Sunday, March 14, 2010

Permulaan

Bismillahirrahmanirrahim


Minggu lepas merupakan minggu pengenalan Islam anjuran SUMSA atau Islam Awareness Week. Memang ini merupakan acara tahunan persatuan pelajar Islam di Strathclyde University. Sepanjang-panjang minggu ada aktiviti-aktiviti untuk mengenalkan pelajar-pelajar bukan Islam kepada Islam dan juga beri peluang kepada pelajar-pelajar Islam untuk mendalami ilmu. Memandangkan aku pun sibuk dengan esei sana sini, aku cuma dapat hadir untuk dua aktiviti saja - perbincangan tengan wanita dalam Islam dan juga perbincangan antara agama; Islam dan Kristianiti. Kedua-dua isu ini memang agak menarik, apatah lagi ia juga melibatakan budaya yang berbeza. Bak kata Samuel P Huntington - The Clash between Western and Islamic Civilizations. Isu hijab menjadi hangat - Islam memandang hijab sebagai liberating women but the Western sees hijab as opressing the women.

Hari Jumaat dewan Chambers agak penuh sedikit memandangkan ada interfaith dialogue antara Islam dan Krisitianiti. Islam diwakitli oleh Sheikh Riduan dan Kristianity oleh Rev. Duncan Peters. Aku sangat suka dengan approach Sheikh Riduan yang menerangkan tentang Islam, lembut dan tenang. Penyampaian Rev. Duncan pun menarik juga, cuma ada banyak persoalan yang dia sendiri tak dapat jawab. Misalnya konsep monotheism yang disatukan dalam trinity dan mengapa Bible ditulis beratus tahun selepas kematian Isa. A.S. Menarik bila tengok seorang reverend yang bingung hendak menerangkan konsep ketuhanan kepada pendengar Muslims.
Dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku. Dan Mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Agar mereka mengerti perkataanku. (QS Taha: 25-28)

Sebenarnya aku nak bercerita tentang buku tulisan Reverend Duncan. Lebih kurang mukadimah tentang kitab Bible kepada seorang Islam. Tajuknya 'In The Beginning: A Month of Daily Meditations from Al-Taurat'. Harga buku £4.50 tapi untuk promosi pada kami dia jual £2.50. Aku beli huhuhu... siap mintak otograp lagii kekekeke. Bagi aku buku ini biasa-biasa saja tapi sebab penerbitannya itu sangat-sangat menarik. Duncan tak guna nama Duncan Peters sebagai penulis buku ini sebaliknya dia menggunakan nama Ya'qub Duncan. Nama penerbit tak diberitahu tapi ia sebenarnya projek freechurch.org. di bawah program Literature for Life. Aku ambil quote mengapa buku ini diterbitkan.

One of the WFM literature projects for 2007/2008 is to publish a short book for Asian Outreach. Entitled In the Beginning – a Month of Daily Meditations from al-Taurat, the book is based on Genesis 1-3 and is written for a Muslim readership. It aims to introduce Muslims to the Bible, not as the holy book of another religion, but as a Muslim book, because the Taurat (Torah, or books of Moses) is the first of the four Divinely-revealed books in Islam (the other three are the Psalms, the Gospel and the Qur’an). In practice, however, few ever read the Taurat, and many have been led to believe that the Taurat, Psalms and Gospel have been corrupted by Jews and Christians, and we thus no longer have access to the original message of these books. An introduction aims to refute this view using the Qur’an, which speaks only in the highest terms of the Taurat. The main body of the book consists of 30 readings and meditations, working through Genesis 1-3. Each day takes up a double page spread. On the left-hand page is the Scripture portion for that day in the original Hebrew and in an English translation. The Hebrew is used because Muslims have particular respect for the original language of Scriptures, and it helps show that the original text of the Taurat is still available to us. This page is attractively bordered to demarcate Divine words from human words, following Muslim convention. On the right-hand page there is a refl ection on the passage for that day and then a suggested prayer of response. The book aims to be user-friendly, offering “bite-size” chunks for each day. An epilogue develops the concept of Messiah, introduced in Genesis 3:15.
Kagum aku sat. Kekaguman aku bukanlah pasal apa yang ditulis itu adalah benar belaka tapi aku kagum yang mereka masih lagi belajar translation Quran secara selektif. Dan aku pun kagum aku boleh habiskan membaca dalam bas pergi dan balik kerja tadi. Buku tentang 30 Hari meditasi ini menceritakan tentang kejadian bumi, matahari dan bulan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manusia pertama Adam dan Hawa dan bagaimana mereka 'dihalau' ke bumi. Menurut buku Duncan yang memetik ayat-ayat yang dikatakan dari Al-Taurat atau Genesis ini, sebab kesalahan Hawa yang berdosa, Tuhan hukum dia dan SETIAP wanita merasa sakit bersalin.

Ada lagi petikan-petikan dalam buku Duncan (yang dikatakan dipetik dari Al-Taurat ni) yang sangat kontradiksi. Antaranya, Allah dan manusia itu adalah satu. Hukuman dosa yang lebih berat ke atas wanita disebabkan kesalahan Hawa. Dan hari yang ke 28 bercerita pasal sebabkan dosa Adam dan Hawa inilah banyak masalah yang berlaku di bumi contoh; hubungan antara manusia, manusia dengan haiwan dan dengan persekitaran. Hari ke 29 ni bercerita pasal Allah beri kulit haiwan untuk menjadi pakaian kepada Adam dan Hawa. Inilah detik permulaan korban - korban untuk membersihkan dosa. Memanglah tafsir Israiliyyat huhuhu

Adeh! Bagi aku argument dia sangat lemah. Memang dia petik beberapa ayat Quraan tapi konteksnya sedikit lari. Ala-ala ambik nak memenuhi ruang bibliografi macam aku buat untuk esei aku jer huhuhuhu.

Kita umat Islam memang percaya dengan kitab-kitab yang diturunkan kepada Musa A.S, (AL-Taurat) Daud. A.S (Zabur) Isa A.S (Injil) dan Rasulullah S.A.W (Al-Quran). Dalam Bahasa Inggeris Al-Taurat - Torah, Zabur - Genesis, Injil -Bible, Quran - Quran. Benar setiap kitab yang diturunkan sebelum kedatangan Rasulullah dan Al-Quran membawa ajaran basic tentang agama suci dan Allah sebagai Tuhan Semesta Alam. Tentang ciptaanNya, tentang ajaran yang harus diikuti oleh hambaNya, tapi kitab-kitab ini diturunkan specifically untuk komuniti pada waktu itu dengan keadaan dan keperluan pada masa itu. Contohnya komuniti Yahudi dan Kristian. Aku petik Ahmad Vonn Denffer dalam tulisannya Ulum Al Quran, An Introduction to the Science of the Qur'an;
The revelation before the Qur'an and hence scriptures before it, were in many of their details situation-oriented in nature and therefore confined to their particular framework. This also explains the continuity of revelation. With changing circumstance and in different situations new guidance from Allah was required. As long as the revelation and scripters were not completely universal in nature, revelation would not reach its finality.
Finality atau kesempurnaan tercapai apabila Al-Qur'an diturunkan kepada Rasulullah S.A.W melalui wahyu Allah dan Jibrail.

Okay, jadi apa yang aku belajar tentang pembacaan buku ini;
  1. Hujah 30 Hari Meditasi ini masih lemah. Sumber Kitab Zabur, Taurat dan Injil masih lagi diragui. Tiada versi original. Yang ini diambil dari The Holy Bible Today's New International Version Hodder and Stoughton.
  2. Banyak kontradiksi. Apakah Allah itu lemah sehingga tidak tahu tentang perbuatan Adam dan Hawa?
  3. Apakah manusia itu berdosa hanya kerana dosa yang turun temurun dari Hawa?
  4. Kejam sungguh Allah punish setiap wanita dengan kesakitan melahirkan zuriat hanya kerana dosa Hawa. Hujah dalam 'Torah" dalam buku Duncan berlawanan dengan sifat Allah yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan yang paling penting
  5. Buka mata dan minda tentang ajaran agama lain dan belajarlah agama Islam untuk meningkatkan pengetahuan dan iman.

Wallahuaklam

7 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam 'it is just about me',

Thank you.I share with your knowledge.

wassalam.

Ayah Zain said...

salam Khairyn,

terima kasih atas perkongsian maklumat

akuatik said...

1. 3 dalam 1, 1 itu 3. Paling best yang ni sebab dia kata dia pun tak paham sangat.
2. Dosa warisan daripada Adam dan Hawa. Salah Hawa sebab memujuk rayu kekdahnya. Iman tak dapat diwarisi, inikan pulak dosa. Dulu2 ada gak citer aku dengar pasal adam's apple tu, makan epal tersangkut....rupanya kecik2 dah baca citer israiliyyat huhuhuhu
3. Nabi Isa disalib pada hari easter dan dibangkitkan kembali 3 hari lepas tu. Pastu kita pakat2 makan hot cross bun huhuhuhuhu
4. Nabi Daud suh tentera dia pi perang sebab nak berselingkuh dengan bini tenteranya. nak bagi cukup 100 kabarnya

onna said...
This comment has been removed by the author.
onna said...
This comment has been removed by the author.
izinni said...

di malaya buku itu akan diharamkan. makin tertutuplah minda ...

khairyn said...

salam

ayahanda
sama-sama

Ayah Zain
Sama-sama juga

akuatik
Tu la masa sekolah rendah pun aku baca Bible for Children kisah Adam makan epal pas tu tersangkut kat kerongkong. Aku tanya kawan aku kalau buah epal tu buah terlarang, kenapa sekarang boleh makan buah epal plak? dia pun tak tahu nak jawab hehehehe

Mona
awat padam? huhuhuhu

izinni
Yep, mesti takkan lepas kat Mesia. Tapi memang buku tu diterbitkan khusus untuk orang Asia. Ni lah kot antara project Window 40/10 tu kot