superwoman at work
Memang lama aku tak update apa-apa, bukan tak nak tapi sebab tak ada internet connection. Aku kan cheapo. Kalau dulu connection kat opis aku pulun habis-habisan sebab free, sekarang ni bila dah tak kerja, mana nak cari free connection? Jadi, stagnant or keras keng lah blog ni.
Anyway, aku dah dapat kerja as subtitlist kat company Media Prima hehehehe. Akhirnya usaha tidak tahu malu aku tu berbaloi juga. Aku diterima sebagai salah seorang subtitlist yang buat masa ini kena handle 9 programmes satu minggu. Yes! Boys and girls! Aku adalah superwoman yang dalam sejarah stesen tv ini, diberi tanggungjawab menyudahkan 9 rancangan dalam satu minggu. Kawan-kawan aku semua pelik macamana aku boleh ‘ceria’ dgn 9 rancangan aku tu. Habis tu aku kan ke newbie, mestilah depa pulun habis-habisan dan aku takkanlah nak tunjuk muka muncung. Tu baru dapat 9 rancangan, belum 20 lagi. Dari kartun, drama, docu ataupun cerita merepek, semua depa bagi kat aku. Aku okey je sebab inikan learning experience untuk aku.
Nevertheless, macam yang kawan aku pernah cakap dulu, kerja ni memang seswai sangat dengan aku yang juga dikenali sebagai couch potato. Yep, my body is getting rounder and rounder like the American potatos. Cuma sekarang bila kerja ni, aku tak rasa jadi couch potato, jadi patatas fritas adalah. Terbakar otak aku! Garing!
Dulu kita selalu sangat komplen pasal bahasa yang digunakan pada subtitles especially bila mak-mak kita or makcik-makcik kita menonton tv during that housewives break tengahari buta. Ye la walaupun tak faham bahasa dari negara-negara latin, depa kenal characters cerita tu macam ‘Yo Soy Betty la Fea’ ataupun “Mi Tres Hamanas’ belum lagi ‘Kay Tagal’ dengan Ara dan Christiannya. Tang petang pulak mulalah mencangak depan tv tengok cerita Korea yang dialih bahasa Mandarin. Still tak faham gak bahasa Mandarin tu walaupun 60 mins x 5 seminggu terpacak kat depan kaca tv tu. Kalau miss satu episode, memuncunglah sampai ke esok petang pulak.
Okay-okay… sebabkan rakyat Malaysia ni memang suka menonton tv luar, kita sangat bergantung pada subtitles. Kalau subtitles salah, kita komplen habis-habisan. Apalah budusnya subtitlist ni, bahasa tunggang langgang. Mana ada nama khas untuk tok guru kepada tok guru? Apa hal sudah adik jadi long pulak. Datuk long tu wujudke? Tapi, bila aku sendiri dah masuk dalam bidang ni, barulah aku tahu, susah tak susahnya bila kita buat translation ni. In the end, silap-silap kita yang akan jadi adik ngah tok long pulak, tak ke pening?
Satu-satu programme yang kita dapat, kalau nasib kita baik, adalah disertakan dengan skrip, tapi kita tak boleh terlalu bergantung kepada skrip gak sebab kadang-kadang skrip pun salah. Jadi sebagai subtitlist, kita cuma perlu bergantung kepada kepekaan telinga mendengar perbualan atau narration dan pengetahuan kita dalam menterjemahkan apa yang dikatakan. Penggunaan bahasa kena standard dan sarikata kita tu pulak kena senang dibaca oleh penonton. Kalau kita tak tahu sesuatu benda itu, kita kena buat research. Untuk aku buat research tak susah sebab di internet ada pelbagai search engine – google, yahoo, msn, altavista to name a few. Malangnya pulak, unlike office lama aku yang any tom dick and harry boleh access the internet, as long as they have computers and passwords of course, sebab connections berselirat merata-rata tempat, belum lagi pasal wifinya…. Di sini, ahem! The biggest tv station in Malaysia, mind you, have only one terminal equipped with internet connection and printer in their special room for translators.
Jadinya, kalau aku duduk jauh sikit dari set computer yang istimewa ini, kenalah aku menapak tiap kali aku nak buat research dalam internet. Sebabkan ini gak aku kena adaptkan diri aku menggunakan kamus secara manually instead of click windows and type in the webpage for dictionary.com.
Sekarang ni aku dah tak dapat 9 programme seminggu lagi. Aku cuma ada 4 je. Second bos aku kata ini sebab aku komplen kat bos no 1 aku yang aku kena torture. Ya ke? Aku tak tahu pun yang aku mengadu. Aku cuma cakap aku tak nak buat 1 program katun tu sebab it takes a lot of my time, sedangkan aku kena concentrate untuk 1 lagi program yang tinggi ratingnya. Bos no 2 aku tu jugak yang advised aku suruh cakap dengan bos no 1. Bila dah cakap tu, bos no 1 terus tarik 5 program lagi dan tinggalkan 4. Salah aku ke? Aku kan jujur, hahaha.
Lepas seminggu kerja, aku dah taklah terkial-kial sangat nak buat subtitle ni. Dah laju sikit. Cuma menterjemah dari bahasa inggeris ke bahasa melayu terasa lambat sikit. Kadang-kadang tu adalah writers block juga, tapi ada kawan-kawan yang sanggup bantu aku yang lembab ni. Kat sini gak lah aku kenal the best subtitlists in Malaysia. Aku harap aku taklah jadi the worst. Okeh! Aku nak buat kartun plak lepas ni… kartun ni siksa sikit, banyak cakap!
Bila dah kurang buat program, kuranglah pendapatan aku lepas ni. Ish! Mahal juga harga sebuah 'pengorbanan' ni ye?
1 comment:
hi there..may I know what are the requirements to be a subtitlist?..am really interested to be one..but tak penah jumpa any job opening for the post..really hope u can help tho..thanks! :)
Post a Comment