Tuesday, October 09, 2007

Dua

Ada dua perkara yang ada signifikasi besar jadi minggu ni.

1 - Anak buah aku yang sulung kata dia jadi mangsa buli kat sekolah teknik, tapi dia tak nak beritahu mak dia atau nenek ngan atok dia. Dia cuma beritahu aku, itupun mak aku cerita yang locker dia kat asrama kena kopak dan baju melayu yang baru dibelikan dengan harga RM50 sepasang, hilang. Dia kenal siapa yang curi baju dia tu tapi dia tak beritahu cikgu. Dia kata tu semua budak Form 5 punya kerja. Saja jer nak tunjuk lagak. Perkara yang kecik-kecik pun nak belasah adik-adik junior.

Dia kata lebam-lebam badan jugalah kena belasah. Alasan, sebab tak senyum dengan senior. Tapi pandai gak, tak belasah muka sebab nanti lebam kat muka cikgu nampak. Amboi-amboi senang-senang jer bagi alasan nak belasah anak orang. Bila aku suruh beritahu mak dia, dia tak mahu. Dia kata nanti mak bising, suruh tukar sekolah la, jumpa cikgulah. Lagipun tahun ni dah nak habis. Dia kata bila dia dah naik Form 5 dia takkan buat macam tu pada adik-adik juniors. Dia jaga budak-budak Form 4 tu nanti.

Anak buah aku tu bukanlah di dalam golongan adik-adik yang kecik dan ketot atau keNot. Dia ni dalam golongan yang tinggi menjulang. Aku rasa dah cecah 6' tinggi. Kasut pun dah masuk saiz 13 kot. Tapi, dia tak melawan bukan sebab dia takut, cuma dia kata dia tak suka panjang-panjangkan cerita. Nanti kena panggil dengan cikgu lah, kena bagi statement lah. Alasan dia, dia pi sekolah tu cuma nak belajar aje. Dia nak masuk unversiti dan ambil jurusan mechanical engineering ataupun mechanical design pas tu nak mintak kerja dengan Petronas. Dok kat pit F1.

Tapi biasalah aku kan, susah nak simpan rahsia. Pagi tadi aku dah call kakak aku. Cerita pasal dia. Laaa... kakak aku ni pun satu. Tak kuat hati betul. Masuk jer cerita badan Afiq dah lebam-lebam, kakak aku dah sebak dah. Dia ingat lebam-lebam tu sebab main ragbi. Aku kata lebam ragbi ngan lebam kena pukul tu lain. Dan dan tu nak telefon cikgu Afiq bagi tau. Terpaksalah aku tenangkan dulu, sebab aku risau tindakan cikgu tu pulak bakal mengundang retaliation di kalangan pembuli-pembulinya. Kak aku terus ada idea, mintak cikgu cek badan budak-budak Form 4 ni. Kot mana tau ada yang lebam-lebam.

Aku pun risau juga. Banyak kes aku baca budak jadi mangsa buli sampai komalah sampai cacatlah. Aku harap tak jadi apa-apa yang serius kat anak buah aku si Afiq ni. Tapi kalau cedera teruk... siaplah cikgu, sekolah, jabatan, kementerian pendidikan, budak pembuli tu, mak bapak budak pembuli tu. Jaga korang! Aku saman korang pas tu aku upah pulak mana-mana geng underground belasah korang gak. Aku ni baik orangnya. Tak pilih kasih. Semua aku pulun sama rata jer.

2 - Dah sejuk hati aku ni. Aku terima tetamu malam tadi. Jadi, ura-ura nak buat nasi AYAM terpaksa dibatalkan sebab ayam tinggal 5 ketul aje. Aku tukar resepi. Buat tomyam AYAM, ikan makerel bakar dgn blackpepper, sayur campur. Dessertnya pulak aiskrim kon (yg dah ada dalam peti) dengan carrot cake yang tak abis-abis lagi. Buat lepak-lepak, aku bancuh air Neslo untuk tetamu. Ingatkan tetamu aku datang berdua, rupanya sorang diri aje. Tak apelah.

Tetamu aku dari hari tu suruh aku datang pi jumpa dia. Masalahnya, masa yang tak kena. Samada aku ada kelas atau aku kerja. Jadi terpaksa bertangguh-tangguh nak datang pi jumpa dia. Akhirnya dia terpaksa mengalah, datang jumpa aku kat rumah.

Tiba aje di rumah, salam-salam. Kiss kiss pipi kanan dan kiri, tetamu aku hulurkan envelope. 'Inilah barang yang aku nak bagi kat kamu,' katanya. 'Heh? Amenda ni?' Aku bukak kelepet envelope. Dalam tu bersusun duit £10. 'Kamu ada hutang ngan aku ke?' Tanya akulah. Dia jawab, 'tak ada memang niat nak bagi kat kamu.' Aku tenung muka dia. 'Banyak sangat ni!' Dia balas, 'Tak ape, ambik ajelah.' Alhamdulillah, kata aku dalam hati. Rezeki Allah bagi dalam pelbagai bentuk dan rupa.

'Maknanya aku dapat zakat la ni?' aku tenung lagi muka dia. 'Hah! Ambik je. Memang aku niat dah ni.'
Tak sangka. Malam tadi aku terima zakat. Tapi banyak sangat zakat yang aku terima dari satu hamba Allah ini. Beratus ratus RM. Aku doakan dia Allah beri ilham yang banyak-banyak untuk dia habiskan PhDnya sebelum bulan 3 tahun depan. Aku mohon pada Allah supaya dipermudahkan urusan dia di sini. Supaya dia dapat balik cepat. Sebab dia memang dah tak tahan nak duduk sini lagi. Dia nak balik!!

17 comments:

akirasuri said...

oh oh!
kalau teknik memang terkenal dengan pembulian.
tak senyum kena belasah.
tak bagi salam kena belasah.
tapi kalau nak repot kat cikgu bahaya juga.
sinior2 bengong ni akan buat lagi bengong.
ditambah dengan cikgu-cikgu yang kadang-kadang mengong.
memang makin masaklah budak-budak junior..

erk? afiq tu teknik mana ek?

psstt: hamdallah..rezeki murah..mudah-mudahan si pemberi zakat tu dipermudahkan urusan..amin :)

Pa'chik said...

dulu masa sekolah kat arau tu pun ada senior tak puas ati pasal aku tak senyum ngan dia.. tapi pasal aku budak kelantan, dia tak berani nak usik, pasal tahun sebelum tu dia dah ada kes gaduh ngan budak kelantan...
mujur dia tak tau yang aku tak baik pun ngan senior budak kelantan.. kekekek...
petang semalam sepupu aku kena belasan ngan bebudak ngepau dia, tu yang entri semalam kenot je... sibuk ke spital lagi, ke balai pulisi lagi, cari celaka yang belasah sepupu aku lagi....
dapat dah lead sapa budak tu.. tengok la, kalau memang betul dia... hahaha.... qisas!!

Azhar Ahmad said...

1. Tak tahan ayat, aku pulun sama rata... hahhaha, memang ganaslah buk khairin nihhh

2. Zakat orang terima jer lah. Mungkin hajatnya sebegitu....

Anonymous said...

masih ado lagi kes buli ni ek??
mudah-mudahan murah rezki die...

indera kencana said...

Wahhh..!! Dapat ribu raban. Bolehlah hantar sikit kat saya di Malaya ni...

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin, Khairyn.

P/S : Jangan kerja sampai malam Hari Raya ni. Jaga kesihatan. Sambut jugak hari raya walaupun ala kadar. Salam untuk Sue..

AKMA said...

apalah sangat nak saman pembuli-pembuli tu. bunuh jer. spesies perosak anak bangsa tu.

ala....macam semalu la....baik cabut awal-awal. buat menyemak laman...

he he he

zwitterion said...

budak2 sekarang memang melampau..
mcm mana anak2 sy nnt?..hehe.pikir jauh nampak ;)

achik said...

takat x sedekah senyum pun nak belasah orang.. suka2 je..

murah rezeki kak khairyn dan moga2 semakin murah rezeki si pemberi tu..

selamat hari raya.. maaf zahir batin.. :)

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Masa bancik sekolah teknik tengku ampuan afzan kat bentong dulu pun kena buli gak! Bukan dengan budak2 sekolah tapi dengan guru disiplin dia...ada ke cikgu tu kata adik aku ketua gangster a.k.a pengedar dadah kat sekolah? mental apa cikgu tu? lawak betul satu kampung mendengarnya.

Memang ler adik aku nakal tapi takde sampai tahap camtu...pastu aku ngan angah pergi cari cikgu tu kat sekolah lepas dpt tahu adik aku sampai masuk hospital sebab kena penerajang cikgu tu! Apa lagi bertingkat2 cikgu tu kena hamun ngan kitaorang, tak berani lak dia nak berjawab! pastu aku buat report polis.

Esok tu masa adik aku sampai kat pagar sekolah dia terajang kat depan pagar tu gak alasannya adik aku datang lambat walhal satu bas memang lambat...balas dendam ler tu!

Ingat lagi sampai Dura sanggup ambik kes adik aku dulu, tapi sekarang puas hati cikgu tu dah kena tendang dari sekolah tu. Adik aku pun berjaya gak dapat degree & kerja dah pun...jadi gak orang!

DeeN said...

hahaha .. macam tu la sis, kasik cantas sama rata. jangan pilih kasih. hidup sis!

Selamat Hari Raya, Maaf Emosi & Fizikal. Nak kuih raya? ;)

Anonymous said...

amboi seronok nyer dia nak membulik anak orang..Ko suruh ajer kak long buat repot polis.. bawak skali lapuran sepital.. kalau ada gambar kat badan dia yg lebam lebam tu lagi best.. pas tu keluar dalam paper.. repot kat kementerian..silap haribulan dengan cikgu displin..guru asrama.. cikgu besar semua panas pongggong ... apa daaa orang dah sampai kebulan .. mentaliti depa masih dok bawah tempurung nyok..

Cheh..aku plak yg lebih lebih.. mengalahkan mak si afiq plak..

Anonymous said...

salam harny,

my warmest raya wishes to you and suryani... cakap kat sue abang wan misses her loads.. :)

wishing all of you there a meaningful raya... you guys are very much remembered over here...

- nel.

p.s please tell sue jangan sedih2 and to write to me. thanks.

khairyn said...

salam

makcikku sayang,
tak tahulah apa masalah budak2 senior si Afiq tu. Ada masalah keluarga kot. Nak kena kaunseling ni hehehe. Oh Afiq bersekolah di teknik errr... tak per la. Nak beritah ke? Biarlah rahsia achewah!
ya ya.. semoga orang tu lebih murah rezekinya.

pa'chik
nasib baik ko selamat ek? Eh! ko dah qisas ke dgn budak yg ngepau sedara ko tu? hahahha lebih ganas ek?

enchek azhar
hahahaha.. mana ada ganas. Kita ni baik-baik belaka laaa.. tak pilih kasih tau! hahahahaha.
ya.. ya dah terima zakat tu. Terima kasih pada tetamu tu.

mama ranggie
huh! rasanya kes buli ni dah makin teruk kot, cuma kurang dapat pendedahan kat media. Nak tunggu ada yang mati lagi kot.
Semoga murah rezeki kita semua jua.

indera
waaah! tak boleh!! hahahaha... psstt dah bayar duit zakat hehehe
Selamat Hari Raya untuk Indera dan keluarga. Hutang tak bayar lagi kan kan kan?? Bagi potret raya laa.

khairyn said...

akma
wah wah wah! Lama tak dengar khabar. Nak bunuh pun tak boleh bising2. Kena senyap-senyap. Tau tau aje dah meletup satu badan hahaha.
Tapi kan, entah2 si pembuli ni pun sebenarnya mangsa buli kat rumah kot?

zwit
Rasanya zaman sekarang ni lain pula cabarannya nak besarkan anak2. Yang penting keluarga kena happy kot.. :)

achik
Rasanya masukkan dia dalam kelas tinju bagus gak kan. Ada menfaatnya lepaskan marah tu atas gelanggang dari dok belasah anak orang. Bukannya dapat apa pun.
Alhamdulillah, moga Allah murahkan lagi rezeki untuk kita semua.

khairyn said...

Elly
tu lah. Cikgu kat sekolah abangchik tu aku rasa dah masuk tahap psycho dah tu. Aku tunggu jer, kalau jadi apa-apa kat Afiq, aku cari budak tu jer. Siap la kau budak. hahahahha.. Eh selamat hari raya tau budak kakakaka.

nur
wah.. aku dah ada pom pom girl! hehehe ya Selamat Hari Raya gak ek.

dura
yep yep.. semua tu dah ada dalam kepala tapi tu lah kan, anak buah aku tu tak nak. Dia kata tak teruk. Tak lama jer lagi. Aku mintak nama budak tu pun dia tak nak bagi. Aku tunggu jer apa tindakan kak aku. Kalau lelebih jadi memang aku tak bagi chance kat budak buli tu. Especially mak pak dia akan kena ngan aku. Pedulik la kan kan kan? :)
Kau lebih lebih sebab kau pun dah ada Danial cik puan!

nel
alahai jenuh nak pikir sama nel yang handsome lagi macho ni! hahahaha
Wishing u and family our 'coldest' Eid Mubarak hahahahaha.. misty la today. Sue's asking your email address. Apa dia? Macamana nak bagi e-card ni? :)
Remember us? Fuh terharu laa :)

Unknown said...

Kesiannya Afiq...Takut aku dengar tapi aku doakan dia sentiasa dilindungi Allah.

Alhamdulillah...dapat duit raya yipeee!

Anonymous said...

Eid mubarak kak khairyn!!