Friday, May 28, 2010

Alhamdulillah... alhamdulillah

Alhamdulillah... selesai semua urusan belajar di sini. Sekarang tinggal tunggu keputusan sama ada usaha aku yang tak seberapa tu membuahkan hasil yang lumayan ... ahaks!

Syukur.. pada Allah aku berterima kasih. Pada emak yang sentiasa mendu'akan anakanda, pada kawan-kawan yang membantu dan yang sentiasa tak putus-putus beri semangat. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian semua. Aku du'akan kegembiraan dunia dan akhirat.

Bila dikenang-kenang, selesai juga empat tahun menghadap buku-buku ilmiah. Menerima pendidikan sekular dan mencari pelajaran akhirat. Banyak juga ujian yang Allah beri pada aku, ada yang manis dan ada yang pahit dan sakit hingga aku hampir-hampir hilang semangat. Aku harap segala pengalaman-pengalaman ini menjadi panduan untuk aku berusaha ke arah kebaikan. InsyaAllah. Hidup itu satu perjuangan, kan?

Sampai sini dulu, tak tahu nak tulis apa lagi. Otak tiba-tiba jadi blank. Mungkin sebab lepas ini aku terkapai-kapai tak tahu nak buat apa lagi. Hidup aku tak lagi bergelumang dengan buku-buku ilmiah. Tapi, tak semestinya aku tak sibuk. Dua kerja aku kena selesaikan sebelum musim panas berakhir.

Ada translation yang perlu diselesaikan sebelum 15 Julai.

Ada manuskrip yang ditagih secepat mungkin. Editor sedang menunggu dengan sabar. Take your time, tapi kalau boleh kami nak secepat mungkin. Err... macamana tu?

Buku rujukan untuk manuskrip ke-3 yang berbulan aku cari. Dari satu kedai buku ke satu kedai buku, dari satu website ke website yang lain. Akhirnya berjaya juga aku dapatkan. Haish.

10 comments:

NGINAP SRENGENGE said...

Salam anaknda,

Alhamdulillah dah habis.
Insyaallah mendapat kejayaan cemerlang.
Semoga cita2 tercapai.

Syukur diatas semuanya.
Yang diberiNya.

Wassalam.

rezeki said...

salam

alhamdulillah, 4 tahun berlalu sudah

moga kejayaan milik khairyn

jadi emak khairyn datang sana

En iLham said...

salam ziarah kak,

tahniah..sudah tamat pengajian

semoga lebih tabah menempuhi perjuanga hidup selepas ini.

p/s: sudah lama juga ye tak update blog??

-syamil

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam khairyn,

mama tumpang gembira...semoga mendapat kejayaan cemerlang lagi gemilang...mama akan ke glasgow pada 2/7 nanti...ada rezeki boleh berjumpa :)

ona said...

beb,

mesti ko rasa batu dalam kapla sudah diangkat ..bestnyer perasaan tuhhh....apa2 pun semoga terus berjaya dunia n akhirat...check teaching in scotland..mana tau ada rejeki jadik cekgu di scotland...
menariks....

achik said...

wah, bestnya dah abis.. tahniah2.. :)

khairyn said...

Salam

Ayahanda
Syukur Alhamdulillah. InsyaAllah harapnya berjaya dengan jayanya huhuhu

rezeki
alhamdulillah. InsyaAllah emak akan ke sini bulan 7 nanti.Tak sabar!

Syamil
Alhamdulillah. Yep. sekarang kena cari aktiviti baru untuk mencabar minda lagi la jawabnya huhuhu

khairyn said...

mama zainab

InsyaAllah mama. Alhamdulillah mama nak mai sini. InsyaAllah boleh jumpa huhuhu... best best... boleh jalan2 ke highland la lepas ni ek? Kalau lama boleh jumpa mak saya plak huhuhu

ona
huhuhuhu... Scotland boleh, mana2 boleh. Beirut kot????

mamawana said...

salam khairyn...

Moga sukses sokmo.

bangrudy said...

alhamdulillah...saya ikut senang dengan kesuksesan anda. semoga mendapat barokah Allah swt. Amin.