Friday, October 05, 2007

Ayam vs Ikan

Ya ya, bagi aku ayam memanglah binatang kegemaranku, tapi kadang-kadang nak jugalah tukar selera kan? Tapi macam kita sedia maklumlah, binatang-binatang lain selain dari ayam tu, agak mahal harganya. Tatkala diri merasa kaya dan raya, barulah boleh merasa makan binatang-binatang halal yang lain ataupun binatang yang ditangkap dari laut. Binatang-binatang laut pun, kalau ikut kasta harga, udanglah yang paling rendah. Kalau tak udang, mussels (kupang) tu boleh tahan jugalah harganya. Jangan haraplah nak makan Si Lembut sotong sebab harganya mahal, scallop apatah lagi, begitu juga ikan-ikan laut dalam ni. Kasta harga ikan pula, yang paling rendah tu mestilah makeral (ikan sadin jer). Haddock, Salmon, Trout huhuhu... kalau kat Tesco tu kira beli sekali sekala ajer lah.

Minggu lepas, Akuatik belanja ikan Trout. 2 ekor. Beli di Asda. £4 untuk dua ekor tu. Dah siap buang tahi. Tinggal masuk dalam oven. Bakar. Aduh... sedapnya makan ikan Trout bakar cicah dengan kicap cili potong. Sejak hari tu pun aku dah kepingin nak makan ikan saja. Tiga hari lepas aku beli fish and potato no no bukan fish and chip, ini ikan haddock (kot?) dengan mash potato dan dibakar dalam oven. Sosnya cream herbs. Sangatlah tak sesuai dimakan dengan nasi. Tapi, memandangkan harganya cuma £1, aku pun beli sajalah.

Tadi pula, aku memusing bandar Glasgow sorang diri. Rosie cadangkan aku pergi ke Aldi kalau nak beli barang basah (sebenarnya dia cadang aku pi sana tanya kerja). Jadi dari khutub khanah tu aku menyusur ke Castle Street, melintas ke Duke Street kemudian masuk ke High Street. Adalah dekat 2km jalan mencari Aldi ni. Dah jumpa aku ngelinter aje kat dalam tu. Beli jugalah instant noodles 2 peket, butter 1 tub, pisang satu sikat dan smoked makerel. Dalam hati terfikir, nak ikan lain boleh tak?

Keluar dari Aldi, aku menyusur pulak ke Trongate. Kat hujung jalan tu ada kedai jual ikan dan arnab (hahaha.. betul! Kedai tu jual arnab mati). Kedai ni namanya Fish Plaice (ejaan betul ye). Kira ala-ala pasar basah gitu. Lantai pun basah giler. Ni pasar ikan versi kecik, ketot dan keNOT. Rambang mata aku tengok ikan-ikan kat situ. Ada Salmon, seabass, trouts, tenggiri dan jenis ikan yang aku tak kenal nama tapi gerun la tengok rupanya. Selain dari ikan, kedai ni pun jual seafood yang lain macam mussels, ketam, sotong. Daging darat macam ayam dan segala isinya pun ada dijual. Oh aku dah sebut arnab tadi kan?

Pusing punya pusing dalam kedai tu, akhirnya aku mintak adik yang handsome lagi macho dua ekor ikan trout. Dia jugak yang bersihkan ikan-ikan aku. Harga dua ekor ikan sederhana besar tu cuma £2.99.

Ya ya... lain kali kalau aku nak cari ikan lagi, aku akan berjalan ke hujung Trongate ke Fish Plaice ni saja.

Pix nantilah aku upload. Itupun kalau aku ingat la ye. Almaklumlah kalau buka tu dah tak pandang lain kecuali ahli-ahli yang tersusun dalam pinggan jer lah.




Sebelum


Selepas dibakar dan dibuat kicap cili yumm sedapnya!

27 comments:

Pa'chik said...

aku tengok brita ari tu, kja'an hungary bising pasal ayam tak bayar cukai... kekekeke...

ikan tongkol takde eh? tak beh la nak buat nasik dagang... kekekek...

stone roses tu.. chek sini lah..

khairyn said...

depa nak buat macam belanda menghalalkan ayam haram hahaha.

uish dulu masa ayah pin ada kat sini (see aku kenal ayah pin!), raya lepas kitaorang makan nasi dagang kat rumah dia. ada ikan tongkol. sedap. Siap ngan sate goreng lagi hahahaha

aisey stone roses tu aku tak layan la plak dulu. nak buat camno penangan rock amerika gak yang aku follow.

akirasuri said...

hahak..
kekanda sayang..
tadi makan pandang kiri kanan tak?
*tengah membayangkan kak khair buka puasa tadi*
hahak!

keNOT
ha ha ha!
patut pun orang tu kata ada dua!
kihkihkih!
:))

zwitterion said...

selamat makan ikan..hehe
psst..sy dah dapat Surat Ungu Untuk Nuha,siap ada cebisan kain ungu lagi dalam tu..:)

khairyn said...

salam

adinda terchenta (bakal makcik) kaka,
huh jeling jer. Selebihnya mata tengok tv kakakaka.. tapi ikan itu memang sedap. lemak. Trout memang sesuai untuk dibakar jer sebab ikan berlemak. alahai teringat ikan terubuk yang sangat sedap tu. cicah pulak ngan ayer asam. perkh!

zwit
haha.. ye ye sedapnya makan ikan. hoho saya x cerewet sangat soal makan. Ada beberapa jenis je yang tak lepas tekak ni.
Oh mula terperanjat gak, kain perca apa plak ni, rupanya simbolik tudung ungu si Nuha.
pssttt.... Zahrah de Tigris dah keluar hehehe

Azhar Ahmad said...

Takpe makan ikan banyak bagus. Ikan ada Omega 3 yang hapuskan kolesterol tak elok...

Pa'chik said...

gaki,
bukan yang ni lah...

hahah ayah pin... kalau yang sesat tu.. aku panggel ripin je... ayah pin nampak cam hormat je.. tau la dia pencipta ugama hindu.. kekekek...

Anonymous said...

ooOOoOohh bakal anak buah..
ha ha ha..
nampak sedap dap dap :D
he he he..
kat rumah tak ada ikanlah..
tetiba terasa nak makan ikan bakar pulak :|

pokcik,
erk?
bukan?
ha ha ha..
Siapa lagi sorang?
:p

khairyn said...

salam

enchek Azhar
lepas hapuskan kolestrol jahat, isi lagi kolestrol lebih jahat hahahaha.. replenish supply!

pa'chik
waaah.. itu macam ka? Mana dia ek? Tak jumpa lagi kan? Dok kat bulan dah ke?

bakal makcikku sayang
ya ya ikan memang sedap.. err tapi pagi tadi tak habiskan sebabkan ada laut 'darat' yg kak Sue masak. So tak nak campur darat dan laut dlm perut ni.

zorrokantoi said...

kena pergi blochairn road fish market lah pulak. very much cheaper that the fish plaice. tapi kena pergi as early as 6.00 am and kena buy in bulk. he he , i sure you miss ikan bakar dekat bellamy road or tangling by now!

Anonymous said...

Salam perkenalan..Kalau ke ALDI lagi, jemputlah singgah rumah...dekat je dengan traffic light simpang empat Duke St, High St & George St tu...:)

Anonymous said...

akak kena cuba masal black pepper pula lepas ni. ya Allah. kecur sy tgk blog yg ada gamba food masa bulan puasa ni.

faridmw said...

salam..
selamat berpuasa dan selamat hari raya...
sedapnya ikan tu..
dkt sii ikan mahal..
kempunan makan ikan...

Sang Perba said...

pergh macam sedap...anyway selamat hari raya semoga bahagia hendaknya...sayunya lagu kat blog nih...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Elok gak sesekali tukar selera...ikan best ape!

Ayah pin ngan arwah tok ripin mana lagi hang ingat?haaaa mesti arwah tok ripin....ade..ade...jauh orangnye....selamat mencari & mencari & mencari...

indera kencana said...

Kan saya dah kata dulu.. ikan memang sedap!!
Tapi harga memang mahal..
Ya, ya betul kata Khairyn. Pilihan yang tepat bila takdak duit tetap pinggul ayam juga. Sesudah menikmatinya boleh bergelek pinggul seperti Mas Idayu..
Hahahahahahaha..

blackpurple @ jowopinter said...

Ikan itu macam tak disiang jer sebelum bakar. He he he.

Alahai...lagu latar.... syahdunya...

Sastri said...

waaa... siap buat ikan bakar... sas nyer fave, ikan terubok bakar... yummyyyy...

Salam lebaran... maaf zahir dan batin yaa...

Unknown said...

saya pernah tgk kat tv ikan trout ni digoreng dgn butter, bila nk makan kena perah dulu dgn jus lemon. kat mesia ni ikan trout payah nk jumpa. klu ada pun mahal nk mampos. hahahaha.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Raya ni anyam ketupat tak? hehehe (buat-buat tanya. jangan nangis ya)

13may said...

wow! pandai bakaq ikan...ni yang makin nak suka nih..hahha

btw, Selamat hari raya..
Maaf zahir batin :)

achik said...

bestnya ikan bakar.. plg best ikan terubuk bakar cecah air asam.. marbeles.. ;p

Mak Su said...

hai.. salam kenal, salam raya. sedap ker rasa ikan trout tu?

Anonymous said...

ayam ko dok lawan ikan dah berapa hari nih... belum ada yang menang eh?

khairyn said...

salam

bimmer
dulu masa duduk di G21 tu memang la dekat dengan blochairn. Tapi takat pi car boot je la. Nak pi wet market tu? hahahaha.. er paham kan?

leyha
ko beraya mana tahun ni? Ikut sapa nanti. Ramai orang buat open house raya 1 ngan 2. Kenyanglah korang hahaha

ainee
letak dah blackpepper. Semalam buat makerel bakar la plak. hahahaha. Abis dah ikan dalam peti.

farid
ya ya selamat hari raya juga. Biasalah kat tanah air sendiri gak ikan sedap sedap dan murah murah.

jerangkung
hohoho.. ya ikan sangat sedap.. ayam pun sedap hahaha. Lagu sedey itu ditujukan khas untuk pekerja-pekerja Gartnavel hospital yang tak dapat bercuti dengan ucapan baju raya kami tahun ini sedondon belaka.

khairyn said...

elly
hoh. Aku ingat kita pi makan ikan kat pantai pemanggil tu (eh ye kan?) hahahaha tempat basuh tangang kakakaka. Sedap dan murah. Jom pi lagi.
Of course la arwah tok ripin. Ade ade.. mane????

indera
huh! kena tengok indera bergelek pinggul dulu. yah yah! Music please!!

purp
oh ikan tu tak yah siang. kang hancur sebab isinya memang lembut sangat.
huh! Dia nak balik kampung sambut raya.. tak de syahdunya dah. Err singgahlah ke Panchor hahahha..

sas
eheheh sama lah kita. Terubuk best! Mak selalu beli kat pasar borong Melaka. Kadang kadang dapat 3 ekor RM10 jer. Bestnya buat masak asam pedas.. yum!

ainin
huh kalau kat melaya, takkan kupandang trout lagi. Ikan Melaya lagi best walaupun diimport dari Thailand hahahahaha.
psssttttt... tak anyam ketupat. kami mungkin buat nasi himpit kamus-kamus tebal hahahaha

khairyn said...

MayMay
Ai pun laik yu gak hahahaha. yu belanja ai makan baaaaaaaanyak baaaaaaanyak lagi la ai laik yu baaaaanyak baaaaaaaanyak hahaha. Pesemboq satu!!
Oh selamat Idul Fitri untuk May dan keluarga.

achik
ye ye sangat best kan? hahahha.. tu namanya rainbow trout sebenarnya. tang mana yang rainbow tu pun tak tahulah kan.

maksu
hang mai sini, nanti kubuatkan ikan trout bakar. cecah kicap cili. hahaha pas tu komen, sedap ke tak sedap hehehe

kekeke
depa dua-dua menang. aku yang kalah kepenatan jadi referee hehehe

Unknown said...

Fish Plaice tu lebih kurang macam pasar ikan Kajang ek? heheeh...Pandainya ko bakar ikan dalam oven..selalu2 wat cam tu leh kurus yuuuu... Ko buat aku nak ke sana lagi..mmmm