berdoa dapat balik dokumen pengenalan diri tu saja. Yang lain memang saya halalkan.

Elly
syukurlah kalau kita boleh terima yang setiap musibah tu hanyalah ujian Allah. Hehehe.. aku suka hang membebel... rasa macam disayangi gittew.
Idaklah hang jalan dgn boyan. Boyan pun ada pengenalan diri. Orang spesel je yg boleh jalan dgn orang spesel mcm aku yg x de kad pengenalan hahaha.. errr tapi paspot adalah. Buat kat High Comm london lagi tau!

cucumatlela
hahahaha
terimalah ujian Allah ye!

Hazwani said...

salam...kakak, smoga yg baik2 saja akan mendampingimu slpas ini.

long-lost-blogger :P

sayang kakak!

Unknown said...

sabar ajelah. moga semuanya dipermudahkan.

Ayah Zain said...

Salam khairynm

apa perkembangan ekarang? dah jmpa ker atau masih lagi dalam penantian,

Simpati aje yang az dapat berikan, memnag sedihkan kita hilang benda2 berharga macam ic, lesen memand. Dah tu kat luar negara pulak tu mesti banyak cememet nya nanti yek?

apa-apa sabar lah, minta tolong dengan Allah. Insya Allah Allah akan bant kerana hanya Allah yang kita sembah dan kepadaNya kita minta pertolongan.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam khairyn,

mama simpati. sabar ya..berdoalah kepadaNYA..minta dipermudahkan segalanya.