Thursday, October 16, 2008

Raya lagi hihihi

Ada pendapat yang mengatakan bahawa... aku telah beraya sakan tahun ni. Nampak gaya aku terpaksalah setuju dengan pendapat sedemikian. Sekadar menqada' raya tahun-tahun lepas yang tak sempat untuk aku beraya sakan... hahahaha..

Bagi chance la ek, tahun 2006, aku baru sampai, tak reti beraya. 2007, aku beraya kat spital sebab kerja, jadi tahun ni untuk memastikan aku dapat beraya dengan jayanya, aku telah..
a) mintak cuti kerja awal-awal
b) ponteng kelas seminggu (hohoho kelas start hari Selasa nak buat camner ek?)
c) mintak bonda poskan baju raya (lalalala - tahun ni beraya dengan baju baru)

Di sini sempat aku rakamkan gambar raya di rumah wakil Dennistoun minggu lepas. Jangan tak caya, minggu ni buat lagi. Woah! Memang beraya sakan aku ni!



Tahun ni atas 'arahan' dan 'permintaan', Rumah terbuka 'kami' terpaksa dibuat dua kali. Ini rumah terbuka atas nama 'kami' yang aku dapat tolong sikit-sikit (baca - blender cili aje) untuk jemaah dan kariah Charles Street dan Rosemount.



Menu utama hari tu adalah nasi AYAM. Dan aku adalah tersangat suka hati sebab binatang kegemaran bergelimpangan di dalam mangkuk di atas meja. Menu tambahan adalah salad buah yang diusaha oleh cik Akuatik. Laku salad buah ni.





Kariah yang hadir. Datang bertali arus. Rasanya semua ni mengadap TV kot?


Seperti biasa, tak sah kalau cik Mimi tak ada. Gambar diambil ketika beliau sedang menikmati ayam. Beliau telah terngelat sebab tertidur (masih lagi di waktu Malaysia katanya). Maka beliau telah menawarkan diri untuk tinggal lama di rumah wakil Dennistoun untuk tolong-tolong mengemas.



Macam kat Malaysia juga, waktu Raya dihabiskan dengan menonton filem-filem Melayu. Erk! Walaupun filem Melayu tersebut telah dimuat turun oleh Tuan Rumah. Filem apa ek? Tak silap aku Sepi kot.

Sekian, laporan raya aku buat kali ini.

9 comments:

izinni said...

memang sakan ... sampai menganga kak sue menikmati 'hidangan' pilem raya. hahhahha ...

ohhhh ayam. aku kembali merindui kemontokan dan keseksian tubuhmu walaupun baru semalam aku menjamahmu. huhuhuhu ...

ńĕĕń said...

Salam...

kira thn ni cover sekali utk thn2 lepas lah tu yer ...

cam Ipin - ayam, ayam ...

akirasuri said...

Alaaa tadek orang hensem la untuk dicuci mata..

kakaka!

Rayyan Haries Ean Rael=R.H.E.R said...

salam.

jealous tau!!

raya kat sini tak sakan[-_-]^

sebab nak dekat final exam...huhuhu

sydeh..

alamat lepas ni tembam lah akak! =)

gurau je!hehehe

indera kencana said...

Sedapnya makan ayam. Hmmmmm...

Cik Mimi balik Glasgow, tangan kosong je ke? Takkan takde Rendang Tapaw kot..??

ELLEMILANO7 said...

dimanakah wajahmu bersama baju raya yang dipos oleh bondamu itu?

Dura said...

Yerrr..betul tu Elly..masih menunggu photomu beraksi dengan baju raya kiriman bondamu itu..

Ainin Naufal said...

tahun depan giliran aku pulak qada' beraya sakan.

Mimi Amilia said...

indera,
untuk pengetahuan, daging2 ni takleh bawak masuk uk.haruslah nanti dibuang atau dimakan jer kat kastam kat airpot tu.

mak aiii..gambo ku sungguh lawak..mata pon merah lagi.tak cukup tido