PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
21 comments:
Khairyn...
Alhamdulillah... dah selesai convo dan emak khairyn pun dapat hadir bersama-sama... Tahniah sekali lagi...
Salam Khairyn
Tahniah,tahniah pejam celik dah konvo.Rasanya belum lama baca bLOG K..bila balik?
Bagi satu N3 lagi pasal konvo...gambar K dgn jubah, bagi clear sikit...
salam khairyn,
tahniah mama ucapkan...maaf tak sempat jumpa khairyn tempoh hari.
Salam...
Congrates kak khairyn, semoga terus success lepas ni..May Allah Bless you..bila nak balik Malaysia ni??
-nur-
salam
ibu & abah
Alhamdulillah :) Terima kasih
Mama Ju
heheheh tu la tak sangka dah 4 tahun kat sini. Alhamdulillah. Soklan balik tu tak tau nak jawab hehehe... kalau x ada plan lain, bulan 10 balik, kalau tiba2 ada plan lain samada tak balik lagi atau kena ke tempat lain pulak :D
Mama Zainab
tak pe, tak de rezeki. Biasalah berjalan jauh kena manfaatkan setiap minit yang ada hehehehe. InsyaAllah lain hari dan lain masa ada rezeki, kita jumpa
Nur
huhuhu terima kasih. Insyaallah. Balik? err errr huhuhhu
salam khairyn
sekalung tahnaiah buat kejayaan mu
lps ni dah boleh bawa mak ronda2 kota london dan paris hehe
tahniah kak khairyn.. :)
tahniah kak!!
moga ilmu yg ada akan dapat dimanfaatkan utk diri sendiri,ummah & agama.. :)
tahniah kak!!
moga ilmu yg ada akan dapat dimanfaatkan utk diri sendiri,ummah & agama.. :)
rezeki
terima kasih... huhuhuhu... pi paris hari rabu insyaalah. Asyik hujan la plak. biasalah scottish summer
achik
terima kasih :)
nabilah
terima kasih. insyaAllah ilmu untuk dipraktis dan dikongsi bersama :)
Tahniah. Seronok mengejar ilmu di tempat orang. Bila nak balik berkongsi ilmu di negeri sendiri pula..
akak, congrats!!!
and thanks for the birthday wish!
Tahniah!
Akhirnya 1 perjuangan telah selesai. dan bermula satu lagi perjuangan yang baru.
~ainin naufal~
Alhamdulillah...Tahniah. Selamat kembali mencurah ilmu di Tanah Air nanti.....
Khairyn...
Alhamdulillah...
Tahniah!
AKMA bertamu ke bumi sejuk itu Oktober ini...
AKMA
Seberang takir
Salam..Tahniah
Moga terus berjaya!
tahniah!
selamat hari raya!
tahniah jugak akak!! :)
minta maaf lambat dah pun. huhu.
hurnm. terbaca Law tu, teringat novel To Kill A Mockingbird.
Atticus Finch. :D
tahniahnyerr..
salam khairyn...
apa kabar...nape lama menyepiiii...hehehe
tahniah juga untuk Khairyn (Dr. Khairyn).. melihat org lain berjaya menggapai cita2 sedikit sebanyak membakar momentum baru untuk saya :D
Post a Comment