Monday, July 16, 2012
Seronok dapat menghadiri ceramah Profesor Tariq Ramadan di IIUM. Lebih 2,000 hadirin memenuhi ruang dewan. Walaupun beliau terlewat sedikit, pengisian selama dua jam sangat-sangat segar.
Pengisian dari beliau adalah tema biasa dalam pengisian ilmu tetapi dari sisi atau pespektif berbeza. Perspektif orang biasa, melangkau batas agama. Dari orang "luar biasa" kepada orang biasa.
Ingatlah bahawa bumi ini adalah hadiah. Ingat kita sebagai khalifah bertanggung jawab atas perbuatan kita di muka bumi. bukan saja terhadap diri sendiri, komuniti tetapi kepada alam sekitar. Because the day will come when Allah asks you, what have you done with my gifts!
Sunday, July 15, 2012
Mengikut jejak Rasulullah
Untuk Najma
Buku ini hasil waktu fajar
Dan kau sentiasa bersamanya, dengan derap kaki di tangga,
Dengan ketawa nakalmu atau sepasang matamu yang merajuk
Kau datang dalam dakapanku.
Dan aku tinggalkan skrin di mana tumpuanku berikan sepenuhnya tadi
Dalam cahaya kebaikan dan cinta Pesuruh Allah,
Untuk terus lemas dalam hangat hadirmu.
Rasulullah mengajarku untuk memaafkan, dan kau pula menawarkan kemurnian.
Semoga jalanmu sentiasa bercahaya, anak perempuanku, dan semoga Dia
mencintaimu
Melalui senyumanmu dan melalui air matamu
Untuk Mama Ali
Pertemuan di Amerika dan hadiah yang tidak pernah putus
Setiap halangan, diterima dengan tenang
Kau peneman fikiranku dan setiap persoalanku,
Dan terus membaca, membaca dan mengubah perkataanku, selalunya lebih baik
dari apa yang telah aku karangkan.
Keteguhan hati dan jiwamu kepada Cahaya yang Maha Agung
Menuruti langkah Utusan-Nya.
Tidak satupun ku lupakan.
Untuk Claude Dabbak
Di sini dengan rasa penuh hormat.
Dengan rasa penuh rendah diri.
Disebalik penterjemah, pasti dapat dirasa pembelajaran yang mendalam
Dan satu hadiah tidak terhingga yang ditawarkan kepada umat Islam di Barat.
Namamu sering tersembunyi di sebalik kerja penulis
Hutang kami kepadamu sangat tinggi, terutama aku.
Dari setiap kami, jauh di sudut hatiku,
Terima kasih!
** Ya Allah, Kau permudahkan dan berikanlah ilham kepadaku untuk melakukan kerja menterjemah buku ini kepada Bahasa Melayu. Semoga sama-sama kami mendapat ilmu-Mu dan berusaha mengikuti jejak Rasulullah s.a.w... amin!
Posted by khairyn at Sunday, July 15, 2012 0 comments
Monday, July 09, 2012
Floria Putrajaya 2012
Bila asyik dengar promo Floria Putrajaya di radio, mulah terasa nak pergi. Jadi bila tinggal dua hari lagi pameran nak habis, aku tarik Baiyah pergi Putrajaya. Hari Sabtu yang sangat penuh aktiviti.
Rancangan hari itu, pi running kat Tasik Perdana, pergi merambu, makan tengah hari, pergi Floria Putrajaya dan malam pergi dengar puisi di Tasik Titiwangsa. Tapi, akhirnya banyak plan went haywire. Tak pergi berlari sebab masing-masing tak berapa nak sihat, akhirnya pergi mengisi perut tengah hari. Meronda cari vakuum cleaner si Baiyah lepas tu baru ke Floria Putrajaya. Pusing dari Wilayah Kuala Lumpur ke Wilayah Putrajaya.. tu diaaa.
Aku baru tahu pesta ini pesta antarabangsa tahunan he he he. Tak tahu pun tahun lepas ada dan tak pergi pun, jadi itu yang tiba-tiba teruja nak tahu apa benda Floria Putrajaya ini. Lagipun bukan jauh sangat Putrajaya dari rumah, jadi rasa rugi pula kalau tak jenguk pesta "jiran" ini ha ha ha.
Jadi, lepas projek beli penyedut hampa gas idaman, selesai solat asar, terus zooom ke Putrajaya. Hujan lebat bukan penghalang! chewah! Aku bukan pandai sangat bab-bab jalan di Putrajaya, jadi ikut papan tanda terus ke Precint 2. Ini kali keempat kut ke Precint 2. Dua kali masa mohon Certificate of Good Conduct kat Kementerian Luar, pergi melawat booth masa pesta buku kat Putrajaya, dan sekali ini ke Floria Putrajaya. Tak susah sebenarnya nak cari lokasi pesta cuma bila cerita bab traffic management ni... hurm... panas dan terhangatlah.
Okey, apa yang bestnya kat Pesta Floria ni? Ayoyo.. mestilah pesta bunganya. Aku suka sangat dengan pertandingan laman untuk sekolah menengah. Aku sangat-sangat kagum tengok kreativiti budak-budak sekolah ni. Huh! Kalau zaman aku agaknya tak mampu buat macam ni. Memang penuh inspirasi, tahniah kepada cikgu-cikgu yang banyak bagi perangsang.
Baiyah pulak dah terpikat dengan hiasan ala terrarium atau hiasan pokok dalam bekas kaca. Ter-excited dah nak buat terrarium kat rumah. Berkira-kira nak guna balang retak dia... huhuhu apa-apalah sebab pada asalnya dia reluctant nak ikut aku pi Floria, apatah lagi sebelum tu melalui pengalaman yang sangat horror masa nak cari parking.
Okey, ini apa yang aku sempat rakam sebelum kamera aku abis bateri (tu laa... malas nak charge)
Ini rekaan laman yang paling kami suka. Guna elemen tradisional dan kemas. |
Hiasan yang sangat kemas |
Ini entri dari universiti. erk.. tak ingat uni mana |
Gunakan botol warna warni untuk efek cahaya berwarna. (lubang dibuat untuk diletak mentol) |
Terrarium. Sangat-sangat kreatif dan menarik |
Penuh imaginasi |
Kena tengok jauh sikit baru nak nampak objek beruang ni :) |
Entri dari Pulau Pinang |
Elemen air tambah lagi daya penarik laman |
Senja di Putrajaya. |
Entri dari Melaka.. chait! Sungguh mendukacitakan! |
Enterprem. Baiyah |
Macam aku cakap tadi, bab parking memang sangat-sangat horror. Bagi aku organiser sangat alpa fasal perkara yang sangat penting ini. Pengunjung ke Floria dibiarkan sendiri untuk mencari tempat meletak kereta sendiri. Kalau ada anggota trafik yang patut memantau lalulintas pun, mereka tak buat apa-apa, cuma duduk dan berborak.
Perlu diingatkan, bukan semua pengunjung ke pesta Floria adalah orang Putrajaya atau mereka yang familiar dengan tempat itu. Orang macam aku misalnya, yang pergi ke Precint 2 empat kali setakat ini. Sepatutnya ada cukup tanda jalan untuk memberitahu pengunjung di mana hendak meletak kereta. Bukan ditinggalkan sendirian macam kambing tak tahu arah.
Akibatnya, ramai yang sengaja masuk salah jalan sampai menyusahkan pemandu lain. Letak kereta di padang tak ada sistem keluar masuk, akibatnya sesak jalan. Tak ada tanda arah untuk kawasan meletak kereta, akibatnya sesak lagi. Dan berpusing-pusing mencari tempat letak kereta.
Seriously kalau inilah tahap international huhuhu.. sangat-sangat malu dengan sistem trafik masa pesta itu. Anggota trafik, kalau mahu berborak sekali pun, janganlah terlalu obvious sangat sampai lupa tanggungjawab tugas yang diberikan. Susah kalau tahap kerja masih tidak profesional.
Posted by khairyn at Monday, July 09, 2012 2 comments
Friday, July 06, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)