Selamat Hari Raya
Hmm... terperanjat Cik Sue kena 'kerja keras' hari Raya Pertama. Satu hari dia pulun 9 rumah hehehe.. entah berapa toilet rumah orang agaknya dia lawati gak kan. Yang aku pulak, glamer sekejap kat wad hospital tu. Kat (hampir) semua orang aku bagitau yang hari ni Eid. Sibuklah dorang tanya Eid tu apa? Aku kata festivity dan 'feastivity' gak laaa... makan dan makan dan makan. Dorang tanya buat apa kalau Eid ni. Aku kata hari ni semua orang MESTI makan, tak boleh dah puasa. Tuhan tak bagi. Sebab dah sebulan Dia suruh puasa jadi hari ni Dia suruh makan. Tapi... ye tuan tuan dan puan puan encik encik dan cik cik sekalian, sebelum makan tu buatlah special prayer. Sekejap jer, waktu pagi. Itu time nak bagitau pada Tuhan kita ucap terima kasih, syukur kita dapat makan dan belajar menghayati bulan Ramadhan dan bulan Syawal sekarang ni. Pada masa yang sama juga nak berkenal-kenalan sesama Muslims yang bertebaran di muka bumi ini.
Begitulah aku yang berpakaian raya kuning dan biru bercerita dengan penonton-penonton aku pasal Eid ni. Adalah gak aku jamu dorang ngan kuih yang aku paksa Cik Sue gulung malam sebelumnya hehehe. Aku ada bawa bekal pulut kuning (yaaaa kuniiing sungguh warnanya) dengan rendang daging alternatif aku tapi tak moh lah bagi kat dorang sebab daging kan mahal dan aku kan kedekut lalalala.
Petang tu aku kena buat extra time dua jam. Alaah... bos kata lap lap sikit, sapu-sapu lepas tu kalau dah siap boleh balik. Jadi buat kerja laju-laju dalam sejam setengah dah siap. Aku pun call Cik Sue tanya dorang kat mana. Oooo.... masih beraya lagi. Buat keputusan yang aku akan join beraya. Salin baju dan terus naik bas pi kat tempat berkumpulnya komuniti Melayu di bahagian Selatan Glasgow. Text kat bos kata aku balik awal nak mintak dia clock out, bos jawab dia dah nampak dah aku jalan dengan baju kurung kaler terang tu. Alamak!
Tiba di destinasi, waktu tu dah jam 7pm. Tapi tak pe, demi semangat raya, aku beraya juga. Nasib baik Cik Sue ngan Akuatik juga 'wanitha' seorang tu pun ada nak temankan aku beraya. Jadi hari raya pertama yang lepas, aku dapat beraya di 4 buah rumah. Yeay!
oh oh... rupa-rupanya ada orang cari Khairyn ye? hehehehe.. InsyaAllah jumpa di Central Mosque. Itupun kalau tergerak hati nak datang la ye, sebab kerja sekolah dah melambak-lambak nak kena selesaikan sebelum akhir bulan. Adoi!
14 comments:
Waduh! Lama sungguh buk menghilang. Kangen ni!
Ko ni kan patut JAKIM amik jadi liaison officer ke PR officer kita kat Glasgow tu, jadi tak yah lah ko kerja mengemop dan mengelap lagi kat spital tu.
p/s:kuih raya apa yang korang buat I wonder...
nanti raya aji sekali ngan kerismas... banyak pulak yang ko nak bagi tau deme tuh...
rendang yang alternatif ke daging yang alternatif neh?
He he he. Tempat orang pun, beraya tetap beraya ekk....
Tahniahlah dapat 4 buah rumah... :D
Hahahha, nak juga beraya dalam kelam kelibut lagu tu!
selamat bekerja semula hehehe
salam..
selamat beristirehat...
selamat hari raya babe. maaf zahir batin
fuhhh....sakan beraya nampak...aku boleh bayangkan kau pakai baju kaler biru kuning sambil beraya ke rumah orang...mmmm kaler tu bukan ke macam dapur hang nyah?...muahhahaha
biru kuning...bukan merah ke? konpius konpius konpius konpius konpius
gputeh@charingx
oh, dah ilang konpius, baju raya waktu pagi yg biru kuning tu, patut ler tak perasan sebab pagi tu tak jumpa :)
gputeh@charingx
Eh?? *tengah kepelikkan*
bukan dah ke?
awat tak ada ek :o
Oh oh!
kesebokan ek sekarang ni dengan kuliah?
ke sebok beraya ni?
He he he :D
salam,
moga khiryn c hat selalu...alhamdulillah dapat beraya juga walaupun di perantaun.
salam...
akak... bila tgk akak kat glasgow, baru diya teringat. Kawan diya baru fly gi glasgow 20hb lepas. Kalau akak terjumpa dgn mamat tuh.. ehehe (mcm la org melayu sikit kat sana kan??) kate diya kirim salam...
By the way, nama die ABU UBAIDAH AMIR.. kate kat die, dh kurang sorg yg diya boleh ajak gaduh kat sini.. ekekeke.. kecuali partner diya yg tersayang yg asyik sibuk dkat plant tuh.. ampehnye pakwe kan kak? Hahahaha...
Diya merepek pasal stress x siapkan lg ngedit manuskrip... Mampus diya kne marah dgn editor nanti... uwaaaaaaaaaaa :((
Salam
Wuii lamanye cuti..
Mesti bnyk assignment nih.
Post a Comment